Anda di halaman 1dari 16

1

Kemahiran Abad Ke 21
Wan Shakila Adiela binti Wan Azmi, Norkhatijah binti Hamzah,
Qurratu Farah Ain binti Raub, Noridayu binti Ab Yamin
Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Koresponden: Wan Shakila Adiela Binti Wan Azmi (emel: shakila8935@gmail.com)

Abstrak
Pada era globalisasi ini, kita begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin
penting pada masa kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini
selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk
diaplikasikan dalam proses pelajaran dan pembelajaran sejak di peringkat sekolah lagi.
Manakala di peringkat pengajian tinggi begitu sinonim dengan kemahiran abad ke 21 dalam
kehidupan seharian sebagai mahasiswa ditambah lagi dengan penuntutnya ramai merupakan
generasi Y yang celik IT dan sebagainya. Masyarakat kini memerlukan etika baharu
pembelajaran yang lebih bersifat kolabratif, global dan menyeluruh. Oleh hal yang demikian,
kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kemahiran abad ke-21 pelajar universiti sama ada
daripada UKM atau pun luar UKM. Di samping itu, kemahiran responden terhadap kemahiran
abad ke-21. Bahkan, menganalisis penggunaan dan perkembangan pemikiran kritikal pelajar
ketika menggunakan aplikasi-aplikasi yang berkaitan. Akhir sekali, menelusuri tahap
pengetahuan seseorang pelajar dalam pengetahuannya tentang kemahiran abad ke 21.

Pengenalan
Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, bidang pendidikan
telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor penentu kejayaan (critical success factor) utama.
Bidang pendidikan merupakan salah satu medium yang menghubungkan aspirasi negara
dengan masyarakat. Guru merupakan tunjang yang bertanggungjawab dalam menggerakkan
serta mempelopori kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif.
Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan
melakukan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Antaranya memperkenalkan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Pelan ini dirancang untuk melonjakkan lagi mutu

pendidikan di Malaysia agar sejajar dengan kehendak global iaitu menghasilkan sumber
manusia yang berdaya saing dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
Malaysia perlu menyediakan pendidikan berkualiti yang mampu menghasilkan pelajar
bertaraf dunia dan mempunyai kemahiran-kemahiran kritikal abad ke-21 bagi bersaing dengan
negara-negara lain. Justeru, KPM juga akan menyemak semula kurikulum pendidikan untuk
menerap dan membangunkan kemahiran abad ke-21 seperti berfikiran kritis dan kreatif, serta
menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang (Muhyidin 2013
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025). Oleh hal demikian, pelbagai inisiatif telah
dilakukan oleh kerajaan dalam penambahbaikan sistem pendidikan sejak dari sekolah lagi agar
transformasi pendidikan ini dapat mencapai matlamat dalam melengkapkan setiap murid di
negara ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut
peluang dan cabaran abad ke-21. Perkara ini sememangnya memudahkan lagi persediaan
pelajar sekolah sebelum menuju ke alam universiti yang kian mencabar serta saingan yang
sengit.
Manakala bagi pelajar institut pengajian tinggi pula tidak dapat dinafikan lagi
pentingnya kemahiran abad ke-21 dalam diri setiap mahasiswa serta mahasiswi pada hari ini.
Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir untuk negara. Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia telah melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2007)
untuk melahirkan Modal Insan Minda Kelas Pertama (MIMKP) dalam kalangan graduannya.
Mahasiswa IPTA juga perlu mengenali atau menganalisis keperluan yang dikehendaki oleh
universiti dan juga pasaran kerja. Pembangunan Modal Insan Minda Kelas Pertama (MIMKP)
oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sejajar dengan agenda utama negara dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK 9, 2006) merupakan tanda aras untuk mencapai modal insan
yang dikehendaki oleh negara. Walaupun begitu, para mahasiswa juga perlu memberi fokus
kepada memenuhi permintaan pasaran kerja dan berdaya saing berdasarkan kehendak
masyarakat dan semasa (Tangian, 2001; Najib, 2004; Mohd Yahya, 2005; Piven dan Pak 2006;
Zaini, 2009).

Definasi Kemahiran Abad Ke 21


Kemahiran abad ke 21 ialah satu set kebolehpasaran yang perlu ada dalam diri pelajar bagi
membangunkan diri sendiri untuk berjaya dalam era maklumat ini. Menurut Metiri Group
(2003), kemahiran abad ke 21 sebagai kemahiran yang sangat penting diterapkan dalam diri

pelajar di era ekonomi digital semata-mata untuk memenuhi tuntutan perubahan pesat yang
berlaku. Ia juga menyatakan bahawa kemahiran ini sangat penting bagi melahirkan pelajar dan
pekerja yang memenuhi kehendak industri. Anjakan paradigma perlu segera dilaksanakan
dalam sistem pendidikan bagi memastikan kemahiran tersebut dikuasai oleh pendidik agar ia
boleh disampaikan dengan lebih menyeluruh dan berterusan kepada pelajar. Kemahiran abad
ke 21 sangat penting dan diperlukan untuk kejayaan semua orang bagi meningkatan lagi akses
kepada teknologi dan maklumat digital.
Kemahiran abad ke 21 didasari dengan tiga jenis kemahiran utama iaitu kemahiran
kehidupan dan karier, kemahiran pembelajaran dan inovasi serta kemahiran literasi yang perlu
ada dalam setiap masyarakat yang hidup dalam abad ke 21. Kemahiran-kemahiran ini perlu
ada untuk mendepani dunia yang kian mencabar dalam arus dunia tanpa sempadan.
Kebanyakan masyarakat global menggunakan kemahiran ini dalam kehidupan seharian mereka
dimana ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran-kemahiran ini kepada setiap individu.
Majikan pada masa kini sering mengadu kerana banyak menerima pekerja yang begitu lemah
dan tidak bersedia dalam beberapa bidang pengetahuan asas serta dalam banyak kemahiran
utama untuk pekerjaan yang berjaya dalam abad ke 21. Majikan pada era ini sangat
memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran abad ke 21 sekaligus dapat memberi
sumbangan kepada pencapaian negara.
Kemahiran yang pertama iaitu kemahiran kehidupan dan karier merupakan kemahiran
penting yang perlu dikuasai pelajar. Kemahiran interpersonal dan kolaborasi dimana
mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk
berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat
terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras masing-masing.Pelajar mempunyai
akauntabiliti yang tinggi, boleh diharapkan dan dapat beradaptasi dengan persekitaran dan
rakan sekelas lain. Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab sosial yang
perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan penuh prihatin. Selain itu, kemahiran ini agak
fleksibel dan perlu mempunyai inisiatif dalam mempertingkat sesuatu perkara agar ia tidak
selalu mendatar dalam mencapai sesuatu keputusan.
Selain itu, kemahiran pembelajaran dan inovasi dimana terdapat beberapa item yang
perlu dititikberatkan iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran
berfikiran kreatif serta kritikal. Kemahiran komunikasi perlu agar komunikasi yang dilakukan
menjadi terarah dan penerima jelas dengan arahan yang diberikan agar tidak berlaku salah

faham. Kelemahan pelajar dalam berkomunikasi dengan baik serta tahap kenyakinan yang
rendah di hadapan orang akan menyukarkan seseorang itu dalam menuju ke gerbang pekerjaan.
Selain itu, kemahiran bekerjasama ialah kemampuan seseorang itu bekerja dalam pasukan atau
kumpulan kerana di alam pekerjaan sememangnya kita akan bekerja dengan masyarakat yang
pelbagai karenah dan kita perlu menghadapinya dengan bijak. Manakala kemahiran seterusnya
ialah mempunyai jenis pemikiran yang kreatif serta kritikal dan bersistem. Jenis pemikiran
yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan
dengan penyelesaian masalah. Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa ke
arah perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan
dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua.
Akhir sekali, kemahiran literasi terbahagi kepada literasi media, maklumat dan
teknologi. Kemahiran literasi merupakan berkebolehan menulis dan membaca, celik huruf,
tahu menggunakan dan mengendalikan komputer dan berkeupayaan untuk melakukan sesuatu
perkara. Literasi komputer didefinisikan sebagai kecelikan komputer. Dalam aspek ICT,
literasi adalah keupayaan untuk membangunkan, mengendali dan menyelenggara sistem (ICCP
2005). Literasi teknologi maklumat dalam pendidikan tinggi merangkumi gabungan dua
literasi iaitu literasi teknologi dan literasi maklumat. Istilah literasi ICT mengikut SCONUL di
peringkat pengajian tinggi adalah lebih luas kerana berkaitan dengan matlamat dan proses
pendidikan sebagai aktiviti penciptaan pengetahuan (Bainton 2001). Kemahiran ini sudah biasa
dilakukan oleh mahasiswa di peringkat universiti secara asas dan perlu lagi dipertingkatkan
dan diperbaiki agar selaras dengan kehidupan dunia tanpa sempadan.

Metodologi Kajian
Metodologi kajian yang dilakukan adalah penyelidikan yang berbentuk kuantitaif.
Penyelidikan ini bersifat objektif dan memberi penekanan terhadap analisis data responden
yang diperolehi. Maka, kami menggunakan kaedah soal selidik atas talian yang menggunakan
aplikasi Google Form dalam tempoh lebih kurang dua minggu. Disamping itu, kami turut
melakukan kajian kepustakaan untuk mencari rujukan dalam menerangkan mengenai
kemahiran abad ke 21. Kami mengumpul maklumat daripada kedua-dua sumber yang
merangkumi sumber primer dan sumber sekunder.

Objektif Kajian
Secara ringkasnya, objektif kajian ini adalah:

Mengenal pasti kemahiran abad ke 21 pelajar universiti sama ada daripada UKM
ataupun luar UKM.

Menilai sejauh manakah tahap kemahiran responden-responden terhadap kemahiran


abad ke 21 mengenai kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran seharian sebagai
seorang pelajar.

Menganalisis penggunaan aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan kemahiran abad ke


21 di dalam penggunaan harian oleh pelajar.

Mengkaji perkembangan pemikiran kritikal pelajar ketika menggunakan aplikasiaplikasi yang berkaitan dengan kemahiran abad ke 21.

Menelusuri tahap pengetahuan seseorang pelajar dalam pengetahuannya mengenai


kemahiran abad ke 21.

Menghuraikan beberapa aspek yang penting dipilih oleh pelajar mengenai kemahiran
abad ke 21.

Dapatan Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas 35 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa UKM dan
bukan mahasiswa UKM. Responden yang dipilih merupakan pelajar yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang demografi iaitu pelajar yang tinggal di luar bandar dan juga bandar.
Respon daripada responden tersebut diperolehi menerusi pengedaran soal selidik yang
diedarkan menerusi capaian internet dan juga aplikasi lain seperti Google Drive, Whatsapp,
Facebook dan e-mel. Kaedah ini amat bertepatan dengan objektif kajian iatu ingin mengenal
pasti kemahiran abad ke 21 pelajar universiti sama ada daripada UKM ataupun luar UKM.
Ianya bertujuan untuk menilai sejauh manakah tahap kemahiran responden terhadap kemahiran
abad ke 21 mengenai kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran seharian sebagai seorang
pelajar. Oleh yang demikian, kami memilih untuk menjalankan sesi pengutipan data daripada
soal selidik yang diedarkan menerusi capaian internet. Soalan selidik ini diedarkan kepada
responden yang berlainan jantina, taraf pendidikan, geografi atau persekitaran tempat tinggal
dan juga tahap kemahirannya terhadap literasi komputer (subjek komputer/ kemahiran abad ke
21).

Rajah 1 menunjukkan kawasan geografi responden iaitu tempat tinggal responden.


Berdasarkan data primer yang diperolehi, didapati kajian ini adalah adil kerana responden
tersebut terdiri daripada dua buah kawasan iaitu di bandar dan luar bandar. Bilangan responden
bagi aspek geografi subjek adalah sama bagi kedua-dua tempat. Buktinya dapat dilihat
menerusi Rajah 1 iaitu peratus pelajar yang tinggal di bandar adalah 50% dan sama seperti
peratusan pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar.

Rajah 1. Tempat tinggal responden.


Rajah di bawah menunjukkan taraf kelulusan tertinggi responden yang terdiri daripada
pelbagai kategori latar belakang.Daripada keseluruhan responden tersebut didapati sebanyak
35.3% responden adalah terdiri daripada pelajar lepasan diploma dan asasi/matrikulasi. 20.6%
pula merupakan pelajar lulusan STPM/STAM dan 8.8% adalah daripada lain-lain.
Kepelbagaian latar belakang pendidikan ini turut mempengaruhi dapatan kajian ini kerana taraf
pendidikan ini akan mempengaruhi kemahiran dan penguasaan mereka terhadap kemahiran
abad ke 21 ini.

Rajah 2. Taraf kelulusan tertinggi responden.

Rajah 3. Jantina responden.


Rajah 3 pula menunjukkan pembahagian responden yang menyertai kajian di atas talian
mengikut jantina. Menerusi hasil kutipan data yang dibuat didapati bahawa responden bagi
kajian ini terdiri daripada individu yang berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Daripada
kajian yang dibuat didapati pelajar perempuan mendominasi peratusan keterlibatan dalam
kajian atas talian yang dilakukan. Sebayak 67.6% daripada responden tersebut adalah terdiri
daripada pelajar perempuan dan selebihnya 32.4% adalah pelajar lelaki.
Pelajar yang mengikuti kajian atas talian ini terdiri daripada fakulti berbeza seperti
Fakulti Pendidikan, Fakulti Pengurusan Ekonomi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan,
Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Teknologi Sains Maklumat dan sebagainya (Rajah 4). Faktor
ini turut signifikan ke atas kajian yang dijalankan ini. Hal ini kerana menelusurinya kami dapat
menganalisis kecekapan dan kemahiran pelajar di institut pengajian tinggi berdasarkan fakulti
dan bidang yang berbeza, di sini kami akan dapat melihat apakah perbezaan bidang pengajian
ini turut mempengaruhi akses atau kemahiran abad ke 21 ke atas pelajar IPT di Malaysia.

Rajah 4. Fakulti responden.

Rajah 5. Keputusan subjek komputer/setara.


Rajah di atas menunjukkan keputusan analisis bagi subjek komputer ke atas responden
yang mengikuti kajian atas talian ini. Menerusi kajian tersebut didapati bahawa hampir
keseluruhan pelajar yang mengikuti kajian ini merupakan individu yang tidak mengambil
subjek komputer iaitu memonopoli keseluruhan unit analisis 52.9% selebihnya pula adalah
29.4% yang terdiri daripada pelajar yang memperolehi gred A bagi subjek komputer.
Selebihnya pula adalah pelajar yang mendapat gred B bagi subjek komputer iaitu 17.6%.

Perbincangan Kajian
Berdasarkan huraian mengenai demografi responden dalam dapatan kajian di atas, kami dapat
simpulkan bahawa kajian ini seimbang dari segi latar belakang asal responden iaitu antara
bandar dengan luar Bandar tetapi tidak seimbang dari segi jantina apabila kebanyakan soal
selidik dijawab oleh perempuan. Kami juga mendapati bahawa latar belakang asas pendidikan
kebanyakannya sama iaitu antara peringkat matrikulasi atau asasi dengan peringkat diploma.
Demografi responden juga menunjukkan lebih daripada separuh tidak mengambil subjek yang
berkaitan dengan komputer.
Seterusnya, kami meletakkan soalan dalam borang soal selidik atas talian tersebut
mengikut tiga tahap bagi menilai responden, iaitu tahap pengetahuan, penggunaan dan aplikasi
segala aspek kemahiran abad ke 21 dalam kehidupan seharian mereka. Rajah 6 menunjukkan
hasil kajian bagi indikator pertama kajian ini iaitu apakah responden kajian ini mengetahui

tentang kemahiran abad ke 21. Menerusi analisis data tersebut didapati bahawa hampir
keseluruhan responden yang mengikuti kajian ini tahu mengenai kemahiran abad ke 21 ini.

Rajah 6. Soalan Saya tahu mengenai kemahiran abad ke 21.


Rajah 7 pula merangkumi indikator kedua kajian iaitu berkaitan pendedahan kemahiran
abad ke 21 ini terhadap responden. Dalam kajian ini didapati bahawa responden yang
mengikuti kajian ini telah pun didedahkan tentang kemahiran ini. Justeru itu, mereka tahu
mengenai kemahiran ini dan ia dapat dibuktikan melalui Rajah 6 dan Rajah 7. Rata-rata
responden telah pun didedahkan dengan kemahiran ini dan hanya segelintir responden sahaja
yang masih tidak mengetahui tentang kemahiran tersebut.

Rajah 7. Soalan Saya didedahkan dengan jenis-jenis kemahiran abad ke 21.

10

Menerusi kutipan data yang diperolehi melalui kajian ini didapati bahawa hampir
keseluruhan responden bersetuju bahawa kemahiran abad ke 21 ini membantu mereka bagi
memudahkan kerja harian mereka. Menerusi bar histogram dalam Rajah 8 di atas didapati
bahawa sebanyak 23 orang responden bersetuju bahawa kemahiran abad ke 21 ini
memudahkan urusan kerja mereka dan hanya sebilangan kecil sahaja respondan yang
menyatakan bahawa kemahiran abad ke 21 ini tidak membantu kerja harian mereka. Di sini
dapat di tegaskan bahawa sememangnya kemahiran abad ke 21 ini penting dan bermanfaat
kepada individu khususnya mahasiswa dan generasi Y kini kerana ia terbukti memudahkan
urusan harian penggunanya sama seperti yang telah dibuktikan menerusi ujian empirikal ini.

Rajah 8. Soalan Saya mengaplikasikan kemahiran abad ke 21 untuk memudahkan kerja.


Jika Rajah 8 tadi menunjukkan pengakuan bahawa sememangnya kemahiran abad ke
21 ini membantu urusan harian mereka, justeru di sini dilampirkan juga keputusan responden
terhadap persoalan apakah kemahiran ini memudahkan kehidupan harian mereka sebagi pelajar
universiti dan adakah mereka sering kali menggunakan aplikasi ini bagi tujuan pembelajaran
mereka. Ternyata hasilnya menunjukkan bahawa hampir keseluruhan responden mengakui
bahawa mereka selalu menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan pembelajarannya.
Buktinya menerusi data di atas iaitu seramai 27 orang responden bersetuju bahawa sering
menggunakan kemahiran ini bagi tujuan pembelajarannya. Hanya 8 orang responden sahaja
yang menyatakan mereka kurang menggunakan kemahiran tersebut. Hal ini mungkin

11

disebabkan faktor jurusan yang mereka ambil diperingkat universiti tidak banyak menuntut
mereka bagi menggunakan kemahiran tersebut dan faktor tidak mengambil subjek komputer
juga boleh menjadi punca mengapa mereka tidak selalu menggunakan kemahiran ini dalam
kehidupan pembelajaran mereka. Hal ini kerana mereka tidak tahu menggunakan pengisian
aplikasi yang terdapat di dalam kemahiran abad ke 21 ini. Justeru itu mereka menyatakan
bahawa mereka jarang menggunakannya bagi tujuan pembelajaran.

Rajah 9. Soalan Saya selalu menggunakan aplikasi kemahiran abad ke 21 dalam kehidupan
pelajaran saya.
Rajah seterusnya merupakan hasil ujian bagi indikator ke 5 bagi kajian yang dijalankan.
Graf bar histogram di atas jelas memperlihatkan bahawa 27 orang daripada responden yang
mengikuti ujian atas talian ini menagkui bahawa mereka mahir menggunakan gajet pada masa
kini. Malah mereka juga turut mengakui bahawa mereka tahu dan mahir dalam menerokai serta
menguasai fungsi-fungsi yang terdapat dalam komputer mahupun telefon bimbit meereka.
Indikator ini jelas membuktikan bahawa mahasiswa hari ini memiliki kemahiran iaitu
kebolehan dalam menggunakan gajet yang berteknologi tinggi seperti telefon pintar mahu pun
komputer. Keadaan sebeginilah yang mendorong mereka bagi menggunakan kemahiran ke 21
bagi tujuan kehidupan harian mereka mahu pun tujuan pembelajaran. Pengetahuan mereka
yang tinggi tentang kemahiran tersebut menjadikan mereka selesa bagi mengaplikasikan
kemudahan dan juga aplikasi yang tersedia dalam kemahiran abad ke 21 ini ke dalam urusan

12

pembelajaran mereka. Sebagai contoh, alatan atau drive yang terdapat di dalam google seperti
gmail sendiri banyak membantu mahasiswa hari ini bagi mempercepatkan urusan harian
mereka khususnya dari aspek pembelajaran.

Rajah 10. Soalan Saya mahir menggunakan gajet dan menerokai fungsi-fungsi yang
terdapat dalam komputer atau telefon bimbit.
Kemahiran yang dimiliki menerusi kelas komputer yang dipelajari atau ilmu yang
diperolehi menerusi pembelajaran sepanjang hayat seperti mengikuti bengkel dan mempelajari
kemahiran tersebut daripada rakan sebayanya menjadikan mahasiswa hari ini sebagai modal
insan yang kaya dengan kemahiran-kemahiran yang dicari oleh bakal-bakal majikan yang bakal
mengambil mereka sebagai pekerja satu hari nanti. Kemahiran tersebut diaplikasikan ke dalam
kehidupan harian mereka sebagai mahasiswa menerusi menggunaan drive dalam Gmail seperti
Google Form, Facebook, Prezy dan lain-lain aplikasi bagi membantu mereka menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka. Prezy atau power point sering kali digunakan
bagi tujuan alat pandang dengar dalam persembahan di dalam kelas dan Google Form yang
terdapat di dalam Gmail membantu mereka dalam membina soal selidik dan mengedarkannya
kepada responden tanpa perlu berjumpa dengan mereka. Kaedah ini amat mesra kepada
pengguna kerana memudahkan urusan dan menjimatkan masa. Ini dapat dibuktikan melalui
Rajah 8 dan Rajah 9 apabila ramai responden bersetuju bahawa kemahiran ini membantu kerja
harian dan juga pembelajan mereka.

13

Rajah 11 menerangkan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam kemahiran abad


ke 21. Dalam soal selidik yang diedarkan ini kami telah memberikan soalan tentang pendapat
responden terhadap kemahiran bad ke 21 ini. Hal ini bertujuan untuk menilai sejauh manakah
pengetahuan mereka terhadap kemahiran abad ke 21 ini. Dalam soalan kajian tersebut kami
telah memecahkan kepada 3 rangkuman pilihan jawapan bagi menilai tahap kefahaman
responden tentang fungsi utama dan cabang yang terdapat di dalam kemahiran ini. Hasilnya
dapat dilihat menerusi carta pai tersebut. Menerusi kutipan data didapati bahawa responden
yang menjawap soal selidik ini memperakui bahawa kemahiran abad ke 21 ini adalah
merangkumi kemahiran dalam pembelajaran iaitu

sebanyak 44.1% responden bersetuju

bahawa kemahiran ini adalah kemudahan yang meliputi kemahiran peembelajaran, diikuti oleh
kemahiran kehidupan dan literasi media yang masing-masing memperoleh sebanyak undian
32.4 % dan 23.5%.

Rajah 11. Soalan pilihan iaitu memilih jawapan bagi aspek kemahiran abad ke 21.
Rajah 12 ini merupakan soalan terbuka di mana jawapan yang diberikan oleh responden
adalah bebas dan berbentuk ayat (bukan pilihan seperti soalan lain). Tujuan soalan ini adalah
untuk mengukur sejauh mana pengetahuan mereka terhadap kemahiran abad ke 21 dan apakah
mereka benar-benar yakin bahawa kemahiran abad ke 21 ini adalah seperti jawapan yang
mereka kemukakan dalam Rajah 11 di atas. Hasil kajian jelas membuktikan bahawa responden
beranggapan bahawa kemahiran abad ke 21 ini sememangnya merujuk kemahiran

14

pembelajaran seperti yang dipersetujui dalam Rajah 11 di atas. Hasilnya jelas membuktikan
bahawa mereka sememangnya beranggapan bahawa kemahiran abad ke 21 ini merupakan
kemahiran baru yang merangkumi penggunaan pelbagai teknologi baru seperti penggunaan
media baru dalam kehidupan harian mereka khususnya bagi aspek pendidikan. Mereka
berpendapat bahawa kemahiran abad ke 21 ini merujuk kepada aspek pendidikan iaitu meliputi
kemahiran guru abad 21, kemahiran abad ke 21 dan juga kemahiran bilik darjah abad 21.

Rajah 12. Soalan terbuka tentang pendapat mengenai kemahiran abad ke 21.
Histogram di bawah merujuk kepada pendapat responden tentang kelebihan
penggunaan kemahiran abad ke 21 dalam kehidupan mahasiswa mereka. Ianya bertujuan untuk
menganalisis pendapat mereka tentang keupayaan kemahiran ini dalam membantu proses
melahirkan pelajar yang berdedikasi pada alaf ini dan apakah mereka bersetuju bahawa
kemahiran ini penting bagi menyakinkan majikan untuk mengambil mereka sebagai pekerja
kelak. Kemahiran abad ke 21 ini dilihat sebagai nilai tambah yang mampu menjadi markah
bonus kepada siswazah itu sendiri supaya menjadi rebutan ramai bagi bakal majikan. Statistik
saban tahun menunjukkan lambakan graduan baru tetapi kecilnya peratusan peluang pekerjaan.
Maka, menerusi nilai tambah seperti kemahiran adab ke-21 ini dapat memudahkan mereka
untuk bersaing sesama sendiri. Sebagai mana yang kita ketahui, taraf intelectuall (IQ) bagi
keseluruhan siswazah adalah sama. Hal yang mampu membezakan mereka dengan individu
lain adalah kelebihan mereka menggunakan kemahiran-kemahiran yang ada seperti kemahiran

15

abad ke-21, kemahiran menyelesaikan masalah dan juga kemahiran kepimpinan. Oleh yang
demikian, ramai di antara responden berpendapat bahawa menerusi penguasaan terhadap
kemahiran abad ke-21 ini mampu menyakinkan majikan bagi mengambil lepasan siswazah
tersebut untuk bekerja dengan sektor pekerjaan mereka.

Rajah 13. Soalan menurut pandangan anda, adakah kemahiran abad ke 21 mampu
melahirkan seorang pelajar yang berdedikasi seterusnya meyakinkan para majikan untuk
mengambil sebagai pekerja kelak?

Kesimpulan
Kami berpendapat bahawa soal selidik ini mencapai target dan memenuhi objektif kajian.
Sebagai kesimpulan akhir, kebanyakan daripada responden mampu menjawab soalan kajian
dengan baik dan memberikan kerjasama dengan cemerlang. Dari aspek pengetahuan mereka
mengenai kemahiran abad ke 21, kebanyakan daripada mereka cakna mengenai apa itu
kemahiran ini, tetapi tidak mendapat pendidikan atau pengajaran yang formal mengenai aspekaspek kemahiran abad ke 21 serta konten-kontennya. Pun begitu, aspek penggunaan dan
aplikasi kemahiran abad ke 21 dalam kalangan responden dilihat memberangsangkan apabila
kebanyakan daripada mereka mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini dalam kehidupan
seharian mereka dengan baik.

16

Rujukan
Abdul Rahim. 2000. Ilmu Pendidikan DPM. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.
Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan: Edisi Kedua. Tanjung Malim:
Quantum Books.
Chin Pek Lian, Low Li Chuen dan Vivian Low Yen Yeong. 2005. Masalah Disiplin Pelajar,
Pendekatan Dan Penyelesaian. Skudai: UTM.
Kementerian Pengajian Tinggi. 2007. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010.
Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.
Metiri Group. 2003. Engauge 21st Century Skills: Literacy In The Digital Age. United State:
North Central Regional Educational Laboratory and the Metiri Group.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. 2004. Dinamika Sistem Pendidikan Tinggi. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Yahya Mohd Ariffin. 2005. Peranan Media dan Komunikasi dalam Mahasiswa Abad
21. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Piven. G. dan Pak. Iu. 2006. Higher Education in Kazakhstan and the Bologna Process. Russian
Education and Society, vol 48. No. 10 October.
Silins. Halia dan Mulford. Bill. 2002. Schools As Learning Organisations: The Case For
System, Teacher And Student Learning. Journal of Educational Administration. Vol
40. No 5, 2002.
Tangian. S.A. 2001. Higher Education in the Perspective of the Twenty-first Century. Russian
Social Science Review, vol 42, no.5.
Zaini Ujang. 2009. Mengangkasa Pengajian Tinggi. Skudai: Penerbit UTM.