Anda di halaman 1dari 14

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

1. Teori Pemprosesan Maklumat R. M. Gagne


Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 )
mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh
maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransanganransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deriaderia manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar
kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas
melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan
jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan
pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku.
Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh
manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa
penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa
prestasi dan fasa maklum balas.
a) Fasa Motivasi- Jangkaan
Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses
pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi
tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan
berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam manamana proses pembelajaran.
Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi
merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi
digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.
b) Fasa Tanggapan Perhatian
Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat
dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap
sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan
rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.
Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid menumpukan
perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain
seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.
c) Fasa Penyimpanan- Kod
Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan
mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem
saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan
dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isiisi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.
d) Fasa Penahanan- Stor Ingatan
Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka
pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam

stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang
akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal
dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa
penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang
diperoleh dengan cara yang sistematik.
e) Fasa Mengingat Kembali- Mencari
Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau
pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan
ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya
seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk
menjawab soalan guru.
f) Fasa Generalisasi- Pindaan
Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa
aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam
stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau
serupa.
Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat
sama sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu
akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh
diklasifikasikan dalam kategori sisiempat.
g) Fasa Prestasi- Gerak Balas
Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini
boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang
dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak
balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan
diberikan. Misalnya, murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara
lisan.
h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan
Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa
maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas
dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.
Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan
kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya,
seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh
guru.
Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa
aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya
ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan.

PEMPROSESAN MAKLUMAT DAN MODEL PENGAJARAN

PEMPROSESAN MAKLUMAT DAN MODEL PENGAJARAN


1.0 PENDAHULUAN
Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan deng
an menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digun
akan (Woolfolk, 1998). Teori Pemprosesan Maklumat menyatakan bahawa pengaj
aran dan pembelajaran yang berkesan dapat meningkatkan pencapaian akadem
ik berbanding pembelajaran secara chalk and talk( Hooper. et al., (2003). Ada
beberapa kerangka teori tentang pemprosesan maklumat pemindahan pembelaj
aran oleh seseorang individu itu berkaitan dengan pembelajaran.Model pempros
esan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang p
embelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan ole
h komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input
yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran (Borgatti and Foster (
2003); Brass et al. (2004)). Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan.
Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian su
sun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu meneri
ma, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana
manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen p
enting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Thompson (1967)
; Galbraith (1973); Tushman and Nadler (1978); Knight and McDaniel(1979); Lark
ey and Sproull (1984); Keller (1994); Premkumar, Ramamurthy, and Saun-ders (2
005). Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang
mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut t
erdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang (
Anandarajan and Arinze (1998); Andres and Zmud (2001); Cooper (2005).
2.0 DOMAIN PEMPROSESAN MAKLUMAT
2.1.Peringkat-Peringkat Pemprosesan Maklumat
Model Pemprosesan Maklumat berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk
memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersiste
matik dan berturutan iaitu:

Kepekaan terhadap masalah yang timbul,


Pemerolehan dan penyusunan maklumat,
Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai,
Pengembangan konsep yang berkenaan.
Pembentukan konsep pemprosesan maklumat ialah dengan menyamakan ingat
an manusia sama seperti komputer iaitu menggunakan model input-output. Ti
ga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak
manusia terdiri daripada daftar deria/sensori, ingatan jangka pendek dan jang
ka panjang. Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mew
akilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan
maklumat apabila diperlukan( Egelhoff(1982); Habib and Victor (1991); Wolf (200
0)). Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan bagaiman
a dan bila maklumat mengalir melalui system.

Sumber: Nordin Tahir (IPG Kampus Ipoh :Model Pengajaran)


Terdapat beberapa peringkat spesifik dalam model pemprosesan maklumat iaitu
:
1.Peringkat pertama( ingatan atau memori). Ingatan atau sensori memori berlak
u dalam masa yang amat singkat(1/2 saat hingga 4 saat). Pada masa ini otak ma
nusia menentukan sama ada rangsangan perlu diberi perhatian atau tidak.
2.Peringkat kedua( pengiktirafan dan penilaian). Peringkat ini akan mementukan
sama ada maklumat dalam ingatan sensori dapat diproses selanjutnya. Pengiktir
afan pula adalah interaksi ransangan yang diperolehi dengan membuat perkaita
n dengan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka pendek. Manakala per
hatian merujuk kepada tumpuan pancaindera yang tertinggi terthadap ransanga
n tersebut.
3. Peringkat ketiga (Ingatan Jangka Pendek): Ingatan jangka pendek ialah merup
akan Ingatan yang berkerja atau ingatan yang sedar. Berupaya menyimpan tuj
uh item untuk masa yang terhad. Maklumat yang diberi perhatian dikodkan untu
k disimpan dalame saraf pusat. Ingatan jangka pendek yang tidak diulang akan
kekal selama 15 saat. Ingatan jangka pendek jika sentiasa diulang akan dipinda
hkan pada ingatan jangka panjang. Jika maklumat digabung melalui Chunking
atau pengumpulan daya ingatan bertambah. Ulangan atau raptai adalah satu c
ara yang boleh menambahkan kekuatan ingatan jangka pendek. Raptai adalah ti
ngkah laku berulang untuk membiasakan dengan sesuatu maklumat. Pengkoda

n adalah cara memproses maklumat untuk menyimpan dalam ingatan jangka ma


sa panjang. Ulang maklumat juga adalah satu cara untuk mengulang maklumat
dengan menyebutnya selalu. Satu lagi cara untuk mengulang ialah latihan elabo
ratif (Gupta and Govindarajan (1991); Hansen (2002)).
4. Peringkat keempat (Ingatan jangka panjang): Ingatan jangka panjang merupa
kan stor di mana pengalaman tertentu itu disimpan untuk dikaitkan dengan pen
galaman baru bagi memudahkan pembelajaran baru berlaku. Maklumat boleh di
simpan selama beberapa minit atau tahun. Contoh pengalaman yang disimpan d
alam ingatan jangka panjang ialah seperti: Peristiwa yang menarik perhatian, be
rmakna dan yang sukar dilupakan. Terdapat 2 jenis memori
Memori Explicit : yang dapat dikeluarkan secara sedar
Memori Implicit: yang tidak dapat dikeluarkan secara sedar.
Ingatan jangka panjang boleh dikategorikan kepada:
Ingatan episodic: pengalaman peribadi atau peristiwa yang berkaitan dengan m
asa, tarikh dan tempat.
Ingatan semantic: maklumat yang digunakan untuk rumusan, membuat general
isasi, hukum dan rumus.
Ingatan hafazan: penyimpanan maklumat dalam bentuk mental dan dikeluarka
n semula tanpa pengubahsuaian.
Ingatan logik: menerima maklumat rasional dan logik.
Ingatan intelektual: berkaitan dengan idea konsep dan maklumat yang abstrak.
5. Peringkat kelima( keusangan atau gangguan). Dalam proses maklumat terada
pat maklumat yang mungkin hilang daripada ingatan jangka pendek melalui gan
gguan dan keusangan atau kerana tidak digunakan. Keusangan ialah apabila per
hatian tidek diberi dan kadar keaktifan maklumat menurun. Manakala gangguan
pula ialah pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama.
2.2 Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat
1. Pengekodan ('Encoding')
Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perak
am deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Input deria meneri
ma rangsangan daripada persekitaran. Menerima dan mengubah maklumat inpu
t deria ke dalam kod yang boleh diproses oleh ingatan untuk dirakam. Makluma
t tidak penting dilupai manakala maklumat yang bermakna dirakamkan dalam be
ntuk kod . Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan transformasi (pembe
ntukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimpan dalam me
mori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam
memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pelbagai ekspe
rimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengkod maklumat

yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak
dikod dengan baik atau berkesan (Egelhoff, William G. (1991).
2. Penyimpanan ('Storage')
Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor
memori. Peringkat ini merujuk kepada penyimpanan dan pemilihan maklumat ole
h otak. Kod yang bermakna disimpan dengan teratur. Masuk ke ingatan jangka p
endek
( untuk menyelesaikan masalah). Masuk ingatan jangka panjang (untu
k di kekalkan untuk masa yang lama).
3. Mengingat Kembali ('Retrieval').
Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pende
k dan ingatan jangka panjang. Peringkat ini merujuk kepada maklumat penting y
ang telah dikodkan yang diingat kembali untuk menyelesaikan masalah yang dih
adapi. Apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan dalam inga
tan jangka panjang, beberapa perkara berlaku seperti kita menambahkan maklu
mat dan kita meninggalkan maklumat
4) Lupaan ('forgetting').
Merupakan kesukaran untuk mengingatkan atau mengeluarkan kembali sesuatu
pengalaman yang telah dialami. Kebolehan mengingat adalah tidak sama bagi se
tiap pelajar kerana faktor perbezaan individu. Lupaan ialah kegagalan mengingat
kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Lupaan ialah proses yang menye
babkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pe
ndek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan se
seorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak
digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin d
ikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik.
3.0 PEMBENTUKAN PEMBELAJARAN KOGNITIF
3.1 Konsep Teori Robert M. Gagne.
Takrifan kognitif dapat dilihat dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s
691 yang menerangkan kognitif adalah segala perkara yang berkaitan dengan ko
gnisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan .
proses ini boleh dianggap sebagai satu prosess atau fenomena yang tidak boleh
dilihat secara langsung. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (Go
od & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledg
e structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarann
ya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan meny
impan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat
pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif
(working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan in
gatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari a
kan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan dis
impan dalam STM.

Teori Pemprosesan Maklumat R. M. GagneRobert M. Gagne dalam bukunya Essen


tials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai baga
imana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Men
gikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam
sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor i
ngatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kep
ada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.Mengikut Gagne, pengalamanpengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting b
agi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi
memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyara
nkan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, i
aitu fasa motivasi, fasa Kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ing
atan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklumbalas.
a) Fasa Motivasi- Jangkaan
Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajar
an. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa mo
tivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motiva
si memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran.Ma
nusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan ti
ndakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan unt
uk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.
b) Fasa Tanggapan Perhatian
Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat d
an relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap s
esuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsan
gan-rangsangan melalui organ derianya.Contohnya, semasa belajar di bilik darja
h, seorang murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan
menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yan
g lain.
c) Fasa Penyimpanan- Kod
Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempers
epsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke
dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan d
engan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting
dalam bentuk yang mudah disimpan.
d) Fasa Penahanan- Stor Ingatan
Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek
, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingat

an jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditra
nsformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ing
atan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu me
nyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yan
g sistematik.
e) Fasa Mengingat Kembali- Mencari
Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalam
an yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasany
a digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang muri
d berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soa
lan guru.
f) Fasa Generalisasi- Pindaan
Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa a
plikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam st
or ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau s
erupa.
Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat s
ama sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu ak
an membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan
dalam kategori sisiempat.
g) Fasa Prestasi- Gerak Balas
Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini bole
h diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam pro
ses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas deng
an perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misaln
ya, murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.
h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan
Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa makl
um balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan pre
stasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.Tindakan maklum balas mempuny
ai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunju
kkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawa
pan yang harus diberikan pujian oleh guru.

Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, b


eberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di an
taranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemin
dahan.Pengkodan Maklumat dalam Ingatan Jangka Panjang (Encoding Informatio
n in Long Term Memory)Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan transfo
rmasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimp
an dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan dileta
kkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pel
bagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengkod
maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana makluma
t itu tidak dikod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diin
gatan jangka pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan e
laborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingata
n jangka panjang.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengkod maklumat pada perin
gkat MAKSUD ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan ja
ngka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu proses menging
at kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan
oleh Craik & Lockhart pada 1972.
Prinsip penentuan pengkodan (encoding)Prinsip memori yang menunjukan perkai
tan rapat antara encoding dan proses pemulihan memori yang menetapkan baha
wa pencapaian dalam ujian memori secara tidak langsung berkait dengan jumlah
persamaan antara praktis dan konteks ujian. Contohnya, lebih banyak persamaa
n, lebih baik pencapaian dalam ujian tersebut. Penyimpanan (atau 'Perwakilan') P
engetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or 'Representation' of Knowl
edge in Long Term Memory) Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ing
atan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau
atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita
kanak-kanak lagi).( Egelhoff, William G. (1991).
Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan J
angka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:
1)Pengetahuan Deklaratif- Pengetahuan deklaratif semua maklumat yang terdiri
daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, m
anakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Ep
isodik. Contoh : Memori semantik :Ciri-ciri hari akan hujan dan tidak sesuai untuk
meneruskan permainan .Contoh : Memori episodic:Saya tercedera semasa berma
in hoki semalam
2) Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau
prosedur melakukan sesuatu. Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terba
kar.
3) Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai ses
uatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan bola yang ada dalam simpanan? S
ecara tidak langsung seseorang itu akan cuba membayangkan dirinya berada di
stor peralatan sukan dan melihat ke arah bola tersebut. Ini bermakna kita memp

unyai imej mental ('mental image') keadaan stor sukan yang disimpan dalam ing
atan jangka panjang.
3.2 Konsep Teori Richard Chatham Atkinson
Model Atkinson Shifffin diketegorikan sebagai parralled distributed processing (
Model PDP). Maksudnya maklumat akan diperoses serentak dalam ketiga bahagi
an memori . Model ini ditahap metafora dan cuba menjelaskan tentang memori.
model ini menggunakan jaringan neuron dalam otak sebagai metafora jaringan i
ngatan.
Contohnya bila kita membaca sesuatu,kita tidak melihat kepada tiap-tiap huruf
menyambungnya menjadi perkataan dan makna. Kemudian menghantarnya kep
eringkat ingatan jangka pendek dan seterusnya keperingkat ingatan jangka panj
ang. Sebaliknya ahli-ahli teori model ini berpendapat,bila kita baca sesuatu,makl
umat diperoses serentak oleh tiap-tiap bahagian ingatan kita akan menggunakan
persepsi cuba enkod dibahagian ingatan jangka pendek dan mengguna maklum
at ini dari ingatan jangka panjang untuk menafsir apa yang dibaca.ahli teori lain
yang menggunakan model yang sama ialah Lewandiowsky dan Murdock.
Menurut R.C Atkinson, ada tiga komponen utama pada proses ini iaitu Ingatan De
ria (sensory register), Ingatan Jangka Pendek (working memory )dan Ingatan Jang
ka Panjang ( long-term memory). Masing-masing komponen mempunyai peranan
dan fungsinya masing-masing. Informasi dari dunia luar masuk melalui ingatan d
eria (SR). Jika kita tidak memberikan perhatian maka informasi tersebut akan hila
ng atau dilupakan. Namun sebaliknya, perhatian pada informasi menyebabkan pr
oses dilanjutkan ke working atau short term memory. Informasi yang sudah bera
da di ingatan jangka pendek hanya bersifat sesaat ( < 30 detik), informasi ini da
pat dilupakan jika tidak diperlukan lagi (Keller, Robert T. (1994). Jika informasi dip
erlukan, seseorang akan terus memikirkannya dan hal ini mengakibatkan inform
asi tersimpan di ingatan jangka panjang . Ingatan deria merupakan komponen si
stem proses dimana informasi diterima dan ditahan untuk waktu yang sangat sin
gkat .

Jika informasi tersebut tidak diberi perhatian maka ianya akan hilang atau dilupa
kan. Dari pernyataan ini timbullah pertanyaan bagaimana supaya perhatian sese
orang boleh ditingkatkan Ada beberapa teknik yang dapat meningkatkan perhati
an terhadap informasi.
A) Penggunaan bahasa.
Menggunakan cara-cara belajar yang lain dari kebiasaan yang digunakan sebelu
mnya.Sensory Register memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran
a) Seseorang harus memberikan perhatian kepada informasi yang diberikan jika i
ngin menyimpan informasi tersebut dalam ingatan.
b) Memerlukan waktu untuk memberikan seluruh informasi kepada sensory regis
ter, informasi informasi tidak boleh diberikan sekaligus dalam satu waktu.Cont
oh: Seorang pelajar tidak dapat menerima banyak maklumat dalam satu satu ma
sa yang serentak.
Signal yang masuk ke sensory register disebut stimuli, interpretasi seseorang ter
hadap stimuli disebut persepsi. Persepsi antara individu adalah berbeza, Hal ini d
ipengaruhi oleh pengalaman masa lalu, motivasi, kejiwaan dan pengetahuan ses
eorang.
Ingatan jangka Pendek (Working memory) (WM)
Ingatan Jangka Pendek merupakan komponen memori yang dapat menyimpan i
nformasi yang terhad dalam beberapa saat saja . Hal-hal yang dilakukan di ingat
an jangka pendek adalah organisasi informasi dan menghubungkan informasi y
ang diterima dengan pengetahuan sebelumnya dari memori long-term.
Contoh : Ingatan deria melihat seekor ayam hutan, gambar ayam hutan masuk k
e ingatan jangka pendek , setelah itu terjadi gabungan informasi tentang ayam

pada ingatan jangka pendek, maka akan dibentuk informasi bahawa yang dilihat
itu adalah seekor ayam.
Menurut Atkinson kapasiti ingatan jangka pendek adalah 5-9 bit informasi, maks
udnya 5-9 informasi dalam satu waktu. Dalam cara pembelajaran perkara ini perl
u dititik berat melalui:
a) Untuk mempertahankan informasi pada ingatan jangka pendek , informasi se
mestinya diulang-ulang terus. Dengan demikian ada harapan bisa diteruskan ke i
ngatan jangka panjang.
b) Dalam memberikan informasi yang berbentuk urutan dan daftar nama-nama,
sebaiknya informasi tersebut diklasifikasikan terlebih dahulu.
Ingatan jangka panjang (Long Term Memory) (LTM)
Ingatan jangka panjang merupakan komponen memori dimana informasi yang k
apasitinya besar dapat disimpan untuk jangka waktu yang lama. Ingatan jangka
panjang tersusun melalui tiga bahagian iaitu:
a) Ingatan Episodik iaitu tempat pengalaman-pengalaman disimpan. Informasi g
ambar diorganisasi dalam waktu dan bila peristiwa tersebut terjadi. Informasi ya
ng tersimpan pada memori ini sukar untuk diingat kembali kerana kemungkinan t
ergabung dengan peristiwa yang hampir sama, misal kita tidak dapat mengingat
lagi menu makan siang tiga hari yang lalu kerana gambar tentang menu tersebut
telah terganggu oleh gambar baru. Namun ada kalanya kita dapat mengingat me
nu tersebut jika makan siang terjadi suatu hal di luar kebiasaan. Fenomena ini di
sebut flash bulb memory.
b) Ingatan Semantik , menyimpan pengetahuan, kenyataan-kenyataan, konsep,
prinsip, aturan-aturan dan penggunaannya. Pelajaran-pelajaran di sekolah disimp
an pada jenis memori ini. Ingatan diorganisasi dalam jaringan-jaringan yang terh
ubung dengan fakta, hal ini disebut schemata. Umumnya schemata adalah outlin
e atau garis besar dari suatu fakta.
c) Ingatan procedural , menyimpan informasi tentang bagaimana melakukan ses
uatu. Cara kerja memori ini adalah hubungan antara rangsangan dengan respon.
3.3 Teori Pembelajaran Kognitif berdasarkan Mc Clelland.
McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997) mengatakan bahawa motovasi in
dividu akan meningkat jika pertama, dia dimotivasikan. Kedua, memahami unsur
e-unsur motivasi. Ketiga, melibatkan diri secara aktif dalam usaha itu. Hal ini me
njelaskan motivasi bertindak secara dua hala dan kedua-dua pihak pula mesti sal
ing member dan menerima.
Motivasi merupakan satu set proses yang member tenaga kepada tingkah laku s
eseorang itu dan matlamat menjuruskan tingkahlaku itukepada satu matlamat. S
eseorang yang bermotivasi akan membuat pilihan positif untuk melaksanakan se
suatu itu kerana beliau akan mengetahui tindakan ini bermakna kepadanya dan
boleh memuaskan keperluannya.

Disamping itu McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997) menekankan juga
tentang tingkh laku individu yang bermotivasi mempunyai pencapaian tinggi. Hal
ini kerana individu ini mempunyai keinginan untuk mengatasi rintangan dan san
ggup bersusah payah untuk mencapai sesuatu yang baik.
4.0 PENDEKATAN MODEL PENGAJARAN
IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah eks
positori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Seb
elum mengajar topik Perbandingan antara karnivor dengan hebivor, pelajar per
lu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.
Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula
dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelaja
r menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin menga
jar topik Haiwan Darat, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam b
entuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.
Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk
menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembe
lajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti
mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan y
ang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.
Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan mem
udahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input
baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam ske
ma secara tersusun.
Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip
am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin men
gajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga s
egi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.
Analisis Swot Model Pemprosesan Maklumat
Kelebihan

Kelemahan

Kebaikan

Guru Boleh Menggunakan Model Ini Unt


uk Menerangkan Konsep, Hukum, Prinsi
p Atau Teori Matematik.

Jika Sesuatu Maklumat Tidak Diproses, In


gatan Jangka Pendek Akan Hilang Serta
Merta.

Guru Dap

Menerangkan Sesuatu Konsep Dengan


Menggunakan Alat Bantu Mengajar.

Guru Perlu Membentuk Respon Yang Betu


l, Untuk Membolehkan Kanak-Kanak Men
yebut Dan Menulis Respon Dengan Betul.

Prinsip Daripada Yang Mudah (Asas) Ke


Yang Kompleks.
Persekitaran Pembelajaran Untuk Peng

Bantu Pelajar Membuat Banding Beza Sit


uasi Untuk Mengenal Pasti Perbezaan Da
n Persamaan.

Penerang
a Secara

.Pelajar D

Persekita
rstruktur

Peranan
elajar, M

ajaran Konsep Adalah Berstruktur Dan


Berpusatkan Guru.

Hanya Menggunakan Pembelajaran Yang


Diprogramkan Sahaja

Guru Boleh Menghuraikan Konsep Seca


ra Lisan Sambil Menulis Fakta-Fakta Yan
g Penting Di Papan Hitam

Memerlukan Guru Menyediakan Bahan P


&P Yang Banyak Dan Menarik Untuk Sent
iasa Menarik Fokus Murid.

KESIMPULAN

ar Memb

Pembela
eneralisa