Anda di halaman 1dari 3

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

250 gm butter
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
1 biji kuning telor
Badam biji di panggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung

Cara-cara
1.
2.
3.
4.

Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi
sehingga rata.
Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh
yang lembut dan tak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.

5.
Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih )
anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah
isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)

6.
Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.

7.
Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.

8.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap
udara..siap

BISKUT MAMA CARRIE (1)


Sumbangan Diana
Bahan-bahannya
(A)
200 gram mentega
110 gram gula aising
secubit rasa garam
(B)
1 biji telur
(C)
300 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh serbuk penaik
Untuk Topping
1 biji putih telur
180 gram gula aising
sedikit coklat masakan, dicairkan
Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut. Campurkan (B) dan putar hingga tidak berbintil.
2. Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 60 minit atau sehingga keras.
4. Canaikan doh di antara 2 kepingan plastik sehingga menjadi 5mm tebal.
5. Potong dengan pisau bulat berukuran 5 sm dan alaskan di atas kertas pembakar.
6. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan.
7. Biarkan ia sejuk. Paipkan bahaian topping di permukaan. Gunakan pencungkil gigi untuk
membuat garisan ke atas coklat cair yang telah disapu. Biarkan ia keras selama 30 minit.
8. Masukkan dalam ketuhar dn pakar pada suhu 150 darjah C selama 10 minit.
Cara untuk Topping
Campurkan putih telur dan gula aising dan gaul hingga sebati.