Anda di halaman 1dari 10

Penjagaan kanak-kanak

Ibu bapa bertanggungjawab memberi perlindungan kepada anak. Memastikan


kesihatan anak-anak sentiasa terkawal dan jauh daripada penyakit. Amalan
pemakanan yang seimbang kepada kanak-kanak dan Memastikan anak- anak
mendapat pendidikan yang berkualiti.

Terdapat tiga cara penjagaan kanak-kanak yang telah diperaktikkan oleh ibu bapa
sejak dahulu lagi, iaitu:
otokratik (autoritarian)
Primisif
demokratik

Autoritarian (otokratik)
Ibu bapa yang mengamalkan gaya mendidik cara ini mempunyai:
- harapan yang tinggi kepada anak-anaknya
- sentiasa mengongkong dan menghadkan perlakuan anak-anaknya
- tidak ada masa untuk menerangkan peraturan dan selalu membuat kenyataan
tanpa perbincangan.
- mematuhi arahan tanpa sebarang alasan.
- mementingkan hukuman dan dendaan dalam bentuk fizikal.

* Contohnya: Buat apa yang saya suruh sebab saya suruh kamu.

Kesannya:

Kanak-kanak mudah tertekan dan merasa bimbang

Tidak suka bergaul dengan orang lain


Kanak-kanak tidak bebas memberi pandangan sendiri
Banyak bergantung dan tidak boleh berdikari

Permisif
Ibu bapa yang mengamalkan gaya mendidik cara ini
- merujuk kepada corak asuhan yang pasif
- biasanya tidak mengawal tingkah laku anak-anaknya.
- memberi banyak pilihan dan tanggungjawab kepada anak-anaknya.

Contohnya: Mereka akan belajar melalui kesilapanya.


Kesannya:
Kanak-kanak yang diasuh dengan gaya permisif
Suka bergantung pada orang lain
Tidak matang dan suka mengikut gerak hati
Tingkah laku rosak dan tidak tahu batas sempadan peraturan

Demokratik
Gaya asuhan demokratik lebih berdiplomasi dalam mendidik dan membentuk
tingkahlaku anak-anak.
- Peraturan yang ditetapkan dalam keluarga difahami dan dipersetujui bersama.
- Anak-anak bebas memberi pandangan dan berbincang bersama keluarga
- Hukuman berbentuk fizikal dielakkan
- Jika mahu menghukum, alasan yang munasabah diberikan
- Tujuan hukuman adalah untuk mendidik anak-anak bukan tujuan mendera
- Komunikasi mesra dan terbuka antara anak-anak dan ibubapa wujud.
- Pandangan setiap ahli keluarga dihormati dan diambilkira dalam mengambil

sebarang keputusan.

Contohnya: Kamu telah membuat kesilapan, terlanggar pasu hingga pecah. Cuba
sama-sama fikirkan supaya tidak terlanggar pasu itu.

Kesannya:
Cara gaya asuhan ini akan membentuk kanak-kanak:
Berani berkomunikasi dan menghormati orang lain.
Mesra, penyayang dan stabil dari segi emosi dan tingkahlaku.
Kanak-kanak perempuan berkemahiran berbanding kanak-kanak lelaki.

Penderaan kanak-kanak
Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal, emosi, penderaan
seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk
eksploitasi atau komersial.

Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan


termasuk :
Penderaan fizikal
Penderaan seksual
Penderaan emosi
Pengabaian

Penderaan fizikal
Kecederaan fizikal :(dari kecederaan ringan sehingga
kecederaan teruk seperti patah atau kematian).
Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan,
goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan
(menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau
apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.

Penderaan Seksual
Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak
orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan
boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:

Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang


bertentangan dengan undang-undang.

Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar


lucah.

Penderaan emosi
Penderaan emosi sukar untuk dibuktikan
kebiasanya berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti seperti:

Tabiat suka mengenakan orang lain.

Memperkecil dan memalukan.

Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelaplucah.

Pengabaian
Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana orang dewasa tidak
memberi keperluan asas

Fizikal - (contohnya, kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan,


tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang teliti)

Perubatan - (contohnya, kegagalan untuk memberi rawatan atau perawatan kesihatan


mental)

Pendidikan dan penyeliaan - (contohnya, kegagalan untuk memberi pendidikan atau


menawarkan perkhidmatan khas)

Emosi
-Kurang perhatian terhadap keperluan emosi kanak-kanak.
- Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi.
- Membenarkan kanak-kanak untuk minum alkohol atau menggunakan dadah.