Anda di halaman 1dari 5

Faktor tercetusnya revolusi Bolshevik 1917

1) Pemerintahan autokratik Tsar


Rusia mempraktikkan pemerintahan bercorak autokratik yang diterajui oleh
Tsar Nicholas II
Tsar Nicholas mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan
pentadbiran serta hal ehwal kerajaan misalnya melantik serta memecat para
menteri.
Oleh kerana abad ke-20 kebanyakan negara-negara mengalami revolusi, Tsar
bertindak mengawal segala pergerakan rakyat dan menghadkan pemikiran
mereka dengan melakukan beberapa dasar yang menghalang hak demokrasi
misalnya sebarang perhimpunan dan pertubuhan tidak dibenarkan wujud
kecuali dengan keizinannya.
Organisasi yang berbaur keagamaan juga tidak dibiarkan berleluasa
walaupun penganut Kristian Katolik merupakan majoriti terbesar di Rusia
Pada tahun 1894, penganut-penganut Stundist, satu mazhab agama Baptist
Rusia mengadakan upacara sembahyang namun dihalang oleh tenteratentera atas arahan Tsar kerana beliau merasakan terdapat cubaan
penyebaran idea subversif.
Rakyat yang ingkar dan menentang akan dipenjarakan atau dihantar ke
Siberia tanpa perbicaraan kerana tidak patuh arahan Tsar.
Segala berita atau tulisan yang ingin dikeluarkan mestilah melalui proses
penapisan dan mendapat kebenaran Tsar bertujuan untuk menghalang idea
sosialis atau subversif tersebar dalam pemikiran rakyat.
Rakyat bawahan juga tidak dibenarkan menyertai mana-mana pertubuhan
elit dan jawatan dalam kerajaan hanya untuk golongan bangsawan.
kebebasan golongan minoriti misalnya Yahudi dikawal dan tempat tinggal
mereka hanya dibenarkan di satu kawasan dikenali sebagai The Jewish Pale of
Settlement.
Inilah kesilapan terbesar Tsar Nicholas II apabila tidak mengendahkan
perasaan dan tuntutan rakyat yang akhirnya membawa keruntuhan kerajaan
beliau sendiri.

2) Peranan golongan intelektual


Alexander Radishchev telah menerbitkan artikel Journey From St. Petersburg
to Moscow mengkritik pemerintahan autokratik di Rusia dan menuntut
institusi perhambaan dihapuskan.
Hasil daripada penulisan ini menyebabkan ramai golongan rakyat sedar akan
penindasan kerajaan dan akhirnya Radishchev ditangkap serta dihantar ke
Siberia.
Pada abad ke-19, Rusia mencapai Zaman Keemasan Kesusasteraan Rusia
atau Golden Age of Russian Literature yang berpusat di St. Petersburg.
Golongan intelektual terdiri daripada golongan cerdik pandai yang
berpindidikan menuntut agar kuasa Tsar dihadkan atau jurang sosial diantara
pihak atasan dengan rakyat bawahan dirapatkan.

Perjuangan mereka disokong oleh buruh-buruh kasar serta pekerja awam


yang mahukan pemerintahan autokratik diminimumkan agar hak asasi rakyat
terjamin

3) Perang Russia Jepun (1904-1905)

tentera Rusia mengalami kekalahan teruk di darat mahupun di laut kerana


pelbagai sebab misalnya kurang kesediaan dan teknik serangan Jepun yang
baik.
Kekuatan Jepun berlipat kali ganda hasil sokongan moral Amerika dan Britain
dari segi kewangan serta peralatan ketenteraan.
Dalam Perang Mukden yang berlansung pada Februari 1905, tentera Rusia
hampir musnah namun mereka masih mampu bertahan di darat kecuali di
laut yang musnah teruk.
Kekalahan ini menyebabkan rakyat bangkit menentang kerana tidak berpuas
hati dengan pentadbiran kerajaan yang lemah dan korupsi yang tinggi.
Kekalahan Rusia dalam perang ini menyebabkan termeterainya Perjanjian
Portsmouth pada 5 Disember 1905.
Dalam perjanjian ini, Semenanjung Liaotung, bahagian Selatan Sakhalin dan
Jalan Keretapi Manchuria Selatan diserahkan kepada tentera Jepun.
Oleh sebab itu gerakan revolusioner semakin marah dan bertindak ganas
menentang kerajaan Tsar kerana kegagalan pemerintahan Tsar sendiri yang
akhirnya menyebabkan Rusia kehilangan banyak negeri serta kawasan
jajahannya.
Kekalahan ini menyebabkan rakyat bangkit menentang kerana tidak berpuas
hati dengan pentadbiran kerajaan yang lemah dan korupsi yang tinggi.

4) Pengaruh Marxisme

Pada tahun 1872, hasil karya Karl Marx iaitu Das Kapital diterjemahkan ke
bahasa Rusia dan awal abad ke-20 barulah fahaman beliau tersebar ke
seluruh pelusuk Rusia.
Marx mengasaskan konsep dialektikal meterialisme iaitu konsep persamaan
kelas dan jurang sosial antara golongan bawahan dengan atasan dipengaruhi
faktor ekonomi.
Marx membuktikan hujah ini di dalam konsep kapitalisme moden di mana
golongan bawahan dikerah tenaganya oleh golongan yang menguasai alat
pengeluaran.
Tenaga atau keringat golongan bawahan ini tidak lagi menjadi milik mereka
namun dikuasai oleh kelas Borjuis misalnya di Eropah.
Dalam hal ini, mereka bukannya bekerja secara sukarela tetapi dikerah dan
dipaksa menyebabkan secara tidak lansung mereka akan terasing daripada
golongan atasan.

Pertubuhan Marxis Rusia yang pertama ialah Liberation of Labour ditubuhkan


pada tahun 1883 dan segelintir ahlinya terdiri daripada pengikut kumpulan
populis misalnya George Plekhnov, Pavel Axelord dan Vera Zasulich.
Marx berjaya mempengaruhi ramai rakyat Rusia untuk menentang
pemerintahan Tsar yang tidak adil dan memberi keistimewaaan kepada
golongan atasan berbanding rakyat bawahan.

5) Russian Sosial Democratic Labour Party


Persatuan atau parti ini mempunyai ramai ahli-ahli yang berpengaruh
misalnya Vladimir Lenin, Plekhanov, Akslrod, Vera Zasulich, Stalin dan
sebagainya.
Ia ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1898 dan memegang kukuh
fahaman Marxis.
Perjuangan mereka menuntut hak persamaan kelas dan dasar perhambaan
dihapuskan.
Menurut Kongres II pada tahun 1903 krisis dalaman berlaku menyebabakan ia
terbahagi kepada dua iaitu Bolshevik dan Menshevik.
Lenin mempunyai pandangan berbeza dengan Plekhanov, pertama mengenai
keahlian diperketatkan hanya kepada revolusioner profesional bertujuan
untuk menyekat pengaruh fahaman liberal menyusup masuk ke dalam parti
dan yang kedua ialah pimpinan tertinggi dipilih secara undi dari delegasi dan
segala keputusan pimpinan tertinggi harus dipatuhi oleh ahli.
Pada tahun 1903, sebuah kongres diadakan bertujuan untuk berbincang
mengenai cadangan Lenin ini dan ramai pengikut parti ini mengikut pendapat
Lenin
Oleh itu wujudlah Bolshevik yang diterajui Lenin bermaksud majoriti dan
Menshevik iaitu minoriti diterajui oleh Martov.
Ahli Menshevik ini tidak radikal kerana memegang fahaman ortodoks Marxis
iaitu Rusia perlu mengalami revolusi borjuis kemudian sosialis dan akhirnya
barulah komunisme.
Berlainan pula dengan Bolshevik yang bersifat radikal seperti kekerasan dan
revolusi berdarah untuk menggulingkan pemerintahan Tsar Nicholas II.
Walaubagaimanapun, perlu diketahui kedua-duanya mempunyai agenda
yang sama iaitu menentang kerajaan Tsar.

6) Manifesto Oktober
Selepas Perjanjian Portsmouth ditandatangani, Tsar melantik Wittie menjadi
Perdana Menteri Rusia yang pertama dan Tsar Nicholas II bersetuju
mengistiharkan pemerintahan berpelembagaan

Wittie bertanggungjawab menyediakan kertas kerja membentuk sebuah


kerajaan dan beliau telah mencadangkan Manifesto Oktober yang
mempunyai tiga teras utama.
Pertama mengenai hak kerakyatan sepenuhnya kepada rakyat berdasarkan
prinsip kebebasan manusia, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan
kebebasan menubuhkan persatuan.
Keduanya ialah mengadakan pilihanraya untuk memilih wakil Duma Negeri
(dewan rakyat) dan mempercepatkan proses pemberian hak mengundi
kepada rakyat.
Perkara ketiganya mengenai penetapan undang-undang dan proses
penggubalannya hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat persetujuan
daripada Wakil Duma (Dewan rakyat).
Walaubagaimanapun, gerakan haluan kiri masih lagi tidak berpuas hati
seperti kumpulan Soviet St. Petersburg kerana merasakan wujud
ketidakseimbangan dalam pemilihan Wakil Duma (Dewan rakyat)
Pada bulan Disember 1905, kumpulan ini di bawah pimpinan Trotsky
melancarkan mogok umum di Moscow namun berjaya dipatahkan oleh
tentera kerajaan.
Pengakhiran tentera kerajaan melumpuhkan mogok di Moscow menjadi
petanda berakhirnya Revolusi 1905 di Rusia.

Adam B. Ulam, The Bolsheviks London : The Macmillan Company, 1965.


Adam B. Ulam, The Bolsheviks London : The Macmillan Company, 1965.
Anthony Wood, The Russian Revolution New York: Longman, 1979.
Athur E. Adams, The Russian Revolution and Bolshevik Victory Massachussetts: D.C
Heath and Company, 1972.
Christopher Read, Religion, Revolution and The Russian Intelligentsia 1900-1912
London : The Macmillan Ltd, 1979.
D. M. Kenzie and Michael W. Curran, A History of Russia, the Soviet Union and
Beyond USA : Wadsworth Publishing 1984.
Dimitri Von Mohrenschildt, The Russian Revolution of 1917 London: Oxford
University Press, 1971.
Donald W. Treadgold, Twentieth Century Russia Chicago : Rand Mc Nally &
Company, 1972.
E. H. Carr, The October Revolution, Before and After New York: Vintage Books, 1971.
Edvard Radzinsky, The Last Tsar London : Cox & Wyman Ltd. 1974.
M. K. Dziewanowski, Russia in the Twentietj Century New Jersey: Prentice Hall, 1997.
Shmuel Galai, The Liberation Movement in Russia 1900-1905 Cambridge : The
University Press, 1973.

Wright Miller, Who Are The Russians: A History of The Russian People London :
Faber and Faber Limited, 1973.