Anda di halaman 1dari 6

Ungku Aziz: Pejuang Melayu tulen

YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid

Tokoh akademik dan ahli ekonomi yang disegani ini dilahirkan di London pada 28 Januari
1922, merupakan keturunan diraja Johor dan mempunyai salasilah dari keturunan keluarga Turki.
Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan
tentera dan ibunya bernama Hamidah Abdullah.
Beliau merupakan anak saudara kepada pengasas Umno, Allahyarham Datuk Onn Jaafar. Ini
bermakna beliau juga adalah sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein
Onn dan bapa saudara pupu kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein.
Beliau telah berkahwin dengan isterinya, Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang
anak perempuan iaitu Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia
sekarang.

Ungku Aziz mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian
menyambung pengajiannya di Raffles College. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di
Universit Malaya (UM) dan lulus dengan Ijazah kelas pertama pada tahun 1951 dalam bidang
ekonomi. Pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda
University, Tokyo, Jepun. Sewaktu di UM, beliau ditawarkan biasiswa melanjutkan pengajian di
London School of Economic (LSE) tetapi menolaknya kerana lebih berminat memikirkan masalah
kemiskinan orang Melayu. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian
sebagai Pensyarah Ekonomi di UM, Singapura (dari 1952 sehingga 1961). Pada tahun 1961 sehingga
1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di UM, Kuala Lumpur.
Kemudian Ungku Aziz dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988.
Beliau merupakan Naib Canselor UM paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut iaitu kira-
kira 20 tahun.

Prof Ungku Aziz ketika menerima anugerah Profesor Diraja daripada Counselor Universiti Malaya.

Beliau dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada 17 Jun 1978. Pada 1997, beliau telah
dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Kemiskinan orang Melayu jadi keutamaan kajian

Beliau mengambil masa selama enam tahun melakukan penyelidikan mengenai kemiskinan
orang Melayu. Bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963 sebelum Kedah dan Perlis.

Kajiannya diteruskan hingga ke Pantai Timur iaitu di Beserah, Pahang. Selepas setahun
berulang-alik dengan seorang pembantu, kajian diteruskan pula di Kemaman, Terengganu dan
Kelantan.
Daripada penyelidikan tersebut, beliau mendapati penduduk di Ulu Tiram yang rata-ratanya
menoreh getah bernasib baik jika dapat makan nasi sehari sekali. Selebihnya mereka hanya makan
lempeng sebagai pengalas perut. Keadaan yang sama turut dialami oleh masyarakat di negeri-
negeri utara.

Manakala di Pantai Timur, pengalamannya lebih dahsyat apabila wujud kebuluran di


Kemaman. Beliau mendapati, masyarakatnya menangkap ikan untuk dijual dan hasil jualan tersebut
digunakan membeli barang keperluan terutamanya beras.

Menerusi kajian tersebut, lahirlah teori Indeks Sarong yang digunakan beliau sebagai
pengukur tahap kemiskinan di Kelantan dan Terengganu.

Melihat dan memahami gaya hidup masyarakat desa membuatkan beliau sedih dan berfikir
bagaimana mahu melepaskan orang Melayu daripada belenggu kemiskinan.

Caranya ialah menerusi pendidikan. Namun dapatan kajian komuniti itu juga menunjukkan
bahawa faktor pemakanan mempengaruhi saiz tumbesaran penduduk.

Makanan yang tidak seimbang membawa kepada masalah cacing dan anemia dan tentu
sahaja mempengaruhi kecerdasan mereka.

Selain kajian tersebut, Ungku Aziz turut menulis rencana berkaitan sebab-sebab orang
Melayu terjerumus dalam kemiskinan.

Antaranya ialah masalah perpindahan mangsa banjir. Menurut beliau hingga ke hari ini,
mangsa banjir masih lagi melibatkan 95 peratus orang Melayu.
Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Menurut Prof Ungku Aziz, beliau sudah membaca lebih daripada 70,000 buah buku sepanjang
hidupnya

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussin.

Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional
dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.
Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-
ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Ungku Aziz terlibat secara langsung dalam pelaksanaan DEB. Menurut beliau, generasi
pertama era DEB mula diperkenalkan telah mencapai kejayaan. Banyak pencapaian telah diperolehi
terutamanya dalam bidang pendidikan dimana ramai doktor dan jurutera Melayu telah dilahirkan.

Dalam kajiannya,Ungku Aziz merumuskan orang Melayu masih belum bersedia untuk
mengamalkan meritokrasi kerana jurang kemiskinan penduduk bandar dan luar bandar yang masih
lagi begitu ketara.

Beliau dengan tegas mengatakan tujuan utama DEB ialah membasmi kemiskinan di luar
bandar dan ia telah menyimpang jauh apabila peratus pemilikan saham bumiputera yang lebih
diutamakan. Ungku Aziz tidak pernah berganjak daripada pendiriannya mempertahankan DEB
kerana baginya ia adalah satu-satunya cara supaya orang Melayu tidak hilang keyakinan dan dapat
terus bersaing.
Tabung Haji

Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia yang
peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Mekah setiap tahun.

Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan
Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Menerusi Tabung Haji, nama Ungku Aziz terkenal diseluruh dunia. Ia merupakan antara
organisasi pengurusan bakal jemaah haji yang paling efisien di dunia.

Melalui Tabung Haji orang Melayu bukan sahaja telah dididik untuk mengumpul wang bagi
menunaikan fardu haji tetapi juga bagi tujuan pelajaran.Kini hampir setiap satu-satu musim, 30,000
rakyat Malaysia boleh pergi menunaikan haji.

Anugerah Merdeka

Sebagai mengiktiraf kecemerlangan sumbangan kepada negara, Petronas bersama Exxon


Mobil dan Shell mewujudkan Anugerah Merdeka yang merupakan sebuah anugerah berprestij
seperti mana konsep Hadiah Nobel di peringkat antarabangsa.

Anugerah tersebut merupakan anugerah paling berprestij di Malaysia. Ia diberikan kepada


anak Malaysia yang mampu menghasilkan usaha yang luar biasa dan membentuk kesedaran baru di
kalangan rakyat Malaysia.

Pada 24 November lepas, tokoh unggul, Ungku Aziz, telah dipilih sebagai penerima sulung
Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

Berikut merupakan petikan Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A. Hamid dalam bukunya
bertajuk 'The University in Pantai Valley: Glimpses of the past'.

"Seorang dari istana berkelakuan seperti orang istana itu perkara biasa. Seorang rakyat
biasa berkelakuan seolah-olah ia orang istana itu luar biasa. Seorang dari istana berkelakuan seperti
rakyat biasa, itulah Profesor Diraja Ungku Aziz".
Petua Ungku Aziz jaga kesihatan

Pada usia 84 tahun, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Ungku, terus mengekalkan
stamina fizikal dan minda, sesuatu yang jarang dimiliki orang sebaya umurnya.

Pemikiran Pak Ungku bukan hanya terhadap kepada isu ilmiah dan akademik, malah bekas
Naib Canselor Universiti Malaya ini mempunyai gaya hidup sihat dan pandangan unik mengenai
tabiat pemakanan orang Melayu.

Ikuti beberapa pandangan Pak Ungku mengenai senaman dan pemakanan yang bukan
sekadar untuk ditatapi, malah boleh diamalkan mengikut kemampuan masing-masing.

Senaman
Pak Ungku berpendapat bahawa senaman mesti mengeluarkan peluh. Bersenam atau beriadah
adalah rutin hidupnya. Ketika usia muda, beliau menjadikan angkat berat sebagai senaman dan
kemudian berjoging satu atau dua jam. Kini sesuai dengan peningkatan usia, aktiviti berjoging
digantikan dengan berjalan laju selama sejam setiap pagi.

Pemakanan
Aspek ini cukup dijaga oleh Pak Ungku. Beliau menyifatkan corak pemakanannya amat ringkas, iaitu
tidak banyak makan gula, karbohidrat dan makanan berlemak. Apakah menu makanan Pak Ungku?

Sarapan - Cuma empat biji kurma dan ketika musim jambu air, buah tempatan ini menjadi
pilihannya. Beliau juga makan epal dan cider epal yang disifatkannya amat baik untuk mengelakkan
arthritis.
Makan tengah hari - Pak Ungku hanya makan sekali sehari. Beliau memilih hidangan ikan atau
ayam dan sayur-sayuran, salad serta buah-buahan. Beliau cukup suka buah-buahan dan hingga kini,
nanas yang sesetengah orang anggap sebagai ‘tajam’ dimakannya, termasuk pada jam 11 malam
tanpa sebarang pantang.
Malam - Bubur atau sup menjadi pilihannya. Pak Ungku sudah lama tidak makan daging merah dan
kopi. Sebaliknya, beliau memilih teh Cina atau Jepun yang dibancuh sendiri serta minum banyak air
iaitu sebanyak enam gelas. Kadang kala, beliau makan sate, tetapi tidak begitu suka makanan pedas
dan berminyak.

Anda mungkin juga menyukai