Anda di halaman 1dari 24

950420-12-5176

ISI KANDUNGAN
BIL
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

ISI KANDUGAN
PENGHARGAAN
PENGENALAN
OBJEKTIF KAJIAN
PERSOALAN KAJIAN
DEFINISI ISTILAH
TINJAUAN LITERATUR
KAEDAH KAJIAN

MUKA SURAT

6.1 SUMBER PREMIER


6.2 SUMBER SEKUNDER
7.0

HASIL DAPATAN KAJIAN


7.1 AKTIVITI-AKTIVITI PERGERAKAN PEMUDA
UMNO W.P LABUAN
7.2 PROGRAM-PROGRAM ANJURAN PERGERAKAN
PEMUDA UMNO W.P LABUAN
7.3 SUMBANGAN-SUMBANGAN PERGERAKAN

8.0

PEMUDA UMNO W.P LABUAN


CADANGAN DAN HARAPAN

9.0

RUMUSAN

10.

LAMPIRAN

0
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, kajian
yang saya jalankan dapat disiapkan tepat pada masanya. Sepanjang menyiapkan kerja kursus
ini saya banyak mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak

950420-12-5176

Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu
Norsiah binti Nasip selaku guru Sejarah saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk
memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Teguran dan
tunjuk ajar beliau amat dihargai
Seterusnya, ucapan terima kasih juga kepada penjaga saya iaitu Azmi bin Alipah dan
Arsiah binti Arhan yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan kepada saya
terutamanya dari segi kewangan.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan seperjuangan yang turut sama
membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan kerja
kursus ini seperti yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, Pergerakan Pemuda lahir tiga tahun setelah tertubuhnya UMNO.
Pada mulanya ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan penubuhannya berlaku di
perhimpunan agung UMNO yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946. Kapten

950420-12-5176

Hussein Onn

telah dipilih mengetuainya.Sejak itu lahirlah satu tenaga penggerak dan

pendorong yang gigih dalam UMNO dan bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan
kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang. Pemuda menjadi pelapor kepada banyak
kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai pemimpin Pemuda kemudiannya
mengambil alih tugas-tugas penting dalam kerajaan.
Manakala, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian W.P Labuan ditubuhkan pada tahun
1989 bersamaan dengan kemasukan UMNO itu sendiri yang dibawa oleh Yang Berbahagia
Dato Isli Bin Sipun yang merupakan ayahanda kepada Dato Rozman Bin Dato Haji Isli.
Apabila UMNO memasuki Labuan, UMNO bahagian, Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan
Puteri UMNO telah menjadi penaja pada waktu itu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang
pertama berstatuskan penaja adalah saudara Ibrahim Bin Mufti. Pada mulanya, kemasukan
UMNO ke Labuan tidaklah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Labuan
kerana UMNO dianggap sebagai parti daripada Semenanjung yang tidak seharusnya
ditubuhkan di Labuan begitu juga dengan Sabah. Selain itu, proses penubuhan UMNO di
Labuan turut menerima banyak pandangan-pandangan yang negatif berbanding pandanganpandangan yang positif daripada masyarakat Labuan itu sendiri. Hal ini demikian kerana
masyarakat Labuan tidak mahu UMNO memasuki Labuan disebabkan UMNO adalah parti
yang datangnya daripada Semenanjung. Tambahan lagi, Labuan pada waktu itu sudah
mempunyai parti sendiri seperti PBS yang didominasi oleh masyarakat Kadazandusun di
Labuan. Namun, lama-kelamaan UMNO akhirnya diterima oleh masyarakat Labuan sebagai
sebuah parti di Labuan setelah penubuhannya yang dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Dato
Isli Bin Sipun. Sehingga ke hari ini, UMNO W.P Labuan serta Pergerakan Pemuda UMNO
W.P Labuan yang merupakan sayap kanan UMNO itu sendiri, masih lagi terus-menerus
mendapat sokongan daripada masyarakat Labuan. Manakala, objektif utama penubuhan
Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan adalah untuk lebih merapati anak-anak muda

950420-12-5176

Labuan dan memastikan mereka sentiasa bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda UMNO
W.P Labuan dalam apa jua program atau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Pemuda ini.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah keberkesanan kegiatan
Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan sehingga memberikan impak terhadap masyarakat

950420-12-5176

dah ahli Pergerakan Pemuda UMNO itu sendiri.Objektif kajian ini adalah seperti yang
berikut:
i)Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Pergerakan Pemuda
UMNO W.P Labuan
ii)Mengenalpasti program-program yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda
UMNO W.P Labuan
iii)Mengkaji sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda
UMNO W.P Labuan

3.0 PERSOALAN KAJIAN


Persoalan kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengenalpasti bagaimanakah dan
apakah kegiatan yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan.Persoalan
kajian adalah seperti yang berikut:
i)Bagaimanakah aktiviti-aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan
dijalankan?
ii)Apakah program-program yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda
UMNO W.P Labuan?
iii)Apakah sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda
UMNO W.P Labuan terhadap masyarakat?
4.0 DEFINISI ISTILAH
5.0 TINJAUAN LITERATUR
6.0 KAEDAH KAJIAN

950420-12-5176

Kaedah kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk menghubungkaitkan persoalan dan
objektif kajian dalam dapatan kajian. Kaedah kajian ini memerlukan penggunaan dua sumber
iaitu sumber premier dan sumber sekunder.

6.1 SUMBER PREMIER


i) Temu Bual
ii) Pemerhatian

6.2 SUMBER SEKUNDER


i) Internet
ii) Surat Khabar
iii) Buku

7.0 DAPATAN KAJIAN


Bahagian ini membincangkan objektif dan persoalan kajian dalam mengenalpasti
kegiatan yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan.

950420-12-5176

7.1 AKTIVITI-AKTIVITI PERGERAKAN PEMUDA UMNO W.P LABUAN


a) Pemuda UMNO Labuan Adakan Lawatan Kerja Ke Sabah
Seramai 50 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang terdiri
daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua Pemuda Cawangan

dan ahli-ahli

Pergerakan Pemuda telah menyertai lawatan kerja ke beberapa daerah di Negeri


Sabah.Lawatan ini melibatkan penjelajahan ke sekitar kawasan Keningau, Tenom, dan
Tambunan,Lawatan ini turut diisi dengan pelbagai program dan aktiviti di sepanjang
tempat yang dikunjungi.Antara pengisian yang diadakan adalah seperti perlawanan
persahabatan yang melibatkan bola sepak, badminton, dan sepak takraw.Selain itu,
program berbentuk amal seperti penyerahan bantuan kepada yang memerlukan turut
diadakan.
Menurut ketua rombongan, saudara Mohd. Rafi Ali Hassan yang juga
merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan berkata, lawatan
kerja ini adalah sebagai satu pendedahan kepada seluruh kepimpinan dan ahlinya
sebagai persediaan serta persiapan menjelang pilihan raya akan datang.Tambahnya
lagi selain dari pelbagai acara yang diaturkan, lawatan ini juga memberi peluang
kepada peserta untuk melihat sendiri kehidupan rakan seperjuangan di kawasan
pendalaman1.

7.2 PROGRAM-PROGRAM ANJURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO


W.P LABUAN
a) Program Selangkah Ke UITM Mengubah Nasib Anak Bangsa
1 www.suaragenerasibaru.com

950420-12-5176

Gambar 1: Program Selangkah Ke UITM Mengubah Nasib Anak Bangsa

Pergerakan Pemuda UMNO Labuan dengan kerjasama UITM Sabah dan


Jabatan Pelajaran Labuan telah mengadakan satu program Selangkah Ke UITM
Mengubah Nasib Anak Bangsa khusus bagi pelajar lepasan SPM 2010 bertempat
di Dewan Institusi Latihan Perindustrian (Dewan ILP).
Ketua Pemuda UMNO Labuan Rafi Ali Hassan berkata maklamat program ini
adalah sejajar dengan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di bawah
naungan Perdana Menteri, untuk melihat anak Bumiputera berterusan cemerlang
dalam mengecapi kejayaan pembelajaran di peringkat lebih tinggi.Beliau juga turut
berkata bahawa penganjuran program ini juga bersesuaian dengan sasaran program
iaitu golongan pelajar yang miskin dan mendapat keputusan SPM yang kurang
memberangsangkan digalakkan untuk mengisi borang MDAB di UITM.

950420-12-5176

Penubuhan program MDAB adalah bertujuan memberi peluang pendidikan


kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera di bandar dan luar bandar yang
ibu bapanya berpendapatan (gaji kasar) kurang RM 2000 sebulan.Borang MDAB ini
boleh didapatkan secara percuma dan permohonan hanya sah untuk satu kali
permohonan sahaja2.
Implikasinya, secara tidak langsung program yang diadakan ini dapat
membantu pelajar dan ibu bapa untuk berhubung dan mendapatkan khidmat nasihat
secara terus dengan pihak UITM yang didatangkan khas dari Sabah.

b) Program Konvoi Prihatin Sukarelawan 1Malaysia 2013

Gambar 2: Program Konvoi Prihatin Sukarelawan 1Malaysia 2013


2 www.dailymail.com.my

950420-12-5176

Bersempena dengan Majlis Penutupan Rasmi Sambutan hari Wilayah


Persekutuan yang lalu telah diadakan Konvoi Prihatin Sukarelawan 1Malaysia yang
melibatkan penyertaan 300 orang anak muda yang terdiri daripada beberapa kelab dan
pertubuhan yang ada di Labuan.
Program ini anjuran bersama Jabatan Penerangan Labuan bersama Pergerakan
Pemuda Umno Bahagian Labuan, Majlis Belia Labuan dan kerjasama dengan
beberapa agensi Kerajaan, swasta dan kelab-kelab permotoran di Labuan.
Program Konvoi yang mengelilingi seluruh Pulau Labuan ini singgah ke 27
kampung untuk memberikan bantuan kepada golongan asnaf di semua kampung.
Sebanyak 3 kumpulan telah dibahagikan oleh pihak penganjur untuk memudahkan
pergerakan dimana kumpulan-kumpulan ini turut disertai oleh pemimpin seperti
Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Senator Dato Raja Nong Chik
Zainal Abidin, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Hj.Mahal, Ahli Dewan Negara,
Datuk Yunus Hj.Kurus, Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Bashir Hj.Alias, Ketua
Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Datuk Mokthar,
Setiausaha Umno/BN Labuan, dan Encik.Rozman Datuk Isli.
Turut bersama-sama menjayakan program ini ialah Pengarah Jabatan
Penerangan Labuan, Tuan Hj.Taib Ubah, Pengarah JASA Labuan, Puan Rahimah
Hj.Lamat, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan En.Hamizi Mat Juah, Ketua
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labuan, En.Rafi Ali Hassan,Presiden Majlis
Belia

Labuan

merangkap

Presiden

Majlis

Belia

Wilayah

Persekutuan,

950420-12-5176

En.Mohd.Dzulfaizal Ab.Manan dan beberapa orang Ketua Pergerakan Pemuda Umno


Bahagian di Wilayah Persekutuan.
c) Program Labuan Island Bike Week
Kira-kira 500 motorsikal berkuasa tinggi, sederhana, skuter dan kapchai telah
menyertai Labuan Island Bike Week sempena Labuan International Sea Challenge
(LISC) 2012 yang bermula dari 27 April hingga 29 April bertempat di Letak Kereta
Gelanggang Arena Boling Padang, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Kementerian Pelancongan
Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, Persatuan Penunggang Motorsikal Berkuasa
Tinggi Wilayah Persekutuan Labuan (LA Riders) dan Kumpulan Smart Riders,
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan iaitu Mohd Rafi Ali
Hassan merupakan pengerusi program ini. Program ini melibatkan kira-kira 1000
peserta Program ini anjurkan adalah bertujuan untuk menyokong usaha kerajaan
dalam menjadikan Labuan sebagai destinasi pelancongan dan menarik lebih ramai
pelancong datang ke pulau bebas cukai ini.
Program ini juga melibatkan penyertaan daripada negeri Sabah, Sarawak dan
Labuan yang menjadi tuan rumah, serta beberapa negara luar seperti Brunei
Darussalam, Pontianak Kalimantan Indonesia dan Filipina. Seramai 90 peserta adalah
dari Sabah, 30 peserta dari Sarawak, 80 peserta dari Brunei Darussalam, manakala
Filipina dan Pontianak Kalimantan Indonesia tidak kurang daripada 3 orang peserta
dan selebihnya adalah penyertaan tuan rumah ( Labuan ).

950420-12-5176

Selain itu, program ini turut membenarkan motorsikal berkuasa sederhana


termasuk jenis kapchai mengambil bahagian. Penyertaan penunggang daripada
motorsikal berkuasa sederhana dan kapchai akan dapat memeriahkan lagi suasana
sambutan itu di samping menyatukan semangat perpaduan dan persefahaman di
kalangan peminat motor berkuasa tinggi dengan peminat motorsikal jenis yang lain.
Antara pengisian program ialah acara berkonvoi mengelilingi Pulau Labuan
sambil menikmati minuman air kelapa di Kampung Layang-Layangan, menyertai
beberapa permainan sukan yang berhubung kait dengan penggunaan motorsikal,
pameran autoshow dan persembahan Drift.Selain itu, beberapa kelab motorsikal
berkuasa tinggi juga menyerahkan sumbangan amal kebajikan kepada badan-badan
kebajikan yang terdapat di pulau ini3.

7.3 SUMBANGAN-SUMBANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO W.P LABUAN


a) Pemuda UMNO Labuan Turun Padang Bantu Mangsa Tanah Runtuh

3 www.newsabahtimes.com.my

950420-12-5176

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan telah menghulurkan bantuan


kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh dan juga banjir yang berlaku di
Kampung Sungai Keling, Lajau dan juga Ganggarak W.P Labuan.
Ketuanya, Rafi Ali Hassan yang baru sahaja tiba dari ibu negara terus
melakukan kerja turun padang pagi Ahad untuk menyampaikan bantuan dan melihat
sendiri keadaan rumah yang terjejas dengan kejadian tersebut.
Mohd Rafi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan,
Dato Sri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan bantuan berupa wang tunai
kepada 9 buah keluarga yang rumah mereka terjejas dengan kejadian tanah runtuh dan
banjir.
Mangsa yang menerima bantuan itu masing-masing 8 buah keluarga tanah
runtuh membabitkan 5 buah keluarga dari Kampung Sungai Keling, 3 buah keluarga

950420-12-5176

dari Kampung Lajau dan sebuah keluarga dari Kampung Ganggarak yang dilanda
musibah banjir4.
Implikasinya, sumbangan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Labuan amat dihargai oleh mangsa-mangsa tanah runtuh dan banjir.
Sumbangan ini turut dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh
mereka.

b) Pemuda UMNO Labuan Dan Wilayah Persekutuan Bantu Mangsa Banjir Rompin,
Pahang

4 Oleh Jainudin Djimin (jain-udin@newsabahtimes.com. my)

950420-12-5176

Gambar 4 : Pemuda UMNO Labuan Dan Wilayah Persekutuan Bantu Mangsa Banjir
Rompin, Pahang

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan adalah 13 Bahagian Pergerakan


Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang telah membantu menyampaikan
sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan Rompin, Pahang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan, Mohd Rafi berkata
bantuan tersebut adalah inisiatif Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah yang diketuai
oleh Mohd Razlan Muhammad Rafii. Seramai 48 petugas Bridget Kesastra Rakan
Muda pergerakan berkenaan berkonvoi mengunakan 4 buah kenderaan pacuan empat
roda. Selain itu, beliau turut mengatakan beliau tidak mahu ketinggalan untuk
membantu mangsa banjir yang melanda di Pantai Timur Semenanjung khususnya di
Pahang.
Pergerakan Pemuda Wilayah Persekutuan telah berjaya mengumpul pelbagai
barangan keperluan bernilai RM25,000 untuk disalurkan kepada mangsa di kawasan
sasaran iaitu di Rompin Pahang. Pelancaran misi penghantaran bantuan ini
disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengerusi Perhubungan
UMNO Wilayah Persekutuan, Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sempena
Persidangan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)5.
5New

Sabah Times (10 Disember 2013)

950420-12-5176

8.0 CADANGAN DAN HARAPAN


a) Cadangan
Saya mencadangkan agar Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan meminta
dana daripada badan-badan NGO supaya Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan
dapat mengadakan pelbagai program dalam membantu anak-anak muda Labuan.
Selain itu, Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan juga hendaklah sering
mengadakan

kerjasama dengan badan-badan NGO ini, agar apa sahaja program

mahupun aktiviti yang dilakukan dapat mencapai kejayaan. Di samping itu, dalam
membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, Pergerakan Pemuda UMNO W.P
Labuan perlulah melihat dan merasai sendiri cara hidup yang dijalani ole h mereka

950420-12-5176

agar dapat lebih memahami kesusahan yang mereka hadapi. Bukan itu sahaja,
Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan juga mungkin boleh menyediakan
gelanggang futsal dalam setiap kampung yang ada di Labuan agar sukan ini terus
mendapat tempat di hati penduduk Labuan. Akhir sekali, saya mencadangkan agar
Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan menubuhkan sebuah Litar Permotoran di
Labuan khas untuk mereka yang berminat dalam bidang permotoran ini.. Secara tidak
langsung juga, masalah-masalah rempit yang berlaku di Labuan turut dapat
dikurangkan.

b) Harapan
Saya berharap agar setiap kegiatan yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda
UMNO W.P Labuan akan terus mendapat sokongan dan dorongan daripada penduduk
Labuan. Saya juga berharap agar Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan akan dapat
terus membela nasib penduduk Labuan terutamanya bagi penduduk yang kurang
berkemampuan.
9.0 RUMUSAN

950420-12-5176

950420-12-5176

10.0 LAMPIRAN
10.1BIBLIOGRAFI
a) Internet
i) www.suaragenerasibaru.com
ii) www.dailymail.com.my
ii) www.newsabahtimes.com.my
b) Surat Khabar
i) Oleh Jainudin Djimin ,New Sabah Times (10 Disember 2013)

10.2 PROPOSAL
TAJUK PENYELIDIKAN:Kegiatan pergerakan pemuda UMNO W.P Labuan
KAJIAN OLEH : Norsuliyfezah Binti Halipah
NO KAD PENGENALAN : 950420-12-5176

950420-12-5176

1.0 OBJEKTIF
1.1 Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pergerakan pemuda UMNO
W.P Labuan
1.2 Mengenalpasti program-program yang telah dilaksanakan oleh pergerakan pemuda
UMNO W.P Labuan
1.3 Mengkaji sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh pergerakan pemuda
UMNO W.P Labuan

2.0 PERSOALAN KAJIAN


i) Bagaimanakah aktiviti-aktiviti pergerakan pemuda UMNO W.P Labuan
dijalankan?
ii) Apakah jenis-jenis program yang berjaya dilaksanakan oleh pergerakan pemuda
UMNO W.P Labuan?
iii) Apakah sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh pergerakan pemuda
UMNO W.P Labuan?

3.0 SKOP KAJIAN


i) Siapa : Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan
ii) Di mana : Kajian ini dijalankan di W.P Labuan
iii) Kenapa : Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kegiatan pergerakan
pemuda UMNO W.P Labuan

4.0 KAEDAH KAJIAN


i) Sumber Premier

950420-12-5176

4.1.1Temubual
4.1.2 Pemerhatian
4.2 Sumber Sekunder
4.2.1 Internet
4.2.2 Surat Khabar
4.2.3 Buku

10.3 BORANG TEMU BUAL


TAJUK KAJIAN : KEGIATAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO W.P
LABUAN
OLEH : NORSULIYFEZAH BINTI HALIPAH
NO.KAD PENGENALAN : 950420-12-5176

1. Bolehkah tuan menceritakan serba ringkas biodata tuan?

950420-12-5176

2. Berapa lamakah tuan memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
W.P Labuan?

3. Bolehkah tuan menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman tuan selama


memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan?

4. Sebagai Ketua Pemuda UMNO W.P Labuan, sudah pastinya tuan mengetahui pada
tahun berapakah Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan ditubuhkan dan
bagaimanakah proses penubuhannya?

5. Apakah objektif utama penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan ini?

6. Selain itu, apakah visi dan misi Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan ini?

7. Berapakah bilangan ahli Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan pada masa ini?

8. Apakah program-program yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO


W.P Labuan?

950420-12-5176

9. Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan sudah semestinya banyak melaksanakan


aktiviti-aktiviti luar. Oleh yang demikian, bolehkah tuan menceritakan tentang
aktiviti-aktiviti yang pernah dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda ini?

10. Seterusnya, apakah sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh Pergerakan


Pemuda UMNO W.P Labuan kepada masyarakat?

11. Adakah tuan mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk Pergerakan
Pemuda UMNO W.P Labuan?

950420-12-5176

Anda mungkin juga menyukai