Anda di halaman 1dari 1

Pada 26 Oktober 2015, SMJK Sam Tet telah mengadakan sebuah majlis untuk

meraikan kedatangan Doktor Edward Mah Tat Sing yang merupakan bekas pelajar
SJK (C) Sam Tet dan SMJK Sam Tet. Majlis ini bermula pada pukul 8 pagi dan
nyanyian lagu Negaraku dijadikan sebagai permulaan majlis. Majlis ini diteruskan
dengan sebuah tarian yang dipersembah oleh Kelab Tarian Tradisional sekolah kita
untuk menyambut kedatangan Doktor Mah. Persembahan yang menarik ini telah
diberi tunjuk ajar oleh ketua penasihat Kelab Tarian Tradisional, En Oh Eng Hwa.
Seterusnya, Rev. Msgr Stephen Liew Khoay Siong telah dijemput untuk
menyampaikan ucapan beliau. Selepas itu, Pengetua SMJK Sam Tet, Encik Lau
Swee Mun juga memberi ucapan beliau kepada semua hadirin dan majlis diteruskan
dengan persembahan yang diberi oleh Brass Band. Selepas penikmatian
persembahan yang menarik, biodata Doktor Edward Mah Tat Sing juga dibaca bagi
pengetahuan semua hadirin. Kemudian, Doktor Edward Mah Tat Sing telah dijemput
untuk mengongsikan pengalaman beliau bagi mengalakkan semua pelajar berusaha
untuk mencapai matlamat masing-masing. Pelbagai cenderamata juga diberi kepada
Doktor Mah sebagai tanda penghargaan atas kedatangan beliau. Majlis berakhir
pada pukul 9 pagi.
Bukan itu sahaja, pihak sekolah amat bersyukur kerana Dato Patrick Teoh yang
merupakan bekas pelajar pada tahun 1974 telah banyak membantu SMJK Sam Tet
dari segi kewangan. Beliau menderma wang sebanyak RM 300,000 kepada SMJK
Sam Tet, SJK (C) Sam Tet dan Tabungan Pendidikan John Moh sejak 2011. Kami
juga amat bersyukur kerana terdapat banyak ibu bapa, bekas pelajar Sam Tet dan
juga guru yang banyak memberi sumbangan kepada sekolah sama ada dari segi
akademik dan juga kewangan.

Anda mungkin juga menyukai