Anda di halaman 1dari 3

Cara-Cara Memupuk Semangat Kejiranan

Jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan


rumah seseorang. Bermula dengan ahli keluarga jiran juga
memainkan peranan yang penting. Pelbagai bangsa jiran akan
tinggal di sekeliling rumah kita. Seperti, Melayu, Cina, India, dan
sebagainya. Kita mestilah menghormati jiran kita tanpa mengira
bangsa, warna kulit dan juga agama mereka. Kita patut memberi
layanan yang sama rata kepada semua orang. Kita mestilah
menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan sebagai contoh
menolong jiran tetangga yang menghadapi kesusahan. Pada era
globalisasi yang serbaguna ini, semangat kejiranan semakin
berkurangan disebabkan masyarakat yang sibuk bekerja. Masingmasing membuat hal sendiri umpama enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Natijahnya terdapat pelbagai
cara untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.
Sebagai membuka tirai perbincangan, cara yang pertama
bagi memupuk semangat kejiranan ialah dengan menziarahi jiran
tetangga kita. Hal ini demikian kerana, kita patutlah berkenalan
antara satu sama lain bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
Oleh itu, kita mestilah menziarahi jiran kita tetapi kita juga
mestilah menziarahi jiran kita pada masa yang sesuai agar
kunjungan kita tidak menganggu waktu rehat mereka. Sekurangkurangnya kita mestilah ada amalan berkunjung ke rumah jiran
kita pada hujung minggu ataupun pada musim perayaan seperti
Hari deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Dengan
ini kita dapat mengetahui tentang adat resam jiran kita. Kita juga
mestilah bertegur sapa jika ternampak jiran kita di pusat
membeli-belah,pasar ataupun di hadapan rumah. Ini membuat
jiran kita berfikir bahawa kita mempunyai sikap peramah. Secara
kesimpulannya, dengan menziarahi jiran kita , selain daripada
mengeratkan hubungan dengan jiran kita, kita juga dapat

membuka ruang persahabatan dengan pelbagai kaum yang akan


dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
Seterusnya, cara yang kedua yang dapat memupuk
semangat kejiranan ialah dengan mengadakan Hari Keluarga.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
mestilah berganding bahu memainkan peranan dalam
menganjurkan Hari Keluarga. Dengan mengadakan aktiviti seperti
ini, kita dapat mengetahui tentang keluarga jiran kita. JKKK juga
mestilah menawarkan ganjaran yang menarik bagi penduduk
yang mengambil bahagian dan juga pemenang yang terlibat
dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan pada Hari Keluarga
tersebut. Sebagai contoh ganjaran yang berupa wang, piala
pusingan dan sijil penghargaan. Dengan menyediakan hadiah
sebegini, masyarakat akan bermain dengan penuh semangat
untuk menang dalam sesuatu pertandingan. Selain itu, kita juga
boleh rombongan Hari Keluarga pada musim cuti bersama-sama
jiran kita ke tempat yang menarik supaya dapat menenangkan
fikiran.Secara kesimpulannya kita tidak hanya dapat mengeratkan
hubungan antara jiran kita, kita juga dapat mengetahui tentang
negeri-negeri lain untuk pengetahuan am kita.
Selain itu, cara yang dapat memupuk semangat kejiranan
ialah dengan mengadakan kempen memupuk semangat
kejiranan. Kerjasama kerajaan bersama media massa dan juga
media cetak amat penting untuk menjayakan aktiviti ini. Sebagai
conoth, kita boleh menyiarkan ilkan tentang semangat kejiranan
di media massa. Mereka juga boleh menyiarkan tentang kempen
atau seramah program Kejiranan mesra yang akan diadakan
supaya masyarakat boleh menghadiri ke kempen tersebut.
Kerajaan juga mestilah memberi peruntukan dan sokongan
kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Sebagai contoh, kerajaan boleh member bantuan prasarana
seperti dewan orang ramai dan gelanggang sukan supaya remaja

di persekitaran kawasan itu boleh bermain di situ tanpa


membuang masa merekah yang terluang. Dengan ini merekah
juga tidak akan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah kerana
masa itu emas. Tegaslah bahawa mengadakan kempen memupuk
semangat kejiranan dapat membentuk insane yang sopan.
Sebagai melabur tirai perbincangan, cara-cara memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat telah dikupas
dengan mendalam. Setiap lapisan masyarakat di payung Malaysia
mestilah bekerjasama agar semangat kejiranan dapat dipupuk
dalam kalangan masyarakat negaran kita. Jaganlah nasi sudah
menjadi bubur barulah tindakan hendak diambil kerana pada
masa itu menyesalpun tidak berguna. Dengan keizinan tuhan
yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia
akan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memupuk
semangat kejiranan.

Anda mungkin juga menyukai