Anda di halaman 1dari 3

Penigkatan Kes Juvenil

Pengurusi: Tan Zhen Yao (55) 5AXIAO


Ahli Panel 1: Tain Wai Hong (39) 5AXIAO
Ahli Panel 2: Tiew Kee Siang (40) 5AXIAO
Ahli Panel 3: Cheah Boon Seng (53) 5AXIAO
Ahli Panel 4: Low Wai Kin (56) 5AXIAO
Pengerusi: Gema 2020 gema wawasan, cita dan citra pemimpin terbilang.
Generasi muda tunggak pembangunan, remaja cemerlang Negara gemilang.
Demikianlah menggunungnya harapan yang disandarkan ke bahu remaja hari ini.
Mewakili ahili- ahli forum selamat sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis,
serta hadirin sekalian. Apatah lagi generasi yang sepatutnya menjadi waris ini rebah
sebelum waktunya. Maka, isu ini membawa kami berbincang tentang tajuk forum
”Peningkatan Kes Juvenil”. Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan barisan
panel kami yang terdiri daripada wakil- wakil dari Sekolah Menengah Persendirian
Chong Hwa Kuala Lumpur ialah:
Tain Wai Hong: Pengurusi Kelab Anti Jenayah.
Tiew Kee Siang: Presiden Badan Pengawas.
Cheah Boon Seng: Setiausaha Badan Pengawas.
Low Wai Kin: Pengurusi Kelab Kaunseling.
Baiklah, bagi saya membuka tirai forum pada hari ini, saya mempersilakan Saudara
Tain Wai Hong bagi menjelaskan tafiran kes Juvenil. Dipersilakan Saudara Tain Wai
Hong.
Tain Wai Hong: Terima kasih saudara pengerusi. Ibu pertiwi kita ini sedang menuju kehancuran jika
gejala sosial di kalangan belia yang semakin bertambah hari demi hari. Ini memang
berbahaya, ini juga kan menjatuhkan maruah individu, keluaraganya serta tanah
airnya. Bagi saya, batasan usia remaja adalah dalam lingkungan 12 tahun hingga 24
tahun. Dalam tempoh ini, mereka mengalami perubahan fizikal yang ketara,
kecelaruan emosi dan nafsu yang membuak- buak. Melalui perhatian saya, kebankitan
kes juvenil dirujuk kepada ketidaktertiban budi pekerti itu sendiri yang bercanggah
dengan identiti ketimuran. Kes- kes juvenil termasukalah gejala ”Mat Rempit ”, kongsi
gelap, ragut, samun dan lain-lain.
Pengerusi: Terima Kasih saudara Tain Wai Hong. Sebenarnya terdapat banyak punca yang telah
dikaitkan dengan Kes Juvenil dalam kalangan remaja. Jadi, bolehkah saudara Tiew
Kee Siang dan jelaskan punca- punca berlakunya permasalahan ini?
Tiew Kee Siang: Terima Kasih saudara pengerusi. Pada pandangan saya, punca kebangkitan kes juvenil
adalah disebabkan oleh remaja sendiri. Remaja yang dianggap belum keras ubun-
ubunnya pada peringkat ini mudah terikut- ikut dengan perangai rakan mereka.
Misalnya, pabila terlihat rakan sebaya merokok, mereka pula beranggapan bahawa:
”Fuyoh, bergaya betul. ” Dalam tempoh ini, remaja mula mengubah tingkah laku,
sikap dan nilai. Saya mengenal pasti tiga faktor penyumbang ketegangan dalam zaman
remaja iaitu pertama, perubahan fizikan dan pencapaian kematangan, kedua,
kedududkan remaja sebagai manusia pinggiran dan ketiga, keperluan diri bersiap sedia
untuk memasuki dunia dewasa.
Pengerusi: Oh… begitunya, Saudara Tiew Kee Siang. Jadi, bagaimanakah masalah keluarga ini
boleh menjadi pencetus kepada peningkatan Kes juvenil? Apakah pandangan saudara
Low Wai Kin?
Low Wai Kin: Saudara pengerusi. Sebenarnya, terdapat banyak punca yang boleh dikaitkan dengan
masalah keluarga ini. Antaranya ibu bapa terlalu percaya dan memberi kebebasan
penuh kepada anak- anak sehingga anak- anak “naik tocang”. Keadaan ini
menyebabkan golongan remaja terutamanya bebas berbuat apa saja. Sebaliknya,
kalaulah ibu bapa terlalu mengongkong anak- anak pula menimbulkan sikap protes si
anak terhadap mereka.
Pengerusi: Ya, terima kasih atas saudara Low Wai Kin. Bolehkah saudara Cheah Boon Seng
memberikan penjelasan yang selanjutnya? Saudara Cheah Boon Seng dipersilakan.
Cheah Boon Seng: Terima Kasih saudara pengerusi. Selain itu, ibu bapa moden asyik memburu fulus
sehingga tiada masa untuk berkomunikasi dengan anak- anak apatah lagi mahu
memberi belaian kasih saying kepada si anak. Masa pergi kerja, anak- anak dalam
selimut. Apabila pulang pula, anak- anak sudah tarik selimut. Tahu- tahu anak sudah
remaja. Kamu haruslah ingat bahawa ibu bapalah orang yang paling rapat dengan
anak- anak dan masa anak –anak banyak dihabiskan.
Pengerusi: Terima kasih atas penerangan saudara Cheah Boon Seng Adakah ini turut menjadi
punca mungkin boleh cuba menjelaskannya? Saudara Tain Wai Hong. Dipersilakan.
Tain Wai Hong: Terima Kasih saudara pengerusi. Proses urbanisasi dan industri yang dialami oleh
Negara kita turut menymbang kepada peningkatan Kes Juvenil dalam kalangan pelajar
dan remaja. Hal ini kerana kedua- dua proses ini mengendurkan kawalan sosial yang
biasanya wujud dalam masyarakat tradisi kita. Akibatnya, anggota masyarakat bebas
melakukan apa saja sesuka hati.
Tiew Kee Siang: Maafkan saya saudara Pengerusi. Izinkan saya mencelah sebentar.
Pengerusi: Silakan saudara Tiew Kee Siang.
Tiew Kee Siang: Terima kasih saudara pengerusi. Kesan globalisasi dan arus kemajuan kini boleh
membawa padah kepada anak jika tiada kawalan. Tanpa panduan dan tunjuk ajar serta
bimbingan daripada ibu bapa, pelajar akan menjadi mangsa kepada kemodenan yang
dikecapi kini. Jadi tampaknya pada peringakat remaja ini ibu bapa perlulah berhati-
hati menjaga anak- anak remaja seperti menatang minyak yang penuh. Namun begitu
setiap penyakitada penawarnya, setiap masalah tentu ada penyelesaiannya.
Pengerusi: Terima kasih atas saudara Tiew Kee Siang. Bolehkah saudara Low Wai Kin
memberikan cara menangani bagi isu ini. Saudara Low Wai Kin dipersilakan.
Low Wai Kin: Terima kasih pengerusi. Sebenarnya keprihatinan dan pengawasan ibu bapa terhadap
remaja merupakan langkah penting dalam hal ini. Ibu bapa penentu peribadi akhlak
anak- anak. Sikap ibu bapa menjadi paksi yang akan menentukan kualiti anak- anak.
Sikap keikhlasan, keterbukaan, kesabaran dan keprihatinan, akan menyediakan iklim
yang sihat untuk mendidik anak.
Pengerusi: Sebelum menutup tirai forum mungkin saudara Cheah Boon Seng ada sesuatu
cadangan?
Cheah Boon Seng: Terima Kasih saudara pengerusi. Pada pendapat saya masalah juvenil bukan sahaja
masalah remaja, ibu bapa dan guru tetapi masalah masyarakat. Penglibatan semua
pihak daripada anggota masyarakat adalah perlu kerana masalah akhlak remaja
ataupun pelajar adalah masalah masyarakat. Kawalan sosial perlu diwujudkan dalam
kalangan penduduk dan sikap bagai enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-
masing perlu diubah demi kepentingan masyarakat.
Pengurusi: Ya, memang benar saudara Cheah Boon Seng. Saya bersetuju dengan pendapat itu.
Rakan- rakan sekalian ingatlah golongan remaja termasuk semua di depan saya inilah
merupakan asset Negara yang paling istimewa dan berharga, malah mereka juga
merupakan tulang belakang Negara dan penyambung generasi yang akan datang.
Sekian sahaja forum kita pada hari ini, ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan
ahli panel yang menjayakan forum ini. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai