Anda di halaman 1dari 16

ADAT RESAM KAUM

MELANAU

PERKAHWINAN
Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding
dengan

institusi

yang

lain.

Masyarakat

Melanau

juga

begitu

mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul,


tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu
dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin
seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan
status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama
seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

STATUS SOSIAL: BANGSA


TUJUH PIKUL
Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan
Pikul hampir sama. Cuma yang membezakan adalah dari segi
jumlah mas kahwin sahaja. Penyekab terdiri daripada tujuh amas
emas, sebilah keris, sehelai persarakab, sapu tangan berbenang
emas dan sebuah tumo'. Berian pula terdiri daripada barangan
tembaga

kuning

sebanyak

barangan lain yang senilai.

tujuh

pikul

atau

pelbagai

jenis

STATUS SOSIAL: BANGSA


TUJUH BERITIH
Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti
sebentuk cincin yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang
padi diletakkan di dalam segamut yang tidak bertutup dan sebiji
kelapa yang diletakan di dalam bukor dan ditudung. Penyekab pula
terdiri daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir, pinggan
tembaga bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri
daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan
puluh kati atau harta yang lain senilai dengan tembaga tersebut.

Adat Menuga pula adalah sebanyak sepikul barang tembaga


kuning atau wang tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang
diberikan dalam bentuk wang tunai bergantung pada pihak
perempuan.
pengantin

Semasa
lelaki,

pengantin

wakil

perempuan

pengantin

lelaki

menaiki

akan

rumah

diberi

kain

sebuhuong tanjing sarek. Pahe' mukad yang mengandungi satu


amas emas, lima biji manik tilak yang diikat bersama bibe' kuali
dan sepikul barang tembaga kuning (menuga).

STATUS SOSIAL: BANGSA


SEMBILAN PIKUL
Apabila

hari

perkahwinan

akan

dilangsungkan

mas

kahwin

diberikan. Terdapat dua bahagian yang penting iaitu penyekab


dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan amas emas,
sebilah

pedang,

sehelai

persarakap

betabor

(sapu

tangan

berebang emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas


diperbuat daripada kayu dalam bentuk tertentu). Berian pula
terdiri

daripada

barang-barang

tembaga

kuning

sebanyak

sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan
harga barangan tersebut.

ADAT MERISIK
Di dalam adat merisik ini, adalah perlu untuk kedua-dua keluarga
memperjelaskan status sosial masing-masing. Sekiranya status
sosial mereka adalah sama maka ianya dikenali dengan sama
gara dan sekiranya status sosial mereka tidak sama maka ianya
dikenali sida adat. Penentuan status sosial ini akan menentukan
hantaran dan bentuk mas kahwin yang harus diberikan apabila
kata sepakat telah diambil di dalam adat merisik ini nanti
barulah akan diteruskan dengan ADAT BERTUNANG.

ADAT BERTUNANG
Rombongan pihak teruna biasanya akan bertandang ke rumah
keluarga si dara dengan membawa beberapa hantaran sebagai
Tanda Tunang. Hantaran tersebut adalah sebentuk cincin emas,
sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul
barang tembaga. Sekiranya hantaran tersebut diterima oleh
pihak keluarga si dara maka dengan rasminya si dara menjadi
tunangan orang yang sah.

Terdapat beberapa perkara yang harus diambilkira sewaktu pertunangan


berlangsung

iaitu

sekiranya

jodoh

tidak

kesampaian

maksudnya

pertunangan tidak dapat diteruskan atas hal-hal tertentu. Sekiranya


pihak perempuan yang memutuskan pertunangan tersebut maka pihak
perempuan hendaklah menghantar kembali kesemua tanda tunang
tersebut

kepada

memutuskan

pihak

pertunangan

lelaki

dan

tersebut

sekiranya
maka

pihak

kesemua

lelaki

tanda

yang
tunang

tersebut dikira hangus iaitu ianya akan terus menjadi milik perempuan
tersebut.

ADAT PERKAHWINAN
Kebiasaannya MAJLIS PERKAHWINAN yang mengikut adat di
dalam masyarakat melanau akan diadakan secara besar-besaran
iaitu

mengikut

perkahwinan
Peramas

kemampuan

dikategorikan
iaitu

kedua-dua
sebagai

berkahwin

kerana

keluarga
perkahwinan
ditangkap

kecuali
jenis
basah.

Perkahwinan jenis ini lebih kepada perkahwinan bidan terjun dan


majlisnya hanya ala kadar sahaja.

Bagi perkahwinan yang mengikut adat, kebiasaannya tempoh penyediaan

perkahwinan adalah beberapa hari sebelum tarikh majlis perkahwinan


diadakan. Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan diadakan, pihak
lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu penyekab dan
berian. Kemudian disusuli dengan sehari sebelum majlis perkahwinan
dengan hadiah lain seperti adat menuga, adat mebin dan pakan.
Selesai penyerahan hadiah ini barulah disusuli dengan acara pernikahan.
Acara pernikahan kebiasaannya adalah satu acara mengikut perkara wajib
di dalam lunas-lunas agama. Selesai hal-hal yang wajib ini barulah majlis
persandingan akan diadakan.

Kebiasaannya majlis persandingan akan diraikan di rumah kedua-dua belah pihak


pengantin lelaki dan perempuan dengan dihadiri keluarga dan sahabat handai
yang telah dijemput. Majlis Persandingan biasanya dimulai di rumah keluarga
pengantin lelaki. Ini bermakna pengantin perempuan dan rombongannya akan
bertandang ke rumah pengantin lelaki dahulu. Apabila pengantin perempuan tiba
di rumah keluarga pengantin lelaki maka adalah perlu untuk keluarga pengantin
lelaki menghadiahkan adat pahe kepada pengantin perempuan. Tanpa adat
pahe ini, pengantin perempuan dan rombongannya adalah dilarang untuk
memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.

Sekiranya

semua

adat

telah

dijalani

maka

barulah

persandingan

akan

dibenarkan kepada kedua-kedua mempelai untuk duduk di astana pelamin yang


siap dibina bagi tontonan semua jemputan dan keluarga. Selesai sudah majlis
di sebelah pengantin lelaki, kini tibalah pula untuk majlis persandingan di
rumah keluarga pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki akan
bertandang ke rumah keluarga pengantin perempuan. Di majlis persandingan
di sebelah pengantin perempuan ini akan diadakan adat petudui iaitu
penyerahan pelbagai barangan antaranya sebentuk cincin emas dan seutas
gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Pada sebelah petang ataupun malam, kebiasaannya akan diadakan upacara makan

nasi temuan. Upacara makan nasi temuan adalah seisi suap-menyuap antara keduadua pengantin dengan disaksikan oleh keluarga terdekat. Di dalam upacara makan
nasi temuan ini para hadirin akan boleh mengenal siapakah yang akan mendominasi
bahtera perkahwinan itu nanti berdasarkan siapakah yang paling cepat menyuapkan
makanan ke dalam mulut. Andaikata yang paling cepat adalah pengantin lelaki maka
pengantin lelakilah raja kepada rumahtangga tersebut tetapi andaikata pengantin
perempuan yang paling cepat maka akan terdapatlah Queen Control di dalam
bahtera perkahwinan itu nanti. Walau bagaimanapun ini hanyalah cerita orang-orang
tua, kebenarannya hanya pasangan suami isteri itu yang mengetahuinya.

Pada hari ketujuh selepas majlis persandingan akan diadakan upacara


membebaskan kedua-dua pengantin daripada segala pantang yang
dikenakan. Pantang larang yang dikenakan itu adalah sepanjang tempoh
seminggu itu kedua-dua pengantin adalah tidak dibenarkan untuk tidur
di siang hari kerana sekiranya dilakukan akan membawa bala atau
bencana di dalam perkahwinan mereka. Untuk itu upacara membuang
pantang ini akan diadakan dengan upacara mandi pengantin di laut.
Ianya adalah simbolik kepada membuang segala bala dan bencana itu ke
laut.

Anda mungkin juga menyukai