Anda di halaman 1dari 8

CIKGUMORAL

Utama

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL

Pengenalan

HuraianSukatanPelajaran
HuraianSukatanPelajaran
KBSM

NotaMoral
BidangPembelajaran
NilainilaiPendidikanMoral
DefinisiNilaiMoral
KataKunciNilaiMoral

TeknikMenjawab
TeknikMenjawab

Kertas 1225/1 : Ujian Bertulis


Bahagian A ( Soalan Struktur )
Bahagian B ( Soalan Esei )

BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR)


8 soalan struktur : 80markah = 8 x 10 markah ( wajib jawab semua )
Pengagihan masa: 80 minit = 8 soalan x 10 minit ( setiap soalan )

BENTUK SOALAN
Soalan Tanya Nilai
Soalan Tanya Maksud Nilai
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Lanjutan

PendidikanMoral

Soalan Tanya Fakta


Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan
Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Soalan Tanya Nilai


Hanya tulis nilai sahaja
Ejaan tidak boleh salah sehingga makna berubah
Kata sendi / kata hubung / imbuhan dan sebagainya tidak boleh salah tulis
Susunan perkataan tidak boleh diterbalikkan
Singkatan tidak boleh digunakan

Contoh soalan
Apakah nilai . . . ( 1 markah] )
Nyatakan dua nilai . . . ( 2 markah )

Contoh jawapan:
Rasional
Harga Diri

Soalan Tanya Maksud Nilai


Hanya tulis definisi nilai sahaja
Watak tidak perlu tulis
Isu / situasi soalan tidak perlu dikaitkan
Kesilapan kata hubung / kata sendi / huruf besar / susunan perkataan / imbuhan pada
definisi tidak menjejaskan

Contoh soalan
Jelaskan maksud nilai . . . ( 2 markah /3 markah /? markah)
Berikan definisi bagi nilai . . . ( 2 markah /3 markah /? markah)

Contoh jawapan
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar

Soalan Tanya Nilai dan Huraian Lanjutan


Ditulis berdasarkan ayat nilai dan diikuti dengan huraian lanjutan
Ayat Nilai ( Watak + Nilai ) + Huraian Lanjutan

Huraian lanjutan ditulis menggunakan formula soalan


Bagaimana? Contohnya . . .
Mengapa? Hal ini demikian . . .

Contoh soalan
Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh remaja agar menjauhi gejala vendalisme
( 4 markah )

Pilihan Nilai
I.Rasional
II.Harga diri

Bagaimana? Contohnya . . .
Gunakan soalan 'bagaimana?' pada nilai yang digunakan
Bagaimana remaja harus mengamalkan nilai rasional agar menjauhi gejala
vendalisme?

Kaitkan isu dengan jawapan


Contohnya remaja harus menjaga nama baik diri dan keluarga agar menjauhi gejala
vendalisme

Contoh Jawapan
Remaja harus mengamalkan nilai rasional(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga

nama baik diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam gejala vendalisme.
(Huraian lanjutan Bagaimana?)

Mengapa? Hal ini demikian . . .


Gunakan soalan 'mengapa?' pada nilai yang digunakan
Mengapa remaja harus mengamalkan nilai harga diri agar menjauhi gejala
vendalisme?

Kaitkan isu dengan jawapan


Hal ini demikian kerana perbuatan vendalisme merupakan perbuatan yang tidak
bermoral yang menjatuhkan maruah remaja

Contoh Jawapan
Remaja harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Hal ini demikian kerana perbuatan
vendalisme merupakan perbuatan yang tidak bermoral yang menjatuhkan maruah remaja
(Huraian lanjutan Mengapa?)

Soalan Tanya Fakta


Ditulis berdasarkan ayat fakta
Nilai tidak diterima sebagai jawapan
Bertujuan menguji kandungan akademik Tingkatan 4 & Tingkatan 5 dan menilai Kemahiran
Berfikir Kritis & Kreatif ( KBKK )

Contoh soalan
Jelaskan dua cara . . . . . . . . . . ( 2 markah )
Nyatakan dua pengajaran . . . ( 2 markah )
Terangkan tiga kepentingan . . ( 3 markah )
Berikan tiga usaha . . . . . . . . . . .( 3 markah )

Jelaskan empat langkah bagi mengelakkan berlakunya kepupusan hutan

( 4 markah )
Contoh Jawapan
I.Mengadakan tanaman semula hutan
II.Tidak mencemarkan alam sekitar
III.Mematuhi undangundang yang ditetapkan
IV.Tidak melakukan penerokaan hutan secara berleluasa

Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan


Tulis berdasarkan ayat fakta dan diikuti dengan contoh / huraian lanjutan
Fakta + Huraian Lanjutan

Huraian lanjutan ditulis menggunakan formula soalan


Bagaimana? Contohnya . . .
Mengapa? Hal ini demikian . . .

Contoh soalan
Huraikan dua kepentingan . . . ( 4 markah )
Terangkan tiga kesan . . . ( 6 markah )
Jelaskan dua cara ( 4 markah )

Terangkan 3 kesan daripada tindakan manusia yang merosakkan alam sekitar?


(6 markah )

Contoh Jawapan
I.Kesihatan manusia akan terjejas.
( 'Bagaimana' kesihatan terjejas ) Contohnya asap dan habuk boleh menyebabkan
penyakit barah paruparu, penyakit asma dan penyakit kulit yang boleh membawa
kematian.
II.Merosakkan ekosistem dan menjejaskan kehidupan flora dan fauna.
('Bagaimana' merosakkan ekosistem ) Contohnya habitat flora dan fauna akan
musnah akibat penerokaan hutan secara berleluasa.

III.Kejadian bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh.


( 'Bagaimana' berlakunya bencana alam ) Contohnya sistem saliran dan hutan
sebagai kawasan tadahan hujan tidak berfungsi.

Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)


Tulis berdasarkan ayat fakta / Fakta + Huraian Lanjutan / Respon
Soalan menyatakan bilangan jawapan / tiada bilangan jawapan
Jawab berdasarkan peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan

Ayat Fakta / tiada bil jawapan / rujuk markah


Contoh soalan
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya ibu bapa mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga ( 2 markah )
i. ___________________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________________

Ayat Fakta + Huraian Lanjutan / tiada bil jawapan / rujuk markah


Contoh soalan
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya ibu bapa mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga ( 4 markah )
i. ___________________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________________

Ayat Fakta + Huraian Lanjutan / ada bil jawapan / rujuk markah


Contoh soalan
Bagaimanakah anda menghargai pengorbanan dan jasa ibu bapa. Terangkan dua
jawapan anda. ( 4 markah )
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________


Respon + bil fakta respon mengikut baki markah / rujuk markah
Contoh soalan
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan 'biar papa asal bergaya'. Kemukakan
alasan anda ( 2 markah )
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Respon + bil fakta respon mengikut baki markah / rujuk markah


Contoh soalan
Apakah perasaan anda apabila kes pembuangan bayi banyak dilaporkan di media
massa akhirakhir ini. Kemukakan dua alasan anda
( 3 markah )
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

BAHAGIAN B ( SOALAN ESEI )


3 soalan esei : 20markah = 2 x 10 markah ( wajib jawab 2 soalan )
Pengagihan masa : 40 minit = 2 soalan x 20 minit (setiap soalan)
20 minit = 1 soalan tambahan
60 minit masa menjawab bahagian esei

BENTUK SOALAN
Soalan Tanya Nilai ( Ditulis berdasarkan Nilai + Huraian lanjutan )
Soalan Tidak Tanya Nilai ( Ditulis berdasarkan Fakta + Huraian lanjutan )

Soalan Tanya Nilai


Contoh soalan
Jelaskan nilainilai yang diamalkan dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan

( 10 markah )
Terangkan dua nilai yang dapat diterapkan dalam menyemai semangat patriotisme dalam
kalangan rakyat Malaysia ( 10 markah )

Soalan Tidak Tanya Nilai


Contoh soalan
Terangkan lima peranan rakyat dalam memajukan negara ( 10 markah )
Terangkan lima pengajaran yang dapat dipelajari daripada tokohtokoh terdahulu
( 10 markah )
Setujukah anda dengan pernyataan ' sikitsikit lamalama jadi bukit'? Huraikan tiga alasan
anda ( 10 markah )

Terangkan lima peranan rakyat dalam memajukan negara ( 10 markah )


Jawapan : 1 peranan + 1 huraian lanjutan = 2 markah
5 peranan + 5 huraian lanjutan = 10 markah
* Bilangan jawapan TIDAK terhad

Setujukah anda dengan pernyataan ' sikitsikit lamalama jadi bukit'? Huraikan tiga alasan
anda ( 10 markah )
Jawapan : Respon setuju/ tidak = 1 markah
1 alasan + 2 huraian lanjutan = 3 markah
3 alasan + 6 huraian lanjutan = 9 markah
* Bilangan jawapan TIDAK terhad

SEMAK JAWAPAN
Pengagihan masa : 10 minit
( Semak semua jawapan bagi memastikan tiada kesilapan sebelum menghantar kertas
jawapan )

Anda mungkin juga menyukai