Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai suatu
bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'.
Posted by intan_isna at 1:50 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, Pengurusan PJ, sukan massa
PENGENALANKEPADAPENGURUSAN
PENDIDIKANJASMANIDANSUKAN
1.0 PENGENALAN
Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan
sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti
pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum
yang terancang dan teratur.
Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan
permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.
Bil Murid
------------------>
Kurang daripada 100 Orang
101-250 Orang
0rang)
251-500 Orang
0rang)
501-750 Orang
0rang)
751-1000 Orang
0rang)
Peruntukan
RM 300.00
RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100
RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250
RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500
RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100
Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan
yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan
alat-alat yang tahan panas akan rosak.
(v) Siling
Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada
alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi
stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.
(vi) Peredaran Udara
Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang
tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.
Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan
pengaliran udara.
(vii) Keselamatan
Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan
pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:
Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.
Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian
bawah rak
simpanan.
Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian
yang tajam menghala ke bawah.
Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain
dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.
Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang
boleh
menyebabkan kecederaan kepada kita.
Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan
alatan.
Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar
yang lain
tunggu di luar.
Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan
kering sebelum
di simpan bagi mengelak reput.
Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di
kuat kuasa.
Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur
Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara
pukal.
(viii) Pintu
Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.
Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi,
pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin
menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di
lengkapi dengan alatan keselamatan
dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak
stor dari di cerobohi dengan mudah.
Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan
nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Manfaat Dasar Sukan
Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara.
(c) Peringkat Individu
(i) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat
pertandingan yang sihat.
(ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri.
(iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat
(iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.
(v) Interaksi sosial yang baik.
(vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas.
(d) Peringkat Masyarakat
(i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang
baik
bersesuaian dengan aspirasi nasional.
(ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik
dalam
pelbagai kumpulan etnik dalam negara.
(iii) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan
produktiviti
negara.
(iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang
dengan
aktiviti berguna.
(e) Peringkat Antarabangsa
(i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.
(ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.
(iii) Memupuk persahabatan.
(iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi.
Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang
berikut :
(a) Perancangan
Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka panjang dan
mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai
sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkaraperkara yang berikut perlu dipertimbangkan:
- Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada.
- Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.
(b) Organisasi
Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan
satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. Satu jawatankuasa ditubuhkan
bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan,
swasta dengan kerajaan. Majlis Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi
sukan berprestasi tinggi.
Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk menyelaraskan program
Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua
(Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di
kalangan rakyat Malaysia.
MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk
semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan
dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan
kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan
perhubungan antara kumpulan etnik.
Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa
yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu,
Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan
mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian
tinggi,aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan AnggotaAnggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di
dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia
(MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab
utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. MOM bekerja
rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat
antarabangsa.
(c) Personel
Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman
bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan mempunyai jurulatih telah
merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.
(d) Kewangan
Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan
massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan
negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan
material dari sektor swasta dan individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan
dikecualikan dari cukai.
Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran aktiviti
mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan.
(e) Insentif
Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan mengharumkan nama
negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk
contohnya peluang memasuki IPTA, biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup,
perlindungan insurans, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan.
(f) Kemudahan
Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi sukan
massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Persatuan sukan
bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat
negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektorsektor korporat dan badan sukarela juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi
melengkapi usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan.
(g) Am
Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk budaya sukan
kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukaicukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan
sukan pada harga yang murah. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai
penduduk negara ini melibatkan diri
dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk menghasilkan
peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas sebagai pusat
kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti
Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang
di setiap negeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan
pembangunan sukan di negara ini.
Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan
dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan.
Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988 merupakan satu
dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu:
sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi.
Posted by intan_isna at 1:37 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, Pengurusan PJ