Anda di halaman 1dari 7

AYAT

PENYATA
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud
untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat
keterangan.
3. contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di
perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
AYAT TANYA

1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan


sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata
tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
4. contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
AYAT PERINTAH
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:
a) Ayat suruhan
c) Ayat silaan
b) Ayat larangan
d) Ayat permintaan
Ayat Perintah
Penggunaan Ayat Contoh:
Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang
membuat sesuatu.
1. Minumlah teh ini dahulu.
2. siapkan kerja sekolah ini.
Ayat Larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak
usah.
1. Jangan petik bunga itu.
2. Usah bermain di tepi jalan.
Ayat Silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.

1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.


2. Jemputlah datang ke rumah saya.
Ayat Permintaan
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk
masing-masing.
2. Tolong ambilkan saya secawan air.
AYAT SERUAN
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan
perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan
sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah,
eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
4. Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!

Isi ayat tersebut dengan jenis ayat yang sesuai.


1.

Ibu saya bekerja sebagai peguan di sebuah syarikat guaman.

2. Aduh, sakitnya kakiku!


)

3.
)

Hajar sedang melayari Internet di dalam biliknya.

4.

Keluarga Encik Aziz telah berpindah ke Ampang.

5.

Awak suka warna hitam atau kuning?

6.

Siapakah yang datang ke rumah nenek kamu pagi tadi?

7.

Tolong hantar buku ini ke perpustakaan.

8.
)

Rafiqah sedang bermain dengan anak patungnya.

9.

Pemandangan di tepi pantai sangat indah.

10. Kim Wah seorang yang rajin dan baik hati.


(
)

Susun perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi

ayat penyata yang lengkap:


1.

belajar * Tahun * di * Dua * Arif * Shahmi

_____________________________________________.

)
)

2.

Petro Sains * sekeluarga * Kami * ke * melawat

_____________________________________________ .
3.
emas * Subang * kepunyaan * itu * Puan
Aminah
_____________________________________________ .
4.
ialah * Bunga * raya * kebangsaan * kita *
bunga
_____________________________________________ .
5.

Polis * mengintip * sedang * itu * pencuri

_____________________________________________ .
6.
menolong * jalan * Syukri * orang * melintas *
itu * tua
_____________________________________________ .

Klafikasikan ayat ayat tersebut kepada jenis


jenis ayat utama dalam bahasa Melayu.
(i) Mulai saat ini usahlah engkau pedulikan
aku lagi.
(ii) Amboi, cantiknya baju baru awak !

(iii) Mengapakah awak muram saja hari ini?


(iv) Pihak Kastam berjaya menumpaskan satu
sindikit penyeludupan beras semalam.
(v) Pokok di hadapan sekolah itu telah
ditebang oleh Pak Maon.
(i) Mengapakah manusia sering mengabaikan
kebersihan?
(ii) Syabas, engkau telah menang!
(iii) Tolong selesaikan tugasan ini.
(iv) Negeri Johor memang terkenal dengan
tarian kuda kepang.
(v) Dengan siapakah anak En. Malik
berkahwin?