Anda di halaman 1dari 5

Soalan 1 [10%] 4-5 halaman

Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi manusia.
Jelaskan peranan etika dalam bidang sains & perubatan, perniagaan & perdagangan; dan
perhubungan antara individu & masyarakat.

1.Pengenalan
Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu ethos yang membawa erti
kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat
kebiasaan. Ia juga membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus
bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa. Dalam bahasa Inggeris,
ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip
akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic bermaksud system of moral
and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan
perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak.
Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu
perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan
akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Etika dalam Islam adalah
akhlak.Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral yang berdasarkan al-Quran dan
Hadith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-nilai baik dan dengan melakukannya
seseorang akan mendapat ganjaran pahala. Selain itu ia juga dapat ditakrifkan sebagai ilmu
pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang buruk berdasarkan ajaran Allah
dan RasulNya. Etika Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya
daripada etika menurut perspektif barat. Ciri-cirinya yang istimewa ini tidak terkandung di
dalam etika mengikut falsafah barat. Antara ciri-cirinya adalah seperti indeks untuk
menentukan etika diukur berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya akal sematamata. Etika Islam bersifat universal dan komprehensif serta dapat diterima oleh seluruh
manusia di setiap masa dan tempat termasuk dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika
Islam berkait rapat dengan hukum halal dan haram, pahala dan dosa. Termasuk dalam konsep
ibadah. Ia tertakluk kepada konsep matlamat tidak menghalalkan cara.
2. Etika Dalam Bidang Sains & Perubatan

Etika yang diamalkan di dalam sesebuah kehidupan adalah berdasarkan kepada sistem
ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi manusia. Etika memainkan peranan yang
cukup besar dalam sektor sains dan perubatan, perniagaan dan perdagangan serta dalam
perhubungan antara individu & masyarakat. Kemajuan semasa di dalam sektor sains dan
perubatan telah memperolehi ciri-ciri revolusioner dan menjuarai kemajuan di dalam bidang
teknologi perubatan dan kejuruteraan manusia yang sungguh membanggakan. Seperti daya
kuasa lain, biosains juga perlu dimanfaatkan untuk kebajikan manusia dan perlu dibimbing
supaya tidak disalahgunakan menjadi kuasa penghancur seperti yang berlaku kepada fisi
nuklear di masa yang lalu. Di waktu kebangkitan penggunaan perjumpaan moden reproduksi
manusia, keturunan, DNA rekombinasi dan sintesis ubat-ubatan yang boleh memberi kesan
kepada kelakuan, generasi sekarang sedang menyaksikan satu cabaran yang hebat terhadap
warisan nilai-nilai moral dan tatacara kelakuan. Pengetahuan perubatan adalah sebahagian
daripada ilmu Allah Yang mengajar manusia apa yang tidak pernah diketahui oleh manusia.
Menuntut ilmu perubatan memerlukan pendedahan kebesaran Allah dengan ciptaan-Nya.
Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fardu kifayah, satu tugas yang
mesti dilakukan oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Amalan ini lazim
dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas. Jika kesihatan terjejas,
apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati. Dalam konteks sains dan perubatan islam setiap
pengamal perubatan iaitu doktor khususnya perlu beretika dalam menjalankan tugas.
Seseorang doktor mestilah mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi penasihat
yang menarik ketika merawat pesakit. Sikap yang bijaksana serta kata-kata nasihat yang
menarik boleh menyumbangkan impak positif dan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh
pesakit. Selain itu, setiap orang doktor perlu menitikberatkan penjagaan aurat di antara
pesakit dan pengamal perubatan dalam setiap rawatan yang dijalankan dan Islam turut
menggalakkan pesakit lelaki berinteraksi dengan pengamal perubatan lelaki seterusnya begitu
juga perempuan. Ketika ingin melakukan pemindahan organ manusia samaada yang sudah
mati atau yang masih hidup, setiap doktor perlu merujuk kepada lima (5) prinsip iaitu Islam
memberi penghormatan tinggi kepada manusia, kebenaran empunya organ dalam keadaan
waras dan tidak dalam keadaan penipuan dan sebagainya, berkaitan dengan ketegasan alQuran yang tidak membenarkan pemindahan yang boleh memudaratkan diri sendiri,
mengutamakan individu islam yang masih hidup dan mendapat kata putus dan pandangan
institusi ulama. Para doktor hendaklah sentiasa bekerjasama dan bersedia untuk membantu
antara satu sama lain dengan serta-merta jika rakan atau keluarganya terkena sakit, atau di
dalam hal-hal kesusahan, keperluan, kecacatan atau kematian. Pada zaman ini seorang doktor

bukan lagi seorang individualis seperti zaman silam kerana perawatan perubatan sekarang
memerlukan satu pasukan selain dari doktor dan jururawat juga diperlukan perkhidmatan
makmal, fisioterapi, kebajikan perubatan, dan personel lain. Seorang doktor hendaklah
memupuk semangat berpasukan dan kerjasama yang sempurna supaya pasukannya dapat
menghasilkan perkhidmatan penjagaan pesakit yang terbaik. Peranan etika dalam bidang
sains dan perubatan menjadikan profession kedoktoran berkembang dalam acuan yang betul
sekiranya setiap doktor mengamalkan etika ini ketika menjalankan tugas.
3. Etika Dalam Perniagaan dan Perdagangan
Seterusnya, sektor perniagaan dan perdagangan dilihat sebagai salah satu faktor
penentu dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah negara. Dalam usaha membentuk
blok ekonomi yang kukuh dan pada masa yang sama mampu menunaikan tanggungjawab
sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Lantaran teruja mengecap kemajuan, asas-asas
pengamalan etika tidak harus diketepikan dan perlu diamalkan berdasarkan pespektif yang
betul kerana matlamat akhir sektor ini adalah memenuhi keperluan dan tuntutan hidup
manusia tanpa melampaui batas syariat. Perniagaan yang dijalankan secara beretika dan
menurut prinsip-prinsip Syariah amat dituntut oleh Islam (Abdul Sami al-Misri, 1993). Di
dalam sesebuah masyarakat Islam, perniagaan dan perdagangan merupakan satu
tanggungjawab sosial yang merupakan fardu kifayah (Ataul Huq Pramanik, 1993). Peranan
perniagaan dan perdagangan yang beretika adalah untuk membantu perniagaan mendapat
sokongan daripada pengguna. Sokongan pengguna akan membantu dalam meningkatkan
jualan dan keuntungan. Kerjasama antara kedua-dua pihak akan membawa manfaat bagi
kedua-dua terutama dalam perniagaan dan perdagangan. Amalan perniagaan dan perdagangan
yang beretika dan keinginan untuk menjaga kepentingan pengguna akan mendapat
maklumbalas percuma daripada penguna. Maklumbalas ini akan membantu meningkatkan
perniagaan dan perdagangan secara berkekalan serta akan membantu pengguna dengan lebih
berkesan. Peranan etika dalam sektor perniagaan dan perdagangan adalah memastikan
bahawa perniagaan yang dijalankan mematuhi undang-undang. Ia bermaksud bahawa
perniagaan yang aktif dalam memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi,
dengan keuntungan yang berpatutan dan bukan mengeksploitasi atau mengambil untung yang
berlebihan daripada pengguna. Selain itu, perniagaan yang beretika adalah mereka yang
mengambil berat terhadap pekerja, pemegang amanah dan pihak lain yang turut terlibat
dengan perniagaan mereka. Perniagaan sebegini akan memastikan kejujuran dan ketelusan
dalam urusan perniagaan mereka. Para peniaga hendaklah menyediakan barangan dan

perkhidmatan kepada pengguna secara bertanggungjawab dan jujur. Apabila peranan ini
bertentangan dan mereka menjadi pengguna, mereka akan mengambil kira tanggungjawab
dan kejujuran dalam barangan dan perkhidmatan yang diperlukannya juga. Sebagai
tambahan, aktiviti perniagaan dan perdagangan yang dijalankan juga perlu mengambilkira
akibat dan kesan aktiviti yang dijalankan kepada persekitaran. Adalah penting dalam
mengambilkira semua kesan negatif dan meminimumkan pencemaran dan tidak
mengorbankan aspek-aspek keselamatan untuk meraih keuntungan dalam jangka masa yang
singkat.
4. Etika Perhubungan Antara Individu & Masyarakat.
Selain itu, etika juga memainkan peranan dalam konteks perhubungan antara individu
& masyarakat. Kebebasan telah menjadi lumrah sebagai keinginan manusia. Bagaimanapun
untuk menyekat perbuatan manusia daripada bertindak mengikut rasa dan tidak patuh kepada
norma kemanusian, perlu ada nilai serta adab atau peraturan yang menjadi pedoman. Dengan
kata lain manusia perlu pendedahan tentang moral atau akhlak untuk mengawal perilaku
dalam aspek kehidupan atau juga dikenali sebagai etika. Melihat suasana dunia hari ini,
bentuk kehidupan manusia semakin mencabar, masalah kehidupan akan lebih rumit kerana
lebih bersifat global. Masa kini fikiran manusia bukan sahaja lebih tertumpu dalam
menyelesaikan satu atau dua masalah seperti ekonomi dan politik, malahan pelbagai masalah
peradaban yang disebabkan juga oleh karenah manusia yang hampir terlupa tentang
tanggungjawab dan hilang pertimbangan nilai. Oleh hal yang demikian, setiap manusia perlu
mengamalkan nilai-nilai dan amalan baik untuk mengekalkan kehidupan yang aman dan
damai. Kita tidak dapat nafikan bahawa dengan amalan kebaikkan yang diamalkan oleh
setiap insan akan mengwujudkan keamanan sejagat. Dari sudut agama, etika tidak pernah
terpisah daripada ajaran agama. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai
kaum, terdapat empat agama yang besar iaitu Islam, Buddha, Hindu dan Kristian yang berkait
tentang etika keagamaan. Setiap agama menganjurkan penganutnya menuju kepada kebaikan
dan setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat balasan yang baik daripada yang Maha
berkuasa. Etika merupakan sebahagian daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan
harian. Peranan etika terhadap individu adalah individu tersebut dapat membina keperibadian
diri yang baik kerana sahsiah terpuji yang ditunjukkan dan secara tidak langsung keluarga,
organisasi dan masyarakat akan memandang mulia dan berbudi tinggi terhadap individu
tersebut. Individu yang mempunyai keluarga dan mengamalkan etika yang baik, ini secara
tidak langsung akan dapat mengeratkan perhubungan dan kemesraan setiap keluarga.

Keluarga tidak akan berpecah belah. Keamanan yang wujud dalam keluarga akan dapat
mengwujudkan keharmonian hidup. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat pula,
pengamalan etika dalam setiap kehidupan akan mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Keharmonian masyarakat akan menentukan keamanan dan kesejahteraan yang berterusan
sesebuah negara itu sendiri. Misalnya, penubuhan sesebuah organisasi akan menjadi stabil,
kukuh dan berkembang maju seandainya semua ahli dalam organisasi tersebut mengamalkan
etika dengan berkesan dan setiap individu tahu akan peranan dan tanggungjawab masingmasing, saling hormat-menghormati, bantu-membantu serta prihatin antara satu sama lain.
5. Kesimpulan
Tuntasnya, etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian dan dalam
apa jua tindak tanduk individu itu sendiri. Keberkesanan pengamalan prinsip etika terletak
pada individu itu sendiri seterusnya masyarakat sesebuah negara yang terlibat dalam apa jua
sektor pekerjaan yang menyumbang kepada pertumbuhan blok ekonomi. Tanpa disiplin diri
dan kekuatan mental yang tinggi, seseorang itu tidak dapat mencapai pengamalan etika yang
seharusnya diamalkan oleh individu terbabit. Amalan etika yang tidak baik sering berlaku
apabila sesorang individu itu mula meneroka dunia pekerjaan. Keadaan ini sepintas lalu
membuat kita berfikir kembali pada peringkat manakah sepatutnya elemen etika ini dibaja
dan disemai agar keperibadian seseorang individu itu kekal unggul dalam masyarakat.
Pepatah orang-orang dahulu yang mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya
menyedarkan kita bahawa betapa sistem pendidikan sebenarnya sangat menyumbang kepada
pembentukan sahsiah individu. Etika sentiasa mengikut individu-individu yang dari sekecilkecil jawatan sehinggalah ke jawatan tertinggi baik di sektor swasta mahu pun kerajaan.