Anda di halaman 1dari 30

ALIS 20

TAJUK : WASIAT LUQMAN AL-HAKIM


USTAZ DANIAL BIN MOHD RAZALI @ BUSU

ANIS AMALINA BINTI AZIZI (1311171343)


ASIAH NADHIRAH BINTI NOR NIZAM (1311171317)
NUR HASINAH BINTI MOHAMAD NASIR (1311171342)
NURNASYRAH BINTI ABD GHAFUR (1311171339)
NURUL HANA BINTI MOHD AZALI (1311171322)

Page
1

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1.

Pengenalan Luqman Al-Hakim

2.

Wasiat Pertama:Jangan Menyekutukan Allah

4-6

3.

Wasiat Kedua:Berbuat Baik kepada kedua Ibu Bapa

7-10

4.

Wasiat Ketiga:Sedar akan Pengawasan Allah

11

5.

Wasiat Keempat:Dirikanlah Solat

12

6.

Wasiat Kelima:Amar Makruf

13-15

7.

Wasiat Keenam:Nahi Mungkar

16-17

8.

Wasiat Ketujuh:Rendahkanlah Suara

18-21

9.

Wasiat Kelapan:Sabar Menghadapi Cabaran

22-24

10.

Wasiat Kesembilan:Tidak Berlagak Sombong

25-26

11.

Wasiat Kesepuluh:Melangkah dengan Sederhana

27

12.

Kesimpulan Wasiat-Wasiat

28-29

13.

Rujukan

30

PENGENALAN

Allah S.W.T telah mengajar kita semua tentang hidup melalui penurunan surah Luqman. Secara tidak
langsung, wasiat yang ditujukan kepada anak-anaknya juga menjadi pengajaran kepada umat manusia
sejagat. Kebijaksanaan telah dianugerahkan kepada seorang hamba Allah yang bernama Luqman alHakim, seorang yang berkulit hitam.
Page
2

Bermula daripada ayat 12 dalam surah Luqman ada menyatakan tentang wasiat yang diperkatakan
kepada anak-anaknya. Antaranya ialah janganlah mempersekutukan Allah, rendahkan suara serta
bersabar menghadapi dugaan dan ujian.
Sebagai balasan bagi Luqman atau nama sebenarnya, Abu Khaulah Zainal Abidin kerana beramal
soleh serta beriman dengan keimanan yang teguh kepada Allah, Allah telah mengabadikan nama serta
wasiatnya didalam alquran nulkarim. Wajib di atas umat islam untuk mematuhi dan mempercayai
wasiat-wasiatnya kerana kepercayaan kepada kitab merupakan salah satu rukun iman yang menjadi
tunjang keimanan kita.

WASIAT PERTAMA : JANGAN MEMPERSEKUTUKAN ALLAH

Surah Luqman [31] : 13

Page
3

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:"
Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah(dengan sesuatu yang lain),
sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Syirik
Syirik adalah sesuatu perkara yang menyamakan makhluk dengan Allah yang Maha Suci atau sesuatu
perkara yang menolak kekuasaan-nya dari segi pengkhususan ibadah, matlamat ibadah, pengakuan
terdapat kuasa lain (yang menimpakan bahaya, memberi rezeki dan lain-lain), perakuan (menyetujui
atau membenarkan terdapat kuasa atau perkataan lain yang lebih tinggi) serta perkara lain yang
menyamakan, merendahkan dan menolak kekuasaan Allah yang Maha Tinggi.
Syirik merupakan perkara yang paling bahaya dan amat ditakuti kerana di dalam Al-Quran;
Surah An-Nisaa' [4] : 116
116. Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia
mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang
mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.

Antara perkara-perkara syirik zaman ini yang kita terlepas pandang, tidak tahu atau tidak hiraukannya
adalah;
1. Menolak Al-Quran dengan mengatakan terdapat perkataan atau hukum yang lebih baik dari AlQuran. Al-Quran adalah kalam Allah Subhana wa Taala, menolaknya sama dengan menolak Allah
yang Maha Bijaksana.
Page
4

2. Berjumpa bomoh atau mempercayai tangkal yang boleh memberi kemudaratan atau manfaat.
Contohnya :
a. meletakkan tangkal pada tangan atau lengan bayi yang menangis malam,
b. mencari barang yang hilang dengan berjumpa bomoh, lalu membenarkan kata-katanya,
c. menganggap gelang, cincin, keris dan sebagainya sebagai dapat menyembuhkan penyakit atau
mempunyai kuasa-kuasa tertentu,
d. mengatakan bahawa hanya ubat saja, sebagai penyambung nyawa dan penyembuh kesakitan
(menolak bahawa Allah lah yang menyembuhkan segala penyakit) dan lain-lain yang seumpama
semua di atas.
5. Mengakui hujan berlaku kerana pembenihan awan. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat
menurunkan hujan kecuali Allah yang Maha Penyayang. Di dalam sebuah hadis;
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a : Rasulullah saw mengimami kami solat subuh di Hudaibiyah,
sesudah tadi malamnya hujan turun. Setelah selesai solat, Nabi saw menghadap kepada orang ramai,
lalu bersabda,
Tahukan anda sekalian, apa yang telah difirmankan oleh Tuhan anda? Jawab mereka, Allah dan
Rasul-Nya yang lebih tahu. Sabda Nabi saw, Allah berfirman; Ketika hamba-hambaKu bangun pagipagi, diantaranya ada yang mukmin ada yang kafir.
Siapa yang berkata hari hujan kerana kurnia dan nikmat Allah, maka dia itu mukmin (iman) denganKu, kafir dengan bintang-bintang. Siapa yang berkata hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu,
maka dia kafir dengan-Ku, iman dengan bintang-bintang. [0058] (Sahih Muslim)
Page
5

6. Mengatakan kejayaan seseorang itu adalah kerana ilmu dan hasil usahanya semata-mata. Sila lihat
kata-kata Qarun ini;
Surah Al Qasas [28] : 78
Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." Dan
apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya
yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta?.....
Mahukah kita menjadi seperti Qarun? Sebenarnya punca kepada kejayaan kita adalah anugerah Allah
yang Maha Penyayang. Ayat sebelum itu telah menerangkan mengenainya. Syirik tersebut terjadi
kerana menolak bahawa Allah yang menurunkan rahmat dan kerana riya.

WASIAT KEDUA: BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA


Surah Luqman [31] : 14
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya
dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
Page
6

kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).
Kasih Ibu Bapa
Perlu kita fahami dan menghayati betapa besarnya pengorbanan kedua ibu bapa yang melahirkan dan
menjaga segala pakai, minum, makanan, kebersihan dan berapa banyak pula wang yang dibelanjakan
demi membesarkan anaknya. Tidak dapat ditukarganti dengan mana-mana harta yang ada di muka
bumi ini untuk menyamakan dengan kasih sayang dan segala pengorbanan oleh kedua ibu bapa.
Tetapi amat sedikit sekali kita lihat pengorbanan yang dilakukan oleh anak-anak kepada kedua ibu
bapa mereka, sedangkan perkara ini sangat-sangat penting kerana ia merupakan salah satu jalan menuju
ke syurga atau ke neraka. Malah, berbuat baik kepada ibu bapa juga digandingkan dengan jihad di jalan
Allah Subhana wa Taala. Dalam sebuah hadis,
Dari Muawiyah bin Jahimah As Salami bahwa Jahimah datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam dan berkata : Wahai Rasulullah, saya ingin berperang dan datang untuk minta petunjukmu,
beliau bertanya: "Apakah engkau masih memiliki ibu?" ia menjawab; Ya, beliau bersabda: "Jagalah ia,
kerana syurga itu dibawah kakinya." [3053]
(Riwayat Nasai Semua perawi adalah tsiqah, cuma Muhammad bin Thalhah bin 'Abdullah kurang
dhabitnya namun Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan tiada kecacatan, maka hadis ini Maqbul)
Jadi, ini bermakna berbuat baik atau berbakti kepada kedua ibu bapa bukanlah kerana kasih sayang
pada mereka sahaja, tetapi ini adalah demi kebaikan pada diri sendiri juga kerana ia menjadi
penghubung antara pintu syurga dan pintu neraka.

Page
7

Anak-anak tidak boleh menyakiti ibu bapanya baik dari segi perbuatan, perkataan, mimik muka dan
sebagainya. Di antara ciri-ciri anak derhaka yang kurang kita beri perhatian, tidak tahu atau tidak
hiraukan adalah:
1. Mencaci maki ibu bapa sendiri. Siapakah yang sanggup mencaci ibu bapa mereka sendiri? Orang
yang mencaci ibu bapanya akan mendapat laknat Allah Subhana wa Taala.
Dari Ibnu Abbas, ia berkata : Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Terlaknatlah orang
yang mencaci ayahnya, terlaknatlah orang yang mencaci ibunya, terlaknatlah orang yang menyembelih
untuk selain Allah, terlaknatlah orang yang merubah batas-batas tanah, terlaknatlah orang yang
menyesatkan orang buta dari jalan, terlaknatlah orang yang menyetubuhi binatang dan terlaknatlah
orang yang melakukan perbuatan kaum Luth." Beliau mengucapkan berulang kali, tiga kali tentang
liwat (perbuatan kaum Luth (homosex). [2764] (Riwayat Ahmad. Semua perawinya Tsiqah, kecuali
Muhammad bin Ishaq bin Yasar, kurang dhabitnya. Namun Imam Ahmad mengatakan hadis ini Hasan)

Adakah kita tergolong orang yang mencaci ibu bapa sendiri? Orang yang mencaci ibu bapa orang
lain, sama juga dengan mencaci ibu bapa sendiri, berdasarkan sebuah hadis:
Dari Abdullah bin Amr ia berkata : Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Termasuk AlKaba`ir (dosa-dosa besar), yakni bila seseorang mencela kedua orang tuanya." Mereka para sahabat
bertanya, "Wahai Rasulullah, mungkinkah seseorang mencela kedua orang tuanya?" Beliau (saw)
menjawab: "Ya, bila ia mencaci bapa seseorang, maka orang itu pun akan mencaci bapanya. Dan bila ia
mencaci ibu seseorang, lalu orang itu pun akan mencaci ibunya." [1824] (Hasan Sahih. Riwayat AlTirmidzi)
Page
8

Oleh itu, jangan sesekali kita mencela dan mencaci maki ibu bapa orang lain, kerana dengan sebab itu
ia sama seperti mencaci maki ibu bapa sendiri. Moga kita terhindar dari mendapat laknat Allah kerana
kejahilan diri sendiri.
2. Mimik muka. Tidak boleh menunjukkan perasaan tidak senang melalui mimik muka kepada kedua
ibu bapa, seperti menjeling, menjegilkan biji mata dan seumpamanya kerana ia mengguris hati kedua
ibu bapa.
3. Berkira-kira atau bakhil kepada kedua ibu bapa kerana terlalu sayang pada harta, sedangkan harta si
anak juga milik ibu bapanya.
4. Berkata buruk. Tidak boleh berkata buruk kepada kedua ibu bapa atau mencelanya kerana sesuatu
perbuatan atau kesilapannya sehingga si anak membenci kepada keduanya
5. Tidak boleh menipu kepada kedua ibu bapa kerana tidak sanggup memegang amanah yang
diberikan, contohnya ponteng sekolah, keluar tanpa izin atau pengetahuan kedua ibu bapanya,
mengambil barang mereka tanpa izin dan yang seumpamanya.
6. Menghormati sanak saudara serta rakan-rakan kedua ibu bapa.
7. Tidak mengutamakan isteri dan anak-anak, apalagi kawan-kawan melebihi kedua ibu bapa. Namun
perlu tahu akan hak masing-masing dan utamakan hak kepada kedua ibu bapa.
8. Minta pendapat mereka terhadap satu-satu keputusan besar atau melibatkan hal-hal peribadi atau
keluarga sebagai tanda menghormati kepada keduanya.
9. Sentiasa bersikap lembut dan jangan sesekali meninggikan suara.
10. Jangan sesekali mengatakan, tidak ada kebaikan yang pernah dibuat oleh ibu bapa.
Page
9

Begitulah antara nasihat-nasihat agar kita tidak menjadi anak yang derhaka. Para ibu bapa juga
jangan lupa, kerana mereka juga adalah anak-anak kepada kedua ibu bapa mereka. Mohonlah kepada
Allah Subhana wa Taala semoga dipimpin hati agar dapat menjadi anak yang soleh.

WASIAT KE-3 : SEDAR AKAN PENGAWASAN ALLAH

Perkataan manusia dalam bahasa Arab bermaksud pelupa yang berasal daripada perkataan fiil
nasiya bermaksud pelupa. Oleh itu, setiap hamba Allah yang bernafas di atas muka bumi ini tidak
akan terlepas dari melakukan dosa atau terbabas dari jalan yang benar. Untuk mendapatkan solat yang
khusyuk, solatlah seperti kamu melihat Allah, jika tidak mampu, solatlah seperti Allah melihat kamu.
Sekecil-kecil perkara dilakukan akan mendapat ganjaran atau balasan sama ada di dunia atau di akhirat.

Page
10

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman:
Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang
yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan
yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya.
(Anas r.a)
Mudah merasa Allah ada ketika solat, tetapi ketika ingin bermaksiat, bagaimana? .Bukan mudah
untuk merasai Allah sentiasa mengawasi kita 24/7 dalam kehidupan kita. Rasa Allah sentiasa
Mengawasi. Tahu Allah Maha Memerhati dan Maha Mengawasi. Tahu Allah itu sentiasa ada, tidak
pernah mati. Tetapi, kadang-kadang tindakan kita selalunya tidak menampakkan seolah-olah kita
merasai Allah Maha Mengawasi. Mudah merasai pengawasan Allah bila berada di tengah ramai, tetapi
bila seorang diri, Allah baginya seolah-olah tidak wujud lagi. Sesungguhnya, itulah makhluk yang
bernama manusia. Tidak akan pernah terlepas dari melakukan kemungkaran. Oleh yang demikian,
pintu taubat Allah sentiasa terbuka bagi hamba-hambanya yang sedar dan ingin bertaubat.
WASIAT KE-4 : DIRIKANLAH SOLAT

Semua sedia maklum bahawa solat merupakan ibadah paling utama, yang merupakan bukti
keyakinan yang amat jelas dan sekali gus sebagai pemberi kesan yang sangat mendalam kepada
pembersihan hati dan jiwa. Solat yang sempurna melibatkan secara langsung kesemua anggota badan
yang zahir dan anggota yang batin.

Page
11

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) :
Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan Allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu
penganiayaan yang besar. Surah Luqman: 13Dari sudut hati, solat boleh mendatangkan ketenangan serta menguatkan lagi jiwa yang sedang goyah
dan tidak tenteram. Sebagai contoh, hamba Allah yang sedang berdukacita atau sedang melalui masa
susah dinasihatkan untuk mengerjakan solat sunat kerana solat boleh mendatangkan ketenteraman dan
tidak terkecuali penyelesaian masalah. Masalah boleh selesai jika segala-galanya dilakukan dengan
tenang dan rasional. Kebanyakan kes bunuh diri yang terpampang dalam surat khabar adalah
disebabkan kurangnya ingat akan Maha Pencipta yang berkemungkinan kurang solat. Dengan
mendirikan solat, kemungkaran dapat dicegah membuktikan setiap jiwa yang bersih dari noda-noda
dosa melahirkan insan yang berakhlak mulia. Misalnya, pelajar yang menunaikan solat pasti akan
dipandang tinggi oleh masyarakat kerana dia melakukan suruhan Allah.
Oleh itu, dirikanlah solat walaupun mempunyai jadual seharian yang padat kerana pekerjaan yang
dilakukan tanpa rahmat atau keberkatan, dikatakan seperti melakukan perkara yang sia-sia. Solat
merupakan perkara pertama yang akan dihitung di akhirat kelak, maka tunaikanlah solat.
WASIAT KELIMA: AMAR MAKRUF
Setelah berwasiat tentang solat,Luqman Al-Hakim berwasiat kepada anaknya lagi agar melakukan
kebaikan(amar makruf).Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan suruhlah mengerjakan yang baik(Q.S Luqman,ayat 17)
Allah SWT telah memuliakan Luqman Al-Hakim dengan nikmat mengurniakan ilmu dan makrifat
yang banyak kepadanya.Oleh itu,jadilah dia seorang yang mempunyai darjat yang tinggi dalam
Page
12

kalangan manusia yang juga disebabkan oleh nilai-nilai kebaikan dan kemuliaan yang ditanam dalam
diri.Walaupun demikian,Luqman Al-Hakim tidak bakhil terhadap ilmu dan makrifatnya.Dia tidak
pernah kedekut untuk menyebarkan ilmu kepada siapa yang menghendakinya.Ilmu adalah cahaya yang
dapat membawa kepada kemajuan dan kedudukan yang tinggi.Allah SWT berfirman yang bermaksud :
Katakanlah;Apakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui.(Az.Zumar,ayat
9)
Dengan ilmu,kita dapat membina kehidupan dan membuat persediaan untuk masa hadapan.Sebagai
contohnya melibatkan diri dalam bidang kejuteraan,astronomi.
Luqman Al-Hakim sentiasa memberikan nasihat yang bermanfaat kepada anak-anaknya.Hal ini jelas
mempamerkan nilai kebaikan yang tertanam dalam dirinya.Dia tidak alpa mengingatkan dirinya agar
sentiasa melaksanakan kebaikan seperti yang yang dihebahkan olehnya.Apa gunannya menegur orang
lain tetapi diri sendiri tidak membuat kebaikan?Tambahan pula,Luqman Al-Hakim sentiasa
memastikan anak-anaknya menumpukan perhatian pada kebaikan ia dapat memberi manfaat yang
banyak dan menambah hasil yang sedia ada.
Dia berkata:Hendaklah anakanda beramal dengan yang baik sekadar yang mampu,dan berbuat taat
selama-lamanya.
Luqman Al-Hakim memegang erat tangan anaknya lalu memimpinnya ke jalan kebaikan di dunia dan
akhirat.Tidak ada manusia yang lebih mulia daripada manusia yang mengajak orang lain ke arah
kebaikan.Kehadiran manusia itu bertujuan untuk kebaikan, setiap perkataan yang dikatakan hanya
baik-baik sahaja dan dia tidak melangkah kecuali kepada kebaikan.Jika dia mengetahui ada pintu
kebaikan maka dia cepat-cepat membukanya.Namun,seandainya dia mengetahui kewujudan pintu
Page
13

kejahatan dan kebinasaan,maka dia segera bangkit dan menguncinya rapat-rapat.Tambahan


lagi,sekiranya Luqman Al-Hakim mengetahui terdapatnya jalan menuju kebaikan maka ia akan segera
menunjukkannya kepada anak-anak jalan yang diharapkan dan disukai.
Oleh itu,kita sebagai umat Islam hendaklah menegur orang yang malas mendirikan solat dengan
lemah lembut agar dapat memujuk hatinya untuk mengerjakannya malah dipegang tangannya dengan
penuh kemesraan agar kemalasan itu hilang dan kewajipan dilaksankan.Seterusnya, sekiranya
ternampak gelagat manusia memaki hamun dan mengutuk orang lain,Kita sewajarnya memberinya
petunjuk agar menghentikan perbuatan yang tidak baik itu.Dengan itu,kita sepatutnya mengisi lidah
dengan cakap yang baik dan kalimah yang manis.Sekiranya kita ingin bercakap,cakaplah dengan penuh
faedah dan menggembirakan.
Kita juga hendaklah memperbaiki kezaliman dan permusuhan dalam Islam kerana Islam tidak
mengajar kita untuk bergaduh bahkan perpaduan sebagai sesuatu ummah amat diperlukan untuk
ketenteraman ramai.Seandainya permusuhan berlaku di depan mata kita,kita seharusnya menghentikan
langkah kita dan lihatlah ke mana arah anak panah kebenaran menghala,maka susurlah jalan yang
ditunjuk oleh anak panah itu.Bahkan,bukan ketenteraman sahaja yang perlu dititikberatkan,malah
kehadiran mualaf baharu juga hendaklah dipandang serius akibat daripada kezaliman dan permusuhan
ini.Akhir sekali,kita perlulah berhati-hati dalam menyeru manusia ke jalan Allah .Kita hendaklah
mengenal pasti siapa yang diserunya iaitu adakah dia orang kafir atau orang Islam. Pendakwahpendakwah Islam hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan sebagai contohnya mempunyai
ilmu pengetahuan Islam yang mantap.Firman Allah juga telah mengatakan bahawa:
Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik.
(Q.S. Al-Ankabut,ayat 46)
Page
14

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.Tolaklah(kejahatan itu) dengan cara yang baik,maka
tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia(pada mulanya)ada permusuhan seolah-olah telah
menjadi teman yang setia.Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang
sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.
(Q.S. Fushshilat,34-35)
Secara keseluruhannya,kita perulah berusaha sedaya upaya untuk tidak mensia-siakan masa begitu
sahaja kerana kita hidup hanya sekali di dunia ini.Oleh itu,kita mestilah melengkapinya dengan
kebaikan-kebaikan dan amalan-amalan yang disukai dan diredhai Allah agar ganjaran diperoleh di hari
kiamat kelak.

WASIAT KEENAM: NAHI MUNGKAR


Allah SWT telah berfirman:Dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan
bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal
yang diwajibkan (oleh Allah).(Q.S. Luqman ayat 17)
Luqman Al-Hakim menasihati anaknya agar menjadi orang yang berani dalam mengatakan perkara
yang benar dan tidak menjadi seorang yang penakut dan seorang yang putus asa dan putus harap dari
rahmat Allah.Luqman mengharap anaknya dapat mencegah kemungkaran dan menjauhinya apabila
melihatnya di depan mata.Beliau mengharapkan anaknya tidak mendiamkan diri sebaliknya tegak
membetulkan apa yang yang benar agar kemungkaran berkurangkan dan akhirnya lenyap sama
Page
15

sekali.Oleh itu,masyarakat dapat hidup tenang dan bebas dari benih-benih penyakit kejahatan yang
membinasakan.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
Barang siapa di antara kamu melihat perkara mungkar ,maka hendaklah ia mencegah dengan
tangannya,jika tidak sanggup maka cegahlah dengan mulutnya,jika tidak sanggup
juga,maka(mengingkari)dengan hatinya.Yang terakhir itu adalah selemah-lemah iman.
(H.R.Muslim)
Namun seandainya kita memejamkan mata dan menghiraukan kemungkaran yang berlaku di depan
mata,maka kita boleh juga dikategorikan dalam kumpulan yang sama iaitu menyokong perkara yang
memusnahkan,bersubahat dengan kejahatan dan menggalakkan perbuatan yang hina.Al-Quran
menceritakan kepada kita tentangkisah segolongan manusia pada zaman dahulu yang mendapat
kutukan Allah kerana mendiamkan diri terhadap perkara mungkar.
Allah berfirman:Telah dilaknati orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera
Maryam.Yang demikian itu,disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas.
Mereka satu sama lain tidak melarang perbuatan mungkar yang mereka perbuat.Sesungguhnya amat
buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.(Q.S.Al Maidah,ayat 78-79)
Luqman Al-Hakim tahu bahawa orang yang tidak mahu bercakap tentang kebenaran adalah seperti
syaitan yang bisu.Oleh itu,Luqman menjauhkan anaknya daripada menjadi manusia yang rendah
darjatnya seperti tidak mempunyai wawasan,keperibadian,pendirian,pandangan dan
pengetahuan.Luqman Al-Hakim dengan bijaksananya menerangkan kepada anak-anaknya jalan yang
dilalui oleh orang-orang mulia yang menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.
Page
16

WASIAT KETUJUH: MERENDAHKAN SUARA


Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkan suramu (semasa berkata-kata),
sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. [Luqman: 19]
Luqman al-Hakim, seorang bapa yang bijaksana telah mewasiatkan kepada anak-anaknya tentang
perkara seperti di atas. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak mereka untuk
merendahkan suara ketika berbual bersama teman-temannya. Ini kerana, pergaduhan boleh tertimbul
apabila kita meninggikan suara.

Page
17

Imam Hasan al-Banna juga telah mewasiatkan sesuatu yang juga serupa dengan Luqman al-Hakim,
iaitu, jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita. Ini kerana,
percakapan yang nyaring dan kuat boleh mengundang pelbagai masalah seperti mengundang
kemarahan orang dan menanam sifat takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.
Allah S.W.T pula telah berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 159, menyuruh para nabi untuk
bersifat lemah-lembut kepada golongan yang sedang didakwah. Maka dengan sebab rahmat (yang
melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersifat lemah-lembut kepada
mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari
kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan
pohonkanlah keampunan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah
bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s juga telah diperintahkan untuk berlemah-lembut untuk berdepan
dengan kezaliman Firaun.
Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia
beringat atau takut. [Taha: 44]
1) Jangan nyaring berwirid
Allah melarang kita untuk menyaringkan suara, sekalipun sewaktu kita berwirid, berratib dan berzikir.
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan

Page
18

perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi
dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-Araaf: 205]
Syaitan akan menghasut, menggoda dan mengganggu kita dengan kejahatan malah juga dengan
kebaikan. Suatu masalah bagi seorang yang kuat pegangan agama ialah perasaan riyak, penyakit ujub
dan sumah. Oleh itu, Allah menyuruh kita untuk merendahkan suara atau berwirid di dalam hati,
supaya kita tidak terkena penyakit berbahaya ini.
Namun begitu, dalam soal latihan kerohanian dan hal-hal seumpama itu, kita dibenarkan malah
diharuskan untuk menyaringkan suara dengan sebab melatih murid-murid untuk berzikir. Ini kerana,
berzikir dan meratib beramai-ramai menggunakan suara yang tinggi dan nyaring boleh menambahkan
penumpuan bagi sesetengah orang
2) Jangan keraskan suara di hadapan guru
Allah telah membangkitkan keburukan menyaringkan suara dalam al-Quran, di mana hal itu berkait
dengan percanggahan adab bersama Rasulullah S.A.W
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi,
dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana
setegah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan
yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah,merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh
keampunan dan pahala yang besar.Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik
(tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib).
Page
19

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara
yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. [Al-Hujurat: 2-5]
Rasulullah tidaklah lagi bersama kita di alam dan dunia ini, tetapi ingatlah bahawa para ulama
merupakan pewaris nabi. Guru-guru ataupun orang-orang tua yang bijaksana sering dilihat sebagai
orang yang berpengetahuan dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada golongan muda, bangsa,
dan dalam hal-hal agama. Mereka merupakan penggalas amanat Rasulullah, oleh itu, kita hendaklah
menghormati mereka, menjaga adab dan juga merendahkan suara apabila berkata-kata dengan mereka.
3) Rendahkan suara dengan ibu bapa
Ibu bapa merupakan golongan yang memang wajib bagi kita untuk merendahkan suara.
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya sematamata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau
kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah
engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan Ah, dan janganlah
engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perktaan yang mulia (yang
bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,
dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa
kecil. [Al-Isra : 23-24]

Page
20

Jalan termudah bagi seseorang untuk mendapat keredhaan Allah ialah dengan berbakti kepada ibu
bapa. Namun begitu, terdapat ramai di antara kita yang bersikap kasar, bengis dan meninggikan suara
kepada ibu bapa. Sebagai seorang anak yang masih mempunyai kedua ibu bapa, kita sangat mudah
untuk mendapat redha Allah dan juga mendapat murkaNya. Seorang anak hendaklah melembutkan hati
dan bersikap penyabar jika ingin berbuat baik kepada ibu bapa. Jika anak itu bercakap dengan nyaring
kepada orang ramai, memarah-marah, bersuara keras dan lantang, maka tidak mungkinlah anak itu
mempunyai hati yang lembut.

WASIAT KELAPAN: BERSABAR MENGHADAPI UJIAN

Luqman al-Hakim juga mewasiatkan anak-anaknya agar bersabar terhadap apa-apa yang menimpa
mereka. Allah Taala juga telah menyeru, yang bermaksud Hai orang-orang yang beriman,
bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu)
dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200] Allah juga berfirman,
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya demikian itu sungguh berat,
kecuali bagi orang-orang yang yang khusyu, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan
menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. [al-Baqarah: 46-46]

Page
21

Dalam kedua-dua ayat tersebut, Allah mewajibkan kepada setiap hambaNya untuk sentiasa bersabar
dalam mentaati perintah Allah dan ketika menjauhi kemaksiatan dan larangan-larangan Allah. Serta,
ketika sedang melalui kesulitan dan juga bersabar ketika hendak mencapai suatu tujuan.
Rasulullah memberi contoh yang terbaik kepada kita mengenai hal ini. Terdapat sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad yang bererti, kebiasaan Rasulullah ketika menghadapi
kesukaran adalah segera melakukan solat. Hudzaifah r.a juga meriwayatkan sesuatu yang serupa,
ketika aku kembali kepada Nabi S.A.W pada malam perang Ahzab (Khandaq), sedang pada saar itu
nabi berselimut sambil solat, dan kebiasaan Nabi S.A.W apabila menghadapi kesukaran adalah baginda
solat. Ali bin Abi Talib pula mengatakan, pada malam akan terjadi perang Badar, tidak seorang pun
diantara kamu melainkan ia tidur, kecuali Nabi S.A.W, baginda melakukan solat dan berdoa sehingga
pagi. (Tafsir Ibn Katsir)
Muqatil bin Hayyan menjelaskan, untuk mencapai kebahagiaan di akhirat, haruslah kita bersabar
ketika mengerjakan kewajipan dan solat, maka sabar itu sendiri ialah berusaha keras dan tidak
mengenal jemu, tidak malas dan tidak berhenti, serta menahan diri dari maksiat, kerana itu Allah
mengiringkannya dengan solat sebagai ibadah yang mulia dan utama.
Menurut Said bin Jubair, sabar itu adalah pengakuan seorang hamba bahawa pederitaan yang
dirasakannya itu datangnya dari Allah, dan adakalanya seseorang mengeluh sambil menahan derita dan
memaksa diri untuk bersabar, maka itu juga disebut sebagai sabar.
Sesungguhnya iman dan ujian merupakan kelaziman yang mesti berlaku bagi seorang mukmin, dan
kebenaran iman itu dapat diketahui melalui seberapa lamakah seseorang it dapat bersabar dalam
menghadapi ujian dan penderitaan yang menimpanya. Allah berfirman, dan sungguh akan Kami
berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buahPage
22

buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar. [al Baqarah:155] Dan Allah jua
berfirman yang bermaksud, dan sesungguhya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami
mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu, dan agar Kami menyatakan
(baik buruknya) hal ihwalmu. [Muhammad: 31]
Allah menyediakan bekalan bagi setiap hambaNya dengan ujian hidup. Ujian hidup terbahagi kepada
dua; ujian kesenangan dan ujian keburukan. Ujian kesenangan seperti harta kekayaan yang banyak,
kesihatan yang baik, populariti, pangkat, kedudukan, kecantikan atau kepandaian. Sementara ujian
keburukan ialah seperti kesakitan, kemiskinan, penderitaan dan kematian. Apabila seseorang bersabar
dalam menghadapi bala yang ditimpakan Allah kepadanya, maka hal itu adalah lebih baik baginya
kerana pahala kesabaran adalah lebih besar dari penderitaan yang dihadapi.
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, Tidak henti-hentinya bala
menimpa seorang mukmin lelaki dan perempuan, baik mengenai dirinua mahupun mengenai
keluarganya atau harta kekayaannya, hingga ia menghadap kepada Allah sudah bersih daripada
dosanya. (HR. Tirmidzi, Ahmad)

Page
23

WASIAT KESEMBILAN: JANGANLAH SOMBONG

Allah s.w.t telah berfirman di dalam kitab suciNya melalui surah Luqman ayat 18 bermaksud: Dan
janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang yang sombong lagi angkuh
Sombong ialah diantara sifat yang ditegah oleh Allah s.w.t. kita sebagai manusia biasa yang
dipandang sama rata di mata Tuhan sama ada kaya atau miskin perlulah menyedari hanya satu sahaja
yang membezakan darjat kita di sisi Allah, iaitu takwa. Takwa merupakan antara aset penting untuk
menghadap ilahi disaat penghakiman di hari pembalasan.
Seorang hamba yang berlagak sombong dan bongkak dengan hati yang dipenuhi dengan ujub dan
takbur terhadap Tuhan yang menciptakannya dengan sesempurna kejadian telah dikecam oleh Allah
Page
24

melalui surah Al-israayat 37. AncamanNya berbunyi Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi
ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan menembus bumi dan
sekali-kali kamu tidak akan mencapai setinggi gunung.
Tujuan Luqman memberikan nasihat emas ini adalah untuk mendidik anak-anaknya dapat hidup
dikalangan manusia lain dengan penuh tawadduk, lapang dada, indah budi pekerti dan baik hati
terhadap insan-insan lain. Malahan, sifat mendabik dada memuji diri merupakan nilai diri yang tidak
disukai oleh Al-Rahman dan makhluk-makhluk lain.
Tidak dinafikan Allah amat menyukai hambaNya yang tawadduk dengan mengangkat darjat dan
memuliakannya serta redha akannya. Dan hambanya yang tawadduk tahu bahawa sifat keagungan dan
kemegahan hanyalah milik Allah semata-mata. Hanya Allah yang layak dipuji dan dibesar-besarkan.
Tawadduk lawannya angkuh. Manusia yang angkuh telah jauh daripada kasih sayang Ilahi yang tidak
bersempadan. Redakah tuhan? Bila kasihNya tidak dipaut sang angkuh? Muliakah manusia berbanding
Sang Pencipta untuk merasa bongkak, ujub dan takbur? Siapakah yang mencipta langit yang tidak
bertiang? Manusia ataupun Allah? Maha suci bagi Allah sebesar-besar pujian diucapkan memujiNya.
Alangkah hina dan rendahnya manusia disisi Yang mencipta.

Page
25

WASIAT KESEPULUH: BESEDERHANA DALAM BERJALAN

Madah pujangga Luqman al-hakim menusuk kalbu lagi melalui firman Allah s.w.t Dan
besederhanalah kamu dalam berjalan
Akan tetapi, satu persoalan bertandang dihati, apakah yang tersembunyi disebalik nasihat ini?
Berjalanlah secara sederhana, tidak terlalu cepat, tidak terlalu gopoh, tidak terlalu lambat. Sederhana
tidak beerti rendah sehingga tidak dikenali orang-orang disekeliling. Bahkan sederhana merangkumi
langkah yang teratur dengan adab, tenang dan tehormat.
Insan yang berjalan dengan dengan sopan dan mempamerkan personaliti diri yang optismistik dan
bercita-cita tinggi mampu memberi inspirasi kepada orang lain. Cara berjalan menunjukkan
keperibadian seseorang.

Page
26

Berjalan secara gopoh serta lambat akan menyusahkan orang-orang disekeliling. Berjalan dengan
cepat ke suatu destinasi akan menyebabkan kita berjalan tanpa adab dan melanggar orang-orang yang
berjalan dihadapan kita.
Melakukan amalan dengan sederhana amatlah digalakkan oleh Nabi Muhammad. Melakukan sesuatu
perkara dengan melebih-lebih boleh memenatkan kita dan mendorong kita supaya tidak istiqamah.

PENUTUP
Luqman al hakim merupakan seorang hamba Allah yang dikurniakan hikmah dan kebijaksanaan.
Allah menitipkan peringatan bagi semua hamba-hambanya disandarkan kepada Luqman. Tambahan
pula, kisah ini diceritakan oleh Nabi kita, Muhammad S.A.W di dalam kitab terulung iaitu kitab suci
Al-quranul karim.
Nasihat ini bukan sahaja ditujukan kepada anak-anak Luqman. Bahkan turut ditujukan kepada umatumat akhir zaman termasuklah kita. Manusia cepat lupa dan lalai. Oleh itu peringatan demi peringatan
diturunkan kepada Nabi Muhammad selawat dan salam ke atas baginda untuk terus mengingatkan
hamba-hambaNya supaya terus berjalan di atas landasanNya untuk menuju ke syurga.
Sebenarnya tidak hanya 10 wasiat direkodkan di dalam al-quran. Bahkan lebih. Salah satunya ialah
janganlah mempersekutukan Allah. Wasiat ini didahulukan berbanding yang lain-lain kerana aspek

Page
27

yang paling penting ialah keimanan dan kepercayaan yang kukuh kepada Allah. Jika runtuh aspek ini,
maka runtuhlah yang lain-lainnya.
Allah telah menamakan surah yang mengandungi wasiat Luqman dengan namanya sendiri. Hal ini
kerana ingin menunjukkan bahawa pentingnya wasiat yang dititipkan kepada seorang hamba yang
berkulit gelap ini. Biarpun gelap di mata manusia, namun di mata tuhan siapa yang tahu?
Kita sebagai manusia akhir zaman perlulah mengambil iktibar daripada surah Luqman untuk terus
berpaut pada taliNya. Semoga kita semua menuju ke syurgaNya dengan rahmah dan mawaddah.
Sememangnya, kita perlu mengharungi pelbagai godaan dunia yang telah berjaya menyesatkan ramai
golongan marhein di dunia. Oleh itu, kita perlulah terus kuat menempuh dugaan dan cabaran daripada
syaitan dan dunia.

Hanya keimanan dan ketaqwaan yang teguh boleh menjadi benteng kepada terus hanyut dengan arus
kemodenan dan kesesatan. Terlalu banyak media yang menyokong propaganda dunia untuk
menyesatkan umat islam didunia. Supaya lebih senang bagi sesetengah golongan untuk terus memijakmijak maruah umat islam dengan pelbagai tumpahan darah dan air mata. Ayuh! Bangkitlah wahai anak
adam. Berjuanglah untuk terus menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Ingatlah janji Allah kepada kita. Allah akan menolong hamba-hambanya yang menolong agama
Allah. Semoga kita terus diberi petunjuk dan hidayahNya. Insya-Allah.

Page
28

RUJUKAN

INTERNET

1) http://almansuqie.blogspot.com/2009/05/wasiat-ke-7-al-banna-elakkan-bercakap.html?m=I
2) http://koleksihadisnabi.blogspot.com
3) ubatjiwa-zatajul.blogspot.com/2010/11/10-wasiat-luqman-al-hakim-kepada-anak.html.

BUKU

Page
29

1) Wasiat Luqman Al-Hakim, Ustaz Ahmad Hassan Bin Mohd Nazam, Penerbitan Telaga Biru
Sdn. Bhd., ISBN 978-967-5102-56-1 .
2) Surah Luqman: mendidik anak cemerlang Kuliyyah tafsir, Abdul Rashid Ahmad, Utusan
Publications, 2003, ISBN 9676114790, 9789676114792, 326 MUKA SURAT.
3) Menjadi Ibu Bapa Genius : Petua Luqman Al-Hakim, Syarif Hade Masyah, PTS MILLENIA
SDN. BHD, 2004, ISBN 978-983-3604-06-7, 144 MUKA SURAT.

Page
30

Anda mungkin juga menyukai