Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG DI

SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK, KUANTAN (BIG FASA 6)


Sepanjang saya menjalankan program BIG ini, saya mendapati bahawa terdapat
kekuatan yang dapat dilihat dengan jelas. Saya mendapati bahawa kerjasama antara guru
pelatih opsyen Pendidikan Jasmani amat baik. Hal ini kerana dapat dilihat mereka dapat
saling menghormati dan bekerjasama walaupun guru pelatih terdiri daripada kaum yang
berbeza. Dari segi pengelolaan dan perancangan aktiviti, setiap ahli jawatankuasa
menjalankan tugas mereka dengan penuh komitmen dan usaha. Setiap jawatankuasa juga
bertanggungjawab semasa menjalankan tugas mereka. Selain itu, saya juga mendapati
bahawa sekolah yang dipilih adalah sekolah yang amat cemerlang dari segi kurikulum dan
kokurikulum serta merupakan sekolah yang mempunyai 1000 murid ke atas. Selain itu,
sekolah itu juga amat cemerlang dari segi pengurusan, kebersihan dan keceriaan serta dari
segi infrastruktur dan prasarana sekolah. Bagi kali ini, tujuan lawatan ini adalah untuk
mengetahui bagaimana untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Guru yang dipilih
merupakan guru yang amat dedikasi dan komited bukan sahaja dari segi pekerjaan beliau
malah juga dari segi sifatnya yang positif. Ini dapat membantu guru pelatih untuk lebih
memahami bagaimana seorang guru cemerlang menjalankan tugasnya dengan baik.
Walau bagaimanapun, saya juga dapat lihat kelemahan semasa perlaksanaan
program ini. Saya mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih tidak memberikan tumpuan
semasa penerangan diberikan oleh guru cemerlang prasekolah tersebut. Oleh sebab guru
pelatih telah berada di makmal komputer dalam masa yang agak panjang, keadaan ini
menyebabkan kebosanan guru pelatih. Apabila mereka berasa bosan mereka mula hilang
tumpuan dan fokus semasa penerangan diberikan. Terdapat segelintir guru pelatih yang
tidak memberi perhatian sepenuhnya dengan penerangan tersebut sehingga hanya terdapat
beberapa murid yang menanyakan soalan mengenai bagaimana cara guru cemerlang
menjalankan tugasnya.
Semasa perlaksanaan program ini, guru pelatih berpeluang untuk mempelajari serba
sedikit mengenai cara pengajaran dan pembelajaran prasekolah sesebuah sekolah
dijalankan oleh guru. Hal ini kerana kami berpeluang untuk masuk ke kelas prasekolah
untuk memahami bagaimana guru cemerlang tersebut menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, guru pelatih juga diberi penerangan tentang bagaimana cara
guru tersebut menggunakan alat bantu mengajar untuk murid-murid prasekolah dengan cara
yang kreatif. Jadi melalui program ini dapat meningkatkan kebolehan guru terutamanya
dalam kaedah pengajaran di sekolah. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui ciri-ciri

seorang guru cemerlang. Hal ini kerana guru bukan sahaja merupakan seorang yang
menjalankan pengajaran dan pembelajaran, tetapi mereka juga merupakan individu yang
melahirkan insan yang cemerlang dari semua segi termasuk rohani, jasmani, intelek dan
emosi. Oleh itu setiap guru perlu mempunyai ciri-ciri personaliti guru yang baik supaya
mereka akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik, sistematik dan juga
memberikan komitmen sepenuhnya apabila mereka menjalankan sebarang tugas di sekolah
tanpa rasa penat lelah. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan guru yang bukan sahaja
berilmu pengetahuan, malah juga mempunyai sifat yang baik.
Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja mengajar kami untuk menjadi
seorang

guru

yang

dedikasi,

malah

juga

perlu

menjadi

seorang

guru

yang

bertanggungjawab, berkomitmen tinggi dan juga mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.

Gambar-gambar semasa Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang Institut Pendidikan


Guru Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu ke Sekolah Kebangsaan Balok,
Kuantan.

1. Kedatangan kami disambut oleh guru besar, para guru dan juga murid Sekolah
Kebangsaan Balok bersama dengan paluan kompang.

2. Taklimat mengenai maklumat Sekolah Kebangsaan Balok diberikan oleh guru besar.

3. Bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Sekolah Kebangsaan Balok

4. Ucapan daripada wakil pensyarah mentor bagi unit 6 PISMP Pendidikan Jasmani dan sesi
penyampaian cenderamata oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Balok

5. Jamuan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak sekolah

6. Sesi Penggambaran

7. Perkongsian seorang guru cemerlang untuk prasekolah bagi Sekolah Kebangsaan Balok

8. Melawat ke kelas prasekolah Sekolah Kebangsaan Balok