Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Sesebuah Negara memerlukan sistem pengangkutan yang dapat


memberikan perkhidmatan yang sistematik, selesa dan selamat kepada
pengguna jalan raya. Pertambahan bilangan penduduk secara langsung
menyebabkan berjuta kenderaan dan ini menyebabkan jalan raya yang
berkualiti

perlu

disediakan.

Oleh

itu,

kerja-kerja

pemuliharaan

dan

peyelenggaraan jalanraya hendaklah dilakukan mengikut jadual yang telah


ditetapkan bagi memastikan tahap kebolehkhidmatan sesuatu jalan sentiasa
dalam keadaan memuaskan.
Permukaan jalan yang sempurna tanpa sebarang kerosakan akan
menghasilkan pemanduan yang lancar dan selesa kepada pengguna
jalanraya. Walaubagaimanapun, penyenggaraan jalan raya perlu dilakukan
untuk memastikan ianya kekal selesa, selamat dan berkualiti. Ini kerana jalan
raya sering mengalami kegagalan dan kecacatan pada permukaannya.
Kegagalan dan kecacatan ini berpunca daripada faktor iklim, kesan
penggunaan kenderaan dan usia jalan. Pelbagai kaedah digunakan untuk
mengatasi masalah ini antaranya penstoran semula, penurapan semula,
penggunaan semula dan pembinaan semula.

KESIMPULAN

Penyelenggaraan jalanraya menurut AASHTO ialah satu program


pemeliharaan dan memperbaiki sistem jalanraya dengan mereka bentuk
elemen baru dan mengekalkan elemen yang sedia ada.
Objektif utama penyelenggaran jalan adalah untuk menjaga dan
memelihara jalan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, boleh
digunakan

untuk

jangka

masa

yang

panjang

dan

mampu

memberi

keselesaaan kepada penggun. Dengan adanya penyelenggaraan yang


sempurna, masalah kerosakan jalan yang serius dapat dkurangkan. Sebagai
contoh, jika keretakan pada permukaan jalan tidak dibaiki dengan kadar
yang segera, air boleh meresap masuk ke lapisan dalam struktur jalan. Kesan
dari itu, struktur jalan akan menjadi lemah. Lama kelamaan kerosakan yang
dialami itu akan menjadi semakin teruk dan mungkin membahayakan
keselamatan pengguna.

OBJEKTIF

Dapat melihat perbandingan antara penyelenggaraan


terhadap turapan lentur dan turapan tegar.
Dapat mengetahui dengan lebih jelas cara atau kaedah
bagi dandanan permukaan.
Dapat mengetahui punca-punca kecacatan permukaan.
Dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai
teknik pembaharu muka jalan.
Dapat mengenal pasti sambungan-sambungan dalam
turapan tegar.

Anda mungkin juga menyukai