Anda di halaman 1dari 4

Bagaimana Membina Matlamat ?

Setiap insan impikan masa depan yang penuh kejayaan, kemakmuran


dan kesempurnaan. Segalanya yang kita impikan boleh digambarkan di
dalam fikiran. Penuh dengan kegembiraan dan kecemerlangan. Steven
R Covey (2005) menyatakan penetapan matlamat di dalam kehidupan
amat penting kerana ianya akan menjadi pendorong kepada mendapat
apa sahaja yang diimpikan. Mempunyai matlamat secara tidak
langsung akan membina sikap yang positif dan memberi kekuatan
untuk mencapainya. Contohnya, sebelum memulakan perjalanan, anda
menentukan destinasi anda dan merancang jalan yang paling sesuai,
Sebelum anda membina rumah idaman anda, anda merancang dalam
minda anda tentang gambaran rumah, bilangan dan kedudukkan bilik,
rekaan dalaman dan sebagainya sebelum ianya dilakarkan di atas
kertas dan diberikan kepada pereka plan dan arkitek.
Setiap matlamat mesti mempunyai titik permulaan dan pencapaiannya
di mana kejayaan adalah ukurannya. Mulakan dengan membina
matlamat berdasarkan prinsip bahawa semua benda dicipta dua kali,
mula-mula adalah ciptaan mental kemudian ciptaan fizikal. Ciptaan
mental bermaksud gambaran awal yang digambarkan melalui imej di
dalam minda dan ciptaan fizikal adalah hasil imej di dalam minda yang
diterjemahkan melalui lakaran, membina dan akhirnya membentuk
struktur fizikal yang dapat menjelaskan imej yang anda gambarkan di
dalam minda. Bagaimana anda boleh membina keyakinan diri dengan
matlamat anda?
Tetapkan masa
Tentukan jangka masa untuk mencapai matlamat. Mungkin dua jam,
satu minggu atau satu tahun. Rancangkanlah penggunaan masa
supaya tidak terpesong daripada matlamat oleh sifat suka bertangguh,
hilang tujuan, kekuatan was-was dan kerisauan.
Mengetahui kekuatan diri
Kita mesti mengetahui kekuatan diri dari segi pengetahuan,
kemampuan, kemahiran dan sumber-sumber lain. Apabila dapat
mengenal pasti kekuatan diri, kita akan lebih berkeyakinan merancang
tindakan yang akan diambil. Perlunya kita mengetahui langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengubah diri dari dalam dan bersiap sedia
menjauhi atau mengatasi halangan yang menanti.

Mengenalpasti kelemahan diri

Mengetahui kelemahan diri bukannya mencari alasan tidak melakukan


sesuatu tetapi untuk mengenal pasti cara mengatasinya. Kebanyakan
orang mewujudkan keterbatasan dan kelemahan diri sebagai alasan.
Selalulah bandingkan diri anda dengan orang lain. Sekiranya anda
mempunyai kelebihan itu adalah satu kurniaan dan jika ada
kelemahan, cuba atasinya. Jadilah orang yang cemburu dengan
kejayaan orang lain tanpa menjatuhkannya tetapi baikilah diri untuk
menjadi sepertinya. Ramai antara kita mempunyai matlamat tanpa
memikirkan sama ada ianya sesuai atau tidak dengan kemampuan
untuk mencapainya. Adakah matlamat itu akan menjadi suatu impian
atau angan-angan semata-mata.
Ciri-ciri suatu matlamat mestilah mempunyai kriteria berikut :
Jelas
Matlamat anda haruslah jelas, terang dan nyata. Bukannya kabur.
Contohnya sebagai ibu bapa, Jika anda mahu memelihara anak yang
bertanggungjawab dan berdisiplin-kendiri, anda perlu mengingat
matlamat itu ketika berinteraksi dengan anak-anak anda setiap hari.
Anda tidak boleh bertindak kepada mereka dengan melemahkan
disiplin-kendiri atau penghargaan-kendiri.
Mencabar
Bila anda menetapkan matlamat, biarlah ianya mencabar keupayaan
anda iaitu sukar untuk dicapai tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Bila
ianya mencabar keupayaan anda, anda akan menjadi lebih kreatif,
lebih bersemangat, lebih berusaha dan lebih kuat dorongan untuk
mencapainya.
Boleh diukur
Matlamat anda harus boleh diukur apabila telah tiba jangka masa yang
ditetapkan. Contohnya, bila mendapat pengiktirafan dan berjaya
mencapai sebagaimana matlamat anda? Ketika inilah anda boleh
menilai keupayaan anda yang sebenarnya.Untuk menjadi seorang yang
benar-benar berjaya, anda mestilah membina satu sikap keyakinan diri
yang tinggi pada diri dan kemampuan anda. Anda perlu merancang
kerana perancangan yang teratur dapat mengurangkan sikap yang
suka menangguhkan sesuatu tindakan. Anda perlu mengenali diri anda
dan menyayangi diri. Tetapkan matlamat anda dan bersedialah untuk
mengambil langkah-langkah seturusnya ke arah pencapaian kejayaan
dan masa depan yang lebih gemilang. Ingatlah kata pujangga, "Orang
bijaksana adalah orang yang mampu mengenal keupayaan dirinya".

Oleh Taidin Suhaimin


Pengertian Keyakinan
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
Pengertian Keyakinan Diri
Keyakinan diri ialah kepercayaan dan persepsi diri bahawa dirinya boleh
mengendalikan segala cabaran yang dihadapi atau mengawal kehidupannya dengan
jayanya.
Jenis-Jenis Keyakinan
Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:

Keyakinan kepada Tuhan dan KeesaanNya.


Keyakinan diri.
Keyakinan kita terhadap orang lain.
Keyakinan orang lain terhadap kita.
Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
Kurang pengetahuan, pengalaman, pendedahan
Kurang persediaan dan kemahiran
Tidak mempunyai matlamat dalam hidup yang mantap dan jelas
Petanda-Petanda Orang Yang Kurang Keyakinan Diri
Kurang senyum
Kelihatan risau
Kelihatan gugup
Kurang berinteraksi
Malas bekerja
Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Keyakinan diri mempengaruhi kehidupan individu atau organisasi. Kebolehan anda
untuk mengatasi segala halangan banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda.
Lazimnya, semakin mencabar kehidupan yang dilalui oleh seseorang, lebih besarlah
keperluan keyakinan diri. Jika anda fikir anda boleh, anda akan dapat menangani
segala cabaran hidup anda. Itulah sebabnya kita perlu berfikiran positif.
Keajaiban Keyakinan Diri
Membina keyakinan diri bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan
keazaman dan kesungguhan. Kejayaan datang kepada orang yang dapat
mengendalikan
kehidupannya
dengan
yakin.
Joan of Arc pada umur 17 tahun seorang pengembala kambing biri-biri di Perancis
yang miskin amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau
harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang Inggeris yang amat sukar
dikalahkan. Tentera Perancis telah kehabisan idea untuk menentang pihak Inggeris.
Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan
rakyat Perancis untuk memberi idea atau tampil ke hadapan untuk memberi
pandangan
tentang
bagaimana
menentang
tentera-tentera
Inggeris.
Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan
dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-

yakinnya! Lantas, beliau telah diberi tugas untuk mengepalai tentera Perancis yang
menghadapi
kebuntuan!
Keyakinan si gadis lidi yang tidak ada tolong bandingnya di kalangan orang-orang
Perancis telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis.
Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah menyerang balas dan
menggempur tentera-tentera Inggeris dengan keyakinan dan semangat juang yang
amat tinggi. Ini telah mengejutkan tentera-tentera Inggeris dan Perancis meraih
kemenangan
yang
besar!
Inilah kekuatan Joan of Arc yang amat menakjubkan. Joan of Arc telah dapat
membawa kemenangan kepada Perancis hanya dengan bermodalkan keyakinan diri!
"Affirmation" Malaysia Boleh! gagasan Tun Dr. Mahathir juga telah berjaya
membawa Malaysia ke tahap kemajuan yang kita nikmati sekarang.
Bagaimana Meningkatkan Keyakinan Diri
Cara terbaik untuk memperbaiki tahap keyakinan diri anda ialah dengan mencuba
sesuatu yang anda rasa kurang yakin boleh membawa kejayaan kepada anda dan
terus melakukannya sehinggalah berjaya. Cubaan-cubaan tersebut akan memberikan
anda pelbagai pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran yang anda perolehi melalui usaha-usaha itu akan menjadikan anda lebih
yakin, mahir yang akan menjuruskan diri anda ke tahap Pakar!
Adakah Kebanyakan Manusia Mempunyai Keyakinan Diri?
Kebanyakan manusia memang mempunyai keyakinan dalam beberapa aspek. Lagi
banyak aspek keyakinan yang seseorang itu miliki, lagi baiklah seseorang itu. Orang
yang mempunyai keyakinan dalam banyak hal akan lebih banyak menikmati
kegembiraan, kebahagiaan dan kejayaan serta kurang mengalami tekanan-tekanan
perasaan. Ini dengan sendirinya akan meningkatkan kualiti hidup seseorang itu.
"Affirmation" Malaysia Boleh! gagasan Tun Dr. Mahathir telah berjaya membawa
Malaysia ke tahap kemajuan yang kita nikmati sekarang.
Kesimpulan
Membina keyakinan diri bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan
keazaman dan kesungguhan. Kejayaan datang kepada orang yang dapat
mengendalikan kehidupannya dengan yakin.
Allah anugerahkan kepada kita darjat sebagai manusia. Kita dilantik menjadi khalifah
di bumi. Dengan lain perkataan, kitalah yang ditugaskan untuk mengatur dan
menyusun kemakmuran makhluk-makhluk Allah di dunia

Anda mungkin juga menyukai