Anda di halaman 1dari 3

Kritik Artikel Jurnal

1. Nyatakan objektif artikel tersebut. Apakah domain artikel tersebut?


Objektif utama bagi artikel ini adalah untuk mengukur prestasi number sense dalam
kalangan pelajar pelajar Taiwan dengan menggunakan skala number sense berkomputer
yang dicipta oleh Li & Yang. Domain bagi artikel ini adalah number sense.

2. Apakah masalah yang cuba diutarakan?


Masalah yang cuba diutarakan dalam artikel ini adalah mengenai perkembangan number
sense dalam kalangan pelajar, dan juga kaitannya dengan pencapaian pelajar itu sendiri.
Ini kerana guru, para penyelidik dan penggubal kurikulum pendidikan memainkan
peranan penting untuk menilai number sense dalam kalangan pelajar.

3. Adakah artikel ini mengenalpasti isu-isu terkini?


Artikel ini dapat mengenalpasti isu isu yang timbul namun ianya bukanlah isu isu
yang terkini kerana isu ini timbul dari dahulu lagi, iaitu perkembangan number sense
dalam diri pelajar.

4. Apakah dapatan dan kesimpulan artikel ini?


Terdapat tiga dapatan yang diperolehi daripada kajian ini. Dapatan pertama kajian ini
menunjukkan dari keempat empat faktor didalam number sense, pelajar lebih menonjol
dari segi recognizing relative number size tapi kurang dari segi judging the
reasonableness of estimates of computer results. Dapatan ini selari dengan kajian
sebelum ini dimana pelajar Taiwan lemah dalam mengganggar nilai yang dikira.

Dapatan kedua pula menunjukkan secara purata pelajar perempuan lebih skor yang lebih
tinggi dalam aspek recognizing relative size berbanding dengan pelajar lelaki,
walaupun hanya sedikit sahaja kesan yang diperolehi.
Dapatan terakhir iaitu ketiga pula ialah pencapaian pelajar dalam matematik mempunyai
hubungan yang signifikan dengan number sense yang ada pada mereka. Ia diukur dengan
purata gred tahunan akademik bagi pelajar gred 5.
Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan dapatan kajian seiring dengan kajian sebelum
ini, iaitu pelajar lemah dalam number sense. Ini terjadi berikut dari cara pengajaran yang
masih lagi menggunakan kaedah tradisional. Kaedah pengajaran tradisional yang
dimaksudkan disini ialah dengan penekanan dalam piawai penulisan algorithma.
Penguasaan pelajar dalam pengiraan bertulis bukan hanya menghalang kelemahan asas
tetapi juga menghalang perkembangan number sense yang ada pada diri pelajar.
5. Adakah artikel ini memberi sumbangan kepada penyelidik-penyelidik dan
pendidik-pendidik dibidang ini?Jelaskan.
Artikel ini jelas memberi sumbangan kepada pendidik dalam meningkatkan lagi
pemahaman mereka dalam perkembangan numbers sense dalam kalangan pelajar. Ia juga
dapat membantu mereka menganalisis perkembangan pelajar dalam setiap komponen
number sense selain memperbaiki lagi kaedah pengajaran berdasarkan perkembangan
number sense pelajar.
Selain warga pendidik, para penyelidik juga dapat meneruskan kajian yang sama dalam
memperbaiki lagi kurikulum pendidikan bagi negara masing masing.
6. Secara keseluruhannya, apakah pendapat anda tentang artikel ini, adakah pengkaji
telah menjalankan kajiannya dan mempersembahkan hasilnya dengan baik atau
sebaliknya? Jelaskan.
Mengikut pendapat peribadi saya secara keseluruhannya artikel ini dipersembahkan
dengan amat baik. Setiap komponen number sense diterangkan dengan lebih lanjut bagi
memudahkan pemahaman pembaca. Selain itu, cara pemarkahan yang diberikan
mengikut jawapan pelajar juga turut ditunjukkan. Ini memudahkan lagi pemahaman saya

dan keputusan yang dilampirkan juga disusun dengan teratur mengikut turutan serta
menjawab persoalan kajian yang disediakan. Cuma artikel ini terlalu panjang.

Anda mungkin juga menyukai