Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PERATURAN
GELANGGANG DAN DIMENSI
Seperti bola keranjang, bola jaring dimainkan sama ada di gelanggang yang keras
atau lembut dengan gelung atau "rings" pada kedua-dua hujung.
Gelanggang ini lebih besar berbanding dari gelanggang bola keranjang, menjadi
30.5 m panjang dan 15.25 m lebar. Garisan yang lebih panjang dikenali sebagai "garisan
sisi" dan garisan lebih pendek dikenali sebagai "garisan gol" atau (base lines). Tanda-tanda
gelanggang tidak lebih lebar daripada 50 mm. Gelanggang adalah terbahagi kepada tiga
bahagian yang mengawal di mana setiap kedudukan individu yang dibenarkan bergerak.
Satu "bulatan tengah" berdiameter-90 cm adalah terletak di tengah gelanggang.
Pada setiap hujung gelanggang terdapat "shooting circle" atau "bulatan gol" separuh bulat
berjejari 4.9 m di mana semua jaringan gol mesti diambil di situ. Tiang gol adalah 3.05 m
tinggi dari bahagian atas gelung sehingga ke lantai dan tidak mempunyai papan
penghadang. Gelung mempunyai dimeter dalaman 380 mm dan terletak 150 mm dari tiang
gol. dan diperbuat daripada besi berdiameter 15 mm. Kedua-dua ketinggian dan diameter
bagi gelung adalah lebih kecil daripada gelung bola keranjang. Ia adalah berkemungkinan
untuk bermain bola jaring menggunakan gelung bola keranjang tetapi jika terdapat manamana sentuhan antara bola dan papan hadang, bola itu adalah dianggap luar permainan.
Jika satu gol dijaring dari papan penghadang ia tidak dikira. Beberapa versi peraturan
membenarkan satu gol dijaringkan daripada satu lantunan papan penghadang jika pemain
yang dapat menangkap bola tanpa terkena lantai.
Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang
ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap
pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah,
menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut
tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside".
Kedudukan digambarkan di bawah:
Nama
kedudukan
Singkatan
Lawan
Goal Shooter
GS
Goal
Keeper.
Goal Attack
GA
Goal
Defence
Wing Attack
WA
Wing
Defence
Centre
Wing Defence
WD
Wing Attack
Goal Defence
GD
Goal Attack
Goal Keeper
GK
Goal
Shooter
Centre
STRATEGI PERMAINAN
Kawasan dibenarkan
Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan
strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus
untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa
membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika
strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat
hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan
bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam
permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain
dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan
dengan berkesan.