Anda di halaman 1dari 5

1

TEKS PENGACARA SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2013


BIL

PERISTIWA

TEKS/SKRIP
Bismillahirrahmanirrahim

1.

Ucapan alualuan
PM

1. Yang Berusaha, Puan Hajah Hamisah bt Haji Abu, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kampong Ladang
2. Puan Latifah bt Abd. Samad, Guru Penolong Kanan Akademik.
3. Puan Nor Rihar bt Yaakub, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Encik Idris b Wahab, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
6. Guru-guru
7. Warga kerja SKKL
8. Dan murid-murid sekalian
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Keilmuan dan Salam 1 Malaysia.

Aluan MC

Ceria wajah dalam majlis


Hati berkobar, semangat dibawa
Sambutan merdeka penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Raya dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan
SK Kampong Ladang 2013. Sama-samalah kita memanjatkan setinggi rasa
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita sama-

TINDAKAN

sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan penuh kedamaian
dan keamanan. Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda
bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah,
dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk
menjadi warganegara yang patriotik .
Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk
menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Sembilan dan lagu sekolah. Semua hadirin
diminta berdiri.

3.

Bacaan Doa

(NYANYIAN LAGU2)
Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadhil Ust. Tuan Rosli b.
Tuan Abd Rahman untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan
[Doa]
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-ustaz atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin sekalian...

4
Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya

merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Yang Berusaha, Puan Hajah


Hamisah bt Haji Abu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Ladang. Dengan
segala hormatnya dipersilakan...
[ucapan GB]
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Hamisah atas ucapan
yang diberikan.
Marilah kita sama-sama menyanyikan rangkaian lagu-lagu patriotik iaitu Rakyat
5.

Nyanyian LaguDiutamakan Pencapaian Diutamakan, Warisan dan Lagu Tema Kemerdekaan 2013
lagu Patriotik
iaitu Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. Selepas itu, laungan
merdeka yang akan diketuai oleh En. Mohd. Zulkifli bin Harun.
Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia. Mohon dinyanyikan dengan penuh
semangat.

6.

Pert. Mewarna
& Kolaj

Hadirin yang dimuliakan,


Seterusnya majlis diteruskan dengan acara pertandingan mewarna bagi Tahun 1, 2 &
3. Manakala bagi tahun 4, 5 dan 6 akan diadakan pertandingan membuat kolaj. Oleh
itu, dipersilakan guru-guru kelas memimpin dan bersama-sama murid-murid di dalam
acara-acara yang dipertandingkan. Majlis dengan itu mempersilakan. Terima kasih.
Untuk makluman, majlis akan berhenti rehat pada jam 10.00 pagi bagi memberi
laluan kepada Jamuan Hari Raya.

Persembahan

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Keilmuan dan Salam 1 Malaysia.


Bertemu kita sekali lagi di dalam majlis yang cukup meriah ini.
Terbang tinggi si burung helang

Berkicau kenari sambil berterbangan


Insan cemerlang Negara terbilang
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
1. Persembahan murid pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan
lagu hari raya oleh murid-murid tahun 1 yang dipimpin oleh Puan Zubaidah dan
Puan Aziah. Dipersilakan. [Persembahan]. Terima kasih diucapkan atas
persembahan yang cukup comel itu tadi.
2. Persembahan kedua di teruskan dengan menjemput murid-murid tahun 2 yang
dipimpin oleh En. Mohd Zulkifli. Dipersilakan. [Persembahan]. Terima kasih di
atas persembahan itu tadi.
3. Seterusnya dijemput murid-murid tahun 3 yang dipimpin oleh En. Mohd Radzi
untuk membuat persembahan. Majlis mempersilakan. [Persembahan]. Terima
kasih atas persembahan yang cukup bertenaga itu tadi.
4. Kita serikan majlis kita pada pagi ini dengan nyanyian daripada murid-murid
tahun 4 yang dipimpin oleh Pn Zubaidah. Majlis mempersilakan. [Persembahan].
Terima kasih atas persembahan itu tadi.
5. Hadirin yang dimuliakan, majlis mempersilakan murid-murid tahun 5 membuat
persembahan mereka yang dipimpin oleh En. Mohd. Shairazi. Dipersilakan.
[Persembahan]. Terima kasih atas persembahan itu tadi.
6. Sebagai persembahan penutup, seterusnya majlis mempersilakan murid-murid
tahun 6 menyampaikan persembahan mereka yang dipimpin oleh Puan Anis.
Majlis mempersilakan. [Persembahan] Terima kasih atas persembahan itu tadi.
8

Penyampaian

Hadirin sekalian,

(Rujuk kepada

hadiah

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar, Pn.
HJH Hamisah bt Hj Abu diiringi oleh Pn. Latifah bt Samad bagi menyempurnakan
acara. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Penyampaian hadiah dimulakan dengan acara

Penutup

Dengan penyampaian hadiah itu tadi,berakhirlah majlis kita pada hari ini. Jika
terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa
dan tingkah laku sepanjang program berlangsung, sejuta kemaafan dipinta.
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

penyelaras
hadiah)

Anda mungkin juga menyukai