ANTROPOMETRIK
UJIAN 1
Definisi:
Ukuran ketinggian dari lantai hingga ke bahagian paling atas kepala semasa
posisi berdiri tanpa alas kaki (tidak memakai kasut dan stokin).
Rasional:
Tinggi atau rendah individu mempunyai kepentingan terhadap sesuatu jenis
sukan atau permainan.
Objektif:
Mendapatkan ukuran ketinggian murid dalam posisi berdiri.
Peralatan:
Alat Mengukur Ketinggian (stadiometer)
PROSEDUR
a) Murid berdiri membelakangkan stadiometer dengan bahagian belakang badan dan
tumit berada dalam keadaan rapat ke stadiometer tanpa memakai kasut dan stokin.
b) Kedua-dua kaki berada dalam keadaan rapat sementara kedua-dua belah tangan rapat
di sisi.
c) Gerakkan penanda bacaan rapat ke kepala murid.
d) Ketika bacaan di ambil murid perlu tarik nafas dan tahan nafas.Hembus nafas setelah
bacaan diambil.
e) Bacaan akan diambil pada satu titik perpuluhan (0.1 cm)
NOTA:a) Kedudukan mata penguji perlu selari dengan bacaan yang
diambil
ANTROPOMETRIK
UJIAN 2
Definisi:
Ukuran berat badan dalam kilogram (kg) tanpa alas kaki.
Rasional:
Berat atau ringan badan memberi kesan terhadap pencapaian sukan dan
permainan tertentu.
Objektif:
Mendapatkan bacaan jisim badan
Peralatan:
Alat Penimbang Berat Badan
PROSEDUR:a) Penimbang berat hendaklah diletakkan di atas permukaan lantai yang rata.
b) Pastikan bacaan penimbang berat berada pada kedudukan sifar 0 sebelum murid
berdiri diatasnya.
c) Kasut , stokin dan aksesori (contohnya jam) harus ditanggalkan.
d) Murid dikehendaki berdiri tegak di tengah-tengah penimbang berat dan
memandang ke hadapan.
e) Bacaan akan diambil pada dua(2) titik perpuluhan (0.01kg).
NOTA:a) Bacaan diambil apabila paparan di penimbang stabil.
b) Pastikan ketepatan bacaan dengan membandingkan bacaan setiap mesin penimbang
menggunakan murid ujian yang sama sebelum melaksanakan ujian sebenar.
KELENTURAN
UJIAN 3
: JANGKAUAN MELUNJUR
Definisi:
Keupayaan tahap kelenturan badan semasa posisi duduk melunjur di lantai.
(Johnson 1997b)
Rasional:
Kelenturan badan memberi kesan terhadap prestasi dalam kebanyakkan sukan
dan permainan.
Objektif:
Mengukur tahap kelenturan dan kelembutan bahagian sendi pinggul,
bahagian trunk .
Peralatan:
Kotak Jangkauan Melunjur (Sit & Reach Box )
NOTA:a) Kedua-dua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak penanda bacaan.
b) Murid tidak dibenarkan:
menolak penanda bacaan lebih daripada sekali setelah ditolak (no bouncing
tolakkan laju (hard push) semasa melakukan ujian.
Menjentik penanda bacaan
4
c) Pastikan bahawa lutut murid tidak terangkat semasa menolak penanda bacaan (tahan
lutut murid jika perlu dengan tekanan yang minimum apabila kaki murid
terangkat).
d) Murid dibenarkan menundukkan kepala semasa menolak penanda bacaan bagi
mendapatkan bacaan yang maksimum.
e) Bacaan perlu direkod dalam gandaan 0.5 cm.
KELAJUAN
UJIAN 4:
Definisi:
Keupayaan lari pecut 20 meter dan mencatatkan masa terpantas dengan
permulaan gaya berdiri statik.
Rasional:
Kepantasan adalah elemen penting dalam kebanyakan sukan dan permainan.
Objektif:
Mendapatkan catatan masa bagi mengukur kepantasan.
Peralatan:
Jam Randik (Stop Watch)
Pita pengukur (50 meter)
Kon 6 unit
Bendera
Kawasan larian 30 meter (padang sekolah, track balapan atau lantai bersimen
(gelanggang futsal/bola jaring))
Pita Pelekat
PROSEDUR:a) Tandakan garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 20 meter
dengan kelebaran lorong adalah 1 meter. Letakkan dua (2) kon di setiap hujung
garisan permulaan dan garisan penamat. Tambahan jarak 5 meter selepas garisan
penamat. (seperti di gambar rajah).
b) Murid memulakan larian dalam posisi berdiri (standing start) dengan keadaan
sebelah kaki dominan berada di belakang garisan permulaan.
c) Pelepas berdiri 1 meter di hadapan garisan permulaan. Pelepas akan memberi
isyarat sedia dengan mengangkat tangan lurus dengan bendera pada paras bahu.
d) Catatan masa mula diambil oleh penjaga masa sebaik sahaja pelepas menjatuhkan
bendera ke bawah.
e) Masa direkodkan apabila murid melepasi garisan penamat.
f) Murid wajib memakai kasut sukan semasa ujian dijalankan. Pemakaian kasut
spike tidak dibenarkan.
g) Setiap murid diberi dua (2) kali percubaan secara berselang(tidak berturutan).
h) Bacaan akan diambil pada dua (2) titik perpuluhan (0.01 saat).
6
NOTA:a) Permukaan untuk melakukan ujian larian perlu rata dan selamat bagi mengelakkan
risiko kecederaan.
KUASA
UJIAN 5:
Definisi:
Keupayaan kekuatan kedua-dua belah kaki semasa melompat.
Rasional:
Kuasa eksplosif otot kaki dikesan terhadap pencapaian beberapa jenis sukan dan
permainan.
Objektif:
Mengetahui tahap kekuatan kuasa eksplosif otot kaki posisi lompat berdiri.
Peralatan:
Standing Broad jump Mat
Pembaris Sesiku L / Pembaris panjang
Prosedur:
a. Murid berdiri dengan kedua belah kaki rapat ke garisan dan buka kaki seluas bahu.
(tidak memijak / berdiri terlalu jauh dari garisan).
b. Murid berdiri di hujung bebola kaki.
c. Murid perlu berada dalam posisi half squat sebelum melonjak.
d. Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan bantuan hayunan
tangan.
e. Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian belakang kasut semasa
mendarat dan skor diambil berdasarkan jarak lompatan yang terbaik.
f. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (2) kali secara berturutan Sekiranya
bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki untuk mengulangi ujian sehingga
dua (2) bacaan yang tepat dapat diambil
g. Dua (2) kali bacaan akan dicatat dan jarak lompatan yang terbaik akan diambil kira.
NOTA:a)
b)
c)
KOORDINASI
UJIAN 6: BALING DAN TANGKAP
Definisi :
Kebolehan menangkap bola yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
Rasional :
Koordinasi mata dan tangan berkait rapat dengan pencapaian dalam sesuatu sukan.
Objektif :
Menilai ketepatan dalam balingan dan tangkapan bola.
Peralatan :
Bola Tenis
Pita Pengukur
Pita Pelekat
10
11
12
LAMPIRAN
Contoh Borang Kebenaran1
13
PP
NEGERI
SEKOLAH
BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI
Umur
Tarikh Lahir :
Nama:
No. Kad Pengenalan :
Alamat:
No Telefon (R):
Jantina
No Telefon (HP):
Bangsa
Lelaki
Melayu
Cina
Perempuan
Lain-
India
Pribumi
Tarikh Lahir :
No Telefon (R):
No Telefon (HP):
Hubungan:
Bapa
Ibu
Lain-
Penjaga
BAHAGIAN C : MASALAH KESIHATAN
Penyakit
Kritikal
Asthma
Masala
Jantung
Lain-
Disaksikan oleh :
Tandatangan:
Nama:
Tarikh:
Tandatangan:
Nama:
No.
Tarikh:
14
15