Anda di halaman 1dari 46

LATIHAN 1

Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat
dicapai sekiranya murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai
sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya.
Murid-murid tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau
mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan
seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah menyesal pada masa hadapan
disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
bak kata orang tua-tua sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang
sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru
sedang mengajar di bilik darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang
guru sedang mengajar sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat
diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah
mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah
disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara
aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat
mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa bosan
dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati apa-apa yang disoal atau
ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau yang saya ulangi. Saya juga
akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya
akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan
bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya
kurang fahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah
mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan
adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan
sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.
Tegasnya, memberi tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan
menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah
satu langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan
menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas
sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian
kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar
menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang

mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap
sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu
belajar yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana
peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula,
kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang
telah membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat
persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang
kepada pepatah masa itu emas dan masa yang lalu tidak akan kembali maka
mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan.
Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk
membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan,
saya akan membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji
pelajaran secara berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu,
practice makes perfect. Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu,
maka ungkapannya akan menjadi, praktis asas kecemerlangan. Kedua-dua
ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu membuat
latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam hidup.saya
akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji
sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara
tidak langsung saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam
peperiksaan. Saya juga akan membuat ulang kaji secara berterusan bak kata
pepatah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain dan sedikit-sedikit ,
lama-lama jadi bukit. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan
membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan saya tidak akan
ketinggalan dalam pelajaran dan terutamanya dalam mata pelajaran sains.
Tegasnya, saya membuat lebih banyak latihan dan jika saya mengulang kaji
pelajaran secara berterusan, pasti saya akan mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru
di sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas
tuisyen tetapi saya juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada
guru-guru di sekolah kerana bak kata pepatah malas berkayuh perahu hanyut,
segan bertanya sesat jalan. Malahan, jika saya tidak memahami sesuatu topik
yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya bertanya kepada
guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu
topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga akan
menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama
yang telah diajar di pusat tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di
samping itu, saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga
membantu saya untuk mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan. Saya akan
menyertai segala program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah
seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan
dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai dalam program-program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan
latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya

dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan


salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah
putus asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam
sesuatu buat kali pertama dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguhsungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip,
gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Saya juga akan tabah apabila
terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seseorang yang
ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya,
tentu dia telah memenuhi kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu
tentu ada kekangan yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat
penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan
mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya
perlu bersikap sabar, tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan dan sayatidak akan mudah putus asa untuk
memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa
saya dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, Tuhan
hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa,
Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak
pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana
saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya akan
selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan
berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa
dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya
sekali pun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang
saya ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya.
Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh
sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang
menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan
saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala
pemberianNya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkahlangkah yang telah saya tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang
dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan
pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-gelita.
Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa depan
kita, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar
berungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat
genggam bara api biar sampai jadi arang.

LATIHAN 2

Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat.


Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.
Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan,
ke kiri atau memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah
jiran. Betapa pun kita mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun jarak yang
jauh menyebabkan pergantungan kita terhadap jiran lebih besar berbanding dengan
orang yang dekat dengan kita sejak lahir. Menurut perspektif Islam, konsep jiran
meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau
keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat kejiranan pula
membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan
bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti
hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup
berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama
atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Jiran Sepakat Membawa
Berkat. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan
mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam
melakukan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang
dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota
masyarakat, semakin meluntur. Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya
ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar
diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh
masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar
nilai yang berharga ini tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu
bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau
masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak
menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti gotong-royong, semua
penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti
yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat
berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus
membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan
dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan
bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan
secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan
hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
secara bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan
tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik.
Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama
jiran. Mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti .
Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk
mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti
gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.

Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau role model yang baik
kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan
dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti aur dengan
tebing atau ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni dan hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah untuk mencapai keberkatan dalam hidup.
Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai
semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka.. Apabila mengambil
berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka
atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu
masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya
dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana,
dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan
masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan bantuan orang lain.
Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan
bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital,
memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan
bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut
mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi
suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis
rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan
sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu
bapa boleh membawa anak-anak bersama. Dalam majlis tersebut, masyarakat
dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka
juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya
khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu,
masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing
di negara ini. Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari
Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah
dijadikan acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis
rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih
dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormatmenghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan.
Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu
mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat
yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam
kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan
semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa
digalakkan membawa anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-masa
yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui masalah dan
kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan
bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni
walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran

kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau


mendapat kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap
ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan
hidup diibaratkan seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata
memandang, berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah
berpegang teguh pada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Jadi,
melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang
dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih
selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang
ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh
menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk
memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri
dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan
aktiviti Hari Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat
setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi
pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh
menyertai permainan yang disediakan. Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan
kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat
setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau
pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli.
Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti
Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung,
Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan
Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan
kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadiankejadian yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan
sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur
dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling
membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan
penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial
sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat
kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang
prihatin dan mmmembentuk perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di
mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu
jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan
yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan
menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita
perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita
berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan
kata Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita
sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini.
Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam
kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum
akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa
berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya

negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang
maksudnya, Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada
seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali.

LATIHAN 3
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada
telah membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg
berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya.
Perpaduan kaum yang terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu
pencapaian negara yang amat membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini
dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka mempunyai semangat
patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau bagaimanapun,
masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia sehingga
mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat
dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah
pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato
Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang
bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh
itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan
semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu
bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anakanak. Ibu bapa seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempattempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke
Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat pelbagai barang dan bangunan
tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak
untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan
seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat
bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan
sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat
yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak
bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan
hubungan silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang
bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa
sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan
sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta
akan negara kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan,
anak-anak dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Bukubuku sejarah dan novel dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam

jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai isi kandungan yang


berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan bahawa usaha ibu bapa
dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh
itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya
buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan
patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak.
Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti,
mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal
benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan
dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role model atau suri teladan
kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan,
amalan, pertuturan dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal
yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif
kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera di
rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan terhadap negara.
Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara kerana perbuatan
sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi
diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang
tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu
bapa boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah
tentang Sejarah Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah
melakukan usaha dengan sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat
menjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu
bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda
yang berwawasan.
Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwaperistiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi
melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak
masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa
kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela,
Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa bolehl
juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa mereka
menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak
yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang
berbanding dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anakanak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumatmaklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai
maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan setelah
itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan
belajar sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa
mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau kesempatan
untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak mengenai
topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana
alah bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang

pernah didengarnya terutama tentang sejarah negara. Tegasnya, ibu bapa perlu
melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang
bersemangat patriotik.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutansambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16
September dan sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini,
semangat patriotik dapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila
anak-anak dapat bersama-sama mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi
sajak serta mendengar cerita-cerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air
untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan
sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan
sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan dapat
dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka
bahawa banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat
Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita
akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain dan
berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara
kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat
patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut
hari Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat
patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa tiada anugerah
yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi
pekerti yang mulia. Hal ini amat jelas membuktikan betapa besarnya
tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan personaliti anak-anak.
Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi
melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan
berwawasan.

LATIHAN 4
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup
sihat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko
penyakit jantung pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia
mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap
rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil
lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan
senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko
penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan
sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara
umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang

melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah
peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan
anak-anak mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang
mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu
karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah
sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar,
khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa
digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak,
sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa
kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh
anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan
mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk
minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah
memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk
amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama
anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan
antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam
mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu
melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak
mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti
senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali
seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging,
berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa
yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu
petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan
beriadah, mreka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental
bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah
melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya
hidup sihat dapat dipupuk.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan
kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa
digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurangkurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan
adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di
peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi
moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan
ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik
dan mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu
bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa
mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat serta pengesahan tentang
penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak
mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan.

Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk


amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan
kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada
sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian
bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup
seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah
mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti
mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik
agar tidak dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih
semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek
berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus dilentur
sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar dapat membentuk gaya hidup yang
sihat apabila mereka dewasa kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu
bapa juga perlu mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan
persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya
hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa
menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung
minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga
boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman perumahan
dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran
mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agenagen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempattempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga
ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan
cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak
mereka sekaligus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.
Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang
lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan
masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi
dengan efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan
biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan
menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu
dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa
mengamalkan cara berkomunikasi berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan
jiran tetangga serta mengamalkan ibadat mengikut agama masing-masing akan
memberi impak psikologi yang positif.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh
seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran
yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut
yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden

yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat ,kekangan di tempat kerja


memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu
bijak menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan
daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu
kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif
seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.
Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat
yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik
dan pesanan yang sering meransang anak-anak ke arah positif menangani cabaran
merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.
Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu
bapa perlulah membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara,
jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita siha, tetapi bagaimana pula
dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya
anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya
membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia.
Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita
dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada
diri pesakit itu untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan
menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati
terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur
atas kurniaan sebuah badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita,
khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat
mengurnagkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan
menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan
amalan gaya hidup yang sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan
agar anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anakanak juga perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula
organ-organ dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia
remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur
dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur
selepas tengah malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan.
Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak
bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi
mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh
diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak
masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk
amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat
yang secukupnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan
rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkahlangkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin

generasi akan datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya
penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya
dapat dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang
dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia
yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

LATIHAN 5
Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.
Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya
masyarakat kita?
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia
dalam kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi,
momentum arus terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu,
generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anakanak masih kecil lagi. Amalan menabuing ini diharapkan terbawa-bawa sehingga
dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab untuk
memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan
itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik
rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam
memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan
amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini
sebagai budaya keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang
paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. Anak ibarat
sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam.
Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan
anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke
dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan
ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
boleh mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada
wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat
dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anakanak tahu akan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat
ini dalam kalangan kanak-kanak sebelum kudis menjadi tokak.
Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anakanak sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata
dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka

amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah


dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu
bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan
menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak.
Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang
berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai
mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan
membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan
tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini
lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa
anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuknunjuk. Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak
membazir. Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi
penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu,
ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap
pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga
yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya
supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang-orang di sekeliling
walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan .Mereka inilah yang
berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan
hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif
tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri
anak-anak.
Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak
dan harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak
menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara
penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan
anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak
merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke
arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih
bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan
meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk
masa depan mereka kelak. Kata orang tua, semua orang memerlukan pujian.
Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka
melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan
keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa
dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan
menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan
cara ini dapat memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti
murai berkicau hari siang.
Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan
yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap
menabung. Mereka harus menabung wang bersama dengan anak-anak. Ibu bapa
perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada setiap bulan, mereka
menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa

menyimpan wang akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut


oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa.
Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan
tabiat menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela
hati untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang yang boros dan
tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya
imej yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga
mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan
api; jika berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum,
Kawan merupakan magnet sakti yang boleh mempengaruhi anak-anak yang
berusia seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan
mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng
iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan
mengaburi mata, bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Oleh itu, ibu
bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan
tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak
hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa
memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung
akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu
mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam
memastikan amalan menabung manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina
mengatakan Jikalau tiada wang semua kerja tak terjadi. Peribahasa Melayu pula
menunjukkan ada padii semua jadi, ada beras semua deras. Gambaran ini
menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman globalisasi yang
mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung dan
menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi muda
barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui negara pada masa
depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. Air
bersih, ikannya jernih

LATIHAN 6
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga.
Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan
doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap

anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak,
anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam
kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah
bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu
anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim
rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci
keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih
sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan
rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini
demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada
masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang
berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan
pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan
rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap rumahku
syurgaku. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa
gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada
tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak
membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi
perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anakanak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan
harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah
dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja
mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih
mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk
membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak
bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap
rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk
belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap
rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada
anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak
kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak
dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan
dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang
cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat
pendidikan agama dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini
perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan
warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu
bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan
dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi

anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai


seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan
agama dan moral yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah
memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap
untuk anak-anak belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap
pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk
belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap
anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata
pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan
pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau
tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan
anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah
menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu
bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran
buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak
langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini
boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku
tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa
pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang
dengan pihak sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang
anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di
sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru
kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi
masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera
untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat
diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu,
ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh
anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi
pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah
mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar
perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam
diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat
menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam
pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang
masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guruguru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan
untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap
masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang

memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti sukar


untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial
sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang
besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

Latihan 7
Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius. Huraikan pendapat
anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan tuliskan
cadangan-cadangan tentang peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut.
Masalah gejala sosial semakin meruncing di negara kita sejak akhir-akhir ini.
Dalam surat khabar sering dipaparkan berita tentang golongan remaja yang terlibat
dengan gejala sosial ini. Gejala sosial dapat ditakrifkan sebagai satu kemelut sosial
dan kekeliruan yang timbul dalam kalangan remaja akibat daripada perkembangan
sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini. Contoh gejala sosial yang
berlaku ialah ponteng sekolah, remaja lari dari rumah, penagihan najis dadah,
vandalisme gengsterisme dan melepak. Masalah gejala sosial ini telah menjadi
perdebatan hangat dalam kalangan pemimpin sehingga menimbulkan kebimbangan
tentang masa depan para remaja. Menurut Hujatul Islam, Imam Al-Ghazali dalam
bukunya Ihya Ulumuddin, sekiranya kita ingin melihat masa depan negara, maka
lihatlah pada diri remajanya. Seandainya baik diri remaja maka baiklah masa depan
negara. Sebaliknya, buruk diri remaja maka hancurlah masa depan sesebuah
negara. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan gejala sosial ini dan
apakah cadangan-cadangan untuk menangani gejala sosial ini?
Salah satu punca yang menyebabkan gejala sosial ialah ibu bapa yang
terlalu sibuk dengan kerjaya dan urusan seharian. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa
tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga. Keadaan ini
menyebabkan anak-anak berasa dirinya kurang diambil berat dan kurang diberi
perhatian oleh kedua-dua ibu bapanya. Sebagai contoh, ibu bapa tidak mempunyai
masa untuk bertanya masalah anak-anak sama ada di sekolah ataupun di rumah.
Apa yang menyedihkan, terdapat ibu bapa yang tidak bekesempatan langsung
untuk berbual-bual mesra dengan anak kerana semasa keluar untuk bekerja terlalu
awal dan apabila balik dari kerja, hari sudah malam dan ada kemungkinan anakanak telah memasuki untuk tidur. Ibu bapa mungkin bertembung sebentar semasa
bersarapan. Keadaan ibu bapa yang sibuk boleh mewujudkan kerenggangan antara
ibu bapa dengan anak-anak kerana anak-anak tidak mendapat sepenuh belaian
kasih sayang daripada ibu bapa. Menurut pakar psikologi, remaja yang tidak
mendapat belaian kasih sayang daripada ibu bapa mudah terlibat dalam masalah
gejala sosial seperti ponteng sekolah, melepak dan menonton video lucah. Jelasnya
anak-anak berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian ibu bapa.
Selain itu, masalah gejala sosial berlaku kerana ibu bapa tidak memberikan
didikan agama yang sempurna kepada anak-anak. Hal ini berlaku disebabkan oleh
ibu bapa tidak mengambil berat tentang didikan agama terhadap anak-anak.
Terdapat sesetengah ibu bapa yang mengharapkan pihak lain terutamanya pihak

sekolah dan guru memberikan didikan agama kepada mereka. Pengabaian


pendidikan agama akan menyebabkan remaja tidak mempunyai asas panduan
hidup dengan kukuh. Sebagai contoh, remaja mungkin hidup dalam keadaan
terumbang-ambing. Mereka tidak dapat menilai baik buruk sesuatu perkara yang
dilakukan oleh mereka. Remaja juga sanggup melakukan apa-apa sahaja dan
mudah terpengaruh dengan situasi yang kurang sihat. Kecetekan ilmu agama ini
menyebabkan remaja kurang kesedaran dan keinsafan diri sehingga menyebabkan
mereka mudah terjerumus dalam gejala sosial. Jelasnya, ibu bapa yang tidak
memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak turut menyumbang
berlakunya masalah gejala sosial.
Di samping itu, ibu bapa yang sering bergaduh dan bertengkar di hadapan
anak-anak turut menyumbang kepada kepincangan institusi keluarga sehingga
menyebabkan gejala sosial dalam kalangan remaja. Ibu bapa yang sering bergaduh
di hadapan anak-anak boleh menyebabkan anak-anak berasa bosan dan
menghadapi tekanan di rumah. Rumah bagi anak bagaikan neraka kerana anakanak tidak dapat menikmati kedamaian atau ketenangan di rumah. Anak-anak akan
menganggap ibu bapa tidak lagi mengambil berat tentang keadaan diri mereka.
Suasana ketegangan seperti ini menyebabkan wujudnya kerenggangan hubungan
antara ibu bapa dengan anak-anak. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila
kedua-dua ibu bapa bercerai-berai. Apatah lagi sekiranya, ibu bapa tersebut telah
berkahwin lain dan telah mempunyai anak dengan pasangan lain. Anak-anak hasil
perkahwinan yang pertama ini akan menjadi mangsanya. Mereka kehilangan kasih
sayang ibu bapa dan hidup tanpa belaian kasih sayang seorang ayah atau ibu.
Keadaan inj boleh menyebabkan jiwa anak-anak memberontak dan sebagai jalan
keluar, anak-anak mungkin mencari seseorang untuk meluahkan perasaan dan
melepaskan tekanan yang dihadapinya. Sebagai contoh anak-anak yang kehausan
kasih sayang daripada ibu bapa ini akan mudah terpengaruh oleh ajakan rakan
sebaya yang tidak baik. Keadaan ini boleh membawa anak-anak atau remaja
terjerumus dalam kancah gejala sosial. Tegasnya, kehidupan rumah tangga yang
tidak aman, sering bergaduh dan berpecah-belah turut menyebabkan anak-anak
terlibat dalam masalah gejala sosial.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang turut
mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah gejala sosial. Ibu bapa yang terlalu
sibuk dengan kerjaya biasanya tidak ada tumpuan terhadap keluarga. Keadaan ini
menyebabkan anak-anak berasa kesunyian kerana tidak ada tempat untuk
mengadu atau menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh sebab itu,
anak-anak akan mencari seseorang teman atau rakan sebaya untuk menceritakan
masalah mereka. Remaja yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan
tidak mendapat asas didikan agama akan lebih mudah terpengaruh oleh ajakan
rakan sebaya. Menurut pakar psikologi, anak-anak remaja lebih mudah meniru,
mencontohi dan terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya kerana mereka mempunyai
nilai, sikap, identiti dan perasaan yang hampir sama. Kumpulan rakan sebaya ini
biasanya mempunyai prinsip dan setiap ahli kumpulan akan akur dan patuh kepada
kumpulan tersebut. Kebanyakan remaja berasa bimbang kerana disingkirkan
daripada kumpulan rakan sebaya. Oleh sebab itu, remaja sanggup melakukan apaapa sahaja kehendak anggota kumpulan rakan sebaya. Sebagai contoh, seandainya
rakan sebaya mereka melepak atau ponteng sekolah, remaja tersebut sudah pasti
mencontohi kelakuan tersebut. Dalam hal ini, nasihat ibu bapa tidak akan ambil

peduli. Sekiranya, ibu bapa memarahi mereka, remaja ini sanggup lari dari rumah
mengikuti rakan sebaya mereka. Jelasnya pengaruh rakan sebaya yang tidak baik
turut menjerumuskan remaja dalam masalah gejala sosial.
Untuk menangani masalah gejala sosial ini, ibu bapa perlulah memberikan
sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap rumah tangga dan anak-anak. Ibu bapa
perlulah memberikan kasih sayang dan mengambil berat tentang anak-anak. Ibu
bapa juga perlulah selalu berhubung dengan pihak sekolah untuk menanyakan
perkembangan diri anak-anak dan pelajaran mereka di sekolah. Selain itu, ibu bapa
juga perlu mewujudkan suasana rumah tangga yang aman damai agar anak-anak
dapat menyatakan rumahku syurgaku. Ibu bapa juga perlulah mengelakkan
pergaduhan di hadapan anak-anak supaya anak-anak akan menghormati mereka.
Ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak agar anak-anak dapat
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. Bak kata pepatah bagaimana acuan,
begitulah kuihnya. Apabila wujud kasih sayang terhadap anak-anak, anak-anak
akan berasa diri mereka dihargai dan diambil berat. Ibu bapa yang berjaya
memahami jiwa anak-anak dan ditambah pula dengan kemahiran keibubapaan
mampu wujudnya sebuah rumah tangga yang bahagia. Suasana ketenangan dan
dilimpahi kasih sayang dapat menjadi tarikan kepada anak-anak agar tidak
terjerumuskan diri dalam gejala sosial atau terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya
yang tidak sihat.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memberi didikan agama yang
secukupnya kepada anak-anak sejak kecil. Bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Anak-anak
ibaratkan seperti sehelai kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan warna pada
kain putih tersebut. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah memberi didikan agama
kepada anak-anak agar anak-anak dapat menghayati ajaran agama dan nilai murni
dalam kehidupan. Didikan agama yang sempurna mampu membentuk
keperibadian dan budi pekerti yang mulia kepada anak-anak. Sebagai contoh, anakanak akan sentiasa menyedari akan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak
kerana mereka memiliki keinsafan dan kesedaran diri yang tinggi. Anak-anak akan
sentiasa bertutur dengan cara lemah lembut dan penuh hormat terhadap ibu bapa
dan orang yang lebih tua. Anak-anak yang ada asas didikan agama sentiasa akan
menjaga tindak- laku dan tidak akan meninggalkan solat dan mereka akan
membesar sebagai seorang remaja yang mempunyai pinsip dan jati diri serta tidak
akan terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak sihat. Jelasnya, didikan
agama yang sempurna mampu melahirkan anak-anak yang keperibadian mulia dan
mereka akan berasa malu sekiranya mereka melakukan sesuatu yang boleh
mencontengkan arang ke arah muka ibu bapa.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah mengambil berat persahabatan anakanak mereka dengan rakan sebaya. Hal ini demikian kerana ibu bapa boleh
mengawal disiplin mereka. Ibu bapa perlulah memastikan anak-anak bergaul
dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia. Dalam hal ini, ibu bapa perlu
mengetahui tujuan dan sebab-sebab anak-anak mereka keluar rumah dan balik
lewat ke rumah. Ibu bapa juga jangan terlalu memberi kebebasan yang keterlaluan
dalam bergaulan untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan anakanak yang bermasalah di sekolah atau di luar sekolah. Selain itu, ibu bapa juga
perlulah selalu berhubung dengan guru-guru kelas atau guru pelajaran anak-anak

mereka di sekolah untuk mengetahui tingkah laku dan prestasi akademik mereka di
sekolah. Menurut seorang Ahli Fikir Islam, Ibn Sina, hendaklah setiap ibu bapa
meletakkan anak-anak mereka dalam kalangan anak-anak kelakuannya yang
berakhlak mulia. Anak-anak yang sentiasa dikawal oleh disiplinnya dan
pergaulannya oleh ibu bapa sejak kecil, anak-anak ini akan membesar dalam
suasana yang baik dan berbudi pekerti mulia.
Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa masalah
gejala sosial memang merupakan salah satu masalah yang meruncing dan perlu
ditangani segera oleh semua pihak terutamanya ibu bapa. Ibu bapa sebagai ketua
keluarga perlulah bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap anak-anaknya.
Saya berharap anak-anak juga perlulah mempunyai kesedaran dan keinsafan serta
tahu menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka.
Tegasnya, masalah gejala sosial perlu ditangani daripada peringkat akar umbi agar
tidak menjadi barah dalam masyarakat sehingga menjejaskan nama baik negara di
persada masyarakat.

Latihan 8
Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.
Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah
anak-anak.
Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan
universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama
bagi mereka . Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli
keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah
anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak
ternilai . Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman
dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan
sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak mereka. Anak-anak ibarat
sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.
Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan
sahsiah anak-anak ?
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan
sahsiah anak-anak dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri
anak-anak . Pepatah sering menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari
rebungnya . Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan agama perlu
diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat membuka
minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif .
Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara baik
dan buruk perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga akan
membesar dengan perpandukan ajaran agama . Didikan agama yang sempurna
merupakan benteng yang ampuh untuk mengelakkan anak-anak terjebak dalam
kancah gejala sosial. Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang

mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan
akhlaknya . Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama
yang kuat, anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu
satu tong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah bahawa pendidikan agama
yang secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak.
Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri
teladan kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang
baik . Hal ini demikian kerana anak-anak yang berusia setahun jagung memang
mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih dewasa
daripadanya. Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki
sahsiah yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh anak-anak
kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi . Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang lebih dewasa rajin
membaca , sudah pasti anak-anak yang terdidik dalam suasana demikian akan
mencontohi perbuatan ahli keluarga yang gemar membaca. Tokoh-tokoh pujangga
pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau ,
terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang dimainkan
oleh sesebuah keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu bapa perlulah
menjadi suri teladan yang boleh dicontohi anak-anak . Ibu bapalah yang akan
mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal. Sekiranya corak yang dilakar
menarik dan cantik , maka akan baik dan eloklah pembentukan akhlak anak-anak.
Anak anak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan
sesekali cuba melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang atau menjatuhkan
maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling
bekerjasama dan berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah
mulia . Dalam hal ini , ibu bapa perlulah memberikan sepenuh kasih sayang kepada
diri anak-anak bagai menatang minyak yang penuh agar anak-anak tahu
menghargai hidup untuk saling berkasih sayang . Ibu bapa perlu meletakkan
panggilan manja untuk anak-anak seperti panggilan Kak Long atau Abang Long bagi
anak sulung dan Kak Ngah atau Abang Ngah bagi anak kedua supaya kemesraan
dan kasih sayang sesama ahli keluarga tidak luput. Budaya terima kasih juga perlu
diajarkan kepada anak-anak supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain
setiap kali menerima bantuan. Ibu bapa juga hendaklah melatih anak-anak
bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara dan kerja rumah agar anak-anak
membesar dalam suasana yang saling bekerjasama . Perbuatan seperti ini akan
terbawa-bawa apabila anak-anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri.
Jelasnya, ibu bapa yang berperanan untuk mewujudkan kerjasama dan kasih sayang
dalam kalangan ahli keluarga akan dapat melahirkan warga yang bersatu-padu dan
saling menghormati.
Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana
dan bertanggungjawab . Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah
supaya anak-anak lebih bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang
pengurusan diri seperti membasuh baju, menggosok pakaian dan menyimpan baju
dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar supaya bersifat sederhana dan

bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah mereka . Hal ini amat penting
untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki . Ibu
bapa juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di rumah agar
anak-anak dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan tidak boros
dalam berbelanja . Anak-anak yang sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana
akan membesar sebagai seorang yang sederhana sikapnya , tidak sombong dan
tidak berlebihan dalam sesuatu perkara. Anak-anak juga melakukan sesuatu
dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini penting
bagi melahirkan generasi masa depan yang berpandangan jauh. Tegasnya ,
pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa
mendidik anak-anak tentang cara hidup yang sederhana dan bertanggungjawab .
Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anakanak khususnya anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu bapa
perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui
latar belakang rakan sebaya anak-anak. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
memberikan pengaruh yang besar terhadap masa depan anak-anak kerana anakanak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau
kelakuannya kerana mereka mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir
sama. Ibu bapa tidak wajar memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada anakanak . Hal ini demikian kerana anak-anak yang diberi kebebasan penuh oleh ibu
bapa dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan tidak bermoral yang boleh
menconteng arang di muka keluarga . Oleh itu , ibu bapa perlulah mengenal pasti
perubahan yang berlaku terhadap anak-anak pada setiap masa agar ibu bapa boleh
bertindak lebih awal, bak kata pepatah , beringat sebelum kena , berjimat sebelum
habis. Ibu bapa perlulah mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan
atau bersahabat dan mengetahui tujuan anak keluar rumah dan balik lewat ke
rumah. Sekiranya ibu bapa bertindak awal , sudah pasti masa hadapan anak-anak
dapat diselamatkan. Jelasnya , ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi
gerak-geri anak-anak agar dapat melahirkan anak yang berperibadi mulia .
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk
melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik , ibu bapa perlulah menyedari akan
tanggungjawab untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia . Setiap ahli
keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu
keibubapaan . Hal ini penting kerana pembentukan sahsiah anak-anak harus
bermula dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa harus membetulkan diri mereka
terlebih dahulu agar anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan dan
keperibadian mereka. Tegasnya, rumah tangga merupakan kebun yang subur untuk
melahirkan insan yang berjiwa luhur dan bersahsiah mulia.
Latihan 9
Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja
belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting
untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu.

Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat
tersebut.
Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk
menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana
anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan yang
ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan animasi
kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan seperti bukubuku motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat, Solusi,
Dewan Budaya, Al Islam, dan Anis kurang diminati malah ada dalam kalangan
mereka yang tidak tahu akan kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka
berpendapat bahawa membaca karya-karya ilmiah dianggap berat dan
membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan majalah atau
buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana
pembacaan bagi mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa
senggang sahaja. Apa pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci kepada
khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan yang penting untuk melahirkan
anak yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya,
apakah modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?
Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah
membawa anak-anak ke pesta buku atau pameran buku seperti Pameran Buku
Antarabangsa di PWTC yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa membawa anak-anak
ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan bercambah. Anakanak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta menyeronokkan
untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai dan
diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anakanak agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina pemikiran
atau minda anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk membaca
buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan sebagainya.. Hal
ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anakanak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang
memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am
anak-anak tentang Negara luar.Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak
mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan
minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan
seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam
aspek membaca. Justeru, ibu bapa hendaklah memulakan budaya membaca di
rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat anakanak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku
dan surat khabar pada setiap hari terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu
bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana
pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah
kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa
lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak

anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa
boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu
semua ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi
seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri tidak betul.
Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah
anak-anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka
membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa harus
menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak kerana anak-anak akan
menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak
kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke
udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan
membeli banyak buku atau majalah yang yang mengandungi ilmu pengetahuan
yang boleh mengembangkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa
membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak membaca, sudah tentu
pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah
membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan
Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar
yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk
membaca buku-buku dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan
pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan
yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak yang
disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat membina jati diri unggul,
mempunyai minda sihat, berketerampilan sebagai orang berilmu dan
berpengetahuan tinggi. Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku
sempena hari lahir atau hadiah sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau
peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan
buku-buku motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan
diri anak-anak. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa
ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia
buku. Tak kenal maka tak cinta.
Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak membaca
buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui
penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan
mengetahui perkembangan buku yang terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh
menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai
perkara yang berkaitan dengan buku . Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat
membezakan bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan yang tidak berkualiti.
Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan
minda seseorang dalam mengeluarkan pendapat atau melakukan tindakan. Selain
itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak menyertai Kempen Galakan
Membaca dan Kembara Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan
menghadiri kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat
kesedaran tentang pentingnya membaca malah ibu bapa turut memperoleh
manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa perlulah membawa anak-anak menghadiri
kempen-kempen membaca dan menggalakkan anak-anak menyertai ahli kelab buku

agar anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat membentuk anak-anak


menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi
bahan-bahan ilmiah yang menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel
karya agung, kamus, buku- buku agama, dan buku motivasi diri selain buku
pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat anak-anak untuk
membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut. Ibu bapa juga hendaklah
memainkan peranan dan memastikan anak mereka membaca buku-buku yang
disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anak-anak juga digalakkan untuk
membaca surat khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah
buku pada setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi
dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang
disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang banyak. Buku-buku dan
majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini
tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan
minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa
yang berjaya. Apabila anak-anak sudah biasa didedahkan untuk membaca surat
khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada setiap minggu, anak-anak akan
biasa berbuat demikian dan menjadikan membaca sebagai amalan rutin harian
kerana alah bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada masa
terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas. Tambahan
pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa anakanak ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.
Perpustakaan awam memuatkan berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu
pengetahuan anak-anak. Malahan, apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam,
mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap, aman, damai dan
tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke perpustakaan
awam dan menyediakan perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah
dengan membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan
sumber ilmu yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun,
terdapat remaja yang yang menyalahgunakan internet seperti melihat gambargambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah merupakan pembimbing kepada
anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk
mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di kedai-kedai buku
berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah
supaya boleh melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang
diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal
ini disebabkan mesej-mesej yang terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting
dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang
memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan
ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak
mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh

hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan
minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta
dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di
depan mereka pada masa depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya, Muqaddimah,
pernah berkata bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap
kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna kepada manusia dan
bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Latihan 10
Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
harapan mereka itu tercapai.
Anak-anak yang sihat serta memperlihatkan kecemerlangan diri merupakan
idaman setiap ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa bertanggungjawab penuh untuk
merealisasikan hal tersebut. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anaknya menjadi
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mereka perlu berusaha
untuk merealisasikan impian itu dengan mengaplikasikan kemahiran keibubapaan
ke tahap yang paling optimum. Jika hal ini dipraktikkan, harapan untuk memiliki
anak-anak yang berguna akan dapat direalisasikan. Persoalannya,apakah usahausaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka
tercapai?
Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah mewujudkan suasana
kekeluargaan yang saling berkasih sayang. Ibu bapa haruslah memahami bahawa
anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka. bu bapa boleh
mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan kata dan perbuatan yang
secukup kepada anak-anak agar anak-anak berasa diri mereka diambil berat dan
tidak diabaikan oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa haruslah memberikan pujian
kepada anak-anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan
mengucapkan kata-kata positif apabila anak-anak mendapat keputusan yang
cemerlang. Hal ini penting kerana sepatah kata yang positif daripada ibu bapa
dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan serta motivasi kepada anakanak untuk terus berusaha mencapai kejayaan kerana pepatah menyatakan rajin
dan usaha, tangga kejayaan.Kajian menunjukkan bahawa punca kebanyakan anak
menjadi sampah masyarakat adalah kerana keadaan rumah tangga yang porakperanda di samping sikap ibu bapa yang materialistik dan mementingkan kerjaya
.Sebagai contohnya,banyak ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab mendidik
anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini menyebabkan anak-anak
berasa tersisih dan diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif.
Tegasnya,anak-anak akan menjadi insan yang berguna kepada keluarga,
masyarakat, agama, dan negara jika keluarga yang saling berkasih sayang dan
mengambil berat dapat diwujudkan.

Selain itu,untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna juga,


ibu bapa perlu menyediakan kediaman yang menepati konsep Rumahku Syurgaku
demi keselesaan anak-anak. Ibu bapa perlulah mewujudkan rumah tangga yang
aman dan damai supaya anak-anak berasa tenang ketika berada di rumah. Setiap
ibu bapa perlulah mengelakkan pertelingkahan di hadapan anak-anak. Ibu bapa
hendaklah mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut agar anak-anak mendengar
segala arahan dan nasihat daripada ibu bapa. Bagi mewujudkan keselesaan dalam
rumah tangga, ibu bapa perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk ahli
keluarganya seperti bilik tidur yang mencukupi, bilik untuk anak-anak belajar dan
bilik untuk anak-anak menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah terbukti
bahawa anak-anak yang tinggal di kediaman yang kurang selesa cenderung untuk
melepak dan sesetengahnya tidak pulang ke rumah. Amalan melepak ini
mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk gejala negatif seperti merokok,
menagih dadah dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar besar,
khususnya di kawasan-kawasan setinggan. Oleh hal yang demikian ,ibu bapa perlu
menyediakan kediaman yang selesa untuk anak-anak mereka sekiranya mereka
menginginkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan menyayangi
keluarganya.
Di samping itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna,
setiap ibu bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anakanak sejak mereka kecil lagi kerana pepatah menyatakan bahawa kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah..
Didikan agama yang sempurna dapat membentuk akhlak dan pekerti mulia kepada
anak-anak di samping membantu mereka mengetahui batas hidup yang betul.
Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan baik atau
buruk sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan berpandukan ajaran
agama. Sebagai contoh, jika keluarga tersebut berasal dari keluarga yang baik,
kebiasaannya keturunannya akan baik. Jika ibu bapa mempunyai pegangan didikan
agama yang kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah laku yang baik
kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Dengan kesempurnaan didikan agama, anak-anak dapat
mengawal diri daripada melakukan maksiat seperti meragut, berfoya-foya dan
sebagainya.Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat merealisasikan impian
ibu bapa untuk memiliki anak-anak yang berguna.
Seterusnya, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu
bapa mestilah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, bak kata
pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa janganlah menjadi seperti
ketam mengajar anaknya berjalan betul. Ibu bapa meminta anak-anak
menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka tidak menunjukkan contoh yang
baik kepada anak-anak. Gaya mendidik anak-anak seperti ini tidak akan berkesan.
Peribahasa Melayu bapa borek anak rintik sudah jelas membuktikan bahawa
segala tindak tanduk ibu bapa akan menjadikan ikutan anak-anak, kerana anakanak biasanya meniru tingkah laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang
membesar di bawah didikan ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik
akan menjadi insan yang baik dan bertanggungjawab. Oleh itu, ,ibu bapa haruslah
sentiasa menjaga tingkah laku dan mengelakkan penggunaan bahasa yang kasar
dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian kerana keperibadian ibu bapa
menjadi penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan. Jelasnya, ibu bapa

harus menjadi contoh teladan yang baik agar anak-anaknya turut menjadi insan
yang baik dan berguna.
Tambahan lagi, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang
teguran daripada orang lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka
dengan hati terbuka. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan ingin
membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak sepatutnya
menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain memberi teguran. Hal ini
demikian kerana teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan anak
mereka tetapi untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh anak
mereka. Dalam konteks ini, falsafah menjaga tepi kain orang lain dalam
masyarakat adalah untuk kebaikan bersama dan ibu bapa perlulah menerimanya
secara positif. Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa perlulah segera
membetulkan kesilapan anak dan mencari punca anak mereka berbuat kesilapan
sedemikian rupa agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jadi,
untuk membentuk anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa perlu menerima
kritikan dan teguran orang lain dengan hati yang terbuka. Peribahasa sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna atau sudah terhantuk baru terngadah
sewajarnya menjadi panduan kepada ibu bapa.
Akhir sekali, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan
anak-anak sama ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak.
Sikap prihatin dan ambil berat ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa diri
mereka diutamakan. Untuk tidak mengecewakan ibu bapa, anak-anak akan
berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada dalam aspek kurikulum ataupun
kokurikulum. Hubungan ibu bapa dengan guru-guru sekolah juga memberikan
impak kepada tahap sahsiah anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlu
menjalinkan hubungan yang baik dengan guru di sekolah sama ada guru disiplin,
guru kelas atau guru mata pelajaran. Ibu bapa perlu sering berkunjung ke sekolah
untuk mengikuti perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang pelajaran dan
berbincang dengan guru disiplin sekolah berkaitan akhlak dan sikap anak-anak di
sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengawasi tingkah laku anak-anak di luar
rumah serta mengenali rakan-rakan mereka. Ibu bapa juga perlulah bertanya
kepada anak sebab-sebab anak-anak keluar rumah atau pulang lewat.
Tuntasnya,ibu bapa perlu memantau perkembangan pendidikan dan sahsiah anakanak agar mereka jadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Berdasarkan berbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha
untuk membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna memerlukan
pengorbanan dan kesabaran ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi seorang
insan yang berguna bukanlah satu tugas yang mudah. Semua ini perlu dilakukan
melalui proses pendidikan sedikit demi sedikit dan dengan penuh kesabaran. Oleh
itu, perancangan yang teliti dan sistematik perlu dilakukan oleh ibu bapa secara
istiqomah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.Setiap ibu bapa
juga mengharapkan anak mereka dapat memberikan sumbangan kepada
masyarakat dan negara serta mempertahankan maruah keluarga. Tegasnya, tiada
ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka jadi sampah masyarakat yang
bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan kepada masyarakat dan
negara malah membawa masalah serta menjatuhkan keluarga kita.

Latihan 11
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan
mereka itu tercapai.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.
Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa hasrat semua ibu bapa di dunia ini
adalah sama. Sesungguhnya, ibu bapa merupakan insan mulia yang melahirkan kita
dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang
penuh. Mereka merupakan orang yang paling banyak berkorban demi
kesejahteraan hidup kita. Ahli bijak pandai pernah berkata bahawa,Tiada anugerah
yang lebih berharga yang diberikan oleh ibu dan ayah kepada anaknya kecuali
tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia. Ungkapan ini jelas memaparkan betapa
besar pengorbanan ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang
berguna. Sebagai anak yang bertanggungjawab, kita perlu sentiasa ingat akan
pengorbanan ibu bapa kita dan sentiasa bersedia untuk membalas budi mereka
agar kita tidak dianggap sebagai anak yang derhaka atau kacang lupakan kulit. .
Satu perkara yang amat wajar kita lakukan dalam kehidupan kita ialah memenuhi
harapan ibu bapa terhadap kita agar berjaya dalam hidup. Persoalannya, apakah
usaha-usaha yang wajar saya lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa
tercapai?
Usaha pertama yang perlu saya lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa
tercapai ialah saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian
semasa guru sedang mengajar di kelas. Sekiranya terdapat topik yang tidak
difahami, saya akan bertanya kepada guru. Sememangnya tidak dapat dinafikan
bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik pada zaman ini menentukan
keadaan masa hadapan seseorang kerana mereka yang cemerlang dalam akademik
biasanya mempunyai masa hadapan yang cerah. Kejayaan yang saya capai ini,
sudah pasti dapat membanggakan kedua-dua ibu bapa dan keluarga. Pada era
globalisasi ini yang penuh dengan persaingan ini, amat penting bagi seseorang
mencapai kecemerlangan akademik untuk bersaing dengan orang lain terutamanya
dalam alam pekerjaan. Masyarakat kini menilai seseorang berdasarkan pencapaian
akademiknya. . Saya akan sentiasa berusaha untuk membolehkan diri saya meraih
kejayaan dan kegembiraan setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Oleh itu,
saya akan membuat persediaan yang rapi sebelum menduduki peperiksaan agar
saya dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang kerana di mana ada
kemahuan di situ pasti ada jalan.. Pada masa yang sama,saya juga akan memberi
perhatian pada perkara yang berkaitan dengan ilmu selain bidang akademik. Hal ini
kerana saya sedar bahawa kecemerlangan akademik bukanlah segalagalanya.Seorang insan yang berjaya perlu mahir dalam pelbagai
bidang.Tegasnya,saya akan belajar dengan tekun dan berusaha dengan gigih bagi
menunaikan harapan ibu bapa.

Selain itu, saya juga akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi
bahasa dalam kehidupan. Saya akan mengamalkan nilai ketabahan, kerajinan,
amanah, tidak berputus asa dan beryakinan tinggi dalam usaha mencapai kejayaan.
Hal ini demikian kerana saya sedar bahawa orang yang berjaya dalam kehidupan
bukan sahaja perlu cemerlang dalam bidang akademik, malahan perlu menjadi
seorang yang cemerlang dari segi akhlak, rohani, intelek dan emosi iaitu
mempraktikkan konsep JERI yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebagai contohnya, saya akan sentiasa bersopan santun dan menghormati ibu
bapa, guru-guru, jiran tetangga dan orang di sekeliling saya. Amanat ini bukan
sahaja dapat mengeratkan hubungan saya dengan orang lain malah dapat
membina personaliti yang luhur dalam diri saya. Saya juga akan sentiasa
menghormati orang yang lebih tua dan bertegur sapa seperti mengucapkan
selamat kepada mereka. Sahsiah yang saya miliki ini pasti akan menggembirakan
hati kedua-dua ibu bapa saya, bak kata pepatah, ahklak yang baik seperti madu,
sentiasa manis dan berkhasiat. Saya akan membuang sikap malas dalam diri agar
tidak menghampakan harapan ibu bapa saya. Akhlak yang terpuji akan menjadi
penghias diri dan berjalan seiring dengan kejayaan yang kita miliki. Kita perlu ingat
bahawa sekiranya ahklak seseorang itu buruk,,walau betapa cemerlang pun
pencapaiannya dalam akademik tidak akan dihormati dan disegani. Jelasnya,amalan
berbudi bahasa amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang individu.
Seterusnya, saya juga akan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama
sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan. Pegangan agama yang teguh
membolehkan saya mempunyai benteng keimanan yang kukuh dan ampuh bagi
mengelakkan diri saya daripada pengaruh negatif yang dapat menjejaskan
kehidupan saya. Dengan berpegang teguh kepada ajaran agama, saya akan
memiliki jati diri yang utuh untuk melawan serangan pemikiran yang boleh
menjerumuskan saya ke kancah maksiat. Hal ini kerana Tuhan sentiasa menyeru
hambanya untuk melakukan sesuatu yang baik serta menjauhi perkara yang buruk.
Pegangan kepada agama juga dapat meningkatkan keyakinan diri saya dan
membolehkan saya mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Hal ini amat
penting dalam menentukan kejayaan saya pada masa hadapan. Pendidikan agama
yang saya peroleh, menjadi pedoman hidup yang boleh membentuk saya menjadi
seorang yang positif dalam segala hal. Saya tidak mudah dipengaruhi oleh rakanrakan yang tidak baik. Sebaliknya, saya akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa
dan keluarga. Tegasnya,saya akan berpegang teguh kepada ajaran agama agar
dapat mencapai kejayaan dalam hidup dan membanggakan kedua-dua ibu bapa
saya.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan
mempunyai keinginan untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat
apabila dewasa kelak. Dengan ini, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan
yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala social yang negatif. Saya
akan membezakan antara kaca dengan permata dan sentisasa memikirkan akan
masa depan saya serta matlamat hidup saya. Melalui pergaulan dengan rakanrakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar
pendapat serta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat menyertai kumpulan
pembelajaran mereka dan membolehkan saya berbincang serta lebih memahami
topik-topik yang telah diajarkan oleh guru. Secara tidak langsung, pencapaian

keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan


tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam
pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya.
Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa
tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu soalan. Saya juga dapat
bergantung kepada rakanrakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk
menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan
dapat membantu saya untuk membangkitkan diri saya semula dengan memberi
dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya menyuruh saya
melibatkan diri diri dengan gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan tekanan
jiwa dan stress. Maklumlah, seseorang akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial
apabila berada dalam ambang kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan
bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap
langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya agar dapat
memenuhi impian dan harapan ibu bapa.
Seterusnya, saya akan meningkatkan keilmuan diri saya dengan pembacaan.
Ibn. Khaldun pernah berkata bahawa membaca menjadi akar tunjang kekuatan
seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara.Hal ini jelas
menunjukkan bahawa membaca adalah amat penting dalam menentukan kekuatan
dan kejayaan seseorang individu. Saya akan membaca buku-buku yang berkaitan
dengan pembinaan kendiri seperti buku-buku motivasi dan sebagainya untuk
meningkatkan tahap pemikiran diri saya kerana membaca jambatan ilmu. Langkah
ini bagai serampang dua mata kerana selain boleh membantu saya dalam bidang
akademik, usaha tersebut juga dapat membentuk diri saya menjadi seorang yang
berilmu pengetahuan luas. Secara langsung, kejayaan akan dapat dicapai dalam
kehidupan. Saya juga akan cuba memperbaiki kelemahan diri untuk berjaya dalam
kehidupan. termasuk mengatasi sikap malas. Saya akan mengubah sikap ini untuk
mencapai kejayaan dan berubah menjadi seorang yang rajin kerana rajin dan
usaha, tangga kejayaan. Saya berharap agar perubahan yang saya lakukan ini
dapat membolehkan diri saya mencapai harapan ibu bapa iaitu berjaya dalam
kehidupan. Apabila masuk ke alam pekerjaan kelak, saya akan mencari pekerjaan
yang stabil dan membalas budi mereka.
Akhir sekali, saya akan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kerana Tuhan
hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Saya
akan sentiasa patuh kepada arahan ibu bapa tanpa sebarang rungutan kerana saya
sedar bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Saya juga sedar bahawa
tanpa doa dan dorongan ibu bapa, betapa tabah dan pandai saya sekali pun, saya
tidak mungkin akan mencapai impian serta kejayaan dalam hidup saya. Ibu bapa
merupakan insan yang lebih tua dan mereka terlebih dahulu makan garam daripada
saya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai pengalaman yang kaya dan luas dalam
masyarakat dan dunia luar. Maka, wajarlah saya untuk meminta dan menerima
pandangan mereka agar diri saya tidak akan menimbulkan kesilapan yang mungkin
mengakibatkan saya berasa menyesal buat seumur hidup saya. Mereka merupakan
punca tenaga dan dorongan saya untuk mengejar impian dan cita-cita saya serta
memperoleh kejayaan dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya tidak mungkin
berpeluang untuk mencapai kejayaan dalam hidup saya. Tegasnya, saya akan
mematuhi arahan dan mendengar nasihat ibu bapa agar impian saya dapat dicapai

dan yang paling penting sekali ialah kisah Si Tanggang tidak akan berlaku ke atas
diri saya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa untuk
mencapai impian dan kejayaan dalam hidup, saya sebagai remaja perlu berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.. Saya akan berusaha memastikan
agar impian dan cita-cita saya tercapai dan sekali gus, saya juga dapat memenuhi
impian dan harapan ibu bapa saya. Charles Dickens pernah berkata bahawa
kemahuan seperti sebilah pedang yang dapat membuat jalan melalui hutan
rimba. Manusia memang tidak dapat menjangka dan melihat masa hadapan, tetapi
manusia boleh meramal masa hadapan mereka dengan merancang masa hadapan
mereka sebaik-baiknya. Jelasnya, kita harus memberi peluang kepada diri kita untuk
menjadikan impian dan cita-cita sebagai kenyataan kerana hendak seribu daya,
tidak hendak seribu dalih.

Latihan 12
Anda sebagai pengawas pusat sumber sekolah, jelaskan usaha-usaha yang dapat
anda lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah
anda.

Pusat Sumber sekolah merupakan gedung ilmu iaitu tempat untuk


mendapatkan pelbagai informasi yang diperlukan oleh setiap warga sekolah.
Namun, sejak akhir-akhir ini isu para pelajar kurang mengunjungi pusat sumber
sekolah sering diperkatakan dalam media massa sama ada media cetak atau media
elektronik. Hal ini membimbangkan semua pihak kerana para pelajar merupakan
pelapis yang bakal menerajui negara pada masa hadapan, bak kata peribahasa
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru, pusat sumber sekolah perlu
diurus secara sistematik dan efisien untuk memupuk budaya membaca dalam
kalangan pelajar agar menjadi pelajar yang berilmu dan bermaklumat selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk
membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah?
Selaku pengawas pusat sumber sekolah, terdapat banyak usaha yang dapat
saya lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber di sekolah
saya. Salah satunya ialah saya akan memastikan pusat sumber sentiasa berada
dalam keadaan kemas dan menarik. Saya akan bekerjasama dengan pengawas
pusat sumber yang lain untuk mengemas kini pusat sumber. Aktiviti gotong-royong
membersihkan pusat sumber akan diadakan secara berkala agar pusat sumber
sentiasa berada dalam keadaan bersih . Saya juga akan memastikan buku-buku
disusun atur dengan kemas di atas rak-rak buku mengikut kategori dan jenis buku.
Dengan ini keadaan harmoni dan selesa dapat diwujudkan. Situasi ini dapat
memberi keselesaan kepada seseorang pelajar semasa mengulang kaji pelajaran di
pusat sumber. Jelaslah, situasi yang kemas, bersih dan menarik mampu menarik
para pelajar berkunjung ke pusat sumber.

Selain itu, saya akan membantu guru pusat sumber melaksanakan program
Nilam untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Sebagai contohnya,
saya boleh membantu mencari dan menyediakan buku-buku yang sesuai serta
menarik untuk kegunaan para pelajar semasa program Nilam. Oleh itu, program
Nilam dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Hal ini dapat membantu
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dan juga menyemai budaya
membaca dalam kalangan pelajar. Program Nilam merupakan salah satu usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk dan meningkatkan amalan
membaca dalam kalangan pelajar. Budaya membaca amat penting dan
melambangkan ketinggian tamadun sesuatu bangsa. Dengan membaca, seseorang
itu akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan sebagai pedoman hidup, bak kata
peribahasa membaca jambatan ilmu. Justeru, pelaksanaan program Nilam yang
berkesan menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk mengunjungi pusat
sumber.
Seterusnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak sekolah agar
menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber. Saya akan menulis surat
kepada pihak pengurusan agar dapat menyediakan kemudahan yang lengkap di
pusat sumber untuk kebaikan pelajar. Saya akan meminta pihak pengurusan
menyediakan komputer yang boleh diguna pakai oleh pelajar untuk melayari
internet bagi mendapatkan pelbagai informasi terkini.Saya akan membantu dari
segi penyediaan buku-buku yang baharu dan menarik. Dengan adanya pelbagai
buku yang baharu dan terkini, pengunjung dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka. Pihak sekolah juga perlu menyediakan pendingin hawa untuk memberi
keselesaan kepada para pelajar. Secara tidak langsung keadaan ini lebih
mewujudkan suasana yang kondusif dan menggalakkan para pelajar berkunjung ke
pusat sumber sekolah.
Di samping itu, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan
mengamalkan budaya mesra pelanggan semasa menjalankan tugas. Saya akan
bersikap sopan, berbudi pekerti mulia dan berhemah tinggi serta sentiasa bersedia
memberikan pertolongan sekiranya pengunjung menghadapi masalah tanpa
mengira bangsa dan agama , bak kata peribahasa budi bahasa budaya kita.
Layanan mesra daripada pengawas menggembirakan para pengunjung dan
merupakan salah satu kunci untuk menarik para pelajar mengunjungi pusat sumber.
Saya juga akan membantu pihak sekolah mempromosikan buku-buku di pusat
sumber agar dapat dipinjam oleh pelajar. Saya juga perlu bersikap adil dan tegas
kepada semua pelanggan terutama sekiranya mereka lewat atau sengahaja tidak
memulangkan buku yang dipinjam mengikut tarikh yang ditetapkan.
Selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada
pihak sekolah agar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan
berkesan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah saya.
Contohnya penggunaan ICT khususnya komputer dalam urusan pinjaman dan
pemulangan buku dapat menjimatkan masa dan tenaga. Penggunaan sistem berkod
merupakan langkah bijak kerana semua bahan bacaan berbentuk buku akan
direkodkan secara berkod yang memudahkan urusan pinjaman dan pemulangan
buku yang dilakukan secara scaning. Kaedah ini akan mewujudkan sistem
pengurusan pusat sumber yang sistematik kerana para pelajar tidak perlu
menunggu terlalu lama untuk urusan pinjaman dan pemulangan buku. Jelaslah

sistem pinjaman yang sistematik dan efektif adalah penting untuk meningkatkan
penggunaan pusat sumber sekolah.
Kesimpulannya, pusat sumber sekolah menyediakan perkhidmatan dan
sumber pembelajaran dalam pelbagai bentuk bagi membolehkan warga sekolah
menjadi pengguna yang bermaklumat dan pemikir yang kreatif serta kritis. Justeru,
terpulang pada pelajar sendiri sama ada mahu menggunakan atau sebaliknya,
tepuk dada tanyalah minda. . Semua pihak perlulah berganding bahu dalam usaha
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah bak kata peribahasa bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Latihan 13
Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkan permainan
tradisional di negara kita.
Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang
pesat berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang
enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan
tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh
sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa
lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan tradisional
tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, tengteng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada
permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan
bahawa permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada
usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai
khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya
mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?
Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan
tradisional adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan
tradisional. Remaja pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh
modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah
lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda, saya harus sedar
bahawa saya berperanan memartabatkan permainan tradisional. Hal ini boleh
dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi berkaitan
dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan
tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional
yang ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai
maklumat berkenan pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali.
Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan
permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin
popular dalam kalangan remaja.
Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan
permainan tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan
rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi
menggantikan permainan moden. Saya boleh meminta tunjuk ajar daripada

golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan tradisional tersebut bagi
membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-rakan. Inisiatif
ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat
memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh
mengelakkan diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala
negatif akibat daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik.
Bagi diri saya lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan tradisional
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan
tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini.
Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai
pelajar sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar
permainan tradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum.
Saya akan menulis surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar
memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian daripada aktiviti
kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan
permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan
tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum
dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah
pertandingan membuat wau, pertandingan bermain congkaka dan demonstrasi
permainan daripada golongan tua yang lebih berpengalaman bagi menarik minat
pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional dapat
dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula
diperkenalkan dengan pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat
terhadapnya akan tertanam secara semula jadi. Maka para pelajar perlu berani
membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional.
Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan
semangat cinta akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah
kerana, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak
dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang.
Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil sesuai
dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah
kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu
mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa
kerana sesuatu yang sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu
dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan
tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan
cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan tradisional
terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan
terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara
Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan
tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati
masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan
muda perlu berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua agar
permainan tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai
situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama sebelum nasi
menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan
menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.

Latihan 14

Semangat Kejiranan dalam kalangan rakyat di egara ini semakin longgar.


Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pelbagai
pihak supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan?
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di
hadapan dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal dalam satu taman atau
di sebuah egara yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran
sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang
akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa Jiran sepakat membawa berkat. Jadi, kita perlulah
mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar
diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat?
Langkah primer yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah kerajaan
menjalankan kempen-kempen kejiranan yang bersesuaian di semua peringkat sama
ada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.Tujuan kempen ini adalah untuk
menanam semangat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat. Konsep
1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul
Razak menekankan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.Usahasama
sebeginilah yang wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat
bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Kempen kejiranan yang
dijalankan ini perlulah berterusan dan janganlah seperti hangat-hangat tahi ayam
sahaja. Jelasnya,kempen yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada
masyarakat untuk memupuk semangat kejiranan.
Selain itu, langkah yang harus diambil ialah masyarakat setempat perlulah
mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat
berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang ,mereka akan dapat berkenal-kenalan
antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu
mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan
melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah
membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri kendara dan
sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan
egara jiran. Malahan, menurut laporan majalah The Times di Australia. kegiatan
gotong-royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara aktiviti yang terbaik
di dunia.

Di samping itu, peranan media massa merupakan langkah yang amat


penting dalam meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam menyuburkan semangat kejiranan.Media
cetak misalnya boleh menyiarkan artikel-artikel tentang kepentingan semangat
kejiranan .Media elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan
menarik tentang kejiranan. Melalui media massa, pelbagai maklumat dan berita
boleh disampaikan dengan cepat dan mudah .Sesungguhnya,berita dan isu semasa
yang disiarkan oleh media massa lebih mudah menarik perhatian orang ramai
terutamanya generasi muda. Sebagai contoh, usaha Majalah 3 menyiarkan Colour
of Malaysia wajar disokong. Justeru,semangat hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah ini wajar kita tonjolkan melalui media massa.
Seterusnya, setiap penduduk hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah
terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan
silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalan kalangan jiran setempat.
Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang
pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya ,melalui rumah terbuka ini, semua ahli
dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati
juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, sambutan majlis rumah
terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,Krismas, Deepavali dan
sebagainya hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka
mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan
lebih erat lagi.
Di samping itu, Jawatan Kuasa Kampung dan Jawatan Kuasa Taman juga
hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti Hari Keluarga diadakan,s
emua ahli keluarga jiran akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti berkayak,
memasukkan air ke dalam botol ,terompah gajah dan sebagainya. Apabila aktiviti
Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan
bapa, malah anak-anak juga.Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola
sepak, gelanggang bola egara, taman rekreasi atau padang sekolah yang
berhampiran .Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat egara jiran dapat
dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu
antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu,ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Tambahan lagi, kerajaan juga harus menggalakkan rakyat supaya
melibatkan diri dalam aktiviti egara seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk
setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu egara
organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan
semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan
dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatan Kuasa Keselamatan
dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai
contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilirgilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang
tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu,iaitu ibarat
aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling
membantu dalam kehidupan.

Akhir sekali, masyarakat mestilah menyemarakkan budaya kunjungmengunjungi dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan
menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke
hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkanke hospital kerana
menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya,
namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang kepada prinsip cubit peha kiri, peha
kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang
tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh
jiran kita itu.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk setempat. Dalam era globalisasi, sikap mementingkan diri sendiri dan
sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung
dalam pepatah Melayu bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan
menjejaskan perpaduan egara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa bersatu
kita teguh bercerai kita roboh. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan,
perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi,dalam setiap masa, kita mestilah
sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara
supaya egara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

LATIHAN 15

Ibu bapa merupakan insan yang berperanan penting bagi menggalakkan anakanak menggunakan barangan buatan Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak
dalam menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia.
Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju
menjelang 2020, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan
mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba
masanya bagi rakyat kita agar tidak lagi mengagung-agungkan barangan luar.
Barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi
kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik.
Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau menyedari
tentang kelebihan dan kualiti sebenar barangan buatan negara kita, lebih-lebih lagi
orang muda-muda yang kononnya mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih
kebendaan. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan
penggunaan barangan buatan Malaysia?

Peranan yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah ibu
bapa perlulah menjadi role model kepada anak-anak mereka kerana anak-anak
akan sentiasa mengikuti jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah ada
mengatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa merupakan
insan yang paling dikagumi kerana ibu bapalah orang yang terdekat dengan anakanak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata yang belum digilap, ibu bapa
yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan
bersinar. Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti ketam
mengajar anaknya berjalan dengan betul kerana ini akan menyebabkan anak-anak
hilang rasa kagum dan kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah
membeli kereta buatan Malaysia seperti kereta dari kilang Proton Edar, barangan
elektrik seperti Panasonic, Philips dan lain-lain. Tegasnya, ibu bapa haruslah menjadi
suri teladan kepada anak-anak mereka dengan menyokong barangan buatan
Malaysia yang berkualiti ini.
Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada
anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Hal ini terjadi demikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam
sanubari remaja supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia
sebagai tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga boleh menanam minat anak-anak
terhadap barangan Malaysia melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan
Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini akan dapat menyuntik
nilai cinta akan negara, taat setia kepada raja dan negara, dan sanggup berkorban
untuk negara kepada generasi muda kita. Ibu bapa patut menyeru anak-anak untuk
mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga
untuk membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama
Korea, semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama
Samsung, LG dan Panasonic. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat malalui Dasar Pandang Ke
Timur, kita digalakkan mencontohi sifat baik negara lain yang baik untuk
meningkatkan taraf kehidupan negara ke alaf baru. Jika anak-anak telah diterapkan
semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan
terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan
remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan remaja
juga merupakan harapan negara kita. Hal ini kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk
Malaysia pasti akan laris di pasaran.
Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa
membawa anak-anak ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa
bolehlah membawa anak-anak ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan
oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara.
Karnival sebegini telah ditetapkan hanya barangan Malaysia yang mempunyai
tawaran potongan harga yang istimewa. Sebagai contoh, kraf tangan dan batik,
yang merupakan budaya yang menggambarkan tradisi Malaysia. Ibu bapa perlu
mendedahkan anak-anak dengan pelbagai barangan tempatan yang terdiri
daripada pelbagai bentuk dan keunikannya yang tersendiri. Apabila anak-anak
meminta sesuatu benda yang tidak keterlaluan, ibu bapa haruslah membeli barang
tersebut dan barang tersebut mestilah merupakan barangan buatan Malaysia.
Terdapat juga pameran yang mengadakan pelbagai jenis pertandingan. Dalam

konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai pertandinganpertandingan seperti menulis esei, melukis poster dan menjawab soalan-soalan kuiz
yang berkaitan. Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda anak-anak
supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat
untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta.
Tegasnya, ibu bapa perlulah membeli barangan buatan Malaysia untuk didedahkan
kepada anak-anak generasi baru ini.
Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan
buatan Malaysia kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami
faedah-faedahnya, menyokong dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu
bapa haruslah memberitahu anak-anak tentang kualiti produk-produk Malaysia yang
kini bukan sahaja kualitinya setanding dengan produk-produk luar negara, malah
harganya juga cukup murah untuk dimiliki seseorang. Ibu bapa juga boleh
menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakan seperti Kempen Beli Barangan
Malaysia kepada anak-anak untuk memastikan anak-anak sedar dan mengetahui
secara mendalam barangan-barangan Malaysia. Sikap prejudis, memandang rendah
barangan tempatan dari sudut pemikiran juga seharusnya dilontar jauh-jauh oleh
ibu bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada anak-anak mereka, tetapi,
sebaliknya, membinakan semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal
kualiti dan standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting
dalam menerangkan manfaat-manfaat barangan buatan Malaysia kepada anakanak supaya mereka sedar dan bijak memilih benda yang baik dan mendatangkan
kebaikan kepada mereka.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa
yang merupakan insan terdekat kepada generasi muda kini mestilah memainkan
peranannya yang amat penting dalam menggalakkan anak-anak menyokong,
membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Harapan kerajaan Malaysia
supaya negara kita bukan sahaja mengimport barangan luar negara malah juga
mengeksport barangan buatan Malaysia dapat dicapai. Sedarlah bahawa barangan
Malaysia tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah
mempunyai kualiti dan kuantiti yang baik. Walalau bagaimanapun, usaha daripada
ibu bapa semata-mata adalah tidak mencukupi. Rakyat Malaysia patut menghayati
tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia Menjana Transformasi menyemarakkan semangat
seisi negara agar seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu
perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Tegasnya, negara kita,
tanggungjawab kita merupakan azimat yang tersemat agar kita berbangga dengan
barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

LATIHAN 16
Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat ini semakin
berkurangan.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik
minat orang ramai membaca karya sastera

Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai telah memilih untuk memiliki
sebuah komputer untuk mendapatkan maklumat daripada internet berbanding
mencari maklumat atau membaca daripada buku. Hal ini menyebabkan minat untuk
membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat makin berkurangan. Malah
ada yang telah lupa dan tidak kenal akan karya sastera yang dihasilkan oleh
sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon Ahmad, A.Samad Said dan
sebagainya. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana karya sastera yang
dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan bangsa kita.
Minat untuk membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam
kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil
oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai untuk membaca karya
sastera?
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik
minat orang ramai membaca karya sastera termasuklah peranan pihak sekolah
khususnya Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah perlu memperbanyak
buku sastera dan karya agung seperti novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon
Ahmad, Salina oleh A.Samad Said, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur oleh
Kamaludin Muhamad dan Tulang-tulang Berserakan oleh Usman Awang agar murid
mahupun guru berpeluang untuk membacanya. Pusat sumber boleh mengadakan
pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan pantun pada setiap bulan. Langkah
ini membolehkan para pelajar untuk membaca karya-karya sastera memandangkan
mereka ingin menghasilkan ulasan yang menarik. Secara tidak langsung, minat
pelajar terhadap karya sastera akan semakin bertambah. Pihak sekolah turut boleh
menggalakkan setiap kelas menyediakan satu ruang atau sudut membaca di kelas
bagi memudahkan pelajar untuk menghayati karya sastera ketika guru tiada di
dalam kelas. Tegasnya, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam
menarik minat pembaca terhadap karya sastera.
Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah
untuk menarik minat anak-anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah
memberikan pendedahan tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi
bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa
boleh membaca sastera ralyat kepada anak-anak sebelum mereka masuk tidur
Melalui cara ini, hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak bukan sahaja
dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan budaya
masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan karya sastera
untuk dibaca oleh anak-anak supaya mereka dapat menghayati keindahan hasil
warisan bangsa selain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Ibu bapa
boleh menghadiahkan novel yang sesuai kepada anak-anak mengikut umur
mereka. Ibu bapa juga perlu pilih bahan bacaan yang hendak dibeli untuk anakanak sewaktu membawa mereka berkunjung ke kedai buku mahupun pameran
buku. Seterusnya, ibu bapa harus menyediakan sebuah perpustakaan mini yang
dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan khususnya karya-karya sastera seperti
prosa atau puisi tradisional dan moden yang dihasilkan oleh pengarang tersohor di
rumah. Dengan itu, minat anak-anak untuk membaca karya sastera dapat dipupuk
dan disemai dalam jiwa mereka.
Di samping itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam
mengambil langkah menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya

sastera. Sebagai contohnya, pihak media boleh mempromosikan karya sastera


kepada masyarakat melalui radio, televisyen dan surat khabar. Melalui cara ini,
lapisan masyarakat dapat mengetahui cara untuk mendapatkan karya sastera di
pasaran. Bukan itu sahaja, pihak media juga boleh menyiarkan sudut sastera atau
ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan majalah kepada orang ramai.
Dengan itu, orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara kita
dengan lebih mendalam. Tambahan pula, pihak media turut boleh menganjurkan
peraduan teka teki atau menulis sajak dan syair yang bertemakan karya-karya
sastera. Jelasnya, pihak media haruslah mengambil langkah untuk menarik
perhatian orang ramai untuk membaca karya sastera.
Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya sastera
dan kempen menghayati karya sastera di seluruh pelusuk negara. Melalui langkah
ini, rakyat berpeluang untuk mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat.
Tambahan pula, pihak kerajaan boleh membina perpustakaan rakyat di setiap
daerah bagi memudahkan rakyat untuk membaca ataupun meminjam karya-karya
sastera untuk dibaca. Pihak kerajaan turut boleh mengambil inisiatif untuk
mengurangkan kadar cukai penerbitan karya sastera. Langkah ini dapat
menurunkan harga buku tersebut agar semua rakyat khususnya golongan
berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu sendiri.
Oleh itu, jelaslah bahawa pihak kerajaan turut memainkan watak yang utama dalam
mengambil langkah untuk menarik minat orang ramai membaca karya sastera.
Akhir sekali, pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan
lebih banyak karya sastera supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak
penerbit boleh bekerjasama dengan penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai
genre sastera. Penerbit juga perlu memberikan bayaran setimpal dan berpatutan
kepada penulis. Persatuan Karya-karya Sastera boleh ditubuhkan untuk melindungi
karya-karya penulis supaya tidak dplagiat oleh pihak tertentu yang bermotifkan
keuntungan dan bagi membolehkan para peminat berkongsi pendapat bersama
dengan penulis. Kerajaan juga boleh meningkatkan jumlah penerbitan karya sastera
dalam setahun dan bekerjasama dengan seberapa ramai penulis dan penerbit untuk
menghasilkan karya sastera yang bermutu.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak
menggalas tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat
orang ramai membaca karya sastera. Masyarakat pula harus bersikap berhati
terbuka supaya langkah-langkah tersebut mendapat sambutan yang hangat dan
seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku warga Malaysia haruslah mencintai
dan menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan warisan bangsa dan
mencerminkan identiti kita.

LATIHAN 17
Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu
tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan
berkesan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu
golongan ini?
Orang Kurang Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat
keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit
tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka dari melakukan
aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan pekerjaan. Golongan
Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua
kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara
sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada , masyarakat kurang upaya ini
tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan kepada
negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU
meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran
golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan
dengan sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak
meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak
untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kurang Upaya (OKU) haruslah diberi
layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti
insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna.
Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan
tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam
kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting
dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang,
simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU
dengan seikhlas hati.
Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga
berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media
massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap
lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkah
kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini ,
perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud
perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung
khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan
bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela
dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan
kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang
kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang .
Golongan Kurang Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti
membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan
di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO)
dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya
mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga
sendiri . Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi
menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan
bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian ,
tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari
kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan
sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU malah
dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.
Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu
perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada
orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha
memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan
dan sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan
atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan
ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran
di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu
diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang
mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka.
Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi
melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak
kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang
baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah
nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu
yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk
berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana
golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk
memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja
sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini
kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja.Selain itu, usaha
murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5 peratus daripada
pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi peluang
kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan
keluarga mereka.
Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita
semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik
lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta
dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut.
Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti
mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti.
Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat
kita dalam usaha membantu golongan OKU.

Disediakan oleh:THOOKF2015

Anda mungkin juga menyukai