Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDPM)


SABK PERINGKAT 3
ILMU PENDIDIKAN

PEDAGOGI

MASHITAH BINTI SHAARI

NAMA
NO. KAD PENGENALAN
KUMPULAN/UNIT
TARIKH TERIMA TUGASAN
NAMA PENSYARAH
JABATAN

870324 02 - 5722
KDPM-SABK PERINGKAT 3 (AMBILAN NOVEMBER 2013)
JUN 2015

TARIKH SERAH TUGASAN

08 NOV 2015

EN MUHAMMAD FARIDUDDIN BIN WAJDI ANTHONY


JABATAN ILMU PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKA

SURAT

Biodata Diri

Setitis Tinta

ii

Soalan Tugasan

iii

Soalan 1

Soalan 2

23

Rujukan

iv

BIODATA

NAMA PENUH

: MASHITAH BINTI SHAARI

NO. I/C

: 870324 02 5722

TARIH LAHIR
TEMPAT LAHIR
PENDIDIKAN

: 24 MAC 1987
: HOSPITAL DAERAH KULIM
: DIPLOMA AKAUNTANSI ( POLIMAS )
SPM ( SEK. MEN TEKNIK JLN STADIUM ALOR STAR.

STATUS

: BERKAHWIN

NAMA SUAMI

: MOHD REDHUWAN BIN MUSTAPA

BIL . ANAK

: 1 ORANG

NAMA ANAK
ALAMAT

: IMANI SAFFIYA BINTI MOHD REDHUWAN


: NO 27 KG ULU MAHANG,
09500 KARANGAN KULIM,
KEDAH DARUL AMAN

NO. TEL

: 013 5045712

E-MAIL

: shiwa.ma@yahoo.com.my

Setitis Tinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah


memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan
tugasan untuk pada kali ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang
begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam
meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di IPDA
ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang telah memberikan
kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah yang di hormati, EN MUHAMMAD FARIDUDDIN BIN WAJDI
ANTHONY

kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan

rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa


penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini.
Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah
dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih.

SOALAN 1
Projek adalah suatu kaedah di mana murid menjalankan suatu eksperiment atau
kegiatan di dalam situasi yang sebenar dan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu
hasil.
a) senaraikan dengan ringkas tujuan kaedah projek
b) Huraikan 5 kebaikan kebaikan kaedah projek

SOALAN 2

Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan


pembelajaran (P & P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu
merancang dalam pengajaran dengan baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan
tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolah sekolah adalah berpunca
daripada pengajaran tidak dirancangan dengan baik dalam bilik darjah.
a) nyatakan kepentingan kepentingan Rancangan Pengajaran Harian kepada
seorang guru.

SOALAN 1
Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Dari segi keberkesanan kerja secara
berpasukan, telah banyak kajian menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan
kolaboratif adalah lebih baik daripada pembelajaran secara individu (Johnson dan
Johnson, 1999).
Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah
memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Dengan
menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih

luas di samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh,
selain mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai.
Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan muridmurid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta
menguasai kemahiran dengan berkesan.
Menurut Norasmah Othman & Shuki Osman (2009), Kaedah projek merupakan
kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui
kaedah ini pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran
dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat
dengan kaedah lain seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian
masalah dan luar kelas.
Antara lain tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar
dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang
tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain.
Selain itu, kelebihan yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran
dan pembelajaran

ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan

kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.
Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis.
Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar
untuk

mencari

sendiri

maklumat

yang

diperlukan.

Pelajar-pelajar

boleh

menggunakan pelbagai jenis sumber seperti pusat sumber, media massa, internet,
dan Kamus Peribahasa.
Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar.
Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang
mereka lakukan untuk sesebuah projek.

Ini akan dapat meningkatkan lagi

kemahiran dan keyakinan para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan


lain.
Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat
pembelajaran

dan

daya

kreatif

murid

dapat

dipupuk,

serta

mampu

mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid.

Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi peluang kepada murid mengisi
masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah.

SOALAN 2
Rancangan pengajaran harian ( RPH ) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran
dan pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam
satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan
rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran
secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan


kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.
Antara kepentingannya kepada guru adalah untuk merancang pengajaran guru
dan pembelajaran murid dengan teliti agar menepati sukatan atau standard
pengajaran yang ditetapkan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap guru
mengajar mengikut sukatan ynag telah ditetapkan oleh KPM.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum juga merupakan salah satu
kepentingan penyediaan rancangan pengajaran harian. Sekiranya guru tidak
menyediakan rancangan harian dengan teliti masalah pengendalian masa mungkin
akan terjejas dan tidak dapat mencapai objektif dalam P&P.
Selain itu, tujuan rancangan pengajaran harian ini dilakukan adalah sebagai
penyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil
pembelajaran , meningkatkan kemahiran yang dikehendakki, menerap nilainilai murni dan proses penilaian yang terancang. Jelas ini adalah untuk
memberikan seseorang guru lebih bersedia dan dapat mencapai objektif P&P
dengan lancar dan sistematik.
Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang
hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan juga merupakan kepentingan dalam
penyediaan racangan pengjaran harian. Malahan ia juga meningkatkan keyakinan
diri guru semasa proses pengajaran berlangsung.
Rancangan [engajaran harian ini juga membantu guru dalam penyedia bahan
bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang perlu
untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan lebih berkesan. Akhir sekali
kepentingan rancangan pengajaran ini adalahmemudahkan guru pengganti
mengambil alih tugas pengajaran dengan mudah dan berkesan.
RUJUKAN

Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), Pedagogi Strategi
dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. PTS Publication.
Mok Soon Sang (2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan

Multimedia
http://www.slideshare.net/aflah/pembelajaran-berasaskan-projek-1699550
http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PROJEK.pdf

Anda mungkin juga menyukai