Anda di halaman 1dari 41

950203-12-6156

1. PENGHARGAAN
Pengkaji telah melaksanakan kajian luar ini bersama-sama rakan sekelas dari SMK. Mat
Salleh Ranau pada 11 Julai 2014 bagi memenuhi sukatan pelajaran Geografi Penggal Tiga 2014.
Pada ruangan ini, pengkaji mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
pengetua cemerlang SMK.Mat Salleh, Encik Majus Munsing kerana telah memberi kebenaran
kepada pengkaji untuk menjalankan kajian ini.
Pengkaji juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada guru geografi,
Puan Fauziah Amin yang telah banyak memberi bimbingan dan sokongan moral serta tunjuk ajar
kepada pengkaji sepanjang menjalankan kajian ini. Dengan bimbingan cikgu Fauziah, pengkaji
telah mendapat banyak pengalaman tentang realiti geografi sekaligus berjaya menyiapkan
tugasan geografi ini.
Selain itu, pengkaji juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibu
bapa pengkaji yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan dari segi kewangan dalam
menjayakan kajian ini. Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan khususnya
Jeffrison Julius, Erna Zuryena binti Ramli, Diana Jane James dan Hervianna Lebinus yang telah
banyak membantu dan sudi berkongsi idea dengan pengkaji dalam menjayakan gerak kerja
kumpulan dalam kajian ini.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

950203-12-6156

2. PENDAHULUAN
Pelancongan adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan
tempat tinggalnya yang biasa serta kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi
tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka. Pelancongan
dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir orang yang mempunyai masa dan
wang sahaja mampu melancong. Waktu senggang yang banyak, ekonomi yang semakin baik,
kemudahan pengangkutan yang sempurna telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak
orang pergi melancong.
Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan
sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin
meningkat malah beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai
sektor utama yang menjana pendapatan negara. Pelancongan juga merupakan sektor yang
melibatkan peranan yang saling berkaitan antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang
awam. Sebagai contoh, pelancongan di Pekan Kundasang, Ranau telah melibatkan pihak
kerajaan, pihak swasta dan orang tempatan.
Walau bagaimanapun, aktiviti pelancongan yang dijalankan telah menimbulkan beberapa
isu di kawasan pelancongan dan kawasan sekitarnya. Isu tersebut tebahagi kepada dua iaitu isu
berkaitan geografi fizikal dan geografi manusia seperti hakisan, pencemaran sampah sarap dan
penularan wabak penyakit.
Secara ringkasnya, pelancongan adalah industri yang terdiri daripada pelancong, sektorsektor dan aktiviti-aktiviti yang terlibat secara langsung dalam membentuk sebuah industri.
Pelancongan tidak wujud tanpa adanya pelancong dan kompenen-kompenen asas yang di
perlukan oleh pelancong. Selain itu, pelancong juga adalah ejen penting yang menentukan sama

950203-12-6156

ada industri pelancongan terus berkembang atau pun sebaliknya. Sektor-sektor yang terlibat
dalam menawarkan produk ataupun perkhidmatan juga perlu dititik beratkan kerana merekalah
yang berperanan dalam mewujudkan suatu persekitaran pemasaran pelancongan yang global.
Bagi memenuhi sukatan pelajaran Geografi Penggal 3, pengkaji perlu melaksanakan
suatu kajian berkaitan dengan aktiviti pelancongan di sebuah kawasan tidak melebihi dua
kilometer persegi.
Pengkaji telah memilih kawasan sekitar Pekan Kundasang sebagai lokasi kajian. Pengkaji
telah menjalankan kajian berkaitan aktiviti pelancongan, jenis perniagaan, perkhidmatan dan
kemudahan sosial serta faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancong di kawasan
kajian. Pengkaji turut menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai isu yang timbul berkaitan
aktiviti pelancongan terhadap kawasan kajian. Kawasan sekitar Pekan Kundasang dipilih atas
sebab-sebab yang berikut :
1. Kawasan Pekan Kundasang merupakan kawasan pelancongan yang terkenal di Daerah
Ranau.
2. Kawasan pelancongan di Pekan Kundasang mempunyai aspek-aspek yang ingin dikaji oleh
pengkaji.
Kajian luar yang dijalankan di sekitar kawasan Pekan Kundasang ini hanya mengambil
masa selama 5 jam sahaja di lapangan bagi memperolehi maklumat-maklumat primer. Dapatan
maklumat-maklumat tersebut dikumpul, disusun dan dianalisis bagi menghasilkan laporan yang
lengkap keseluruhannya selama satu bulan.

3. OBJEKTIF KAJIAN
3

950203-12-6156

Pada amnya, tujuan kajian luar ini ialah mengkaji aktiviti pelancongan di kawasan sekitar Pekan
Kundasang. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk :
i.
Mengenalpasti aktiviti pelancongan yang diadakan di Pekan Kundasang tidak melebihi
ii.

dua kilometer persegi.


Mengenalpasti perniagaan, perkhidmatan dan kemudahan sosial di kawasan sekitar Pekan

iii.

Kundasang tidak melebihi dua kilometer persegi.


Mengenalpasti faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancongan di Pekan

iv.

Kundasang tidak melebihi dua kilometer persegi.


Mengenalpasti isu yang timbul berkaitan aktiviti pelancongan di Pekan Kundasang tidak

v.

melebihi dua kilometer persegi.


Mencadangkan aktiviti yang boleh dilaksanakan di kawasan kajian untuk menarik lebih
banyak bilangan pelancong ke Pekan Kundasang tidak melebihi dua kilometer persegi.
Selain itu, pengkaji juga ingin menonjolkan nilai-nilai murni seperti rasa tanggungjawab

yang perlu ada dalam diri setiap individu dalam memelihara dan memulihara alam sekitar yang
telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat.
4. KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang dipilih ialah Pekan Kundasang dan kawasan sekitarnya yang tidak
melebihi dua kilometer persegi. Pekan Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang terletak di
kawasan petempatan Kundasang, Ranau. Ia terletak dalam kawasan Banjaran Crocker yang
mempunyai ketinggian sekitar 4000 kaki hingga 6000 kakii. Jarak pusat urban Pekan Kundasang
dari Pekan Ranau adalah 15 kilometer. Pekan Kundasang yang berada di tengah-tengah kawasan
berfungsi sebagai pusat bandar bagi petempatan di Kundasang. Pada skala geografi makro negeri
Sabah, Pekan Kundasang dan kawasan sekitarnya mempunyai beberapa ciri istimewa dari segi
fungsi dan letakan.
Persekitaran Pekan Kundasang dilingkungi hutan malar hijau khatulistiwa yang agak
padat dengan khazanah alam semulajadi. Dari segi letakan relatif, Pekan Kundasang boleh

950203-12-6156

dianggap antara singgahan penting di sepanjang jalan raya utama yang menghubungkan Kota
Kinabalu dan Sandakan. Perjalanan darat dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa
kira-kira dua hingga tiga jam, manakala perjalanan dari Sandakan memakan masa selama lima
hingga enam jam. Hal ini menunjukkan bahawa Pekan Kundasang boleh dianggap mempunyai
lokasi geografi yang strategik dan darjah aksesibiliti yang memuaskan.

PETA 1 : PETA KAWASAN KUNDASANG DAN LOKASI PEKAN KUNDASANG

2.5

Sumber : Google.map@com
Kawasan yang dibulatkan dalam peta merupakan kawasan kajian iaitu Pekan Kundasang

Km

dan kawasan sekitarnya yang tidak melebihi dua kilometer persegi. Arahnya adalah ke utara dari
Pekan Ranau. Pekan Kundasang terletak berdekatan dengan jalan utama ke Kota Kinabalu.

PETA 2 : PETA LAKAR KAWASAN KUNDASANG DAN PEKAN KUNDASANG

950203-12-6156

kawasan kajian

1.5
Km

Sumber : Google.search@com.my

Peta menunjukkan kawasan kajian seluas kira-kira dua kilometer persegi. Kawasan kajian
ialah pekan Kundasang dan kawasan sekitarnya iaitu chalet-chalet dan resort yang berdekatan
termasuklah Hotel Perkasa. War Memorial juga merupakan salah satu kawasan kajian pengkaji.

PETA 3 : PETA PETEMPATAN SEKITAR KAWASAN PEKAN KUNDASANG

950203-12-6156

Sumber : Google.map@com
Peta di atas menunjukkan kawasan petempatan di sekitar kawasan kajian iaitu Pekan Kundasang.

950203-12-6156

PETA 4 : PETA LAKAR KAWASAN PEKAN KUNDASANG

0.5 km

Sumber : Kajian Lapangan


Peta lakar di atas menunjukkan kawasan Pekan Kundasang yang menjadi tempat kajian pengkaji.

5. KAEDAH KAJIAN
8

950203-12-6156

5.1 Data Primer


Data primer merupakan data yang hanya kita peroleh dari sumber asli atau pertama. Data ini
harus diambil secara langsung dari sumber aslinya iaitu melalui pemerhatian, soal selidik, temu
bual dan penyukatan.Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah untuk
mendapatkan sumber primer.
5.1.1 Pemerhatian
Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap aktiviti pelancongan yang dijalankan di Pekan
Kundasang ketika melaksanakan kajian di kawasan kajian selama 5 jam. Pengkaji turut
melakukan pemerhatian bagi mengenalpasti jenis perniagaan, perkhidmatan dan kemudahan
sosial di kawasan kajian.
5.1.2 Temu Bual
Bagi mengenlpasti faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke kawasan
kajian, pengkaji telah menemubual beberapa informan yang terdiri daripada penduduk setempat,
peniaga dan pekerja di Pekan Kundasang.
5.1.3 Soal Selidik
Pengkaji telah menyediakan 30 salinan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan
mengenalpasti isu yang timbul berkaitan aktiviti pelancongan dan faktor setempat yang menarik
kedatangan pelancong di Pekan Kundasang. Responden telah dipilih secara rawak dalam
kalangan penduduk setempat, peniaga, pelancong dan pekerja di Pekan Kundasang.

950203-12-6156

5.2 Data Sekunder


Data sekunder merupakan data yang telah tersedia dalam bentuk tesis, buku, risalah, laporan dan
sebagainya. Data sekunder ini lebih mudah diperolehi berbanding data primer. Pengkaji telah
mendapatkan sumber dan data sekunder berkaitan dengan kajian dengan melayari internet dan
melalui kaedah kepustakaan serta merujuk kepada contoh kajian atau tesis terdahulu.
5.2.1 Kaedah Kepustakaan
Bagi mendapatkan input dan informasi berkaitan dengan aktiviti pelancongan, pengkaji telah
melakukan penyelidikan terhadap buku dan majalah di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Ranau serta di Perpustakaan SMK.Mat Salleh, Ranau.
5.2.2 Internet
Pengkaji melakukan penyelidikan dan pencarian maklumat dengan melayari internet seterusnya
mendapatkan sumber-sumber yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini.
5.2.3 Tesis dan Laporan
Pengkaji telah mendapatkan tesis dan laporan kajian terdahulu yang seterusnya dijadikan rujukan
bagi menyiapkan kajian Geografi ini.

10

950203-12-6156

6.0 HASIL KAJIAN


Di negara tropika, kawasan tanah tinggi merupakan kawasan utama pelancongan, pertanian dan
petempatan. Di Malaysia juga terdapat banyak kawasan tanah tinggi yang menjadi destinasi
pelancongan utama dan kawasan pertanian khasnya untuk buah-buahan, sayur-sayuran dan
bunga-bungaan. Tanah tinggi di Malaysia mempunyai cerun curam, puncak bukit, flora dan
fauna endemik yang semakin terancam. Antara tarikan utama tanah tinggi ialah iklim yang lebih
sejuk berbanding dengan tanah dataran rendah.
Pekan Kundasang yang terletak di daerah Ranau, Sabah merupakan salah satu destinasi
pelancongan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia. Hal ini dibuktikan melalui peningkatan
kedatangan pelancong ke daerah Ranau khususnya ke kawasan Pekan Kundasang dan sekitarnya.
Pelbagai aktiviti pelancongan yang dijalankan di kawasan ini. Terdapat beberapa faktor yang
menjadikan kawasan di sekitar Pekan Kundasang sebagai destinasi pelancongan yang dikenali
ramai. Walau bagaimanapun, terdapat juga isu yang timbul berkaitan aktiviti pelancongan
terhadap kawasan ini.

6.1 Aktiviti Pelancongan yang dijalankan


Terdapat tiga jenis aktiviti pelancongan yang di kenal pasti dijalankan di Pekan Kundasang dan
kawasan sekitarnya, Aktiviti pelancongan tersebut ialah ekopelancongan dan agropelancongan
serta pelancongan budaya dan warisan sejarah.
6.1.1 Ekopelancongan
Ekopelancongan merupakan jenis pelancongan ke kawasan ekologi semulajadi seperti hutan
lipur dan taman Negara.

11

950203-12-6156

Tarikan tanah tinggi di Pekan Kundasang dan kawasan sekitarnya telah menjadi faktor
wujudnya ekopelancongan di kawasan tersebut. Faktor dan ciri tarikan semula jadi di kawasan
tanah tinggi Pekan Kundasang seperti pemandangan yang cantik serta suhu yang sejuk iaitu kirakira 18 darjah celcius telah menarik kedatangan pelancong. Muka bumi di kawasan ini juga
sesuai untuk aktiviti riadah seperti berjogging dan berbasikal. Muka bumi yang menarik ini
termasuklah banjaran dan bukit-bukau yang ditumbuhi tumbuhan semula jadi yang menarik.
(Rujuk Lampiran 1)
6.1.2 Agropelancongan
Agropelancongan merupakan aktiviti pelancongan di kawasan dusun buah-buahan, kawasan
penanaman padi, kawasan ladang teh, tanaman sayuran, bunga-bungaan, ternakan dan lain-lain.
Agropelancongan seperti Strawberry Garden dan kebun sayur-sayuran serta kebun bunga
di Pekan Kundasang menjadikan produk pertanian ini dijadikan daya tarikan pelancong. Walau
bagaimanapun, agropelancongan ataupun pelancongan pertanian di kawasan Pekan Kundasang
lebih berkonsepkan home stay ataupun inap desa. (Rujuk Lampiran 2)
6.1.3 Pelancongan Budaya dan Warisan Sejarah
Pelancongan budaya dan warisan sejarah merupakan aktiviti pelancongan di kawasan tinggalan
sejarah, tapak arkeologi dan muzium.
Kawasan warisan sejarah iaitu War Memorial yang terdapat di Pekan Kundasang
merupakan salah satu daya tarikan kedatangan pelancong terutamanya pelancong dari luar
Negara. War Memorial merupakan tempat peringatan kepada askar-askar Australia yang
terkorban pada zaman perang dahulu.
Pengunjung ke daerah Ranau khususnya di Kundasang telah meningkat daripada 375 854
pada tahun 2002 kepada 530 554 pada tahun 2010 (Francis Au). Sebahagian besar pelancong

12

950203-12-6156

terutamanya pelancong luar negara, melancong ke daerah Ranau bagi mengunjungi tempattempat menarik di Kundasang seperti War Memorial dan kawasan tempatan yang lain seperti
Gunung Kinabalu. (Rujuk Lampiran 3)

6.2 Perniagaan, Kemudahan dan Perkidmatan Sosial di Pekan Kundasang dan Kawasan
Sekitarnya
Aktiviti perniagaan yang dijalankan di Pekan Kundasang dan kawasan sekitarnya yang tidak
melebihi dua kilometer persegi ialah perniagaan makanan, perniagaan barangan runcit,
supermarket, pembekalan barangan pertanian, perniagaan telekomunikasi dan perniagaan sayursayuran. (Rujuk Lampiran 5)
Jadual 1 : Jenis Perniagaan, Kemudahan dan Perkhidmatan sosial di Pekan Kundasang dan
kawasan sekitarnya.
Penunjuk
Perniagaan

Jenis
Gerai Sayur

Maklumat
Sayur Tanah Tinggi [ kobis,

Data
55

tomato, broccoli]
Sayur Tanah Rendah [ pakis,
Gerai Bunga

sayur manis, kangkung ]


Bunga Tanah Tinggi [ bunga

15
6

Gerai buah-

ros ]
Menjual strawberry, tembikai,

15

buahan
Kedai Runcit

dragonfruit
Menjual barangan runcit
seperti barang mandian,

11

makanan ringan, barang


Gerai Makanan

elektrik
Menyediakan makanan

13

950203-12-6156

Perkhidmatan

Perniagaan

bergoreng
Barangan borong dijual setiap

Borong

hari Jumaat sahaja seperti

20

Gerai Ayam
Gerai Ikan
Penginapan
Pemandu

pakaian
Bekalan ayam dari luar pekan
Bekalan ikan dari luar pekan
Hotel, chalet, resort
Masyarakat tempatan

10
3
15

Pelancongan

membantu pergerakan

15

pelancong dan memudahkan


pelancong berkomunikasi
Pengangkutan

dengan masyarakat sekeliling


Khidmat bas mengangkut
pelancong dan masyarakat

15

tempatan ke Pekan

Kemudahan

Telekomunikasi

Kundasang
Kedai menjual kad tambah

Pusat Hiburan

nilai [celcom, digi, maxis]


Kedai karaoke, kedai

Pusat Internet
Pejabat

Permainan video
Cyber
Pejabat guaman

3
2

Persendirian
Order Tinggi
Order Rendah
Telefon Awam

Bank
Kedai Tayar
Kegunaan masyarakat dan

1
1
2

Tandas Awam

pelancong
Kegunaan masyarakat dan

Masjid

pelancong
Kegunaan masyarakat dan

Sosial

14

950203-12-6156

Klinik Desa

pelancong
Kegunaan masyarakat dan

Dewan

pelancong
Kegunaan masyarakat dan

Serbaguna
Gelanggang

pelancong
Kegunaan masyarakat dan

Futsal
Pondok Polis

pelancong
Kegunaan masyarakat dan

pelancong
Sumber : Kajian Lapangan
Jadual menunjukkan jenis perniagaan, perkhidmatan dan kemudahan sosial di kawasan Pekan
Kundasang dalam lingkungan tidak melebihi 2 kilometer persegi berserta maklumat dan data.

Graf 1 : Jenis Perniagaan di Pekan Kundasang

15

950203-12-6156

Jenis Peniagaan
80
70
60
50
40
30
20
10
0

bilangan

70

15

11

20
9

15
3

Graf 2 : Jenis Perkhidmatan di Pekan Kundasang dan Kawasan Sekitarnya.

Jenis Perkhidmatan

Jumlah

16
14
12
10
8
6
4
2
0

Jenis perkhidmatan

Graf 3 : Jenis Perkidmatan Sosial di Pekan Kundasang dan Kawasan sekitarnya.


16

950203-12-6156

Perkhidmatan Sosial
Gelanggang Futsal

Dewan Serbaguna

Klinik Desa

Masjid

Tandas Awam

Telefon Awam

2
0

0.5

1.5

Peta 5 : Peta Lakar Pekan Kundasang (Perniagaan, kemudahan dan perkhidmatan sosial)

Sumber : Kajian Lapangan


6.3 Faktor Setempat yang Mempengaruhi Kedatangan Pelancong ke Pekan Kundasang
dan Kawasan Sekitarnya

17

950203-12-6156

Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke Pekan Kundasang dan
kawasan sekitarnya iaitu faktor fizikal dan faktor manusia,
6.3.1 Faktor Geografi Fizikal
Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, lebih 80% responden bersetuju bahawa
kedudukan Pekan Kundasang yang terletak berhampiran Gunung Kinabalu telah menarik
kedatangan pelancong. Kedudukan geografi Pekan Kundasang yang terletak di muka bumi tanah
tinggi ini menyebabkan keadaan suhu di Pekan Kundasang adalah lebih sejuk berbanding dengan
kawasan tanah pamah sekitarnya. Jika di kawasan tanah pamah sekitar Kundasang, suhu
persekitarannya adalah kira-kira 27 darjah celcius, di Pekan Kundasang pula, suhunya sekitar 18
darjah celciusii. Hal ini telah menarik kedatangan pelancong ke kawasan ini. Persekitaran Pekan
Kundasang turut dilingkungi hutan malar hijau khatulistiwa yang agak padat dengan khazanah
alam semula jadi. Pemandangan semula jadi yang indah ini telah menarik kedatangan pelancong
dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi kawasan tersebut. Suasana tanah tinggi yang
menyegarkan di pekan ini juga telah menjadikan kawasan Pekan Kundasang sebagai salah satu
kawasan yang menjadi pilihan para pelancongiii.
Menurut responden yang ditemu bual, cuaca yang nyaman dan sejuk di kawasan ini telah
menggalakkan aktiviti pertanian seperti sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Walaupun tanaman
tersebut tidak ditanam di kawasan sekitar Pekan Kundasang namun sebahagian besar hasil
tanaman di daerah Kundasang di hantar dan dijual di pekan ini. Kebanyakan pelancong tempatan
yang datang ke kawasan ini akan membeli sayur-sayuran yang dipasarkan. Gerai bunga yang
terdapat di kawasan ini juga menarik perhatian pelancong untuk mengunjungi pekan ini. Selain
itu, tanaman hawa sederhana seperti strawberry dan bunga-bungaan yang terdapat di pekan ini
turut menjadi tarikan unik kepada pelancong. Hal ini disebabkan tanaman hawa sederhana dan

18

950203-12-6156

bunga-bungaan yang terdapat di Pekan Kundasang merupakan tanaman yang jarang ditemui di
tempat lain sekitar Sabahiv.
Kawasan persekitaran yang cantik dengan pemandangan bukit bukau serta banjaran yang
nyaman dan menyegarkan di Pekan Kundasang dan kawasan sekitarnya nyata telah menjadi
faktor yang menjadi daya penarik kepada para pelancong untuk datang melancong ke kawasan
ini. (Rujuk Lampiran 1)
6.3.2 Faktor Geografi Manusia
Lokasi Pekan Kundasang yang strategik dan aksesibiliti yang memuaskan merupakan faktor
yang mempengaruhi kedatangan pelancong di kawasan ini.
Perjalanan darat dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa kira-kira dua hingga
tiga jam, manakala perjalanan dari Sandakan memakan masa selama lima hingga enam jam. Hal
ini menunjukkan bahawa Pekan Kundasang boleh dianggap mempunyai lokasi geografi yang
strategik dan darjah aksesibiliti yang memuaskan.
Selain itu, melalui pemerhatian yang dilakukan pengkaji kedudukan strategik Pekan
Kundasang yang berada di tengah-tengah kawasan petempatan di daerah Kundasang menjadikan
pekan ini sebagai pusat Bandar di kawasan ini. Peranan sebagai pusat petempatan di Kundasang
menjadikan Pekan Kundasang sebagai tempat perniagaan, jual beli, pusat perkhidmatan dan
sebagainya.
Tempat-tempat bersejarah juga merupakan tarikan buatan manusia yang menjadi destinasi
pelancongan di Pekan Kundasang. Contoh tempat tersebut ialah bangunan War Memorial iaitu
tinggalan tentera Australia yang memiliki struktur binaan unik dan alam sekitar terpelihara.
Kemudahan seperti klinik desa, masjid dan bank telah menggalakkan kedatangan
pelancongan di pekan ini. Hal ini kerana kemudahan tersebut memudahkan para pelancong.
Seterusnya, dengan adanya kemudahan pengangkutan yang baik di kawasan ini, maka pelancong
19

950203-12-6156

dengan mudah melawat satu tempat ke tempat yang lain. Keadaan jalan raya berturap yang baik
juga menjamin keselamatan pelancong. Hal ini telah meyakinkan pelancong bahawa Pekan
Kundasang merupakan satu destinasi pelncongan yang selamat untuk dilawati.
Liputan dan rangkaian sistem komunikasi yang baik juga merupakan salah satu sebab
Pekan Kundasang dijadikan destinasi pelancongan oleh para pelancong. Selain itu, kemudahan
penginapan seperti resort, homestay, chalet dan hotel yang mencukupi serta mempunyai harga
berpatutan juga menjadi faktor pelancong yakin untuk melawati Pekan Kundasang. Antara
tempat penginapan yang menjadi tumpuan pelancong di Pekan Kundasang termasuklah Mount
Kinabalu Heritage and Spa, Walai Tokou dan Pine Resort. Perkara ini menyebabkan pelancong
tidak perlu risau untuk mencari tempat penginapan sekiranya perlu ketika melawati kawasan ini.
Kemudahan klinik dan bank juga memudahkan pelancong, sebagai contoh, sekiranya berlaku
kecemasan seperti terdapat pelancong yang cedera, rawatan awal boleh dilakukan di klinik
berdekatan. (Rujuk Lampiran 4)

Jadual 2 : Faktor yang menarik kedatangan pelancong ke Pekan Kundasang.


Bil

Perkara

Ya

Tidak

Tidak

Pasti
1

Faktor Geografi Fizikal


Kedudukan Pekan Kundasang yang terletak di muka bumi

23

tanah tinggi menarik kedatangan pelancong.


Pelancong tertarik untuk datang ke Pekan Kundasang

21

disebabkan suhu persekitaran yang lebih rendah.


Gunung Kinabalu yang berhampiran dengan Pekan

26

Kundasang menjadi daya penarik kedatangan pelancong.


Ekologi persekitaran yang cantik merupakan faktor penarik

20

kedatangan pelancong di Pekan Kundasang.


20

950203-12-6156

Faktor Geografi Manusia


Lokasi Pekan Kundasang yang strategik dan aksesibiliti yang

21

memuaskan menarik kedatangan pelancong.


Kemudahan dan penginapan yang mencukupi meyakinkan

22

pelancong untuk datang ke Pekan Kundasang.


Liputan dan rangkaian sistem komunikasi yang baik menjadi

23

aset tambahan untuk menarik kedatangan pelancong di Pekan


Kundasang.
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

6.4 Isu yang Timbul Berkaitan Aktiviti Pelancongan terhadap Pekan Kundasang dan
Kawasan Sekitarnya
Aktiviti pelancongan yang dijalankan telah menimbulkan beberapa isu di Pekan Kundasang dan
kawasan sekitarnya. Isu tersebut tebahagi kepada dua iaitu isu berkaitan geografi fizikal dan
geografi manusia di kawasan kajian ini.
6.4.1 Isu Berkaitan Geografi Fizikal
i. Peningkatan iklim mikro
Menurut responden yang ditemu bual oleh pengkaji, aktiviti pelancongan yang dijalankan di
kawasan kajian telah meningkatkan iklim mikro atau suhu setempat. Suhu di Pekan Kundasang
yang dahulunya sekitar 14 darjah celcius kini meningkat sekitar 19 darjah celcius (Kajian
Lapangan). Hal ini telah menjadi rungutan dan mendapat komen dari para pelancong dalam dan
luar negara. Menurut pelancong dan penduduk tempatan yang di temu ramah, suhu persekitaran
di Pekan Kundasang pada masa kini sudah meningkat berbanding sekitar tahun 2000.
Penebangan hutan untuk pembangunan pelancongan seperti pembinaan rumah rehat,
pertanian berkaitan agropelancongan dan infrastruktur asas telah menyumbang kepada

21

950203-12-6156

peningkatan suhu setempat disebabkan kekurangan tumbuh-tumbuhan hijau. Kurangnya


tumbuhan hijau menyebabkan udara menjadi kering kerana kelembapan udara yang dipengaruhi
tumbuhan persekitarannya semakin berkurang. Peningkatan iklim mikro ini juga dipengaruhi
oleh kehadiran pelancong dan peniaga yang ramai di kawasan ini. Hal ini disebabkan semakin
ramai orang, semakin tinggi peningkatan haba yang dibebaskan daripada proses metabolisme dan
transpirasi.
ii. Gangguan Ekosistem
Gangguan ekosistem daratan turut berlaku akibat pemusnahan hutan. Fungsi ekosistem hutan
sebagai habitat, rantaian makanan pelbagai jenis hidupan, membekalkan oksigen, mengimbangi
karbon dioksida akan musnah apabila hutan ditebang untuk pembinaan hotel dan resort.
iii. Pencemaran Sampah Sarap dan Bau
Aktiviti pelancongan yang dijalankan turut menimbulkan isu pencemaran sampah sarap dan bau
di Pekan Kundasang. Hasil daripada pemerhatian pengkaji, dapat dilihat bahawa kawasan kajian
mengalami pencemaran sampah sarap ditahap sederhana. Pencemaran ini disebabkan sikap
kurang bertanggungjawab para peniaga di kawasan ini. Sisa barang dagangan yang tidak
diperlukan seperti sayur-sayuran tidak dibuang di tempat yang sepatutnya, sebaliknya sampah
tersebut dibiarkan berlonggok di kawasan tersebut. Sampah sarap lain seperti plastik, tin
minuman dan botol-botol kosong juga didapati mencemarkan pemandangan di kawasan ini.
Sampah yang berlonggok tersebut bukan sahaja menganggu pemandangan malah mengeluarkan
bau busuk yang tidak menyelesakan. (Rujuk Lampiran 6)
Selain para peniaga, terdapat juga segelintir pelancong yang kurang bertanggungjawab
terhadap kawasan pelancongan ini. Biasanya pelancong yang tidak bertanggungjawab tersebut

22

950203-12-6156

akan membuang sisa makanan dan sampah sarap merata-rata dan ini akan mencemarkan
kawasan persekitaran.
iv. Hakisan dan Tanah Runtuh
Selain peningkatan iklim mikro dan pencemaran sampah sarap, aktiviti pelancongan di Pekan
Kundasang juga telah menimbulkan isu hakisan dan tanah runtuh di kawasan ini.
Pembinaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan penginapan seperti
pembinaan rumah rehat dan chalet membawa kepada kemungkinan berlakunya hakisan dan
tanah runtuh di kawasan ini. Penebangan pokok untuk tujuan tersebut telah mengurangkan daya
cengkaman pokok dan menyebabkan kelonggaran tanih seterusnya membawa kepada
kecenderungan berlakunya hakisan dan tanah runtuh di kawasan Pekan Kundasang dan
persekitarannya. (Rujuk Lampiran 6)
6.4.2 Isu Berkaitan Geografi Manusia
i. Penularan Penyakit Berjangkit
Kedatangan pelancong asing menyebabkan risiko penyebaran wabak penyakit atau penularan
penyakit yang cepat berjangkit yang dibawa oleh pelancong seperti SARS, Tibi dan lain-lain.
ii. Kesesakan orang ramai
Aktiviti pelancongan yang dijalankan telah membawa kepada masalah kesesakan orang ramai di
Pekan Kundasang terutamanya pada musim perayaan dan percutian. Tumpuan pelancong yang
ramai pada musim cuti menyebabkan kesesakan berlaku di jalan raya utama sekitar pekan ini.
Hal ini boleh menjadi faktor kemalangan jalan raya di kawasan pelancongan ini. Kesesakan
orang ramai ini juga, mendorong peniaga untuk menaikkan harga barangan jualan mereka. Hal
ini disebabkan kebanjiran pelanggan yang membuatkan peniaga untuk mengambil kesempatan
mencari keuntungan lebih.

23

950203-12-6156

iii. Isu Pendatang Asing


Selain itu, kedatangan pelancong yang memberangsangkan turut menimbulkan isu pendatang
asing di kawasan kajian ini. Melalui kajian soal selidik dan pemerhatian, dapat dikenal pasti
bahawa hampir sebahagian peniaga barangan di pekan ini terdiri daripada pendatang asing dari
negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. Hal ini tentunya akan mempengaruhi persepsi para
pelancong luar terhadap industri pelancongan tempatan di kawasan ini secara tidak langsung.

Jadual 5 : Isu yang timbul berkaitan aktiviti pelancongan di Pekan Kundasang.


Bi

Perkara

Ya

Tidak

l
1

Aktiviti pelancongaan yaang dijalankan menyebabkan suhu setempat

22

meningkat.
Perubahan landskap dan ekosistem persekitaran berlaku akibat aktiviti

20

10

pelancongan yang dijalankan.


Pencemaran sampah sarap berlaku disebabkan aktiviti pelancongan.

20

10

Pembinaan infrastruktur untuk aktiviti pelancongan menyebabkan

23

berlakunya hakisan dan tanah runtuh.


Aktiviti pelancongan yang dijalankan di Pekan Kundasang menggalakkan

19

11

kedatangan pendatang asing.


Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

6.5 Cadangan Aktiviti untuk Menarik Lebih Ramai Bilangan Pelancong di Pekan
Kundasang dan Kawasan Sekitarnya.
Terdapat beberapa cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menarik lebih ramai bilangan
pelancong di Pekan Kundasang dan kawasan sekitarnya.
i. Menambahkan Kemudahan Penginapan
24

950203-12-6156

Cadangan tersebut termasuklah menambahkan bilangan kemudahan penginapan seperti chalet


dan hotel. Hal ini kerana, bilangan penginapan yang sedia ada agak kurang dan ini menyebabkan
pelancong kurang pilihan dan terpaksa bersaing dengan pelancong lain untuk mendapatkan
tempat penginapan yang lebih baik. Sekiranya bilangan tempat penginapan ditambah, para
pelancong akan lebih selesa untuk menginap di pekan ini kerana lebih banyak pilihan yang ada.
Kawasan dan landskap tempat penginapan tersebut pula boleh diubah suai untuk menarik lebih
ramai pelancong.
ii. Meluaskan Produk Pelancongan
Produk pelancongan di Kundasang perlu diperkenalkan dengan lebih meluas di luar dan dalam
negara untuk menarik lebih ramai pelancong ke Kundasang. Usaha ini boleh dilakukan dengan
memperbanyakkan promosi melalui media massa, penawaran pakej pelancongan menarik dan
penganjuran pelbagai aktiviti seperti sukan, kebudayaan, pameran, persidangan atau seminar. Di
Malaysia, usaha-usaha ini banyak dilaksanakan oleh Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia
(TDC). Oleh itu, pihak yang terlibat seharusnya merujuk kepada lembaga ini untuk memajukan
sektor pelancongan di Kundasang dengan cara menarik ramai pelancong.
iii. Membina Taman Tema
Selain itu, pihak berkaitan juga boleh membina atau mengadakan taman tema yang
berkonsepkan alam semulajadi di pekan ini. Taman tema yang dicadangkan ini adalah khas untuk
semua peringkat individu tidak kira tua, muda atau kanak-kanak. Melalui tema semula jadi
seperti bunga-bungaan dan tumbuhan hijau, taman ini akan dijadikan destinasi pelancongan
keluarga khususnya. Hal ini tentunya secara tidak langsung menarik kedatangan pelancong ke
kawasan ini.
iv. Memperkenalkan Konsep dan Produk Baharu

25

950203-12-6156

Konsep dan produk pelancongan yang baharu juga turut diperluaskan seperti akuapelancongan
dan arkeopelancongan. Dengan adanya kepelbagaian aktiviti pelancongan dengan produk yang
baru, pelancong lebih tertarik untuk berkunjung ke kawasan pelancongan tersebut.
v. Memperkenalkan menu makanan tempatan
Aktiviti lain yang boleh dilaksanakan ialah aktiviti memasak dan memperkenalkan menu
makanan tempatan seperti linopot, tonsom, linompuka, tomborua dan sebagainya. Bagi
melaksanakan aktiviti ini, pihak pelancongan perlu menyediakan sebuah tempat yang sesuai bagi
menjalankannya. Dalam aktiviti ini, pelancong diberi peluang untuk menyediakan hidangan dari
menu tempatan dengan bimbingan orang yang berpengalaman dalam bidang ini serta terlatih.
Aktiviti memasak makanan tempatan ini bolehlah dijalankan dalam suatu masa tertentu seperti
sekali dalam masa satu bulan atau dua kali dalam masa tiga bulan. Pelancong tentunya tertarik
untuk menyertai aktiviti ini bagi menimba pengalaman baharu. Pelaksanaan aktiviti ini pastinya
mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang melancong di kawasan Pekan Kundasang.
vi. Kempen Kesedaran
Cadangan lain ialah melakukan kempen kesedaran. Kempen dilakukan untuk memberi kesedaran
supaya menjaga kebersihan kawasan pelancongan, menguruskan sisa pelancongan secara teratur,
memelihara kualiti alam sekitar setempat dan sebagainya. Kawasan pelancongan sentiasa yang
akan sentiasa menarik, ceria dan indah mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan
luar negara.

7.0 RUMUSAN
Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, jelas bahawa aktiviti agropelancongan dan
ekopelancongan serta pelancongan warisan sejarah dan budaya dijalankan di Pekan Kundasang
dan dua kilometer persegi kawasan di sekitarnya. Aktiviti pelancongan jenis ini dipengaruhi oleh
keadaan ekologi dan aktiviti yang dijalankan di kawasan ini.
26

950203-12-6156

Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi kedatangan pelancong iaitu faktor
geografi fizikal dan geografi manusia. Faktor geografi fizikal termasuklah iklim yang sejuk dan
pemandangan yang cantik. Sementara itu, faktor geografi manusia seperti kemudahan yang
mencukupi turut mempengaruhi kedatangan pelancong di tempat ini.
Namun begitu, aktiviti yang berkaitan dengan pelancongan ini telah menimbulkan isu
yang merangkumi isu geografi fizikal dan manusia seperti pencemaran sampah sarap dan
kedatangan pendatang asing serta peningkatan iklim mikro. Keadaan ini perlulah diberi perhatian
dan langkah penyelesaian perlulah diambil oleh berwajib dengan kerjasama penduduk serta para
pelancong. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat dan warganegara yang bertanggungjawab,
kita juga mestilah sama-sama mencari langkah penyelesaian dan memberi kerjasama dalam
meningkatkan sektor pelancongan negara ini. Penjagaan kepada alam semula jadi dalam
mengejar kemajuan pelancongan juga perlu di titik beratkan.
Walaupun kedatangan pelancong di kawasan Pekan Kundasang amat
memberangsangkan, namun beberapa cadangan seperti menambahkan bilangan tempat
penginapan, mengadakan taman tema, memperkenalkan produk baharu dan lain-lain aktiviti
perlulah dilaksanakan. Hal ini kerana aktiviti yang dicadangkan mampu menarik lebih ramai
pelancong ke kawasan ini.
Kawasan Pekan Kundasang dan kawasan sekitarnya yang tidak melebihi dua kilometer
persegi dilihat mampu menjadi sebuah pusat pelancongan yang mampu memperoleh pendapatan
lumyan. Oleh hal yang demikian, semua pihak khususnya pengusaha pelancongan dan penduduk
setempat haruslah bekerjasama untuk menjaga ekologi semula jadi di Pekan Kundasang dan
persekitarannya bagi mengekalkan ekosistem kawasan semula jadi yang menjadi khazanah
negara. Penjagaan ekosistem semula jadi ini perlu di ambil berat bagi menjamin sumber semula

27

950203-12-6156

jadi untuk generasi akan datang dan meningkatkan kualiti pelancongan di kawasan ini. Selain itu,
sebagai rakyat Malaysia, kita harus menghayati keunikan dan kecantikan alam semulajadi dan
sedar akan kepentingannya. Kita sepatutnya menghargai dan menjaga alam sekitar. Pembaziran
penggunaan sumber alam sekitar harus dielakkan.

28

950203-12-6156

SENARAI RUJUKAN
1
2

Harun Othman (2013), Nota Geografi Penggal 2 STPM.


Ramzah Dambul, Amriah Buang (2008) Pelancongan di Kundasang, Sabah. Geografia-Malaysia
Journal Of Society and Space 4, 32-44.

3
4
5

Harun Othman (2013), Nota Geografi Penggal 3 STPM.


Haji Radzif Hashim, Mohd. Roslan Harun (2013) Geografi Penggal 3, Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Ahmad Ahmardi. 2011, Definisi Pelancongan.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan
Muhamad Roslan. 2010, Sistem dan konsep pelancongan.
http://muhamadroslan.blogspot.com/2010/04/sistem-dan-konsep-

pelancongan.html[20 April 2010]


Misrawati Masri. 2010, Pelancongan Menarik.
http://pelanconganmenarik.blogspot.com/2010/11/definisi-pelancongan.html [12

November 2010]
Ezny Dyana Ismail. 2013, Tempat menarik di kundasang, Sabah.
http://ezny-dyana.blogspot.com/2013/09/tempat-menarik-di-sabah-

kundasang.html
Francis Au. 2010, Peningkatan sektor pelancongan di Sabah.
http://KDCA.org.my/archives/474

29

950203-12-6156
LAMPIRAN 1

Keindahan tanah tinggi semula jadi yang mewujudkan ekopelancongan di Pekan Kundasang dan
kawasan sekitarnya.

30

950203-12-6156
LAMPIRAN 2

Kawasan agropelancongan yang menjadi daya penarik kedatangan pelancong.

31

950203-12-6156
LAMPIRAN 3

Kawasan pelancongan budaya dan warisan sejarah yang menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar
negara di Pekan Kundasang.

32

950203-12-6156
LAMPIRAN 4

kemudahan jalan raya, klinik desa dan tempat penginapan yang terdapat di Pekan Kundasang dan kawasan
sekitarnya yang menjadi faktor kedatangan pelancong di kawasan ini.

33

950203-12-6156
LAMPIRAN 5

Perniagaan sayur-sayuran merupakan perniagaan yang agak terkenal di Pekan kundasang.

LAMPIRAN 6

Pencemaran sampah sarap dan hakisan tanah antara isu yang timbul akibat pelancongan yang dijalankan di
Pekan Kundasang dan kawasan sekitarnya.
LAMPIRAN 7

34

950203-12-6156

Temu bual dengan kumpulan bersama seorang responden di kawasan kajian.

35

950203-12-6156
LAMPIRAN 8

BORANG SOAL SELIDIK


Kajian geografi berkaitan pelancongan di Kundasang

Panduan :
Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang pelancongan di
Kundasang. Borang soal selidik ini merangkumi tiga bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Baca tiap-tiap pernyataan dengan teliti.

kerjasama anda didahulukan dengan ucapan Terima Kasih

36

950203-12-6156

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG


Sila lengkapkan butiran di bawah.
Jantina :

Lelaki
Perempuan

Umur :

19 tahun ke bawah
20-64 tahun
65 tahun ke atas

Status :

Peniaga
Pelancong
Penduduk Tempatan
Lain-lain : .

37

950203-12-6156

BAHAGIAN B :

Sila baca penyataan dengan teliti dan jawab setiap satunya dengan persepsi anda.
Sila bulatkan satu pilihan jawapan sahaja daripada angka tersebut.
Jadual soal selidik 1 : Isu berkaitan pelancongan di Pekan Kundasang.

Bi Perkara

Ya

l
1

Aktiviti pelancongaan yaang dijalankan menyebabkan

suhu setempat meningkat.


Perubahan landskap dan ekosistem persekitaran

berlaku akibat aktiviti pelancongan yang dijalankan.


Pencemaran sampah sarap berlaku disebabkan aktiviti

pelancongan.
Pembinaan infrastruktur untuk aktiviti pelancongan

menyebabkan berlakunya hakisan dan tanah runtuh.


Aktiviti pelancongan yang dijalankan di Pekan
Kundasang menggalakkan kedatangan pendatang
asing.

38

Tidak

950203-12-6156

Jadual soal selidik 2 : Faktor Setempat yang Mempengaruhi Kedatangan Pelancong ke


Pekan Kundasang.
Bil

Perkara

Ya

Tidak
Pasti

Faktor Geografi Fizikal


Kedudukan Pekan Kundasang yang terletak di muka bumi

tanah tinggi menarik kedatangan pelancong.


Pelancong tertarik untuk datang ke Pekan Kundasang

disebabkan suhu persekitaran yang lebih rendah.


Gunung Kinabalu yang berhampiran dengan Pekan

Kundasang menjadi daya penarik kedatangan pelancong.


Ekologi persekitaran yang cantik merupakan faktor penarik

kedatangan pelancong di Pekan Kundasang.


Faktor Geografi Manusia
Lokasi Pekan Kundasang yang strategik dan aksesibiliti yang

memuaskan menarik kedatangan pelancong.


Kemudahan dan penginapan yang mencukupi meyakinkan

pelancong untuk datang ke Pekan Kundasang.


Liputan dan rangkaian sistem komunikasi yang baikmenjadi
aset tambahan untuk menarik kedatangan pelancong di Pekan
Kundasang.
39

Tidak

950203-12-6156

Soalan Tamat

Nota Hujung

40

i Ramzah Dambul, Amriah Buang (2008) Pelancongan di Kundasang, Sabah. GeografiaMalaysia Journal of Society and space 4, 32-44.
ii Rahudi Yalim, 42 tahun, penduduk tempatan di Pekan Kundasang.
iiisoal selidik.
iv Mohd.Alfian Yusup, 30 tahun, pelancong tempatan.

Anda mungkin juga menyukai