Anda di halaman 1dari 2

PESERTA LAWATAN MUHIBBAH DARI KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR

KITA MULAKAN MAJLIS KITA DENGAN BACAAN UMUL KITAB AL-FATIHAH.


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

YG BERUSAHA, YM TENGKU MOHD AZIRI BIN TENGKU ALI,


PENGARAH KOLEJ KOMUNITI JELI.
PN. ZALEHA BINTI CHE MAH, KETUA JABATAN KOLEJ KOMUNITI JELI,
PARA PENSYARAH UNIT PASTRI KOLEJ KOMUNITI JELI,
SERTA YANG DIRAIKAN PARA PESERTA LAWATAN MUHIBBAH DARI
KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR.

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA


BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBBAHANU WA TAALA KERANA DENGAN
LIMPAH KURNIA SERTA REZEKI YANG DICURAHKAN SERTA BERKAT KASIH DAN
SAYANG-NYA MENGIZINKAN KITA SEMUA UNTUK BERKUMPUL PADA HARI INI
BERSEMPENA DENGAN LAWATAN MUHIBBAH PARA PESNYARAH DAN PELAJAR
DARI KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR.
TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA
PARA DELEGASI KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR KE NEGERI KELANTAN
DARUL NAIM. SESUNGGUHNYA, KAMI AMAT BERBESAR HATI DAN TERUJA
MENERIMA KEDATANGAN SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA PARA DELEGASI, KOLEJ KOMUNITI JELI
DITUBUHKAN PADA TAHUN 2006. MENAWARKAN DUA PROGRAM IAITU SIJIL
PASTRI DAN SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN. KAMI MEMPUNYAI DUA KAMPUS, BAGI
KAMPUS UNIT PASTRI TERLETAK DI BANDAR BHARU BUKIT BUNGA MANAKALA
BAGI KAMPUS FESYEN DAN PAKAIAN TERLETAK DI AYER LANAS.SEHINGGA KINI
MEMPUNYAI SERAMAI 203 PELAJAR DAN 30 ORANG KAKITANGAN IAITU
MERANGKUMI 25 ORANG KAKITANGAN AKADEMIK DAN 5 ORANG KAKITANGAN
PENTADBIRAN.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
TANPA MELENGAHKAN MASA DIJEMPUT TUAN PENGARAH KOLEJ KOMUNITI
JELI, YM TENGKU MOHD AZIRI BIN TENGKU ALI MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS UCAPAN ITU TADI

SETERUSNYA, DIPERSILAKAN WAKIL DARI KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR


UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN.
DIPERSILAKAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS UCAPAN ITU TADI
UNTUK ATUCARA MAJLIS SETERUSNYA, DIJEMPUT SEMUA PARA DELEGASI
UNTUK MELAWAT SEKITAR KOLEJ KOMUNITI JELI. DIPERSILAKAN.
KITA TERUSKAN MAJLIS DENGAN SESI CENDERAHATI,

DIJEMPUT TUAN PENGARAH KOLEJ KOMUNITI JELI DIIRINGI KETUA


JABATAN KOLEJ KOMUNITI JELI UNTUK MENYAMPAIKAN
CENDERAHATI KEPADA WAKIL KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR.
DIPERSILAKAN WAKIL KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR
TERIMA KASIH

SETERUSNYA SESI BERGAMBAR, DIJEMPUT SEMUA DELEGASI KOLEJ KOMUNIT


KUALA KANGSAR UNTUK SAMA2 BERGAMBAR.
SEBELUM PULANG, DIJEMPUT SEMUA PESERTA DELEGASI UNTUK MENIKMATI
JAMUAN RINGAN YANG KAMI SEDIAKAN.
AKHIR KATA, SAYA MEWAKILI KOLEJ KOMUNITI JELI SEKALI LAGI INGIN
MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PARA DELEGASI KOLEJ
KOMUNITI KUALA KANGSAR DI ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI KAMI DI KOLEJ
KOMUNITI JELI INI. SAYA JUGA INGIN MEMOHON MAAF ANDAI TERDAPAT
SEBARANG KEKURANGAN DAN KEKUSUTAN SEMASA ANDA SEMUA BERADA DI
SINI. KALAU ADA SUMUR DI LADANG, BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI, KALAU
ADA UMUR YANG PANJANG, BOLEH KITA BERJUMPA LAGI. SAYA SUDAHI DENGAN
WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
TAALA WABARAKATUH.