Anda di halaman 1dari 1

Kisah Pendayung dan Seorang Professor:

Alkisahnya, seorang pendayung membawa seorang proffesor menaiki sampan untuk ke sebuah
destinasi yang tidak diketahui..
kemudian proffesor ini memulakan perbualan dengan bertanyakan pada si pendayung ni..
" pakcik... pakcik ni dulu sekolah mana? tahu membaca atau menulis ke tak?"
jawab pakcik itu.. " tidak ... saya memang tidak pandai membaca dan menulis.. saya tidak
pernah bersekolah.."
maka proffesor itu menyambung.. " sedarkah pakcik bahawa pakcik telah kehilangan separuh
dari kehidupan pakcik!"
pakcik itu mendengar dan membisu.. dan terus mendayung sampan..
selang seketika, proffesor bertanya lagi.. " pakcik, adakah pakcik mempunyai simpanan
kewangan yang disimpan setiap bulan untuk simpanan masa hadapan?"
pakcik itu terus menjawab.. " manalah saya sempat menyimpan.. hidup saya hanya kais pagi
makan pagi.. kais petang makan petang..."
dan professor itu terus menyambung.. " oh.. kalau begitu , pakcik kehilangan separuh lagi
kehidupan pakcik!"
menjadikan tiadalah lagi kehidupan.. sebab kesemuanya telah hilang!
pakcik terus membisu dan teruskan mendayung... tiba tiba, perahu yang dinaiki mengalami
kebocoran! air mula memenuhi setiap ruang di dalam perahu tersebut, dan perahu itu tidak
dilengkapi segala peralatan keselamatan lansung, mereka menjadi panik
tiba tiba pakcik itu bertanyakan kepada professor tersebut.. " Prof... adakah professor tahu
berenang?"
prof itu menjawab dalam panik... " tidak! saya tidak tahu berenang!"
dan pakcik itu lantas menjawab.. " oh, kalau begitu, professor akan kehilangan SELURUH
kehidupan professor!"
haaa... moral of the story.. walau siapa pun kita, walau apapun pangkat kita,
masing masing telah dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing masing..
tidak perlulah kita mencari kelemahan orang lain kerana diri kita juga mempunyai kelemahan
tersendiri..
begitu jugalah keupayaan kita yang berbeza beza... setiap orang yang lahir mempunyai
keupayaan tersendiri yang mungkin tak dipunyai oleh orang lain..
maka.. marilah kita sama sama menghormati sesama kita.. 'respect each other' kata omputih..
memberi dan menerima..'give and take' dalam bahasa inggeris..

Anda mungkin juga menyukai