Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN

2015 (IPPP15).
Hadirin diminta berdiri.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku.
(Nyanyian)
Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.
Semua dijemput duduk di tempat masing-masing.
Pagi yang indah penuh ceria
hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan
Istiadat Penganugerahan Pencapaian Pendidikan 2015 (IPPP15).
Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera
Yang Berbahagia Ust Abdul Hakam b Abd Majid, YDP PIBG SKTPS
Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru Besar SKTPS
Yang Dihormati Pn Zaimah bt Mohd Said, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pn Norhamizah bt Norazi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Nurul Rafida bt Abd Razak, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
Yang Dikasihi Barisan pendidik SKTPS, para ibu bapa, murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria
Selamat datang ke Istiadat Penganugerahan Pencapaian Pendidikan 2015
(IPPP15).
Saya Muhamad Ridzuan b Ramli
Dan saya Norhidayati bt Ismail,
akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan
limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua
hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua

diberkati Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh al-fadhil Ust Ihsan Ramadhan b Mohd Noor. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
(Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ust
Ihsan Ramadhan b Mohd Noor atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru
Besar SKTPS untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
(Ucapan GB)
Ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En Azman b Ahmad atas ucapan
tadi.
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berbahagia Ust Abd Hakam b Abd Majid,
YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
Istiadat Penganugerahan Pencapaian Pendidikan 2015 (IPPP15). Majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan.
(Ucapan YDP PIBG)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ust Abd Hakam
b Abd Majid atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan.
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi
penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya
dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Kita mulakan Istiadat Penganugerahan Pencapaian Pendidikan 2015 dengan Sesi
1 iaitu Konvokesyen Pra Sekolah.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru


Besar SKTPS ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
(Sesi 1)
Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha
En Azman b Ahmad.
Dari Kota Setia ke negeri Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati cerita yang
dipersembahkan oleh adik ___________________________________ di bawah
bimbingan _______________________________. Dengan sukacitanya dipersilakan.
(Persembahan 1)
Terima kasih kepada adik __________________________yang telah membuat
persembahan sebentar tadi. Persembahan yang sungguh menarik hati.
Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
Acara diteruskan dengan Sesi kedua. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput
En Mohd Sukri b Ismail untuk mengiringi Pn Nurul Rafida bt Abd Razak, GPK Kokurikulum tampil ke pentas.
(Sesi 2)
Terima kasih diucapkan kepada Pn Nurul Rafida bt Abd Razak untuk penyampaian
sijil dan hadiah itu tadi.
Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,
Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain
mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir
kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam
peperiksaan dan dalam kokurikulum.
Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan Sesi ketiga. Majlis
menjemput En Mohd Rizali b Samat untuk mengiringi Pn Norhamizah bt Norazi,
GPK HEM untuk menyempurnakan majlis.
(Sesi 3)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Norhamizah bt Norazi atas
kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para
pelajar.
Pergi ke Pangkor membeli gula,
Gula dicurah ke dalam nasi,

Persembahan kedua bakal bermula,


Hiburan berilmu berinformasi.

Untuk meneruskan majlis, terimalah Kalam Jamaie yang berjudul Takwim Hijri
persembahan murid-murid Tahun 4 di bawah bimbingan Ustazah Zubaidah bt
Daud Kaiyin. Dengan sukacitanya dipersilakan.
(Persembahan 2)
Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan
sebentar tadi.
Berkat rimbunnya si pokok jati,
Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu
Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan Sesi keempat. Majlis
menjemput Pn Wardiiah bt Ahmad untuk mengiringi Pn Zaimah bt Mohd Said,
GPK Pentadbiran untuk menyempurnakan acara.
(Sesi 4)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Zaimah bt Mohd Said atas
kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para
pelajar.
Warga dewan sekalian,
Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi
galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat
membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi
tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut
menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan
dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui
Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain.
Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada
petang ini berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha En Azman b Ahmad,
Guru Besar SKTPS untuk mengiringi Yang Berbahagia Ust Abd Hakam b Abd
Majid, YDP PIBG untuk tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu
anugerah khas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(Sesi 5)
Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid
yang lain, insyaAllah
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Ust Abd Hakam b Abd Majid

atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar


sebentar tadi.
Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh
jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.
Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Sekian wabillahi taufik wal hidayah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai