Anda di halaman 1dari 20

Topik3 X Kegiatan

Membuat
Catan

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:
1. mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan catan;
2. mereka cipta catan sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik; dan
3. Menilai sesuatu catan dari aspek asas seni reka.

X PENGENALAN
Dalam topik tiga pelajaran dimulakan dengan bab pengenalan dan definisi catan.
Kemudian diikuti pula dengan pengenalan mengenai alat, media dan teknikteknik mewarna. Perbincangan diteruskan dengan sub tajuk aplikasi alat, media
dan teknik. Topik ini menyentuh tentang bagaimana menentukan tema sesuatu
catan dan campuran warna yang dihasilkan. Kemudian beralih pula ke sub tajuk
persembahan hasil karya. Sub tajuk ini melihat bagaimana pelukis mengekspresi
diri mereka terhadap hasil karya yang dipersembahkan melalui apresiasi seni.
Kemahiran mengaplikasikan alat, media dan teknik dalam catan juga
ditunjukkan dalam sub topik ini.

Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami


dengan istilah catan?

32 X TOPIK 3

3.1

KEGIATAN MEMBUAT CATAN

PENGENALAN AKTIVITI CATAN

(a)

Definisi Catan
x Catan
adalah
satu
proses
Tokoh Seni Tanah Air
menyapu warna atau cat ke atas
sesuatu permukaan rata.
x Ia mewakili gambaran pemikiran
atau rekaan tertentu sama ada
yang nyata atau abstrak
x Dihasilkan melalui sapuan warna
ke atas permukaan rata dengan
menggunakan berus
Pelukis
Hasil lukisan
x Lukisan
grafik
mengandungi
komposisi
artistik
dihasilkan
Yong Mun Sen dilahirkan di
dengan mengaplikasikan warna ke
Sarawak
pada
tahun
1896.
atas permukaan
Mendapat pendidikan di Negara
x Satu
ciptaan
gambar
yang
China dan mendapat pendedahan
berwarna
teknik lukisan Cina. Beliau banyak
x Catan
ialah
latihan
belajar melukis mengikut gaya
mengaplikasikan pigmen dari satu
lukisan barat seperti Van Gogh dan
media ke atas permukaan seperti
Gauguin.
Kebanyakan karya
kertas, kanvas dan dinding.
beliau menggunakan bahan cat air
x Satu hasil kerja estetik dicipta
dan cat minyak. Tema lukisan
dengan mengaplikasikan warna
beliau menggambarkan unsurbasah ke atas permukaan 2D.
unsur tempatan. Beliau dianggap
x Suatu teknik menyapu warna
perintis seni lukis moden Malaysia.
basah dengan berus atau alatan
lain
x Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas
permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.

(b)

Alat, Media dan Bahan


Penggunaan alat, media, bahan dan teknik dalam menghasilkan catan
adalah sangat penting dan perlu dititik beratkan semasa proses
pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan. Ia dapat menentukan jenis
dan kualiti sesuatu catan yang akan dihasilkan. Terdapat berbagai jenis
alatan dan bahan untuk mewarna di pasaran sekarang. Sebelum membeli
peralatan warna yang terdapat di pasaran dan bahan-bahan lain yang
hendak digunakan semasa proses pembelajaran, pastikan pilihan yang
dibuat adalah tepat dan betul. Berikut ialah di antara contoh alatan dan
bahan yang sesuai digunakan untuk mencatan:
1.
2.

Pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna


Berbagai jenis berus

TOPIK 3

3.
4.
5.
6.
7.

KEGIATAN MEMBUAT CATAN W 33

Berbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, akrilik, warna
minyak, cat mural, warna tempera
Palet atau bekas membancuh warna
Botol untuk mengisi air
Kertas lukisan, kertas cat air, kain kanvas, permukaan dinding
Surat khabar.

Rajah 3.1: Alatan dan bahan catan


Sumber: Ruzitah Tapah & Mazlan Othman. (2004). Teks Lengkap Pendidikan Seni
Visual. Shah Alam: Fajar Bakti

Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak


menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Bahanbahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat
gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu
seseorang pelukis menghasilkan catan. Catan yang bersifat 2 dimensi
biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas, kain atau
kanvas.
Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ialah memahami
berbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia memerlukan
kemahiran mewarna dengan betul. Tujuannya ialah untuk menghasilkan
catan yang menarik. Berikut ialah contoh beberapa jenis warna yang
digunakan oleh pelukis untuk menghasilkan catan:

34 X TOPIK 3

Bahan
1. Warna
Poster

KEGIATAN MEMBUAT CATAN

Bahantara
Air

Penguat

Sifat-sifat

Pengilat larut x
air
x
x
x

2. Warna
Air

Air

Gam arab

x
x
x

3. Cat
Akrilik

Air/Minyak Plastik cecair x


warna putih
x
x
x
x

bersifat legap dan tebal


cepat kering
boleh lutsinar tetapi tidak
seperti cat air
sesuai di permukaan kertas
bersifat lutsinar, lembut
bersifat
tebal
sekiranya
disapu berlapis-lapis
sesuai di permukaan kertas
bersifat lutsinar dan legap
cepat kering
kesan seperti cat air dan cat
minyak
kalis air dan minyak
dihasilkan di permukaan
kanvas

4. Cat
Minyak

Turpentine

Minyak linsid

x
x
x

bersifat legap dan tebal


lambat kering
hanya
sesuai
untuk
permukaan kanvas

5. Cat
Tempera

Air

Kuning telur

bersifat lutsinar tetapi tidak


seperti cat air
sesuai di permukaan kanvas
dan kertas

x
x
x
x

6. Cat
Gouache

Air

Gam arab

7. Fresko

Kapur
plaster

Air atau air x


kapur

bersifat lutsinar dan legap


cepat kering
sesuai di permukaan kertas
bancuhan pewarna dan air
disapukan ke atas lapisan
kapur plaster yang masih
lembap.
Ia sesuai untuk menghasilkan
catan dinding atau mural

TOPIK 3

(c)

KEGIATAN MEMBUAT CATAN W 35

Teknik-teknik Mewarna
Warna air dan warna poster banyak digunakan oleh murid-murid di
sekolah. Semasa mengecat perkara yang paling penting diambil kira ialah
kawalan kepekatan campuran warna dan air. Ia adalah faktor utama yang
menentukan kualiti hasil sesebuah catan.
(i)

Warna Air
x
Semasa mewarna dengan menggunakan warna air, berus yang
paling sesuai ialah jenis lembut.
x
Caranya ialah dengan membasahkan bahagian kertas yang akan
diwarnakan dahulu dengan air kosong. Contoh: seperti
bahagian langit atau bumi
x
Kemudian warnakan dengan warna yang dikehendaki di atas
permukaan basah tersebut.
x
Untuk mendapatkan ton warna, campurkan lebih air pada
warna tersebut untuk mendapatkan warna yang cerah
x
Untuk mendapatkan ton warna gelap, campurkan warna atau
pekatkan warna tersebut.
x
Jika tersilap warna, kita boleh memperbaiki kesalahan dengan
menitiskan air kosong di permukaan berwarna tersebut
kemudian serapkan warna air tersebut dengan berus. Lakukan
beberapa kali sehingga warna tersebut hilang.
x
Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis pemandangan, alam
semulajadi, alam benda dan potret.

(ii)

Warna Poster
x
Warna poster berlainan dengan warna air. Ia bersifat legap dan
tebal jika disapukan di atas permukaan kertas.
x
Berus yang sesuai digunakan ialah jenis keras
x
Untuk mendapat ton yang cerah, boleh dihasilkan dengan
menggunakan warna putih atau warna terang yang lain
x
Untuk mendapatkan ton yang gelap pula, warna-warna gelap
perlu dicampurkan
x
Pergerakan tangan akan menentukan halus atau kasar dalam
catan tersebut.
x
Biasanya warna latar didahulukan semasa proses catan
dilakukan
x
Jika terdapat kesilapan semasa mewarna, ia boleh diatasi
dengan cara menyerap keluar dengan menggunakan tisu atau
menutup warna lain di atas permukaan warna yang salah.
Pastikan warna tersebut kering dahulu.
x
Warna poster biasanya lambat kering, oleh itu berhati-hati
semasa mewarna.

36 X TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN

Warna poster juga sesuai untuk gambar jenis pemandangan,


alam semulajadi, potret, poster dan logo.

(iii) Warna Minyak


x
Warna minyak juga bersifat legap seperti warna poster.
x
Warna minyak perlu dicampur dengan minyak linsid untuk
mencairkan dan memudahkan kerja-kerja mewarna.
x
Berus yang paling sesuai juga adalah berus jenis keras atau
pisau palet
x
Warna ini mengambil masa yang lebih lama untuk kering tetapi
hasilnya tahan lama untuk disimpan.
x
Jika terdapat kesilapan mewarna semasa proses mewarna, kita
perlu menindihkan warna yang salah tersebut dengan warna
baru.
x
Warna minyak amat sesuai diwarnakan di permukaan kanvas,
kadbod atau kepingan kayu yang keras.
Terdapat berbagai teknik mencatan yang boleh dihasilkan semasa
mewarna. Di peringkat sekolah rendah, kebanyakan teknik-teknik
mencatan adalah secara spontan dan terus menerus. Berikut ialah beberapa
konsep dan teknik mencatan yang boleh diajar kepada murid-murid:
x
Warna air adalah sejenis media basah. Ia berbentuk lutsinar.
Kebanyakan pelukis menggunakan warna air bagi tujuan menjadikan
catan mereka lebih hidup, realistik dan spontan.
x
Sebelum memulakan proses catan, perlu dapatkan idea keseluruhan
tentang apa yang hendak dilukis. Rupa bentuk atau idea tersebut
boleh dilukis dengan pensel terlebih dahulu. Cara kedua ialah dengan
membuat garisan dengan menggunakan warna air secara cair atau
lembut. Tujuannya ialah untuk mendapatkan idea keseluruhan catan.
x
Berus jenis besar dan leper adalah amat berguna untuk mewarna
bahagian latar terlebih dahulu.
x
Berus jenis kecil dan bulat adalah amat berguna untuk menambahkan
garisan pada objek atau imej tertentu.
x
Tambahan warna-warna ke atas warna latar menjadikan catan atau
bahagian-bahagian yang dicat lebih menarik.
x
Jalinan-jalinan yang hendak dibuat perlu ditambah kemudian.
x
Berus yang berlainan saiz dan bentuk seperti berus minyak, berus
varnish, berus gigi akan menghasilkan jalinan yang berlainan.
x
Hujung berus jenis leper boleh digunakan untuk menghasilkan
garisan.
x
Hujung berus jenis bulat digunakan untuk mendapatkan kesan
garisan tebal atau nipis seperti yang terdapat pada lukisan cina
oriental.

TOPIK 3

x
x
x
x
x

x
x

x
x

x
x

KEGIATAN MEMBUAT CATAN W 37

Berus yang celup warna, dibuang lebihan warna tersebut dan


dikembangkan berus tersebut akan mendapatkan kesan garisan halushalus yang banyak hanya dengan satu sapuan
Berus jenis lebar yang diletakkan warna dan sedikit air apabila disapu
ke atas permukaan kasar akan mendapat kesan dry brush.
Berus perlu dibersihkan dengan air bersih untuk mendapatkan kesan
yang cantik bukannya berlumut.
Warna seharusnya dicampur di atas palet atau pembancuh warna
Span, berus yang bersih dan lembap, kapas dan kain boleh digunakan
untuk membuang warna semasa masih lembap.
Peluntur warna yang digunakan di rumah boleh juga digunakan
untuk membuang warna pada bahagian catan yang tidak perlu.
Bahan ini sesuai digunakan pada dakwat berwarna
Sapuan warna gelap ke atas permukaan kertas dan ditambah air pada
setiap sapuan akan mendapatkan satu ton yang menarik iaitu dari
gelap ke terang
Warna terang yang tidak dicampur dengan air akan memberikan
kontras yang kuat.
Warna air apabila disapu lapisan demi lapisan akan menghasilkan
kombinasi dan intensiti warna yang menarik. Sebelum menghasilkan
lapisan baru pastikan lapisan awal kering dahulu. Teknik ini
dinamakan glazing
Nilai warna yang kontras dan kuat memberikan warna catan yang
bermaya
Warna pada tiup botol apabila tidak dijaga akan menjadi keras tetapi
tahukah anda bahawa warna yang keras boleh digunakan apabila
dibasahkan semula
Penggunaan warna terus dari botol atau tiub akan menyebabkan
kelihatan tidak natural dan dianggap masih belum mahir
Catan yang sudah siap boleh dibingkaikan

TEKNIK CAT AIR


Terdapat 4 jenis teknik cat air. Teknik-teknik ini diolah dan digunakan mengikut
kesesuaian atau kesukaan pelukis. Di antaranya ialah:
1.
Basah atas basah -- Warna dicairkan dahulu dan disapukan di atas
permukaan yang basah. Hasilnya kesan lutsinar.
2.
Basah atas kering -- Warna yang dicairkan dahulu disapukan di atas
permukaan yang kering.
3.
Kering atas basah -- Teknik yang melibatkan sapuan warna yang pekat
disapu ke atas lapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah
dibasahkan

38 X TOPIK 3

4.

KEGIATAN MEMBUAT CATAN

Wash -- Teknik yang melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan


yang basah. Biasanya berus atau span digunakan. Sesuai untuk
menghasilkan kesan air span awan.

Antara kesan lain yang boleh terhasil daripada penggunaan alat yang berbeza.
Antaranya adalah:
(a)
(b)

(c)

(d)
(e)

Kering bertindih -- Titikan warna untuk membentuk objek atau corak


yang menarik
Renjisan -- Teknik yang menggunakan berus atau semburan atau berus
gigi yang melibatkan renjisan warna cair ke atas permukaan untuk
menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.
Tindihan -- Menghasilkan catan dengan menyapu warna selapis demi
selapis ke atas kertas untuk menghasilkan kesan ton dan pencahayaan.
Hasilnya tebal dan kering berlegap
Span -- Teknik ini menghasilkan jalinan kasar seperti daun pokok, tanah
dan sebagainya dengan menggunakan span untuk menggantikan berus
Semburan berus -- Teknik ini menghasilkan jalinan kasar seperti jalinan
padang rumput, pantai, pasir dan daun pokok.

AKTIVITI 3.1
1. Apakah perbezaan di antara teknik-teknik catan yang
dikemukakan?
2. Hasilkan catan mudah dengan menggunakan pelbagai jenis teknik
yang telah dinyatakan.

3.2
(a)

APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

Menentukan Tema/Subjek
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah, aktiviti penghasilan
bagi bidang kegiatan menggambar boleh dikategorikan kepada beberapa
kategori berdasarkan sesuatu tema, pengalaman murid, imaginasi dan
fantasi murid. Berikut ialah contoh tema-tema yang boleh dihasilkan:
Diri sendiri -- potret diri, keluarga saya, rumah saya, haiwan peliharaan
saya, permainan kesayangan saya, baju baru saya, kasut saya, kawan baik
saya, abang saya, kakak saya, adik saya, sepupu saya, tidur di katil, hari
jadi saya, kawan saya

TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN W 39

Aktiviti
Apa yang saya ketahui, lihat dan buat -- di klinik gigi, memberus gigi,
menyikat rambut, makan tengahari, makanan kegemaran saya, menonton
televisyen, di zoo, pelangi, di taman permainan, hari raya, kereta saya,
menaiki bas sekolah, di kebun datuk, pokok bunga saya, pemandangan di
luar jendela, matahari terbit, bangunan baru, bandar atau kotaraya, bermain
sukan dan senaman, tumbuhan hijau, buah-buahan, serangga
Fantasi
Apa yang saya bayangkan -- seekor naga, seekor dinosaur, gergasi di
hadapan saya, di angkasa lepas, di permukaan bulan, reaksi terhadap
cerita, sajak, lagu dan muzik, pejalanan ke angkasa, di dalam hutan, apabila
dewasa
Pengalaman Sendiri
Apa yang saya ketahu dan alami -- camping, hari hujan, menunggu bas,
karnival di sekolah saya, satu perarakan, bermain layang-layang, penari,
penyanyi
Figura
Manusia -- kawan saya, orang tua, seorang yang saya minati, pemain
bolasepak kesayangan saya, beratur membeli tiket, penari, nelayan, petani,
guru, doktor
Lanskap -- pemandangan di air terjun, pemandangan di kampong, atau
sawah padi, bandar di waktu malam, suasana di dalam hutan, berkelah di
tepi tasik
Imej dan idea -alam benda, suatu kebakaran, burung-burung
berterbangan, basikal, motosikal, kapal terbang, kapal laut, suasana
gembira, sedih, muram,
(b)

Campuran Warna
Warna memainkan peranan yang amat penting dalam proses mencatan. Ia
menjadikan hasil kerja seseorang itu lebih menarik dan dapat menceriakan
suasana. Warna boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian warna.
Berikut ialah jenis-jenis warna yang terdapat dalam roda warna:
x
Warna asas -- terdiri daripada tiga warna utama. Warna-warna ini
tidak boleh dihasilkan dengan mencampur warna-warna lain.
Contoh: merah
Biru
kuning
x
Warna sekunder -- terhasil daripada dua campuran warna asas.
Contoh: kuning + biru = hijau
Merah + kuning = jingga
Merah + biru = ungu

40 X TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN

Warna tertier -- terhasil dari campuran warna asas dengan warna


sekunder
Contoh: kuning + hijau = kuning kehijauan
Kuning + jingga = kuning kejinggaan
Biru + hijau = biru kehijauan
Biru + ungu = biru keungguan
Merah + ungu = merah keungguan
Merah + jingga = merah kejinggaan

Warna-warna tersebut seperti yang dinyatakan tadi boleh digubah atau


dihasilkan semula dengan tiga cara iaitu:
x

Gubahan warna sewarna atau monokrom -- Ia dihasilkan dengan


mencampurkan warna asal dengan warna hitam atau putih untuk
mendapatkan ton warna gelap atau terang. Dengan cara ini akan
menampakkan kesan timbul dan dimensi bagi sesuatu objek yang
diwarnakan.

Rajah 3.2: Warna sewarna/monokrom


Sumber: Ruzitah Tapah & Mazlan Othman. (2004). Teks lengkap pendidikan seni visual.
Shah Alam: Fajar Bakti

Warna penggenap -- Adalah warna yang terletak secara bertentangan


dalam roda warna. Warna-warna ini akan menimbulkan kesan yang
kontra dan banyak digunakan dalam iklan, poster, mural dan corak
pada kain. Kombinasi warna-warna utama yang bertentangan dengan
warna sekunder adalah seperti berikut:
Contoh: biru -- jingga
Kuning -- ungu
Merah -- hijau
Warna harmoni -- Ialah warna-warna yang terletak bersebelahan
dalam roda warna. Warna-warna ini juga dipanggil warna keluarga
dan dapat menimbulkan rasa aman, tenteram, selesa, indah, lembut
dan sebagainya. Contoh warna harmoni adalah seperti berikut:
Contoh: merah -- ungu -- biru
Ungu -- biru -- hijau
Biru -- hijau -- kuning
Kuning -- jingga -- merah
Jingga -- merah -- ungu

TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN W 41

Warna juga boleh dikaitkan dengan suhu seperti warna panas dan warna
sejuk. Warna-warna yang dikaitkan dengan warna panas ialah merah,
jingga dan kuning. Ia dikaitkan dengan objek / imej seperti api, cahaya dan
matahari. Warna-warna panas ini dikatakan dapat menimbulkan suasana
riang, bersemangat, peperangan, kecemasan dan kemalangan. Manakala
warna-warna sejuk ialah seperti warna, ungu, biru dan hijau. Ia dikaitkan
dengan alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan air. Warna-warna sejuk
ini dikatakan dapat menimbulkan suasana sejuk, kedamaian, kelembutan
dan nyaman.
Warna juga dikatakan mempunyai nilai-nilai tertentu dan terbahagi kepada
dua bahagian iaitu ton warna dan kroma warna. Ton warna ialah nilai
cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau warna terang pada sesuatu
objek. Biasanya warna putih dan kuning dapat memberikan cahaya yang
terang manakala warna biru dan hitam dapat memberikan cahaya yang
gelap. Kemahiran mewarna dengan menggunakan warna gelap dan terang
dapat memberikan hasil yang menarik pada catan.
Dalam aktiviti mewarna, penggunaan warna yang dicampur lebih dari satu
warna akan menjadi lebih menarik jika dibandingkan dengan penggunaan
satu warna sahaja. Campuran warna tersebut menjadikan catan akan
kelihatan lebih menarik dan harmoni. Ia kelihatan menepati warna yang
sebenar. Campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti
yang berbeza nisbahnya disebut kroma warna. Sebagai contoh warna
merah bercampur dengan warna hijau dengan nisbah yang berbeza akan
mewujudkan kroma warna.
Unsur seni jarak dan ruang amat penting dalam sesebuah catan. Biasanya
warna-warna cair, pekat, terang atau gelap dalam sesebuah catan akan
memberikan kesan kedalaman sesuatu ruang itu. Untuk mendapatkan
kesan perspektif warna, nilai warna atau kroma warna digunakan dalam
sesuatu catan. Sebagai contoh, warna yang cerah, gelap dan panas akan
menampakkan ruang dekat dan warna yang kelabu, sejuk dan cair akan
menampakkan ruang yang jauh.
Warna natural pula adalah warna-warna yang bukan berada dalam warnawarna asas/utama, warna sekunder dan warna tertier. Contoh warnawarna natural yang terdapat di persekitaran kita ialah warna putih, hitam
dan kelabu. Warna-warna ini juga disebut sebagai warna pastel atau warna
yang lembut.

42 X TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN

AKTIVITI 3.2
1. Analisa hasil kerja seni beberapa orang pelukis dari aspek tema
dan campuran warna yang mereka gunakan

3.3
(a)

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Ekspresi Diri
Setelah mengenali serba sedikit tentang jenis-jenis warna, kita sudah boleh
menganggarkan warna-warna apakah yang sesuai digunakan dalam
sesuatu tema atau tajuk catan yang hendak diwarnakan. Seringkali warna
dikaitkan dengan apa saja imej atau objek yang berada di sekeliling kita.
Cuba anda bayangkan jika warna tidak wujud dalam hidup kita. Sudah
tentu kehidupan kita tidak akan ceria dan menjemukan. Manusia
menggunakan pelbagai warna bagi sesuatu tujuan sama ada sebagai unsur
simbol, untuk menarik perhatian, bagi tujuan keagamaan, untuk
menggambarkan perasaan dan menunjukkan budaya masyarakat tertentu.
Pernyataan berikut adalah contoh bagaimana warna-warna boleh
diterjemahkan dalam sesuatu persembahan hasil karya seni:
x
Pengertian warna dalam budaya setempat -- Warna bendera Malaysia
terdiri dari warna biru, kuning, merah dan putih. Warna biru
dikaitkan dengan perpaduan, warna kuning dikaitkan dengan raja
dan pemerintahan, warna merah lambang keberanian, warna putih
menunjukkan bersih dan suci.
x
Pengertian warna dari segi psikologi -- Warna merah dianggap
lambang keberanian dan membawa keuntungan dan kemewahan bagi
masyarakat Cina. Warna hijau pula sering dikaitkan dengan
keislaman, bersih dan suci bagi masyarakat Melayu.
x
Pengertian warna dalam aspek asas seni reka -- Warna boleh
menimbulkan bentuk sesuatu imej/objek dengan mengaplikasikan
ton/kroma warna dengan nisbah tertentu pada objek tersebut. Warna
juga dapat menimbulkan ruang perspektif samada kelihatan dekat
atau jauh dengan menggunakan warna pekat, cerah dan terang akan
kelihatan dekat manakala penggunaan warna pudar, lembut dan cair
akan kelihatan ruang yang jauh.
x
Pengertian warna dalam situasi tertentu -- Warna panas sesuai
digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti kemalangan jalanraya,
kebakaran, peperangan dan kecemasan. Warna-warna sejuk pula
sesuai digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti suasana keindahan
di air terjun, di tepi tasik dan suasana di dalam hutan.

TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN W 43

Pengertian warna dalam simbol, lambang dan corak -- Warna-warna


yang sesuai digunakan ialah warna kontra, warna penggenap, warna
asas dan warna sekunder. Warna-warna ini juga boleh digunakan
dalam menghasilkan warna corak pada baju, kain, corak anyaman,
label, simbol lalu lintas jalanraya dan perhiasan dinding.

Rajah 3.3: Warna menimbulkan ruang


Sumber: Hassan Mohd Ghazali. (2005). Siri teks referens pendidikan seni visual, Petaling
Jaya: Pearson

Rajah 3.4: Warna menimbulkan bentuk


Sumber: Hassan Mohd Ghazali. (2005). Siri teks referens pendidikan seni visual, Petaling
Jaya: Pearson

(b)

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Media dan Teknik


Jika ditinjau semula tajuk-tajuk yang telah dibincangkan, kita telah pun
mengetahui banyak perkara dalam kegiatan menghasilkan catan.
Terpulang kepada setiap individu bagaimana hendak menghasilkan satu

44 X TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN

catan yang bermutu dan menarik. Oleh itu pemilihan tajuk atau tema
penting sebelum memulakan catan supaya dapat menghasilkan catan yang
baik.
Perkara kedua yang perlu diambil kira ialah pemilihan peralatan, media,
bahan, teknik mewarna dan campuran warna yang sesuai dengan situasi
yang hendak dihasilkan pada catan tersebut. Perkara ketiga ialah aspek asas
unsur-unsur seni yang terdiri daripada garisan, warna, rupa, bentuk,
jalinan, ruang perlu diaplikasikan dalam catan tersebut. Tidak lupa juga
aspek prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, harmoni, imbangan,
kontra, kesatuan, penegasan dan kepelbagaian juga diambilkira. Berikut
ialah contoh bagaimana seorang pelukis telah mengaplikasikan alat, media,
teknik, campuran warna dan asas senireka dalam catan ini:

Langkah 1: Melakar struktur asas figura dan khemah dengan pensel

Langkah 2: Mengolah idea dengan memberikan penekanan pada bentuk


figura, khemah dan persekitaran secara lebih tepat dan terperinci

TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN W 45

Langkah 3: Menghasilkan lukisan penuh

Langkah 4: Menggunakan cat air untuk menggambarkan bentuk figura,


khemah, dan persekitaran supaya lebih menarik serta memberikan
penekanan pada kesan cahaya, bayang dan kepelbagaian warna.
Rajah 3.5: Penggunaan alat, media dan teknik dalam catan
Sumber: Abu Sareh Haron, (2006). Figura dalam seni halus. Petaling Jaya: Sasbadi

(c)

Apresiasi Seni
Apabila kita memperkatakan tentang apresiasi seni ia bermaksud penilaian
atau mempunyai kepekaan terhadap sesuatu gambaran, objek atau imej
dalam pembelajaran terpimpin. Terdapat dua kata-kata yang dikemukakan
oleh Sir Herbert Read berkaitan teori perkembangan seni kanak-kanak. Di
antaranya ialah:
Art is creative self-expression
dan
Works of art express and communicate universal values
Dari kata-kata Sir Herbert Read itu jelaslah bahawa menghargai sesuatu
hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seseorang itu boleh
berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain. Selain dari itu ia dapat

46 X TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN

menyuarakan rasa hati seseorang apabila berhadapan dengan catan


tersebut. Tak secara langsung nilai-nilai estetik akan wujud pada diri setiap
murid dan akhirnya dapat menghargai dan menilai apa yang dilihat.
Apresiasi seni melibatkan beberapa perkara:
x
Pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis
x
Cara pelukis menginterpretasi gambar
x
Alat, bahan, media yang digunakan
x
Teknik-teknik yang digunakan
x
Penilaian
Berikut ialah contoh bagaimana apresiasi seni dijalankan:

Pelukis : Rembrandt Van Rijn


Tajuk : The Mill
Tahun : 1950
Media : Cat Minyak di atas Kanvas
Ukuran : 87.6cm x 105.6 cm
1.

Menginterpretasi gambar daripada tajuk atau tema


x
Terdapat sebuah kincir angin berdiri kukuh
x
Rumah dan bangsal batu mengelilingi kawasan kilang dan kincir
angin
x
Sebuah sungai yang mengalir sepi
x
Bayang-bayang cahaya matahari terbenam dibias ke permukaan
air sungai
x
Kelihatan samar-samar figura seorang wanita dan kanak-kanak
x
Sebuah sampan mengelunsur senyap mengikut arus pendayung
x
Kelihatan kedatangan malam semakin gelap

TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN W 47

2.

Penggunaan alat, media dan bahan


x
Pelukis telah menggunakan peralatan seperti berus, pisau palet,
warna minyak, minyak linsid dan kain kanvas untuk
menghasilkan catan

3.

Teknik mewarna dan kritikan hasil seni


x
Terdapat beberapa hue warna, nilai, garisan, bentuk, jalinan dan
ruang.
x
Pelukis menggunakan tiga jenis hue warna iaitu perang, kuning
dan biru.
x
Kontra wujud apabila terdapat unsur bertentangan iaitu dari
warna terang ke gelap.
x
Pelukis mengaplikasikan warna yang pekat ke atas pancaran
matahari
x
Terdapat keharmonian warna dalam hasil karya ini
x
Pemeringkatan warna dan pemeringkatan nilai dilihat di
kawasan langit di mana kuning pucat dan biru pucat kelihatan
di bahagian tengah, kemudian bertukar-tukar menjadi perang di
bahagian kiri dan atas
x
Nilai gelap digunakan sekali lagi di bahagian bawah
menambahkan harmoni dalam catan tersebut
x
Kepelbagaian dalam jalinan didapati di mana perbezaan cara
langit dan bayang-bayang diwarnakan.
x
Warna yang tebal diaplikasikan ke kawasan langit manakala
warna yang nipis digunakan ke atas bayang-bayang.
x
Kincir angin menjadi penegasan dalam karya ini
x
Bahagian gelap langit kelihatan berdekatan manakala bahagian
yang terang kelihatan jauh ke belakang.
x
Hasil karya ini di anggap berjaya kerana terlah dapat
mengekspresi emosi
x
Karya tersebut jelas menunjukkan mood dan perasaan saling
berinteraksi di mana subjek matter hanya memainkan peranan
yang kecil sahaja
x
Catan ini diolah untuk mengabadikan keindahan yang
menakjubkan
x
Akhir sekali saya ingin memperkatakan pada awalnya catan ini
agak membosankan tetapi setelah saya cuba menjelaskannya,
menganalisa, mentafsir dan mendapat informasi tambahan,
barulah saya faham bagaimana menilai dan menghargai
sesebuah hasil karya itu.
x
Saya tidak menyangka bahawa saya boleh meluahkan banyak
idea rupanya dan sedikit sebanyak ia mempunyai perkaitan
dengan kehidupan diri saya terutama sekali dalam suasana /
mood yang tenang, sunyi, senyap dan tiada gangguan.

48 X TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN

Saya tidak tefikir menggunakan tiga jenis hue warna itu boleh
menjadikan sebuah catan yang menarik dan menakjubkan.
Saya akan cuba mengaplikasikan dalam catan saya yang akan
datang.

AKTIVITI 3.3
2. Hasilkan sebuah catan dengan menggunakan teknik-teknik yang
anda ketahui.
3. Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya anda dengan
memberi penekanan terhadap teknik mewarna dan asas senireka.

x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata.


Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan
rata.
Adalah satu hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D.
Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak
menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar
Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan
kepekatan campuran warna dan air
Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal
Warna air bersifat lutsinar dan lembut
Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas
Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan
sesuai di permukaan kanvas
Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas
Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan
dinding/mural
Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan
Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri
Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan
Warna asas terdiri daripada tiga warna
Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas
Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder
Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam.
Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna
Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan
dalam roda warna

TOPIK 3

x
x
x
x

KEGIATAN MEMBUAT CATAN W 49

Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau
terang pada sesuatu objek
Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan
intensiti yang berbeza
Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak terdapat
dalam warna asas, sekunder atau tertier.
Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut
budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan
simbol.
Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat
menyuarakan isi hati.

Catan
Warna air
Warna poster
Akrilik
Warna minyak
Minyak linsid
Tempere
Gouache
Fresko
Warna asas
Warna sekunder

Warna tertier
Monokrom
Penggenap
Harmoni
Ton
Kroma
Perspektif
Natural
Psikologi
Kritikan

Abu Sareh Haron, (2006). Figura dalam seni halus. Petaling Jaya: Sasbadi
Barnes, R. (1987). Teaching art to young children, London: Routled
Efland., Arthur D. (2002). Art & cognition, New York: Teachers College Press.
Hargraves, J. D. (1989). Children & the arts. Philadelphia: Open University
Press.
Hassan Mohd Ghazali. (2005). Siri teks referens pendidikan seni visual, Petaling
Jaya: Pearson.

50 X TOPIK 3

KEGIATAN MEMBUAT CATAN

Herberholz, Donald & Herberholz, Babara. (2002). Artwork for elementary


school teachers: Developing artistic and perceptual awareness, New Jersey:
McGraw Hill.
Mittler, A. G. (1994). Art in focus. Texas: Macmillian / Magraw Hill.
Wankelman, W.F & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown
and Benchm

Anda mungkin juga menyukai