Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingin saya panjatkan kesyukuran dengan


izin ALLAH s.w.t, akhirnya tamat sudah kursus Gerak Kerja Kokurikulum Olahraga
pada semester ini. Seinfiniti terima kasih ditujukan kepada Pensyarah Pembimbing,
WAJ 3112, Kokurikulum Olahraga, Encik Ng Heng Loon dan Ustaz Kholid bin Salleh
atas tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan ilmu yang dicurahkan sepanjang kursus ini.
Banyak ilmu telah saya perolehi. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang belajar
bersama kedua-dua pensyarah pembimbing kokurikulum ini kerana tidak dapat
dinafikan lagi beliau berdua memang merupakan seseorang yang berpengetahuan
luas serta berpengalaman dalam bidangnya.
Kokurikulum Olahraga ini bertujuan membantu guru pelatih mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran asas dalam melaksanakan olahraga di sekolah kelak.
Sebagai seorang guru, saya perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang
berkaitan agar saya dapat menyumbang sesuatu kepada komuniti sekolah. Melalui
kursus inilah saya belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai olahraga. Selain
kuliah atau interaksi yang berkesan, saya juga amat berpuas hati dengan
penganjuran Olahraga Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) anjuran Jabatan
GERKO Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, SG. Petani Kedah.
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) telah membuka mata saya tentang pentingnya
mempunyai pengetahuan dalam undang-undang dan peraturan olahraga kerana
pembelajaran yang berfokuskan kepada teknik atau perlakuan sahaja tidak lengkap.
GERKO bertujuan memberi kemahiran asas dan mempertingkatkan pengetahuan
dan keterampilan guru agar dapat menjadi guru yang berkesan. Ianya juga dapat
memupuk sikap positif, semangat, daya faham yang tinggi dan nilai serta etika
keguruan di kalangan guru permulaan. Ia sebagai persediaan menghadapi cabaran
pendidikan akan datang. Antara tajuk yang dipelajari sepanjang kursus ialah

Pengenalan kepada olahraga. Pensyarah kami telah memberi input megenai sejarah
dan latar belakang olahraga di peringkat antarabangsa dan juga di Malaysia. Begitu
juga dengan tajuk-tajuk seperti acara trek iaitu lari pecut, lari jarak sederhana, lari
jarak jauh, lari berganti-ganti, dan lari berpagar. Begitu juga acara padang seperti
lompat tingi, lompat jauh, lontar peluru, dan sebagainya.
Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang kami terima sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, kami tempuhi segalanya
dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan
dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di
dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut kami mula berbincang untuk
membuat kerja kursus ini antara satu sama lain. Melalui aspek pengetahuan, kami
telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang folio ini.
Selain dari itu kami juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat
memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja
kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, kami meneruskan
langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak
sukar bagi kami untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama dan
ketekunan, kami berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Pengetahuan dan
pengalaman ini amat berguna kerana dapat kami gunakan ia ketika bergelar guru
kelak. Contohnya kami mungkin perlu mengendalikan sekumpulan pelajar yang
bertanding di peringkat yang tinggi. Kami sebagai jurulatih perlu membimbing dan
memberi pendedahan kepada mereka tentang kokurikulum yang berkenaan
olahraga dalam sukan.

Alhamdulillah, sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana
limpah kurnianya kami berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak
terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Tn. Hj. Jaafar bin Mahmud
selaku pensyarah kelas kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam
menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para
sahabat. Jasa kalian tak dapat kami balas dan amatlah kami hargai. Sekian, terima
kasih.