Anda di halaman 1dari 19

DATA ANALISIS

ANALISIS DATA
1. Cara data dianalisis bergantung kepada jenis
data yang dipungut
2. Secara am, data dikategorikan kepada:
Data kuantitatif
Data kualitatif
3. Biasanya data yang dipungut dalam
penyelidikan tindakan adalah data kualitatif

Mengenal pasti aspek amalan


(Mengumpul data untuk mengenal pasti amalan yang
ingin diperbaiki)
Kitaran
seterusnya

Refleksi
1. Menganalisis dan menilai
2. Membuat refleksi
mengenai keberkesanan
tindakan data yang dikumpul

Perancangan
Tindakan/
Implementasi
Pengumpulan
data

Maksud analisis data dalam penyelidikan


tindakan
Data analisis adalah proses sistematik dalam
menyusun transkrip temubual, nota lapangan yang
anda telah kumpulkan dengan tujuan meningkatkan
pemahaman anda terhadap dapatan anda dan
membolehkan anda membentangkan hasil dapatan
anda kepada pihak lain.
Analisis melibatkan bekerja dengan data, mengurus
data dan memecahkan data kepada unit-unit yang
boleh diurus, sintesis, mencari pola, menemukan apa
yang penting dan boleh dipelajari dan membuat
kesimpulan terhadap apa yang akan diberitahu
kepada pihak lain.
(sumber: Bogdan & Biklen)

Data analysis is the process of bringing order,


structure and meaning to the mass of collected
data. It is a messy, ambiguous, time consuming,
creative and fascinating process. It does not
proceed in a linear fashion: it is not neat.
Qualitative data analysis is a search for general
statements about relatioships among categories
of data; it builds grounded theory.
(Sumber: Marshall & Rossman, 1995)

Proses analisis data kualitatif


Membaca data
Memilih data
Pengumpulan
data
Aktiviti
penyelidikan
seterusnya

Memaparkan
data

Memperbaiki data dan


membuat kesimpulan

1.Langkah 1 :Membaca data


Meneliti data yang diperolehi untuk mengingat
kembali peristiwa dan pengalaman yang
berkaitan
2.Langkah 2 : Memilih data
Menapis untuk memilih fakta yang penting.
Mengumpul data mengikut kategori/kriteria
Mempermudahkan maklumat yang kompleks

3. Langkah 3 :Mempersembahkan data


Merumuskan data yang terpilih dalam
bentuk yang mudah dipersembahkan,
misalnya grafik
4. Langkah 4 :Menterjemah dan
membuat kesimpulan
Menjalinkan perhubungan antara data
Menerangkan model/teori untuk
menjelaskan situasi

Kawalan kualiti penyelidikan tindakan


1. Mempertimbangakn perspektif alternatif
Menyemak secara silang pemahaman yang
anda perolehi dengan mereka yang terlibat
dalam kajian anda atau penyelidik lain.
A. Perspektif alternatif termasuk:
i. Perspektif orang lain sama ada yang terlibat
secara langsung (murid dalam kelas kita)
atau secara tidak langsung (pemerhati/rakan
kritis)

ii. Perspektif daripada kaedah lain bagi situasi


yang sama, misalnya pemerhatian terus
disokong oleh temubual murid.
iii. Perspektif daripada kajian lain dalam situasi
yang serupa

i.

Pengujian melalui tindakan


Adakah pemahaman yang diperolehi
daripada penyelidikan diuji melalui
tindakan?

Kaedah analisis data dalam


Penyelidikan tindakan
1. Analisis kandungan
Meneliti data yang diperolehi (contoh: transkrip
rakaman
audio
sesi
pengajaran
dan
pembelajaran) dan menggariskan/menandakan
perkara-perkara yang dianggap penting
berhubung dengan persoalan kajian.
Merujuk
balik
perkara-perkara
yang
ditandakan dan menentukan kategori yang
sesuai (contoh: penyoalan guru, pujian, dll)

Melabelkan bahagian-bahagian data dengan


nama kategori atau singkatan/kodnya (contoh:
PY bagi penyoalan, PJ bagi pujian dsb)
digunakan, pastikan koding yang lebih
terperinci digunakan agar punca data
berkenaan dapat dikenal pasti
Contoh:
PJ : TSPP3/2/18
PJ
: Kategori
: Pujian
TSPP3 : Punca : Transkrip Sesi P&P Ke 3
2
: Muka surat ke 2
18
: Baris ke-18

2. Analisis pola
Selepas mengenal pasti dan membuat
pengkodan, penyelidik membuat analisis
berpandukan kepada soalan-soalan berikut:
i. Apakah pola yang dapat dilihat?
ii.Apakah signifikannya pola ini?
iii.Apakah kesan pola perlakuan tersebut?
iv.Sejauh manakah pola serta kesan
daripadanya serasi/sepadan dengan hasrat
guru?
v. Sekiranya kesan pola berkenaan memang
sepadan dengan hasrat guru, apakah teori
yang dapat dirumuskan?

3. Analisis delima
Meneliti data yang diperolehi (khasnya
transkrip temu bual) untuk mencari kes-kes
di mana sasaran kajian menghadapi delima
yang bercorak On one handbut, on the
other hand.
Menuliskan satu pernyataan yang jelas
tentang delima berkenaan
Menjelajah delima tersebut untuk memahami
faktor-faktor yang menimbulkan kesan serta
tahap seriusnya
Mencari penyelesaian

Teknik menyemak data


(Triangulasi data)
Data yang dipungut mesti mempunyai kredibiliti,
maka data perlu disemak untuk menentukan sejauh
manakah ianya boleh dipercayai.
Kaedah yang popular digunakan untuk menyemak
kebolehpercayaan data kualitatif ialah triangulasi.
Beberapa jenis triangulasi
i. Triangulasi masa
ii. Triangulasi metod
iii. Triangulasi sumber
iv. Triangulasi penyelidik

i. Triangulasi masa
Mengumpul data daripada sumber yang sama
dalam satu jangkamasa yang panjang(juga
dikenali rekabentuk longitudinal). Contohnya,
berbincang atau menemubual seorang individu
yang sama mengenai topik yang sama pada
masa yang berlainan.

ii. Triangulasi Metod


Menggunakan kaedah mengumpul data yang
berlainan
ke
atas
subjek
kajian
yang
sama(triangulasi antara kaedah, untuk menguji
kesahan). Contohnya, mengumpul maklumat
mengenai aspek yang sama melalui temu bual,
pemerhatian dan borang soal selidik
Menggunakan kaedah yang sama untuk situasi
yang berlainan (triangulasi dalam kaedahbermaksud mengulang satu kajian untuk menguji
kebolehpercayaan termasuk membut replikasi)

iii. Triangulasi sumber


Mendapat maklumat dan pandangan daripada
sumber-sumber informasi yang berlainan.
Contohnya mendapat pandangan murid, rakan
guru, pemerhatian sendiri, pihak pentadbir,
buku rekod dan lain-lain
Rajah menunjukkan triangulasi tiga penjuru
Perspektif pihak ketiga

Perspektif guru

Perspektif murid

v. Triangulasi penyelidik
Menggunakan lebih daripada seorang
penyelidik untuk mengumpul data
(Sumber: Altrichter et al, 1993; Cohen &
Manion, 1994)