Anda di halaman 1dari 16

1

PEMARKAHAN
TUGASAN 1
E FORUM
Jumlah

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS

KRZ3063
MUZIK MALAYSIA
TAJUK TUGASAN

KUMPULAN
_________
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
AMIRNURULLAH BIN AMILUDDIN

NO. ID
D20112054430

NO. TELEFON
0135313894

NAMA PENSYARAH E-LEARNING:____________________________________


TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2014

ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0

Pendahuluan

2.0

Topik perbincangan
2.1

Subtopik

2.2

Subtopik

3.0

Topik perbincangan

4.0

Topik perbincangan

5.0

Penutup

RUJUKAN
LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik berbanding dengan negara-negara lain di
dunia. Keunikkan negara ini dapat dilihat apabila terdapat pelbagai kaum yang hidup dibawah
satu bendera dan mampu menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain.
Keunikkan ini bukan sahaja dapat dilihat dari aspek perbezaan kaum, akan tetapi ianya juga
dapat dilihat dari aspek budaya dan adat resam setiap kaum di negara ini. Setiap kaum di negara
ini bebas untuk mengamalkan budaya dan adat resam ibunda mereka. Di dalam konteks ini kita
dapat melihat dari aspek muzik yang memperlihatkan pelbagai budaya muzik tradisional yang
dibawa masuk ke negara ini sejak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Ensembel muzik tradisional membawa erti sesuatu persembahan yang dipersembahkan kepada
orang ramai secara berkumpulan dan membawa aliran muzik yang tersendiri. Terdapat pelbagai
ensembel tradisional yang terdapat di negara kita. Selain itu juga ensembel ini dilihat sebagai
memartabatkan sesebuah kerajaan melayu pada masa dahulu. Ianya kebiasaanya dimainkan pada
majlis-majlis tertentu sahaja. Kebanyakkan ensembel ini mempunyai alat-alat muzik yang
tertentu dan mempunyai peranan yang tertentu.
Antara ensembel muzik tradisional yang biasa dilihat oleh kita adalah gamelan, caklempong,
kompang, dan lain-lain lagi. Setiap ensembel tradisional yang wujud di negara ini mempunyai
sejarah yang tersendiri dan ianya mempunai peranan masing-masing. Ada diantaranya adalah
untuk melambangkan status sesebuah kerajaan, mengubati penyakit, hiburan rakyat, penceritaan
dan sebagainya.
Melalui tugasan ini saya telah memilih untuk menerangkan tentang caklempong. Aspek yang
akan dibincangkan oleh saya adalah asal-usul caklempong, fungsi caklempong, alat dan bentuk
muzik caklempong, pemuzik dan tokoh caklempong yang terkenal dan persembahan caklempong
yang ada pada masa kini.

2.0 SEJARAH CAKLEMPONG

Masyarakat Minangkabau lama


( sumber dari :
http://3.bp.blogspot.com/_JuMxc6dHAF0/S1aA7WnN89I/AAAAAAAAAAo/6_snzeFt8KI/s
320/minanglama02.gif )
Caklempong cukup terkenal di Negeri Sembilan dan kebiasaanya adalah dari orang
Minagkabau. Menurut sejarah, ensembel tradisional caklempong ini telah dibawa oleh orang
Minangkabau di Sumatra pada awal kurun ke 14 sehingga kurun ke 19 ke negeri ( negeri
Sembilan ) di tanah melayu yang bertujuan untuk berniaga. Lama kelamaan mereka terus
menetap di sana. Setelah Nama caklempong pada asalnya adalah taklempong yang digelarkan
oleh masyarakat minangkabau dari sumatera.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa caklempong ini merupakan alat muzik
yang berasal dari kayangan yang tercatat di dalam Hikayat Malim Deman yang mengimbas
kembali sebuah kisah yang berlaku di Tanah Datar Minangkabau. Menurut hikayat ini semasa
majlis pertabalan Tunku Laras, tunku telah ghaib dan dipercayai telah dilarikan oleh Puteri
Kayangan. Semasa beliau berada di kayangan beliau telah terdengar alunan caklempong yang
lunak dan merdu.
Caklempong ini pada mulanya adalah bertujuan sebagai hiburan yang bertujuan untuk
menyatupadukan penduduk setempat terutamanya masyarakat minangkabau. Selain itu juga
caklempong ini juga di persembahkan semasa pertabalan raja, upacara perkahwinan, keraian,
tarian dan sebagainya. Sehingga ke hari ini persembahan caklempong masih lagi dapat dilihat di
dalam majlis-majlis tertentu. Antara majlis yang mempersembahkan caklempong adalah dalam
upacara rasmi yang melibatkan istana, sebagai hiburan umum, mengiringi tarian seperti tarian

lilin, piring, inai dan sebagainya, mengirigi pencak silat, majlis petabalan raja, muzik iringi untuk
menyambut tetamu Diraja atau tetamu kehormat, majlis-majlis perkahwinan dan pelbagai lagi.
Caklempong merupakan sebuah alat yang diperbuat dari tembaga yang dicampurkan
dengan timah yang berbentuk bulat dan mempunyai benjolan pada bahagian atas. Ianya
diklasifikasikan sebagai alat muzik ideofon. Alat ini memerlukan pemainnya mengetuk pada
bahagian benjolan untuk menghasilkan bunyi. Ensembel caklempong pada masa kini telah
mengalami perubahan di mana pada asalnya caklempong hanya mempunyai 6 not sahaja iaitu
c,d,e,f dan g. Kini ianya telah merangkumi kesemua not yang sama dengan notasi barat.

3.0 FUNGSI DAN PERANAN MUZIK CAKLEMPONG


Muzik caklempong ini pada mulanya adalah bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat
minangkabau yang telah menetap di Negeri Sembilan. Ianya merupakan salah satu medium
untuk memastikan hubungan mereka dengan negara asal mereka ti dak dilupakan. Setelah sekian
lama muzik caklempong ini mula menyerap ke dalam budaya melayu di Malaysia. Caklempong
telah menjadi hiburan kepada masyarakat umum terutamanya di Negeri Sembilan.
Ensembel caklempong merupakan sebuah ensembel yang mudah untuk mengiringi sesebuah
tarian atau persembahan di sebabkan oleh bunyi yang dihasilkan oleh setiap alat menyerupai pic
yang dihasilkan dari bunyi alat muzik yang lain. Oleh itu ianya memudahkan sesebuah emsembel
caklempong ini untuk menigiringi sesuatu persembahan.
Pada masa yang sama juga persembahan caklempong juga dipersembahkan semasa majlis-majlis
rasmi di dalam istana. Emsemble ini juga digunakan untuk mengiringi persembahan tarian,
muzik iringi silat, dan pelbagai lagi.

( sumber : http://smsainsrembau.blogspot.com/2011/04/majlis-persaraan-pengetuacemerlang.html

4.0 ASPEK MUZIK CAKLEMPONG


4.1 Alat muzik caklempong
Di dalam ensembel ini, ia mempunyai gong yang berbusut atau mempunyai benjolan pada
bahagian atas. Saiz gong ini berukuran 14cm, saiz benjolan atau busutnya adalan 2.5cm, dan
ketingginya adalah 8 hingga 10 cm. Alat yang digunakan untuk meukul gong ini merupakan
kayu yang telah dibalut dengan kain yang bertujuan untuk menghasilkan kualiti ton yang baik.
Selain itu juga ianya bertujuan untuk memastikan benjolan ini tidak mengalami kerosakan yang
teruk dan menganggu ton asal setiap unit gong yang ada.
Alat ini dalam istilah muzikalnya dikenali sebagai gongchime dimana alat ini akan disusun
secara mendatar pada rak alat tertentu. Terdapat sekurang-kurangnya tiga set gongchime yang
digunakan di dalam ensembel ini.
4.1.1

Gereteh

Gereteh
( sumber :
http://2.bp.blogspot.com/_udoDrRKkCs0/THc_xOGgOgI/AAAAAAAAAKA/HauBaEZFK9I/s1
600/gereteh.jpg )
Gereteh mempunyai 15 biji gongchime yang disusun dan nada C major. Pada masa yang sama
juga ianya juga mengandungi 7 not pilihan yang diperlukan untuk memainkan sesebuah lagu.
Geretah berfungdi untuk memainkan melodi, kaunter melodi dan kord. Oleh itu untuk

memastikan muzik yang dihasilkan oleh ensembel ini berkualiti dan unik sesebuah ensembel ini
bolehlah mempunyai 2 set gereteh yang mana satu set gereteh akan memainkan melodi manakala
set yang kedua boleh memainkan kaunter melodi atau kord sesebuah lagu. Oleh itu, bunyi yang
dihasilkan oleh kedua gereteh ini akan lebih harmoni.
4.1.2

Sauwa

Sauwa
(

Sumber

http://4.bp.blogspot.com/_udoDrRKkCs0/THdAHkX0W4I/AAAAAAAAAKI/b0zVkAgPiyM/s
1600/tingkah.jpg)
Sauwa atau saua adalah merupakan alat yang mempunyai lapan biji bonang. Bentuk sauwa ini
hampir sama dengan bentuk tingkah. Sauwa atau saua ini kebiasaanya adalah bunyi pic yang
lebih rendah dari gereteh dan berfungsi untuk memainkan kord dan ostinato yang mempunyai pic
yang leboh rendah. Kebiasaanya sauwa atau saua ini akan memainkan ostinato yang berirama
(bass)

4.1.3

Tingkah

Tingkah
( sumber : Modul Upsi Krz 3053 Ensembel Muzik Tradisional )
Tingkah memainkan kord dan corak iramanya sering mengikut rentak gendang ibu. Tingkah
dimainkan dengan mengikut pukulan gendang yang bertujuan untuk mengawal rentak sesebuah lagu
itu. Tingkah terdiri daripada not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. tingkah biasanya mudah untuk

dimainkan dan dimainkan secara melalu.


4.1.4

Gendang ibu dan Gendang Anak

Gendang ibu dan gendang anak


( sumber : Modul Upsi Krz 3053 Ensembel Muzik Tradisional )

Di dalam ensemble ini gendang merupakan salah satu alat yang penting untuk memainkan rentak
sesebuah lagu.Gendang ini juga bertujuan untuk mengawal tempo sesebuah lagu. Di dalam
ensemble ini terdapat dua jenis gendang yang digunakan iaitu gendang ibu dan gendang anak.
Gendang ibu kebiasaanya akan memainkan rentak yang asal lagu itu manakala gendang anak
akan meningkah dengan gendang ibu. Perbezaan antara gendang ibu dan anak adalah sedikit
sahaja iaitu dari segi saiz baluhnya. Baluh adalah berbentuk cembung dan mempunyai dua
permukaan kulit yang diperbuat daripada kulit kambing atau lembu. Cara memainkan gendang
ini adalah muka kulit gendang ini yang mempunyai saiz yang berbeza akan dipukul dengan
tangan dan akan menghasilkan bunyi rentak yang dimainkan.
4.1.5

Rebana ibu dan Rebana Anak

Rebana Ibu dan Rebana Anak


( sumber : Modul Upsi Krz 3053 Ensembel Muzik Tradisional )

Rebana ini merupakan sebuah rebana yang berfungsi sama seperti gendang. Tujuan rebana ibu
dan anak ini digunakan adalah untuk menghasilkan tekstur bunyi yang pelbagai di dalam
ensemble ini.

4.1.6

Serunai, pupik dan bangsi

Serunai, Pupik dan Bangsi


( sumber : Modul Upsi Krz 3053 Ensembel Muzik Tradisional )

Serunai merupakan sebuah alat tiupan yang yang diperbuat daripada buluh. Ianya berukuran
14cm dan mempunyai empat lubang sahaja. Serunai akan menghasilkan bunyi dari skala
pentatonic yang menyamai 5 ton awal gereteh iaitu C, D, E, F dan G.
Pupik pula merupakan alat yang memainkan melodi yang sama dengan gereteh. Terdapat dua
jenis pupik iaitu pupik gadang yang diperbuat dari daun kelap dan pupik tanduk yang diperbuat
dari tanduk kerbau.
Bangsi pula merupakan alat yang diperbuat daripada buluh dan mempunyai tujuh lubang yang
akan menghasilkan 7 pic bunyi yang berpadanan dengan nada gereteh.
Alat eorofon ini kebiasaanya akan memainkan melodi lagu, counter lagu atau ostinato lagu yang
dimainkan. Ianya bertujuan untuk menghasilkan tekstur bunyi yang pelbagai didalam melodi
sesebuah lagu.
4.2 Bentuk dan elemen muzik ensemble caklempong
Di dalam ensemble caklempong ini, ianya mempunyai bentuk dan elemen muzik yangbtersendiri
dalam penghasilan lagu. bentuk lagu yang dimainkan adalah gabungan beberapa segmen muzik
yang terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. Segemn-segmen ini diulang dan diimprovisasi
untuk menghasilkan sebuah karya muzik yang unik.
Di dalam persembahan caklempong semua elemen yang disebutkan di dalam bentuk ini ada
digunakan. Oleh itu bleh dikatakan bahawa caklempong mempunyai bentuk lagu yang tersendiri

apabila ada diantara lagunya mempunyai melodi dan rentak yang diulang dan dilakukan
improvisasi dari rentak asal sesebuah lagu.
Elemen yang diketengahkan oleh ensemble caklempong ini adalah pelbagai. Antara elemen yang
dapat didengari adalah elemen melodi lagu yang dimaiankan oleh gereteh dan di silang pula
dengan tingkah dan sauwa yang memainkan rentak ostinato. Selain itu juga terdapat alat yang
memainkan kontur melodi seperti serunai, pupik dan bangsi. Elemenyang terakhir sekali adalah
rentak yang dimainkan oleh gendang ibu dan anak atau rebana ibu dan anak.
Tekstur bunyi yang dihasilkan oleh ensemble ini adalah pelbagai. Dimana terdapat banyak alat
yang memainkan sesebuah melodi atau konter melodi ataupun ostinato lagu. selain itu juga,
gendang yang bertujuan untuk mngawal tempo juga adiberikan tekstur yang berbeza apabilanya
ditingkahkan dengan gendang yang bersaiz lebih kecil darinya. Oleh itu terdapat pelbagai elemen
di dalam ensemble ini.

5.0 Pemuzik dan tokoh ensemble caklempong


Persembahan caklempong ini memerlukan ramai pemain muzik untuk memainkan alat-alat yang
ada di dalam ensemble ini. Akan teatpi terdapat beberapa nama penting di dalam penghasilan
ensemble caklempong ini.
Zamzaharman sumber http://www.istanabudaya.gov.my/senarai-pemuzik
Zamzahardi

SUSUNAN

ALAT

CAKLEMPONG

Susunan alat muzik Caklempong boleh dilihat melalui gambarajah yang ditunjukkan di bawah
ini.

Gambar 29 : Susunan Alat Caklempong

Gambar 30 : Susunan Alat


Caklempong

NOTASI

CAKLEMPONG

Notasi Caklempong boleh dilihat melalui gambarajah di bawah ini.

Gambar 31 : Notasi Caklempong

SKEL

CAKLEMPONG

Pic-pic dalam muzik Caklempong kontemporari berdasarkan kepada skel diatonik Barat
terutamanya skel C Major. Pic-pic yang biasa pada Ensembel Caklempong adalah seperti rajah di
bawah ini.

Gambar 32 : Skel Caklempong


Melodi lagu dinotasikan dengan menggunakan sistem nombor, walaupun terdapat berbagai-bagai
kaedah notasi dan teknik permainan muzik tradisional di Malaysia dan Sumatera.
Sumber : http://worldcaklempong.blogspot.com/

Pada akhir kuliah ini, pelajar pengayaan diri telah dibawa ke Bilik Tradisional untuk berkenalan
dengan Alat Muzik Gamelan. Walaupun saya bukanlah seorang yang pakar dalam memainkan
alat muzik ini, tetapi dengan berkat pembelajaran subjek Gamelan yang saya ambil pada
semester-semester yang lepas, dapatlah saya menunjuk ajar salah seorang pelajar pengayaan diri
untuk memainkan lagu yang mudah iaitu Timang Burung. Saya sangat gembira kerana dapat
membantu. Saya berharap pelajar yang mengambil subjek ini sebagai pengayaan diri tertarik
dengan pembelajaran ini dan sekaligus mendapat sedikit pengalaman bermain alat muzik
Gamelan. Semoga berjumpa lagi di minggu hadapan! Sekian...
perbincangan dan penyelidikan mengenai ensembel muzik tersebut perlu meliputi aspek-aspek
berikut:
Pemuzik dan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan ensembel muzik tersebut.
Lain-lain maklumat yang sesuai dan difikirkan perlu

Anda mungkin juga menyukai