Anda di halaman 1dari 49

KABUS DI PERBUKITAN

TINGKATAN 5

Nama : Gevun Senio Liew


Tingkatan : 5B

Sinopsis Keseluruhan
Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan
Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin
ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin
dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat
Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan
kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala
Faridah dijaga oleh Salmah.
Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi
Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap
kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah
pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan
pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van,
Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu
menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat.
Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun,
bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan
Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke
hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia
menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat
pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya,
sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.
Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali.
Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu
rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian
Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand
selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di
sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.
Melina berkenalan dengan Jabbar al Anbia atau dikenali sebagai Benny. Secara tidak
sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak.
Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke
Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di
Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang
cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed
Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti
pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai
dengan bantuan keluarganya.
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain.
Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah
anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka
berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai
bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny
menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson
di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron
Highlands.

Sinopsis Bab Demi Bab


Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya
Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam
sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun
kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul
8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih
dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh
pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan
tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada
hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam.
Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang
tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul.
Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan
perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing.
Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai
ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul
tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan
pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan
pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali
memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan
memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah
memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam
perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang
mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat
Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan
terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke
dalam gaung.
Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak
Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke
rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal.
Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana
Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa
selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan
Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan
Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke

tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada
lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van
itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said
bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh
beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang
terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal
yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan
pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan
Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang
ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali
kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan
akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan
usaha menyelamat.

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada


Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B)
Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu
isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang
membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipi
dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang
suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin ,
Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital
Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu
bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul
menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan
Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr.
Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat
tompok-tompok dikesan melalui X-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok
putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu
membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas
Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah
memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu.
Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul
membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan
disampaikan kepada Rahayu.
Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran
Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya.
Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu
semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi.
Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu
bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad
meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya
beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat

menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu


jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin
melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan
penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk
Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya
Faridah yang masih hilang.
Bab 5 : Bukit Kutu
Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat
yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial.
Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi.
Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang
fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam
maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu
bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal
lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu.
Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka
berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu
meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang
berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan
berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan
untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang
Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar
antara Rahayu dan Faridah.

Bab 6 : Hanya pada Harapan


Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika
dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti
kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk
membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan
Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit
memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang
hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub
untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah
dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang
dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan
Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya
sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk
bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta
bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.
Bab 7 : Kabus di Perbukitan

Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia


ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya
tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum
dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia
sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung
mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan
menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga
menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di
Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia
berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga
mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu.
pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit
itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana
sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan
kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah
menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan
Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat
Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan
pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana
gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang
asli.
Bab 8 : Terus Mencari
Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri
Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan
suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku
Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin
Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka
ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur.
Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik
menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah
waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan
namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik
menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan
pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh
negara.

Bab 9 : Pekan Sungai Kubu


Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di
Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di
tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk
keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat
12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai

empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada
sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah
kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk
bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda
melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa
oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu
berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai
Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat
mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi
Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di
rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil,
bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan
buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang
unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu.
Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat
itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang
menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.
Bab 10 : Kau Hadir dalam Igauan
Faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya
penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan
Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari
wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah
pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis
sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang
masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani
kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia
tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu,
kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain.
Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu.
Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.
Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan
Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu
kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang
sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia
mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk
membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan
Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari
timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil
Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk
meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang
kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju
untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat
gembira dengan persetujuan Faridah.

Bab 12 : Tekad
Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak
berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan
kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian
Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara.
Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah.
Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan
Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah
kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka
berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa
terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya.
Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya
untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus
semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.
Bab 13 : Rindu
Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga
kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk
menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan
mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya.
Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh
Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu.
Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat
terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama
dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun
dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. Faridah dan Ghazali bimbang
dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada
Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul
mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu
mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya.
Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi
Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat
tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing,
Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak
nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu.
Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal
dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa
pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.
Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak
25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran
bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan
memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui
kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal
dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir
gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang.
Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus
selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke
kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya
terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah.
Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan
kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk
menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.
Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi
Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina
berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina
ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka
merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu.
Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengan Anne
yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama
keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan
bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan
perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang
tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana
hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal
ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat
mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat
dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak
pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny
membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang
ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka
untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.
Bab 17 : Penyembelihan Kambing
Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New
Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat
penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersamasama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka
mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang
untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang
pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia
seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan
pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air,
ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah
membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana.

Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki


bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu
yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu
hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah
keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.
Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata
Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka
dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua
dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk
menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa
saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan
belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan
bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur.
Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang
ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid
bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny
diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga
al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan
Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan
Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk
mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya,
Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodoikannya dengan
lagu Melayu ketika dia masih kecil.

Bab 19 : Hati dan Warna Kanvas


Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta
ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana
banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak
bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar
yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi
tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia
memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan
di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh
Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang
kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood
dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang
dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya.
Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny
mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.
Bab 20 : Pendatang
Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor Islamic Centre
apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan
menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam.

Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri
pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di
Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New
Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga
mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan
antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan
majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh
suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut
dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada
komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne
untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan
kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia
juga terbayankagn wajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.
Bab 21 : Tak Ingin Tahu
Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain
mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh
ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa
kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga
menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan
Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi
estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual
dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan
tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil
pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut
Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi
dan tidak sesuai bekerja di ladang.

Bab 22 : Mengukur Usia


Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak
ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan
penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang
menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan
hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar.
Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual
tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin
mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa
untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat
kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya
bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja

kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi
jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya
kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya
mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah
secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah
mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New
Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.
BAB 23- Melihat Dalam Diri
Benny sudah semakin berubah. Dia selalu ke luar daerah bersama
Mehmood dan Mohamed Attar. Akibatnya Melina ditinggalkan keseorangan
di rumah mereka. Setiap kali Benny keluar daerah, Melina akan ditemani
Khadijah, anak Haji Awang (bekas pengetua di sebuah sekolah menengah di
Kuala Terengganu) dan Mak Som yang gemar menganyam mengkuang.
Khadijah sering menemani Melina kerana menurut perintah ayahnya yang
mengambil berat akan Melina. Melina sering bersantai di beranda
rumahnya sehingga lewat malam dan hal ini amat membimbangkan Hj
Awang. Semasa sedang rancak bercerita, Melina bertanyakan tentang
Sungai Besar kepada Khadijah. Melina ingin menjejak warisan yang telah
lama lenyap.
BAB24- Lambaian Hati
Faridah menghidangkan teh panas ketika Zain dan Anne menyiapkan
praktikum yang perlu dihantarnya 3 hari lagi. Faridah berbual dengan Zain
dan Anne seketika. Faridah mendapat tahu bajawa Zain berasal dari Sungai
Besar iaitu kampung Faridah. Mereka bercerita tentang keindahan di Sg
Besar lalu Anne mengajak Faridah pulang ke tanah air semasa cuti
semester yang akan menjelang 2 bulan lagi. Zain begitu memahami Faridah
yang sudah 25 tahun meninggalkan kampung halaman. Zain turut
mengajak Faridah sekeluarga menginap di rumahnya apabila pulang ke
tanah air. Faridah juga ingin berjumpa Melina, anaknya yang dirindui.
Faridah merenung Anne yang ayu dengan campuran Melayu-Inggeris.
Hatinya senang jika Anne dan Zain berkahwin dan berharap Anne akan
kembali kepada susur galurnya, menetap di Malaysia.

BAB 25- Menghapus Dosa


Mehmood , Mohamed Attar dan Benny mengunjungi Ustaz Hassan di
rumahnya untuk bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan ukhwah

sesama Islam. Mereka sibuk membahaskan mengenai pengamalan agama


Islam di Malaysia dan negara Islam yang lain. Ustaz Syukri menegaskan
bahawa budaya Melayu lebih menekankan adat Melayu yang bercakap
lembut dan tidak berkias. Dalam masa yang sama Benny teringatkan
keluarga Hj Awang yang mesra melayannya dan Melina walaupun Melina
berpakaian tidak menutup aurat. Semasa dalam perjalanan pulang,
Mohamed Attar menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan pendapat
ustaz Syukri kerana baginya Islam mestilah berjuang dan berperang demi
menentang musuh Islam. Mohamed Attar meluncur laju membawa
keretanya ke Kuantan untuk berjumpa seorang pemimpin tempatan yang
berpotensi mengikuti mereka.
BAB 26- Hati Wanita
Soleh Johnson dan Fnaridah terbang ke Malaysia untuk membincangkan
majlis perkahwinan Zain dan Anne serta melawat Melina yang sedang sarat
mengandung dan bercuti. Soleh sedang membiasakan tinggal di bumi
Malaysia ini serta mendapat ramai kenalan baru apabila kerap ke masjid
berhampiran. Faridah tersenyum sendirian terkenang rumahnya di
Christchurch apabila melihat pemandangan banglo di Camero
Highlands,tempat mereka menginap. Hari yang dijanjikan tiba, Datuk azrul
memandu sendiri bersama datin Aisyah, Hj Zubair dan Zain ke banglo yang
bergelar The Golf View Cottage. Sebaik sahaja tiba, penghuni banglo itu
keluar menyambut mereka. Mereka semua berkumpul di ruang tamu.
Masing-masing mula bercerita. Faridah menceritakan latar belakangnya
dan keluarga. Datuk Azrul menghela nafas panjang, beliau bertanya
tentang masa lampau mereka kepada Faridah. Seketika kemudian, masingmasing diam melayan perasaan.
BAB 27-Kembali ke Alam Nyata
Benny memandu keretanya menyusuri lebuh raya.Jambatan Pulau Pinang
semakin hampir dan bererti destinasinya juga semakin hampir. E-mel lewat
malam yang diterimanya itu penuh maksudnya tersendiri. Berita Mohamed
Attar mahu mengebom kasino di Pulau Sentosa terbongkar apabila polis
republik menemui sejumlah bom miliknya, lalu Mohamed Attar ditangkap.
Mehmod yang selama ini banyak berdiam rupa-rupanya dia ialah seorang
anggota polis yang sedang mengikut gerak-geri Mohamed Attar. Benny
teringat kata-kata Melina bahawa dia berkawan dengan orang yang salah.
Tetapi dia tetap mempertahankan kawan-kawannya kerana mereka boleh
membimbingnya ke arah kebaikan. Pendapatnya juga selalu bertelagah
dengan Hj Awang dan ustaz Syukri. semasa Mohamed attar mengajaknya
untuk berjuang, Benny tidak turuti kerana baginya dia msih belum bersedia
lagi. Benny kecewa, dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Dia harap
dengan wang yang diberikan kepada Ustaz Syukri akan membantu Melina.
Setibanya di Pantai Miami, dia menghampiri dua orang lelaki berbaju hitam
dan bertopeng ski. Mereka ialah penyelamat khas dari An-Anbia Family
Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia. benny memahami
dan esok akan ada kenyataan dilaporkan dia diculik dan mangsa

keganasan.Lalu mereka semua menaiki bot menuju ke perairan


antarabangsa sebelum dijemput oleh sebuah helikopter.

BAB 28- Cerita Penghujung Usia


Saat ini Faridah menyingkap kembali peristiwa 25 - 27 tahun yang lalu.
Datuk Azrul sebahagian daripada kenangan itu. farida dan Datuk Azrul
bercerita tentang kisah silam mereka, manakala Datin Aisyah lena dibuai
mimpi setelah menelan ubat khas akibat migrainnya. Soleh pula
memahami, dia berada di bilik bacaan dengan kerja-kerja ditalian. Zain dan
Anne sudah ke Ipoh sejak petang tadi dan masih belum pulang. Datuk Azrul
merungkai cerita sewaktu Faridah hilang dahulu, beliau berbincang dengan
banyak orang serta Hj Kamarudin mengenai hal ini. Hj Kamarudin masih
lagi menetap di Kuala Lumpur. Isterinya Hamidah sudah meninggal
beberapa tahun yang lepas. Kini dia tidak boleh bangun lagi dan hanya
baring di katil sahaja. Dia dijaga oleh anak lelakinya tetapi kebersihan
dirinya diuruskan oleh seorang jururawat yang diupah. Berbalik kepada
cerita tentang kehilangan Faridah di hutan, Datuk Azrul hanya
mempercayai akal, di mana kelebihan akal untuk mengjangkau sesuatu
yang mustahil. Faridah juga berpendapat yang sama setelah bertanya
kepada beberapa ulama di New Zealand. Datuk azrul bertanyakan perihal
rumah banglo milik Soleh itu lalu Faridah tersenyum memberitahu bahawa
kerakyatannya masih kekal lagi dan akan pegang status itu buat
selamanya. Datuk Azrul tumpang gembira mengenai hal tersebut. Faridah
berfikir sejenak, sepatutnya dia harus menulis mengenai pengalamannya di
Bukit Kutu ketika koma dahulu yang bukan boleh dialami oleh semua orang.
Tanpa sedar, Faridah mengalirkan air mata, hatinya meronta ingin
menziarahi kubur ibunya, Ayu serta Ghazali.
BAB 29-Pasrah
Melina merenung kosong bilik tidurnya. Hari ini sudah 4 hari Benny
menghilang. Sejak mereka berkahwin, Benny menanam azam untuk
berubah ke arah kebaikan. Azamnya itulah yang mengukuhkan
persahabatannya dengan ustaz Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor
Mohamad. berbalik kepada kehilangan Benny, syarikat telah 2 kali
menghubungi tetapi Melina gagal memberikan penjelasan. melina pasti
Benny menghilang dengan sebabnya tersendiri. Lalu keesokan harinya,
Melina mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Inspektor Radzi
membantu Melina memguat laporan. Inspektor Radzi meminta nama dan
nombor telefon rakan-rakan Benny dan dia mengeshkan bahawa Mohamed
Attar serta Noor Mohamad telah ditangkap polis Interpol beberapa hari
yang lalu. Namun nama Benny tidak tersenarai dalam tangkapan tersebut.
Kini jelas, Benny meninggalkannya atas sebab persahabatan yang sukar

difahami. Selepas selesai membuat laporan, Melina keluar dari Balai Polis
Marang dengan hati yang gundah. Hj Awang mengambilnya untuk pulang
dan semasa dalam perjalanan pulang, Melina menerima panggilan dari
nombor yang tidak dikenali.

BAB 30- Pangkuan


Melina tiada pilihan lain. Benny sudah 2 minggu menghilangkan diri,
keluarga Benny yang mewakili Jaafar al-Anbia telah menghubunginya.
Akaun peribadinya sudah dipenuhkan sejumlah besar wang . Kiranya semua
keperluannya tersedia ada. Melina mengambil keputusan untuk tinggal
bersama ibu bapanya di Cameron Highland. Melina memandu seorang diri
menuju ke sana. Tiba-tiba dia sedih mengenangkan Benny, beberapa hari
yang lalu Inspektor Radzi mengunjungi Melina. Dia memberitahu bahawa
Melina diberi pengawasan penuh oleh pihak polis. Teori pengganas dan
penglibatan yang menjejaskan keselamatan boleh dikaitkan dengan Benny,
seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Hal ini amat
menghairankan Melina. Melina menafikan tuduhan Inspektor Radzi bahawa
Benny sanggup bersubahat untuk meletupkan bom di tempat awam. Melina
berhenti di sebuah masjid tidak jauh dari Pekan Batang Kali untuk
sembahyang Zuhur.Selesai menunaikan solat, hatinya serasa begitu tenang
. 3 jam kemudian, Melina tiba juga di Cameron Highland. Dia menelefon
Golf View Cottage sebaik sahaja memasuki pekan Ringlet. Faridah terharu
melihat anaknya yang sedang sarat mengandung sanggup memandu
beratus-ratus kilometer tanpa suami di sisi.
BAB 31 : Atas Nama Cinta
Kenduri perkahwinan Zain dan Anne Johnnsons melakar sejarah paling
manis buat keluarga Datuk Azrul. Habis semua chalet dan rumah rehat
ditempahnya untuk tetamu daripada luar negara. Malah satu program
televisyen telah membuat liputan khas dengan tajuk "perkahwinan dua
Negara". Faridah merupakan orang yang paling gembira apabila dapat
kembali ke kampung halamannya. Dia bertemu Pak Talib yang kini usianya
mungkin sudah mencecah 80 - 90 tahun. Akhirnya Faridah mengecap

kebahagiaan setelah melalui derita yang panjang. Faridah menangis


melihat sawah padi yang kini bukan miliknya lagi. Tanah itu telah
dipajakkan oleh Hj. Ghafur selama 25 tahun, dia menggunakan wang itu
untuk menyara hidupnya semasa belajar di New Zealand dahulu. Faridah
meminta tolong Zain untuk berjumpa dengan anak Hj Ghafur yang menjaga
rumah itu. Faridah ingin masuk ke dalam rumah itu bagi menunaikan solat,
sujud syukur serta solat taubat. Zain berlari -lari anak pergi ke rumah Hj
Ghafur. Tiba-tiba Faridah mengeluh, dia berfikir sejenak, perbezaan tingkah
laku Benny dan Zain amat ketara. Melina dan Soleh sudah bertolak ke KLIA
awal pagi tadi untuk ke Dubai bagi menemui Jaafar al-Anbia,
membincangkan tentang kehilangan menantunya itu. Tiba-tiba Anne
bertanya kepada Faridah tentang kisah mamanya yang meninggalkan
kampungnya dahulu. Faridah melihat Anne beza sekali dengan sikap
kembarnya, Melinda. Melinda tidak secerdik Anne, Anne tamat mengaji dan
Faridah sering mendengar alunan suara Anne di masjid Al-Noor. Zain
melambai dari jauh bersama anak Hj Ghafur . Faridah melihat ada riak
bahagia terpamer pada wajah Anne. Bagi Faridah, mereka anak-anak
bertuah kerana dilahirkan dengan kasih sayang ibu bapa yang
berpanjangan.

BAB 32: Bahagia yang Berpanjangan


Melina dan Soleh Johnson mengambil limousin dan terus ke Emirate Tower
Hotel di Jalan Syeikh Zayed. Benny sedang menunggu mereka di suite yang
terletak di tingkat paling atas Empire Tower Hotel. Sebaik sahaja mereka
sampai, Benny terus mendapatkan Melina dan meminta maaf atas
kesilapannya. Benny sebenarnya terpaksa menyambut Soleh Johnson dan
melina yang tiba di Dubai International Airport tepat 12.oo p.m. Waktu
nyawa sebelum kembali ke Dubai apabila helikopter yang dijanjikan untuk
membawanya gagal mengambilnya. Dia terpaksa mendarat ke Phuket dan
terbang ke Perancis, dia mendapat bantuan daripada sahabat-sahabatnya
dari merata tempat dan menggunakan pelbagai nama samaran. Benny
hanya boleh bergerak bebas di negaranya sendiri kerana satu keputusan
telah dibuat bahawa Benny dilindungi dan dianggap sebagai ahli keluarga
pemerintah. Soleh Johnson menuju ke bilik yang disediakan untuk berehat,
dan memberikan peluang kepada anak-anaknya berunding suami isteri.
Melina mengadu kepada Benny bahawa betapa sepi hidupnya ketika di
Marang dahulu tanpa Benny di sisi. Namun kini betapa rindunya untuk

kembali ke tempat itu semula, suasananya serta kesederhanaan penduduk


berbilang kaumnya itu. Benny dan Melina telah membuat keputusan untuk
tinggal di banglo peranginan keluarga Benny di Jalan Jumeirah, tidak jauh
dari hotel yang paling mahal di dunia, Burj al Arab dan Jumeirah Beach
Hotel. Benny akan kembali bekerja di An-Anbia Family Limited Company
keran syarikat itu mempunyai kepentingan besar di negara teluk itu dan dia
terpaksa meninggalkan hobi belayarnya itu. Melina akan melahirkan
anaknya di hospital yang menjadi tumpuan warga arab yang kaya-raya
untuk mendapatkan rawatan. Melina sangsi, banyak rencana dalam majalah
antarabangsa yang menulis berat sebelah tentang dunia arab, dia kembali
teringatkan rumah mereka di Marang yang bebas ke mana-mana sahaja
tanpa ada rasa was-was. Di Marang, kehadirannya dihormati tetapi Melina
sanggup berbuat apa-apa sahaja asalkan berada di sisi suaminya 2 hari
kemudian, Soleh terbang pulang ke KL. Soleh tahu bahawa Melina akan
tabah dan menjadi seorang isteri idaman apabila tinggal di negara Islam
itu.
BAB 33: Janji Pada Tanah Ini
Faridah berasa dirinya insan yang paling bertuah kerana merentas alaf
dalam perjalanan hidup dan perlu merentas antara negara untuk melihat
cucu-cucunya. Anne dan ain kini di New Zealand mengambil alih
perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne melahirkan anak
kembar iaitu Melinda dan Rahayu. Melina pula melahirkan Said al-Anbia,
setahun lebih awal daripada Anne. Kini Faridah tinggal di Malaysia. Datuk
Azrul mendapat tanah pajakan seluas 500 hektar di tanah tinggi Lojing
untuk dibangunkan menjadi sebuah kawasan agro pelancongan tanah
tinggi . Datuk Azrul dan Soleh bekerjasama merangka sendiri pelan
pembangunan, membuat tinjauan lapangan dan kemudian mengajukan
kertas cadangan kepada kerajaan negeri. Soleh dan Datuk Azrul
menjadikan Lojing sebagai sebuah merosakkan ekosistemnya. Sungguhpun
begitu, pelancongan hasil daripada kotej juga mampu menjana pendapatan
yang lumayan. Faridah memilih menjadi pemerhati juga menikmati
keindahan alam. Datuk Azrul dan Datin Aisyah lebih banyak menghabiskan
masa berada di Lojing berbanding Bukit Besar. Hubungan kekeluargaan
mereka semakin erat. Masa terlalu pantas, 2 tahun selepas pembinaan,
kotej-kotej itu beroperasi penuh. Faridah memilih sebuah kotej untuk
menjadi tempat tinggalnya selain di Cameron Highland. Perniagaan kotejkotej mereka bertambah maju apabila sebuah syarikat majalah Eropah
mahu membuat rencana tentang Lojing itu dan Benny juga bersetuju
mewujudkan sebuah pejabat promosi di Dubai. Faridah pernah
menyuarakan pendapatnya untuk memajukan Bukit Kutu tetapi malangnya
Datuk Azrul memberitahu bahawa tempat itu telah diwartakan sebagai
Hutan Rizab Hidupan Liar. Dia teringat saat-saat bertemu Ayu dalam alam
bawah sedar. Dia berjanji pada tanah ini bahawa susur galur keturunannya
akan teguh di tanah ini.
TEMA:

Jati Diri Bangsa Melayu


Jati diri bangsa dan kekuatan pegangan agama menjadikan seorang wanita
Melayu berupaya menghadapi cubaan hidup dengan tenang tanpa terkikis
nilai wanita Melayu dan penganut agama yang setia. Kekuatan diri
membentuknya menjadi wanita glokal yang masih sedar akan asal usul diri.
a) Faridah yang bermaustatin di Rosewood , New Zealand tidak pernah
melupai tanah tumpah darahnya Malaysia walaupun sudah 25 tahun
menetap di Rosewood.
b) Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu kari yang juga
merupakan masakan kegemaran anaknya Anne.
c) Faridah masih mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu
iaitu Idah
a) Faridah masih kuat berpegang pada agama Islam yang menjadi
pegangan kuat bangsa Melayu.
Faridah dan Soleh Johnsons menerapkan ajaran Islam kepada anak-anak
mereka iaitu larangan meminum arak.
Faridah dan Johnsons menghantar anak-anak mereka Anne dan Melina
belajar di sekolah rendah Islam ketika berusia enam tahun di Christchurch
yang terletak 30 km dari rumah mereka di Rosewood

PERSOALAN
1.. Sayang akan bangsa dan tanah air
Faridah amat menyayangi tempat asalnya , Sungai Besar , Selangor
walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand.
2. Keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak
Perpisahan Salmah dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak
kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun
3. Kasih sayang antara ibu, ayah dan anak
i. Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah
dengan Rahayu selama lebih 20 tahun
ii. Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya yang
Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun selama
lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua denga Faridah setelah
berpisah dengan Salmah (ibu Faridah )

iii. Hamidah amat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak tirinya
yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun.

4. Pelestarian alam semula jadi


Soleh Johnsons mengusahaknan sebuah kawasan peranginan di Lojing,
Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan
tualang dan pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem
Cameron Highlands.

5. Kepentingan agama dalam kehidupan


i. Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di
Nez Zealand selama 25 tahun.
ii. Soleh Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama, anakanaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama
yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya
mendapat pendidikan Islam yang baik.

6. Pengamalan agama yang sederhana dan penuh unsur lemah lembut


i. Melina amat terpesona dan kagum dengan cara pengamalan Islam yang
ditunjukkan oleh Ustaz Hassan Syukri (Imam Masjid Marang )dan Haji
Awang (jirannya) penuh berhemah dan berlemah lembut
ii. Haji Awang tidak agresif apabila bercakap tentang agama Islam.
Pendapatnya tidak terburu-buru berbanding Mohd. Attar rakan Benny
(suami Melina ) yang sangat agresif iaitu menggunkan unsur keganasan
yang menakutkan.

7. Ketaksuban agama yang keterlaluan/ masalah kumpulan militan Islam


Mohd. Attar , rakan Benny memperjuangkan Islam secara agresif .
Ditangkap ketika membawa bom di Singapura

8. Semangat kental untuk memajukan sektor pertanian


i. Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya
membina empayar perniagaannya sehingga mendapat penghargaan
(bergelar Datuk ) kerana usaha gigihnya memajukan industri tani di Sungai
Besar

ii. Zain , anak Azrul meneruskan pengajian di bidang pertanian di New


Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya.
iii. Soleh Johnsons mengusahakan industri ternak kambing secara Islam di
New Zealand dan usaha ini diteruskan oleh Zain yang berkahwin dengan
anaknya Anne.

9. Sikap optimis terhadap sektor agrikultur/pertanian


Azrul amat yakin akan keputusannya untuk memajukan sektor pertanian
selepas tamat pengajian di UPM . 25 tahun kemudian dia bergelar Tokoh
Peladang Jaya.10.

10. Perkahwinan campur pelbagai bangsa


i. Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons seorang bangsa Inggeris New
Zealand
ii. Melina berkahwin dengan Benny berbangsa Arab
iii. Anne berkahwin dnegan Zain berbangsa Melayu

11. Amalan agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini sehingga
mudah dipergunakan oleh orang lain
Benny seorang lelaki yang longgar pegangan agama walaupun seorang
Muslim dia masih minum arak dan sering berfoya-foya, akhirnya tanpa
sedar telah diperalatkan oleh Mohd. Attar seorang anggota militan Islam
sehingga terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di
Marang.

12. Prejudis terhadap agama


i. Kegiatan vandalisme berlaku di An Noor Islamic Centre,
ii. Media yang memberi gambaran negatif tentang Islam

13. Pemuliharaan khazanah negara


i. Bukit Kutu diwartakan sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar.

ii. Bangsa Maori di New Zealand dipelihara sebagai warisan unik New
Zealand dan amat dihormati di New Zealand.

Faridah ( Watak Utama )


* Berusia 50 tahun
* Wanita Melayu yamng dibesarkan di kampung
* Anak kepada pasangan Salmah dan Kamarudin
* Pasangan kembar kepada Rahayu
*Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
*Isteri kepada Ghazali dan Soleh Johnsons
*Berasal dari Sungai Besar , Selangor dan bermaustatin di Rosewood, New
Zealand
*Mempunyai dua anak kembar iaitu Melina dan Anne

Perwatakan Faridah
Kuat pegangan agama
Bersolat/bersembahyang tahajud pada pukul 4.00 pagi setelah
berminpikan arwah Rahayu
Menghantar anak-anaknya bersekolah di sekolah rendah agama yang
terletak 30km dari rumahnya di Rosewood kerana mahu anak-anaknya
mendapat pendidikan agama yang baik

Penyayang
Menyayangi ibunya dan suami (Ghazali) , terlalu sedih apabila ibu dan
suami meninggal dunia

Amat menyayangi kanak-kanak, sayang akan Iqbal anak istimewa JKM

Cekal/tabah/kuat semangat
Faridah seorang wanita yang tabah dan cekal.
Cekal menjalani hidup di bumi Kiwi setelah kematian ibu dan suami
(Ghazali)di Sungai Besar , Selangor.
Tidak pernah pulang ke Malaysia selama 25 tahun setelah berkahwin
dengan Soleh Johnsons.

Soleh Johnsons @ Samuel Johnsons ( Watak Sampingan )


*Suami Faridah
*Ayah kepada Melina dan Anne
*Pengusaha ladang biri-biri yang terkenal di Rosewood ( Pusat
Penyembelihan Hijrah )

Perwatakan Soleh Johnsons


Penyayang
Sayang akan keluarganya. Membenarkan Melina berkahwin demi melihat
anaknya bahagia

Bertanggungjawab
Seorang ayah yang bertanggungjawab. Memberi didikan agama sejak
anak-anak berusia 6 tahun di sekolah rendah agama di Christchurch.
Mengusahakan Pusat Penyembelihan Hijrah bagi memastikan umat Islam
di New Zealand mendapat bekalan daging yang halal.

Dermawan/pemurah
Sering menderma bagi aktiviti di Wellington Islamic Center

Mejar B. Kamaruddin ( Watak Sampingan )


* Suami Hamidah dan Salmah
*Pesara tentera
*Ayah kepada Rahayu, Faridah, Syuqri, Abdul Rafiq dan Abdul Rashid

Perwatakan Mejar. B Kamaruddin


Penyayang
Menyayangi Faridah walaupun sudah 17 tahun berpisah. Sanggup
meredah hutan Bukit Kutu mencari Faridah yang hilang semasa kemalangan
di Bukit Fraser.

Berani
Berani meredah hutan bersama-sama Buyung untuk mencari Faridah yang
hilang

Suka berfoya-foya
Ketika masih di dalam perkhidmatan tentera Kamarudin seorang lelaki
yang suka menghabiskan masa di kelab malam.

Berpandangan jauh/berwawasan
Menabung wang untuk Rahayu melanjutkan pelajaran dalam bidang
perubatan

Zain ( Watak Sampingan )


* Penuntut jurusan pertanian di New Zealand
*Anak Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar,
Selangor.
*Suami Anne
*Pengusaha Pusat Penyembelihan Hijrah milik Soleh Johnsons di New
Zealand.
*Dibesarkan di kawasan perkampungan di Sungai Besar Selangor

Perwatakan Zain
Berwawasan jauh
Zain meneruskan perusahaan tani ayahnya dengan mengambil jurusan
pertanian di New Zealand.

Berbudi bahasa
Menjemput Faridah ke tinggal di kampungnya di Sungai Besar semasa
berkunjung ke rumah Faridah.

Kuat pegangan agama


Zain tetap bersolat jemaah di masjid di kampungnya ketika pulang bercuti
bersama-sama ayahnya dan penduduk kampung.

Tinggi jati diri bangsa


Masih mengekalkan ciri-ciri kehidupan Melayu walaupun menuntut di luar
negara - Pulang ke Sungai Besar, Selangor untuk mengurus
perkahwinannya dengan Anne.
Meminta pandangan ayah dan ibu tentang hasratnya untuk berkahwin
dengan Anne gadis New Zealand berketurunan Melayu..
Suka akan keindahan bendang/sawah di kampong

Teknik Plot
2. MONOLOG
Bercakap seorang diri /bercakap dalam hati
Contoh:
Selamat tinggal Melina. Benny berbisik perlahan yang hanya
didengarinya sendiri.
(Muka surat 214)
Sayang, kita akan jumpa datuk dan nenek, bisik Melina.
(Muka surat 230)

3.IMBAS KEMBALI
-Contoh:
Faridah masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, dia membesar di
kawasasan pantai Sungai Haji Dorani. Bramin dengan Rahayu mengutip lala
dan kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng.

Keindahan itu tidak lama, ayah datang dan kemudian membawa Rahayu
pergi bertahun-tahun. (Muka surat 101)
-Semasa Faridah menemani ibunya membeli belacan daripada Pak Talib,
Faridah mengingati sewaktu dia masih kecil, dia dan Rahayu mengutip lala
dan kerang di pantai ketika ibu mereka berniaga menjual pisang goreng.
- Cukup. Malam tadi dah keluar dengan kawan-kawan ke Kajang. Tentang
peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berket suatu masa dahulu. Semasa
zaman colonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh penguruspengurus lading.

4.IMBAS MUKA
Contoh:
-Air matanya menitis. Terlihat emaknya sedang termenung di tangga
menghadap kehijauan sawah yang permai. Wajah tua itu penuh sayu,
barangkali menantinya pulang.
(Muka surat 12)
- Ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat? tanya Chief
Inspektor Aznil.
-Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan
terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.
5.PEMERIAN
Contoh:
-Malam itu rumah Salmah terang-benderang. Lampu tambahan yang
dipasang melimpahkan cahaya sehingga ke halaman. Rumah kayu di tengah
sawah itu dikunjungi oleh orang kampung Parit Tiga.
(Muka surat 13)
-Rumah banglo setingkat itu dibina daripada batu bata merah, tidak
diplaster simen.
-Atapnya daripada genting senggora, fesyen rumah lama. Berandanya
paling menarik, betul-betul menghadap laut.
(Muka surat 157)

6.SUSPENS
Contoh:

-Saya dengar kakak orang Selangor juga, kata Datin Aisyah memulakan
perbualan.
-Tentu Datin tertanya-tanya, balas Faridah tersenyum senang. Saya
berasal dari Sungai Besar juga. Dari Kampung Parit Tiga.
-Masya-Allah, sekampung rupanya kita, balas Datul Azrul kagum.
Maafkan saya, seperti biasa saya kenal... .
-Datuk Azrul berasa seperti pernah melihat Faridah sebelum ini.
(Muka surat 205)
-E-mel berbahasa Arab itu tentunya amat mengejutkannya. Penuh dengan
ayat-ayat yang merungkaikan maksud sebaliknya. Serta-merta dia
memadamkan semua data yang penting dalamm computer peribadinya.
Benny duduk terhenyak di hadapan meja kerja, merangka-rangka apa yang
harus dilakukannya dan tindakannya.
-Benny tiba-tiba panik apabila mendapat yang menggunakan bahasa yang
simbolik.
(Muka surat 208)
-Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada panggilan dari nombor yang tidak
dikenali. Hati Melina berdetik. Jantungnya berdebar-debar.
-Melina mendapat panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenalinya.
(Muka surat 228)

7.KEJUTAN
Contoh
-Mungkin sudah takdirnya di sini, balas Datuk Azrul. Dia menghela nafas
panjang. Kalau Faridah masih ingat pada arwah Rahayu... .
-Datuk kenal arwah adik saya?
-Datuk Azrul mengangguk lambat-lambat. Merenung wajah isterinya,
meneliti jika ada riak-raiak kerisauan.
-Tentu Faridah ingat saya juga Azrul... .
-Wajah Faridah bertukar rona, terkejut dan senyuman tersenyum indah.
Tentu saya ingat, arwah adik saya meninggal kerana barah paru-paru dan
Azrul yang setia menemanya. Sayang saya tidak dapat bersama... .
-Datuk Azrul kenal arwah adik Faridah mengejutkan Faridah.

(Muka surat 206)


-Hamidah memberitahu Kamarudin bahawa Faridah dilihat oleh Rahayu
yang sedang sakit di hospital berada di perkampungan orang Asli
-Kamarudin dan Buyung terkejut apabila diberitahu Faridah berada di
perkampungan orang Asli sedangkan tiada perkampungan orang Asli di
Bukit Kutu.
(Muka surat 68)
-Faridah dan Iqbal ditemui di perkampungan orang Asli Sungai Dua, jauh
dari tempat kemalangan di Bukit Fraser dan Bukit Kutu
-Faridah dan Iqbal berada jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser
(Muka surat 73)
-Penduduk Pekan Sungai Kubu terkejut dan gempar apabila mengetahui
empang tempat melombong bijih diletupkan oleh Tuan Cecil Renking
-Tuan Cecil Renking berani meletupkan lombong timah untuk membunuh
buaya putih yang keramat.
(Muka surat 83)

8.GAMBARAN PERISTIWA SERENTAK


Dua atau beberapa peristiwa yang berlaku serentak dalam sesuatu masa
Dalam novel ini, teknik ini digunakan untuk menunjukkan hubungan jiwa
yang kuat dalam diri pasangan kembar Rahayu dan Faridah yang berpisah
selama 14 tahun.

KISAH 1
Rahayu terpandang skrin besar di hadapannya ketika berada di
perpustakaan. Diamelihat dirinya menuju ke pengadang jalan. Pengadang
jalan berkecai dan Rahayu terjunam ke dalamm gaung. Rahayu hanya
melihat pucuk-pucuk kayu merimbun kehijauan lantas menjerit meminta
tolong. Rahayu pengsan dan jatuh ke lantai.

Pada masa yang sama, Faridah yang sedang memandu van menuruni Bukit
Fraser dengan laju. Tiba-tiba Faridah menekan brek van secara tidak
sengaja. Van yang dipandunya bergerak ke nana tidak dapat dikawal.
Faridah melihat pengadang jalan di hadapannya, pandangannya berpinarpinar melihat van melanggar tembok pengadang jalan. Faridah menjerit
sekuat hati dan dia berasa kepalanya dirempuh dahan-dahan kayu dan
tidak sedarkan diri.
Ketika Rahayu berada di kampus bersama-sama Azrul, Faridah berada di
Bukit Fraser mengurus program anak-anak istimewa , pada pagi yang sama.

KISAH 2
Ketika Farisah pulang ke Sungai Besar menziarahi rumah pusaka yang
ditinggalkan selama 25 tahun bersama-sama Anne dan Zain, Soleh
Johnsons dan Melina berada di Dubai untuk menemui Benny bagi
membincangkan masa depan Melina dan Benny.

Pembinaan Plot
1. PERMULAAN
*Rahayu berasa sakit tekak ketika bangun pagi
*Rahayu dan Azrul bertemu di kafeteria di Universiti Putera Malaysia
*Kedua-dua merupakan mahasiswa tahun kedua.
*Mereka kemudian ke perpustakaan .

*Tiba-tiba Rahayu terasa dia sedang menuju pengadang jalan, dilanggar


pengadang jalan tersebut dan dia jatuh ke dalam gaung. Rahayu meminta
tolong kemudian jatuh pengsan
*Pada masa yang sama, Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah
mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser.
*Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa bertanya
hala tuju mereka. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh
berada di dalam van sedangkan sebentar tadi dia bersama-sama Mastura ,
rakan sekerja Faridah. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang
dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terjatuh ke dalam gaung.
*Pada masa itu, Faridah terkenang ibunya yang keseorangan di rumah..

2. PERKEMBANGAN
*Operasi mencari Faridah diteruskan oleh pasukan polis, RELA, PERHILITAN
dan orang asli Senoi dari Pos Praak.
*Ayah Faridah Mejar(B) Kamarudin dimaklumkan oleh Cikgu Raduan
tentang kehilangan Faridah
*Mejar(B) Kamarudin memberitahu kisah Faridah kepada isterinya Hamidah
iaitu Faridah ialah kembar Rahayu yang berpisah sejak berusia 7 tahun
*Mejar (B) Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser
*Keadaan Rahayu semakin serius .
*Rahayu sering meracau tentang Faridah, tentang Bukit Kutu
*Mejar (B) Kamarudin bersama-sama Buyung mesuk ke hutan Bukit Kutu
untuk mencari Faridah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui
racauan Rahayu
*Faridah dan Iqbal berada di Bulit Kutu dan tinggal di banglo milik Tuan
Cecil Renking seorang majistret dan pengumpul.
*Suasana seperti tahun 40-an pada era P. Ramlee atau R. Azmi
*Faridah diberitahu dia berada di Bukit Kutu yang berketinggian 3300 kaki
dari aras laut.
*Faridah bertemu Rahayu dalam tidur dan mendapat tahu Rahayu
menghidap penyakit kanser
*Pada masa ini Hamidah ibu tiri Rahayu melihatnya meracau-racau dalam
tidur

*Semasa Rahayu sedang berjuang melawan sakitnya di HUKM, di Bilik


Gerakan Ibu pejabat Polis Dareah Raub , ACP Ahmad dan bin Mokhtar
selaku OCPD daerah Raub mengumumkan Ops PDK yang dilancarkan untuk
menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan
* Mejar(B) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah dengan
bantuan Buyung,
*Mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di
kawasan perkampungan Orang Asli .
*Faridah dibawa ke HUKM dan Iqbal dengan helikopter .
*Semasa berada di bawah minda bawah sedar Faridah dibawa oleh Amah
Siti ke Pekan Kubu.
*Aktiviti perlombongan amat aktif di Hulu Sungai Selangor dan dikawal
oleh Penghulu Garang.
*Faridah juga menyaksikan kejadian Tuan Cecil Renking mengebom
lombong timah yang dikatakan berpuaka ( buaya putih )
*Pada masa itu sebenarnya Faridah telah berada di HUKM. Rahayu sedang
menemaninya apabila tiba-tiba Rahayu mendengar Faridah meminta tolong
dan Rahayu sedang merempuh dan menongkah air yang deras.
*Rahayu dapat menyelamatkan Faridah yang tersepit di bawah almari
besar.
*Rahayu berpesan agar Faridah pulang menemui ibu mereka kerana sudah
terlalu lama Faridah meninggalkan ibunya.
*Faridah menjerit nama Rahayu sekuat hati dan tersedar dari komanya.
Tatapi pada masa itu Rahayu telah menghembuskan nafasnya.
*Salmah mengalami tekanan jiwa akibat kematian Rahayu. Dia sentiasa
terkenang Rahayu.
*Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat
menerima Ghazali sebagai suami.
*Azrul kekasih Rahayu, memilih untuk mencebur diri di bidang penternakan
*Salmah terus mengalami tekanan jiwa . Dia sentiasa mengingati arwah
Rahayu,
* Faridah melahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan Salmah kepada
Ghazali suaminya.
*Salmah akhirnya meninggal dunia setelah lama menderita kematian
rahayu.

*25 tahun setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan warga
New Zealand, Faridah tidak pernah pulang ke kampung halamannya di
Sungai Besar, Malaysia.
*Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang
anak kembar , Melina dan Anne.
*Anaknya Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa Arab warga
Dubai
*Dan mengikut suaminya berhijrah ke Marang, Terengganu.
*Melina meneruskan minatnya melukis. Benny mula merapatkan diri
dengan Mohammed Attar kerna kagum dengan kehebatan pengetahuan
agama Islam yang dimiliki Mohamed Attar
*Zain seorang penuntut bidang pertanian menjalinkan hubungan dengan
Anne.
*Di Christchurch pula Soleh Johnsons amat risau akan kegitan vandalisme
terhadap umat Islam di situ dan bercadang meredakan keadaan dengan
mengadakan jamuan bersama-sama penduduk tempatan.
*Zain yang pulang bercuti ke Malaysia menyampaikan hasratnya untuk
berkahwin dengan Anne kepada bapanya Datuk Azrul
*Zain berkunjung ke rumah Faridah dan asal usul Faridah terbongkar. Zain
dan Faridah berasal dari Sungai Besar. Zain menjemput Faridah pulang ke
Sungai Besar .
*Mohammed Attar cuba mengembangkan pengaruh militannya kepada
Ustaz Syukri.
*Melina mengingatkan Benny tentang sikap Mohammed Attar yang agresif
tetapi disangkal oleh Benny. Benny beranggapan Mohammed Attar seorang
yang warak dan mampu membimbing mereka ke arah kebaikan.
*Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk menziarahi Melina
yang sarat mengandung, membincangkan perkahwinan Zain dan Anne
sambil bercuti di Cameron Highlands.
*Faridah mendedahkan kisah Rahayu dan dirinya kepada Datuk Azrul.
Faridah ingin kembali melihat kampung halamannya di Sungai Besar.
*Benny menghilangkan diri setelah mendapat mesej penangkapan
Mohammed Attar kerana kegiatan militannya.
*Melina ke Cameron Highlands untuk bertemu Faridah dan Soleh Johnsons.
Faridah telah dimaklumkan tentang kehilangan Benny.

PERUMITAN
*Benny mula terlibat dengan kegiatan militan Mohammed Attar tanpa
sedar.
*Melina mengalami tekanan perasaan apabila sering ditinggalkan oleh
Benny berseorangan kerana kesibukan Benny.
*Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Syukri dalam
cara mereka memperjuangkan agama Islam.
*Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkan Melina keseorangan di
Marang , Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan
kerana cuba meletupkan kasino di Pulau Sentosa.
*Benny menaiki bot di tengah lautan yang disediakan oleh An Anbia Family
Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia.
*Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi
apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang
yang dikehendaki.
*Mejar(B) Kamarudin berlaku curang kepada isterinya Slamah dan
berkahwin dengan Hamidah.
* Mejar(B) Kamarudin memisahkan Rahayu dengan Faridah apabila dia
dipindahkan ke Pontianak menyebabkan Rahayu mengalami gangguan
emosi pada awal perpisahan.
*Faridah mengalami kekecewaan apabil putus tunang dengan Azman
*Rahayu pengsan di perpustakaan dan akhirnya disahkan menghidap
kanser paru-paru.
* Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan hilang selama sebulan di
dalam hutan tanpa dapat dikesan.

Klimaks
* Faridah , Soleh Johnsons dan anne pulang bercuti di Malaysia untuk
melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dengan Zain.
Kepulangan Faridah telah mempertemukan semula Faridah dengan Azrul
dan kerinduan Faridah terhadap kampung halamannya Sungai Besar
semakin mendalam.
*Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol kerana cubaan
meletupkan sebuah kasino di Pulau Sentosa. pada masa yang sama melina
melaporkan kehilangan Benny kepada pihak polis di Marang, Terengganu
*Perkahwinan Zain dan Anne yang melakar sejarah dua buah negara.
Tetamu pelbagai bangsa dari luar negara hadir. Hotel, rumah tumpangan,
rumah rehat, calet sekitar Teluk intan, Sabak Bernam dan Sungai Besar
habis ditempah. Perkahwinan mendapat liputan sebuah stesen
televisyen.....Perkahwinan dua negara. Faridah merupakan insan yang
paling gembira.
*Soleh dan Melina ke Dubai untuk bertemu Benny setelah dihubungi oleh
keluarga Jaafar al Anbia yang bertanggungjawab membawa Benny keluar
dari Malaysia secara rahsia. Benny tidak boleh meninggalkan Dubai kerana
telah disenaraikan sebagai orang yang paling dikehendaki oleh Amerika
Syarikat.
*Melina menetap di Dubai bersama-sama Benny
PELERAIAN
* Faridah pulang ke Sungai Besar . Pulang ke rumah ibunya. Menikmati dan
mengenang semula kampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan
* Soleh Johnsons dan Melina terbang ke Dubai untuk bertemu Benny .

* Segala persoalan terungkai...Benny menceritakan pelariannya selama dua


minggu sebelum sampai ke Dubai melalui perancangan keluarganya di
Dubai.
* Anne dan Zain pulang ke New Zealand dan megambil alih perniagaan
penternakan Soleh Johnsons.
*Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands.
* Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala
Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.
*Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di
Dubai
*Melina melahirkan anak lelaki pewaris An Anbia.
*Anne melahirkan anak kembar Melinda dan Rahayu ( nama pilihan
Faridah)
*Bukit Kutu kekal menjadi hutan rizab binatang liar seperti Bukit Nanas,
Kuala Lumpur
* Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina
jati diri bangsa.
* Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan
berpegang pada tali agama.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan Bahasa Inggeris
Contoh:
Wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House
2. Peribahasa
Contoh:
Peribahasa Melayu Masa itu emas
Peribahasa Arab Masa umpama sebilah pedang tajam, boleh
memenggal kepala jika kita lambat bertindak.
- Perahu sudah di air, pendayung di tangan
3. Personifikasi
Contoh :
Cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan

Cuaca yang begitu dingin menggigit


Senja merangkak tua
4. Hiperbola
Contoh:
Dosa-dosaku sudah melaut banyaknya
Tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung
5. Simile
Contoh :
Bersambung seperti gajah menyusu dengan rumah agam
Tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

LATAR TEMPAT/MASYARAKAT
Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang mempunyai jati diri yang kukuh.


Faridah kembali semula ke Malaysia setelah 25 tahun menetap di New
Zealand kerana jati dirinya sebagai rakyat Malaysia masih utuh.
2. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup.
Faridah tabah menghadapi cabaran dalam hidupnya walaupun kematian
adiknya Rahayu, kematian ibunya Salmah dan kematian suaminya Ghazali.
3. Masyarakat yang berdikari.
Azrul tidak mahu bekerja makan gaji setelah bergelar siswazah
sebaliknya mengusahakan penternakan kambing.
4. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar.

Azrul aktif menyertai program-program alam sekitar ketika menuntut di


Universiti Putra Malaysia.
5. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa.
Faridah, dan Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat
kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.
6. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.
Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi
tekanan atau masalah hidup.
7. Masyarakat yang suka bersedekah.
Soleh Johnsons yang suka bersedekah.
8. Masyarakat tentera
Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4
RAMD.
9. Masyarakat orang Asli
Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang
menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.

Latar Tempat
1. Faridah mengikuti perkhemahan tahunan anjuran Jabatan Kebajikan
Masyarakat di sini.
Latar tempat : Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Suria

2. Rahayu merawat di sini. Dr.Susan bertanggungjawab merawat Rahayu


dan Azlin, jururawat yang menjaganya.
Latar tempat: Hospital UKM

3. Lokasi operasi semua pasukan yang terlibat untuk mencari dan


menyelamat Iqbal dan Faridah.
Latar tempat: Rumah Rehat Gap

4. Tempat ini dijadikan tempat sasaran Kamarudin dan Buyung mencari


Faridah dan Iqbal yang hilang.
Latar tempat: Bukit Kutu

5. Faridah dirawat di sini setelah diselamatkan dari perkampungan orang


Asli. Rahayu datang untuk melawat Faridah yang masih koma. Dia
meninggal dunia di sisi Faridah.
Latar tempat: Hospital Kuala Lumpur
6. Secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat ini dan
menyaksikan suasana kehidupan
penduduk di sini yang kebanyakannya bekerja
timah.

sebagai pelombong bijih

Latar tempat: Pekan Sungai Kubu

7. Tempat ini merupakan kampung halaman Faridah. Majlis perkahwinan


Zain dan Anne diadakan dalam suasana yang meriah di sini.
Latar tempat: Sungai Besar

8. Faridah mendapat peluang untuk berkursus di sini selama 6 bulan.


Kemudian, Faridah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons.
Latar tempat: New Zealand

9. Tempat tinggal Faridah dan keluarganya di New Zealand.


Latar tempat: Rosewood

10. Tempat pertemuan kali pertama

antara Benny dengan Melina.

Latar tempat: Gloria Coffee Bean, Aukland Harbor

11. Melina dan Benny berhijrah ke sini selepas berkahwin.Benny membeli


sebuah banglo di tepi pantai sebagai tempat kediaman.
Latar tempat: Marang, Terengganu

12. Faridah dan Soleh Johnsons mengambil keputusan hendak menetap di


sini. Soleh Johnsons berasa selesa di sini kerana suasananya yang dingin
dan nyaman.
Latar tempat: Cameron Highland

13. Tempat asal Benny. Benny dan Melina akhirnya menetap di sini kerana
Benny hanya boleh bergerak bebas di negaranya sahaja.
Latar tempat: Dubai

Nilai Dan Pengajaran


Nilai

1.KETEGUHAN JATI DIRI BANGSA DAN AGAMA


Faridah masih kental jati diri Melayunya walaupun telah tinggal di New
Zealand selama 25 tahun. Dia masih makan makanan Melayu iaitu kari
malah anaknya Anne meminta dia memasak kari.
Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya Idah- nama yang
dipanggil oleh suaminya Soleh Johnsons.
Faridah masih mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet.

Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak melupakan
kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah tamat
pengajian di New Zealand.
Melina dan Benny masih berpegang kuat pada ajaran agama iaitu mereka
berkahwin setelah saling menyayangi alupun baru 2 minggu berkenalan.
Faridah dan Soleh Johnsons menghantar Anne dan Melina bersekolah
agama di sekolah rendah yang terletak 30km dari Rosewood pada sebelah
petang.
Datuk Azrul solat berjemaah subuh dan mendengar ceramah agama di
surau kampungnya.
Soleh Johnsons mengusahakan pusat penyelembihan untuk membekalkan
daging halal kepada umat Islam di New Zealand.

2.KASIH SAYANG
Salmah amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenangkenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser.
Hamidah menyayangi anak tirinya Rahayu yang dibela sejak berusia 7
tahun, menjaga Rahayu yang sakit di hospital .
Benny amat menyayangi Melina. Melina dibawa tinggal di Dubai kerana
Benny tidak lagi boleh keluar dari Dubai setelah tersenarai sebagai militant
oleh Amerika Syarikat.
Faridah amat menyayangi keluarganya (Soleh Johnsons, Anne dan Melina)
sehingga tidak pernah meninggalkan mereka setelah 25 tahun berhijrah ke
New Zealand
Faridah amat menyayangi ibunya Salmah sehingga terlalu sedih selepas
Salmah meninggal dunia.

3.KETABAHAN/KECEKALAN
Faridah tabah menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa
pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

4.KEBERANIAN

Kamarudin berani meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama-sama buyung


semata-mata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas
terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub.
Melina berani memandu seorang diri dari Marang Kuala Terengganu ke
Bukit Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.

5.KEBIJAKSANAAN
Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang
pertanian selepas tamat pengajian dari UPM.

6.BERTANGGUNGJAWAB
Kamarudin seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun hampir 14
tahun tidak bersua dengan Faridah, dia tetap berusaha mencari Faridah
yang hilang dalam hutan.
Ghazali seorang majikan Faridah yang bertanggungjawab. Ghazali seorang
pegawai JKM berada bersama-sama pasukan pemyelamat di Rumah Rehat
Gap semasa poerasi mencari Faridah dan Iqbal.

7.KEPRIHATINAN
Azrul amat prihatin dengan isu alam sekitar. Azrul menyertai kempen Save
Our River- S.O.S di KLCC anjuran Persatuan Pencinta Alam
Soleh Johnsons tidak mahu mengusahakan kebun sayur di Tanah Tinggi
Lojing kerana tidak mahu merosakkan ekosistem alam semula jadi
sebaliknya membina kawasan peranginan berkonsep semula jadi iaitu
kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan
taman-taman bunga.
Soleh Johnson amat pritahin akan keinginan Faridahuntuk ;pulang ke
kampung halamannya di Malaysia. Dia, akhirnya berhijrah ke Cameron
Highlands bersama-sama Faridah.

8.KESETIAAN
Melina seorang isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut
Benny yang bertugas di Marang Trengganu

Melina seorang isteri yang setia, berhijrah ke Dubai kerana perlu berada
di sisi Benny yang telah pulang ke Dubai kerana disyaki sebagai militan.

9. KETAATAN KEPADA AGAMA


Faridah taat akan ajaran agama. Bangun bersembahyang Subuh .
Melina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepas
berkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran
Islam setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bulan

10. BERBUDI BAHASA


Zain seorang pemuda yang berbudi bahasa. Dia menziarahi Faridah untuk
berkenalan dengan keluarga Faridah dan menyampaikan salam daripada
kedua-dua orang tuanya di Malaysia.

11. KEPASRAHAN PADA TAKDIR TUHAN


Soleh memberitahu Anne, segala yang berlaku dalam keluarga mereka
merupakan ketentuan Allh SWT apabila Anne bertanya sebab Faridah
meninggalkan kampung halamannya 25 tahun dahulu. Penghijrahan
Faridah menjadi penyebab kelahiran Anne ke dunia

PENGAJARAN

1. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh.


Walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap
mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia.
2. Setiap orang perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.
Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak
semaiannya hingga berjaya.
3. Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.
Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersamasama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin
meninggalkan mereka.
4. Sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan
tuntutan agama.
Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu
menderma kepada badan kebajikan.
5. Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita.
Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke
tanah air.
6. Sebagai seorang siswazah, janganlah terlalu mengharapkan tawaran
kerja makan gaji sahaja.
Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu
dipersetujui oleh bapanya.

PERISTIWA PENTING
1. Faridah dikatakan mengalami halusinasi. Setelah ditimpa kemalangan,
Faridah berada dalam keadaan koma. Dia mendapati dirinya berada di
rumah Tuan Cecil Renking yang terletak di Bukit Kutu. Faridah seolah-olah
hidup pada zaman penjajahan British.

2. Rahayu dan Faridah ialah adik-beradik kembar yang mempunyai


hubungan telepati. Faridah dan Rahayu seolah-olah dapat berhubung /
berkomunikasi antara satu sama lain dalam mimpi. Disebabkan hubungan
istimewa ini, Faridah berjaya ditemui hasil daripada maklumat yang diberi
oleh Rahayu.

3. Faridah hilang dalam kemalangan jalan raya secara misteri. Tiada kesan
yang menunjukkan bahawa Faridah dan Iqbal meninggalkan tempat
kejadian kemalangan. Namun, operasi mencari dan menyelamat yang
dijalankan selama 2 minggu gagal menemui Faridah.

4. Pertemuan antara Zain dan Anne di Christchurch, New Zealand ketika


Zain cuba membaiki kereta Anne yang rosak. Pertemuan itu telah
memutikkan aura percintaan yang akhirnya mengikat mereka dengan
hubungan suami isteri yang mengembalikan semula nostalgia yang begitu
bermakna bagi dua buah keluarga iaitu keluarga Faridah dan Datuk Azrul.

5. Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan
banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA,
Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor. Situasi ini
menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha mencari
dan menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser.

PERISTIWA GEMBIRA/SEDIH
Peristiwa sedih
1. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan
fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa
sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal,
seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat
mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia
bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar
penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.
2. Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya.
Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu
semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi.
Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu
bertambah tertekan apabila Suhaila yang menjadi rakannya di wad
meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya
beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat
menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita.
3. Faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya
penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan
Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari
wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah
pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis
sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang
masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani
kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia
tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu,
kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain.
Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu.
Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.
Peristiwa gembira
1. Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri.
Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara
rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang
kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai

teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan


Faridah.
2. Perkahwinan antara Anne Johnsons dengan Zain Bin Datuk Azrul.
Pelbagai bangsa dari pelbagai Negara menghadiri majlis perkahwinan
mereka. Rumah tumpangan, chalet, hotel, rumah rehat sekitar Teluk Intan,
Sabak Bernam, Sungai Besar, Sungai Haji Dorani hingga ke Sungai Nibung
habis ditempah Perkahwinan dua Negara itu mendapat liputan meluas
termasuk di televisyen kerana Datuk Azrul terkenal dalam bidang pertanian
3. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan.
Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari Pakistan, Mehmood dari
Maghribi dan Noor Mohamad dari Bangladesh. Mehmood masih bujang dan
berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka
sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula
sedar dan mahu kembali ke pangkal jalan yang benar.

KRITIKAN SOSIAL
1. Masyarakat yang mempunyai fahaman yang sesat tentang sesuatu
agama. Contohnya seperti Mohammad Attar yang setelah bertukar
pendapat dengan Ustaz Syukri dimana Ustaz Syukri telah menekankan budi
bahasa merupakan budaya orang Melayu dan Islam kepada Mohammad
Attar. Mohammad Attar pula berpendapat bahawa Islam sememangnya
harus berjuang untuk menghapuskan musuh-musuh Islam. Fahaman sesat
Mohammad Attar adalah tidak benar dan tidak rasional.
2. Masyarakat yang tidak ingin mengusahakan warisan mereka. Contohnya,
anak-anak muda daripada kampung Zain semuanya kononnya sudah
berpendidikan tinggi dan berpendapat bahawa mereka tidak sesuai untuk
bekerja di ladang atau kebun. Cara pemikiran ini sangatlah sempit kerana
anak muda sepatutnya mengusahakan warisan yang diwariskan kepada
mereka. Dengan pendidikan tinggi mereka, mereka dapat juga membawa
warisan keluarga iaitu ladang atau kebun ke tahap yang lebih tinggi
contohnya dengan menaik-tarafkan kemudahan kebun dan mengiklankan
kebun atau ladang untuk mendapat perhatian komersial.
3. Masyarakat yang tidak percaya dan hormat dengan kepercayaan
tempatan. Contohnya, Tuan Cecil diberitahu bahawa di empangan bijih
terdapat buaya keramat yang sangat ditakuti dan dihormati oleh penduduk
tempatan. Namun begitu, Tuan Cecil tidak percaya dan mengebom
empangan bijih tersebut. Perlakuan ini tidak disenangi oleh Penghulu
Garang. Tuan Cecil seharusnya menghormati tradisi tempatan dan tidaklah
bertindak secara ikut perasaan.
4. Masyarakat yang mengamalkan vandalisme. Contohnya, kejadian
beberapa buah kereta yang cerminnya pecah disebabkan vandalism di An
Noor Islamic Centre telah memberi tanggapan yang buruk tentang Islam
kepada media di sana. Vandalisme merupakan sebuah aktiviti yang tidak

sihat dan ianya sangatlah menyusahkan kerajaan yang perlu membaiki


kemudahan awam serta penduduk setempat yang tidak dapat
menggunakan kemudahan awam dengan baik disebabkan oleh vandalism.
5. Masyarakat yang tidak sanggup menjaga anak-anak yang kurang upaya.
Contohnya, Faridah merupakan salah satu sukarelawan yang dibayar elaun
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) , berkhidmat untuk kanak-kanak
istimewa yang dianggapnya sebagai satu ibadah. Kanak-kanak istimewa
sepatutnya dijaga dengan baik dalam keluarga dan bukannya dihantar ke
pusat pemulihan. Alasan susah untuk menjaga kanak-kanak istimewa
adalah tidak relevan kerana kanak-kanak istimewa juga ada hati dan
perasaan seperti kanak-kanak normal yang lain dan juga memerlukan kasih
sayang.

BIODATA PENGARANG

Mohamad Kholid Hamzah (lahir di Tanjung Karang, Selangor) adalah


seorang penulis dari Malaysia. Beliau mendapat pendidikan rendah dan
menengah di Sekolah Kebangsaan Dato Manan, Tanjung Karang dan
Sekolah Menengah (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya. Beliau
memperolehi Diploma Pembangunan Manusia daripada Universiti Putra
Malaysia pada tahun 1992 dan Diploma Psikologi (Kaunseling) daripada
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001.
Beliau banyak menulis cerpen dan puisi yang tersiar di akhbar, majalah di
samping yang termuat dalam antologi. Juga menghasilkan novel kanakkanak bersiri iaitu Siri Penyiasat Ekstrovert yang diterbitkan PTS One Sdn
Bhd. Novel dewasa beliau selain Kabus di Perbukitan adalah Desir Angin di
Pergunungan (DBP, 2008), Rahang Maut (PTS Millennia Sdn Bhd, 2009) dan
Mengejar Pelangi Pagi (DBP, 2010).

Cerpen beliau, Anugerah memenangi saguhati Hadiah Sastera Berunsur


Islam IX, 2005. Manakala novel ini, Kabus di Perbukitan memenangi
saguhati Sayembara Mengarang Novel Sempena Perayaan Jubli Emas DBP,
2006. Novel kanak-kanak beliau, Pengembaraan Si Belimbing memenangi
hadiah utama Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Katogeri Kanak-kanak
Karyanet-DBP, 2006.

ULASAN PENDAPAT KESESUAIAN TAJUK NOVEL

Pada pendapat saya, tajuk Kabus di Perbukitan adalah sesuai sebagai


nama novel dengan cerita yang disampaikan oleh penulis, Mohamad Kholid
Hamzah, dalam novel tersebut. Antara sebab-sebab kesesuaiannya adalah
ada sebahagian daripada novel ini yang menceritakan tentang senario di
mana watak dalam novel dikatakan sangatlah suka akan suasana apabila
berada di kawasan berkabus di perbukitan kerana ianya meingatkannya
kepada Bukit Kutu serta peristiwa yang berlaku di sana terhadap watak
tersebut. Ini membuat watak merindui tempat asalnya kerana tiada tempat
yang lain selain tempat asalnya itu yang boleh memaparkan senario

kecantikan alam yang setanding dengan apa yang dilihatnya pada masa
tersebut.
Selain itu, saya bersetuju dengan tajuk yang dinamakan kepada novel ini
kerana terdapat peristiwa-peristiwa berunsur misteri yang berlaku
contohnya seperti Faridah yang ingin pergi ke Raub dan terlibat dengan
kemalangan disebabkan Iqbal yang mengejutkannya dengan tiba-tiba.
Vannya hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung, akan tetapi, tidak dapat
dicari oleh pihak pasukan Senoi Praak sehinggakan Sarjan Yusoff
mencadangkan agar mereka menggunakan jalan alternatif iaitu meminta
bantuan bomoh kerana bimbang akan kemungkinan campur-tangan
makhluk halus dalam kejadian tersebut. Sementara itu, Faridah pula
menyedari dirinya berada di tempat yang asing, seolah-olah berada di
sebuah rumah pada zaman kolonial. Saya berpendapat bahawa penulis
menamakan novel ini Kabus Di Perbukitan kerana beliau menggunakan
perkataan kabus sebagai metafora yang menggambarkan peristiwaperistiwa yang misteri yang berlaku sepanjang jalan cerita novel tersebut.
Di samping itu, kesesuaian tajuk ini juga adalah disebabkan oleh sikap
watak yang sayang dan prihatin akan alam sekitar sehinggakan segala
projek-projek pembangunannya mengutamakan kemusnahan alam sekitar
yang minimum. Selain itu, terdapat juga rujukan terhadap bagaimana
watak yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pertanian
sehinggakan dia merupakan satu-satunya murid yang mengambil jurusan
pertanian semasa pembelajaran beliau di universiti. Disebabkan ini, nama
novel yang merujuk kepada kecantikan alam contohnya seperti kawasan
perbukitan yang berkabus adalah bersesuaian dengan sikap watak-watak
yang mempunyai sifat cinta akan alam sekitar dalam novel tersebut.
Akhir sekali, saya berpendapat bahawa tajuk ini sesuai dengan jalan cerita
novel ini kerana segala rintangan kehidupan yang dialami oleh watak-watak
dalam cerita novel tersebut boleh disamakan dengan senario kabus di
perbukitan. Contohnya, jika kita cuba meredah perbukitan semasa kabus
yang tebal, kita pasti boleh terlibat dengan kecelakaan disebabkan kabus
yang mengaburi penglihatan kita. Persepsi ini dapat disamakan dengan
kehidupan watak-watak dalam novel yang masa depan mereka tidak dapat
diramalkan, dan rintangan demi rintangan menimpa mereka tanpa mereka
sangkakan, sekali lagi memainkan metafora kabus yang
diperumpamakan sebagai sifat semula jadi manusia yang tidak boleh
melihat ke masa depan untuk mengetahui masa depannya melainkan
manusia itu sendiri melewati dan mengalaminya sendiri.