Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar Encik Othman b.Md Zain,
Guru Penolong Kanan tadbir dan kurikulum Puan Zaleha bt Yusoh,Penolong kanan
Hal Ehwal Murid Puan Tham Lai Wun, guruguru,kakitangan sekolah dan rakanrakan sekalian.
Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru
kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi
mengenang dan menghargai jasa guru.
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru:
Membina Ilmu,Menyempurnakan Akhlak dipilih sebagai tema Hari Guru 2015.
Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi dengan
memiliki akhlak yang sempurna.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita
menghargai dan mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat
mencapai kejayaan haruslah kita sanjung.
Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya.
Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat.
Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan
mengira. Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah.
Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru
mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan
bimbingan mereka.
Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar
sehingga kita berjaya.
Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.
Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar
kita di sekolah.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana
tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar.
Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih,thank you,
seshare,nandri,
arigato hai,syukran...... cikgu.
Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman
Awang.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca.
Sekian ,terima kasih