Anda di halaman 1dari 5

NAMA KURSUS :PENDIDIKAN MORAL

KOD KURSUS : MPW 1153D

PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN


LANJUTAN
TERENGGANU
TUGASAN BERKUMPULAN
TAJUK :BINCANGKAN PUNCA-PUNCA RASUAH, KESAN-KESAN RASUAH DAN LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI RASUAH
NAMA TUTOR :MUHAMMAD HAIQAL BINCHE AWANG
NAMA PELAJAR: DANIEL TAN WEI JUN (1092011060031)
LIM HSIAO CHIN ( 1092011060023)
WIK WADI (1092011060034)
INTAKE: JUN 2011
TARIKH SEMAKAN
: _____________________
TANDATANGAN TUTOR :_____________________

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan --------------------------------------------------------- 1
Punca-punca rasuah ------------------------------------------------- 2-3
Kesan-kesan rasuah ------------------------------------------------- 4-5
Langkah-langkah mengatasi rasuah ------------------------------- 6-7
Kesimpulan ----------------------------------------------------------- 8
Rujukan --------------------------------------------------------------- 9

PENDAHULUAN
Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi
keinginannya.Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai sidepnoshito yang bermaksud wang dari bawah meja.Apabila disebut sahaja rasuah, terbayanglah kepada kita ada dua pihak iaitu yang
memberi dan yang menerima. Menyedari betapa seriusnya keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan rasuah hingga ke akar umbi. Hal ini kerana rasuah adalah umpama barah
yang akan meruntuhkan negara jika tidak dibendung dengan segera.Perlakuan rasuah dalam erti kata memberikan sesuatu kepada
orang yang berkuasa dengan harapan untuk mendapat keistimewaan sebagai balasan, sudah lama wujud dalam sejarah
manusia.Isu rasuah terutama bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia adalah satu isu yang cukup
emosional.Polemik mengenainya boleh menimbulkan pelbagai reaksi seperti marah, meluat, benci, jijik dan juga
kekecewaan.Amalan rasuah yang kini menjadi budaya di sesetengah negara ada kalanya turut dianggap sebagai perkara biasa di
kalangan rakyat Malaysia. Gejala negatif ini telah menjadi duri dalam daging sehingga menimbulkan implikasi buruk lain
sehingga boleh memporak-perandakan masyarakat dan turut menggangu sistem pentadbiran negara.
Marcapada ini, amalan rasuah dalam kalangan masyarakat semakin berleluasa. Amalan rasuah melibatkan wang ringgit,
harta benda atau perkhidmatan mampu melenyapkan nilai kejujuran dan kepercayaan antara satu sama yang lain dalam sesebuah
masyarakat. Amalan rasuah yang sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah, di seluruh dunia
ini perlu ditangani dengan segera. Justeru, demi melahirkan masyarakat Malaysia berintegriti, pihak kerajaan terutamanya
mas1yarakat sendiri perlu mengambil beberapa inisiatif untuk menangani gejala ini.Berikut merupakan beberapa punca, kesan dan
langkah bagi menangani gejala rasuah.
PUNCA-PUNCA RASUAH
Antara punca-punca yang berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu yang lemah. Individu yang mempunyai
kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka
mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat.Malah sejarah juga telah
membuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuah dianggap sebagai
kerbau dicucuk hidungnya dan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi
berkenaan.
Pada masa yang sama, kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya perbuatan rasuah dalam
masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan
menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak
memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu
atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat.
Rasuah juga berlaku kerena wujudnya birokrasi dalam sistem pemerintahan yan 2g secara tidak langsung memberi
peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini berlaku kerana
proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu
permohonan memerlukan masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah,
mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal
yang demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan
rasuah.
Bukan itu sahaja, sosial dan budaya juga adalah antara punca berlakunya rasuah.Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan
tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari peryaan, majlis hari jadi, hari
perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah
sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
Di samping itu, rasuah boleh berlaku juga adalah kerana punca modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak
diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti
cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut
untuk sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka
juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas
untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan
projek dan sebagainya.
Selain itu, politik juga anatara suatu punca berlaku rasuah.Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk
berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan
politik, mengumpu3l kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

PENDAHULUAN
PUNCA-PUNCA
33
PUNCA-PUNCA
22

Justeru itu, masyarakat yang tidak bertanggungjawab juga adalah satu punca berlaku rasuah.Boleh dikatakan apa yang
berlaku di Malaysia kini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat itu sendiri. Buktinya, masyarakat Malaysia
mengamalkan budaya senyap apabila pihak yang menyaksikan perbuatan rasuah enggan bersuara atau melaporkan kes rasuah
yang diamalkan itu. Budaya senyap yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia menyebabkan semakin ramai pihak yang mula
naik bulu untuk mengamalkan amalan rasuah dalam kehidupan.
KESAN-KESAN RASUAH
Rasuah mempunyai kesan yang mendalam terhadap negara, kerana ia meningkatkan kos, mempersulit dan melengahkan
kerja pentadbiran. Ekonomi yang dibelenggu rasuah ialah ekonomi yang berisiko tinggi bagi pelabur-pelabur yang mencari
suasana yang terbuka, bertanggungjawab dan selamat. Kini kita menyaksikan bukan tender yang paling rendah kosnya dan paling
efisien yang memenangi kontrak kerajaan atau infrastruktur, tetapi golongan yang paling rapat dan dekat dengan pemerintah
dengan kesanggupan mengeluarkan wang dan hadiah mendapat kontrak tersebut. Pada masa yang sama, pasaran modal kita juga
telah kehilangan beberapa syarikat tempatan dari disenaraikan di Bursa Malaysia dan memilih pasaran saham luar agar tidak
terikat dengan syarat-syarat yang terlalu ketat. Faktor yang sama juga menghalang pasaran modal kita dari menarik syarikat
luar untuk disenaraikan di Malaysia.
Antaranya ialah projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang
sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna
pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah
terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin
keuntungan yang tinggi.
Selain itu yang kedua ialah menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan
permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan
orang yang memberi rasuah. Oleh itu tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah.
Akibat rasuah, orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara. 4
Manakala antara kesan yang akan berlaku terhadap individu pula ialah individu akan kehilangan pekerjaan ,
kejatuhan moral atau maruah , menerima hukuman , menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga ,dan keluarga juga
akan terabai.
Selain itu sini juga terdapat kesan terhadap masyarakat. Antaranya ialah ia boleh mengakibatkan ketidakadilan
disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu , menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah , ia juga akan
membebankan golongan orang susah , dan akan memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah
ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.
Akhirnya ialah kesan terhadap Negara. Antaranya ialah ia akan menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran ,
menjejaskan social serta kestabilan politik dan keselamatan , ia juga akan mengakibatkan tumpuan pembangunan yang tidak
seimbang , ia juga mengakibatkan kenaikan kos barang dan perkhidmatan , pengurangan pendapatan Negara juga akan berlaku
, dan juga akan menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.
Kesimpulannya ialah masyarakat mestilah mempunyai sikap benci pada amalan rasuah. Keprihatinan masyarakat
terhadap amalan rasuah dapat membendung kegiatan daripada berleluasa. 5
LANGKLAH-LANGKAH MENGATASI
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi gejala rasuah adalah kerajaan harus menerapkan keburukan
rasuah ke dalam silibus pendidikan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebagai contoh, guru-guru dalam sekolah
haruslah sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar banyak membaca surat khabar, buku dan majalah untuk mengetahui lebih banyak
isu-isu semasa seperti kes rasuah.
Selain itu, sekolah juga haruslah mengadakan kempen-kempen tentang keburukan kes rasuah supaya pelajar dapat
memahami secara mendalam tentang rasuah.Dengan itu, ibubapa juga haruslah bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dengan
meluangkan lebih banyak masa lapang untuk memberi nasihat tentang keburukan rasuah kepada anak-anak mereka.
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah kes rasuah ialah kerajaan haruslah menanam nilai-nilai murni ke
dalam diri pegawai-pegawai kerajaan.Sebagai contoh, kerajaan haruslah menganjurkan kursus untuk pegawai kerajaan dan
pegawai swasta menyertai supaya dapat menaikkan potensi mereka semasa menjalankan tugasan mereka dalam pejabat.Dengan
itu, kandungan dalam kursus yang dianjurkan ini haruslah mengandungi aspek pembangunan rohani yang berteraskan ajaran
agama.Ini juga dapat menggalakkan pegawai kerajaan dan pegawai swasta supaya mereka boleh berpegang teguh kepada agama
masing-masing.
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi maslah kes rasuah ialah kerajaan haruslah menguatkuasakanundang-undang
untuk mencegah kes rasuah yang semakin banyak dalam negara ini.Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
44
55

KESAN-KESAN
KESAN-KESAN

(SPRM) haruslah me6ngambil tindakan yang sepatutnya terhadap sesiapa pegawai kerajaan dan pegawai swasta yang terlibat
dalam kes rasuah.Oleh itu, satu operasi dan evolusi yang sistematik dan terancang mestilah dirangka supaya dapat membantu
menyiasat sesiapa pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah.Operasi-operasi yang dianjurkan ini perlulah mendapat
kerjasama dan galakkan yang banyak daripada kerajaan dan rakyat.
Seterusnya ialah, memupuk semangat anti-Rasuah dalam kalangan belia.Langkah ini dapat membantu untuk
mengurangkan amalan rasuah yang turut dikenali dikenali sebagai jenayah kolar putih ini memandangkan pendedahan awal telah
diberikan kepada mereka. Bagi membentuk generasi yang bagus dan standing dengan masyarakat dunia yang lain, penerapan ini
sangat penting untuk menjadikan belia lebih bertanggungjawab dan amanah. Rasa benci terhadap rasuah akan membebaskan
negara kita dari amalan rasuah.
Bukan itu sahaja, kerjasama antara masyarakat sangat penting.Jika tiada kerjasama yang wujud dalam kalangan
masyarakat maka negara sukar untuk menangani gejala rasuah ini.Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Oleh
itu, kerjasama antara masyarakat penting sekali bagi menangani isur asuah.
Akhir sekali, keprihatinan majikan terhadap pekerja juga perlu ada untuk menangani gejala rasuah ini.Hal ini kerana,
keprihatinan yang diberikan mampu melahirkan rasa tanggungjawab terhadap pekerjaan yang dilakukan. Justeru, pekerja tidak
akan melahirkan rasa ingin mencuba dan mengamalkan rasuah dalam tugasan. 7
KESIMPULAN
Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu dibanteras melalui kerjasama anggota
masyarakat dan pihak berkuasa.Adakah kita rela melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya, adalah penting bagi semua
pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR). Islam mengharamkan umatnya memberi dan
menerima rasuah. Jika kita sayang akan negara kita, cegahlah rasuah sebelum parah. Sesungguhnya, amalan rasuah hanya menjual
prinsip, maruah dan harga diri!
Tuntasnya, pihak kerajaan dan masyarakat haruslah tidak memandang enteng terhadap gejala rasuah ini agar negara
dapat membangun dengan lebih maju serta dapat melahirkan masyarakat 1 Malaysia berintegriti tanpa wujudnya gejala rasuah
sebegini.8

66

LANGKAH-LANGKAH
LANGKAH-LANGKAH
88
KESIMPULAN
77