Anda di halaman 1dari 2

Khairunnisa binti Asul Kahar,

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,


Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor.
Prof. Madya Dr. Muhammad Bin Hussin,
Pengetua Kolej,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor.

21 SEPTEMBER 2015

Tuan,
PERMOHONAN RAYUAN PENEMPATAN DI KOLEJ KERIS MAS BAGI SEMESTER 2
SESI 2015/2016
Merujuk perkara di atas, saya Khairunnisa binti Asul Kahar, no K/P 940617106076, no matrik
A143386, ingin membuat permohonan rayuan penempatan di Kolej Keris Mas bagi semester 2, sesi
2015/2016. Ini kerana, saya amat memerlukan penempatan di kolej Keris Mas pada tahun hadapan.
2.

Oleh itu, saya sertakan beberapa sebab, saya ingin memohon rayuan kemasukan ke kolej ini

untuk sesi yang datang. Faktor paling utama saya membuat rayuan ini adalah disebabkan mempunyai
masalah kewangan, ini kerana ayah saya sudah pencen dan ibu saya tidak bekerja, saya juga tidak
mendapat tajaan daripada mana-mana biasiswa untuk membayar yuran pengajian, apatah lagi yuran
penempatan untuk sewa di luar yang ternyata lebih mahal. Saya juga tidak mampu untuk memiliki
kenderaan bagi mengulang alik ke fakulti sekiranya saya sewa di luar kampus.
4.

Di samping itu, saya juga akan berjanji untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti kolej

yang diadakan dan akan sentiasa menjaga nama baik kolej sepanjang saya berada disini.
5.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan

permohonan rayuan saya untuk mendapatkan penempatan di kolej ini.Sekiranya permohonan rayuan
saya ini dipertimbangkan oleh pihak tuan, maka segala kerjasama yang diberikan saya dahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
..................
(KHAIRUNNISA BINTI ASUL KAHAR)
A143386

Anda mungkin juga menyukai