Anda di halaman 1dari 29

Sejarah dan Perkembangan

Hadith pada zaman Tabiun

Skrip
Diajukan Kepada Al-Zuhri & UIKA
Andalus, Singapura
UIKA, Bogor, Indonesia

Disusun oleh:
Dian Hazwani Binte Saihen
Nur Amalina Binte Mohamed Zali
Nur Hasanah Binte Abdul Aziz
Noor Azilah Binte Noor Mohamed
Nursyazana Binte Abdul Aziz
Sulianah Binte Sulaiman Sujai

Di Bawah Bimbingan:
Ustaz H.Ahmad Shobari

2014 SMPI

KANDUNGAN
KATA PENGANTAR............................................................................................................................................. 3
PENDAHULUAN.................................................................................................................................................... 4
i)

DEFINASI HADITH, KHABAR, SUNNAH DAN ATSAR ..................................................................... 4

ii) PERBEZAAN ANTARA HADITH, SUNNAH, KHABAR DAN ATSAR ............................................. 7


iii) DEFINASI TABIIN ..................................................................................................................................... 8
iv) TOKOH-TOKOH TABIUN YANG BANYAK MERIWAYATKAN HADITH ................................... 9
SEJARAH PENULISAN HADITH.................................................................................................................... 11
BIBLIOGRAFI TABIUN DAN KONTRIBUSI TERHADAP ILMU HADITH....................................... 19
i)

RUFAI BIN MIHRAN, ABU AL-ALIYAH ............................................................................................. 19

ii) UMAR IBN ABDUL AZIZ ........................................................................................................................ 21


PEMBUKUAN HADITH PADA ZAMAN TABIUN ..................................................................................... 23
i)

KESAN PEMBUKUAN HADITH............................................................................................................. 24

ii) KITAB-KITAB HADITH PERINGKAT AWAL: APA YANG TELAH TERJADI KEPADA KITABKITAB TERSEBUT? ......................................................................................................................................... 25
PENUTUP .............................................................................................................................................................. 28
DAFTAR PUSTAKA............................................................................................................................................ 29

KATA PENGANTAR

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji dan syukur kami panjatkan ke Hadirat Illahi Yang Maha Esa, kerana berkat
limpahan Rahmat dan Karunia-nya sehingga saat ini kami masih dalam lindunganNya.
Shalawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Shallahu Alaihi Wa Sallam, yang telah
membimbing manusia daripada kejahilan. Alhamdulillah, kami dapat menyusun tugasan ini
dengan baik dan tepat pada waktunya. Dalam tugasan ini kami akan membahaskan topik
mengenai sejarah dan perkembangan hadith pada zaman tabiun.
Penyusun-penyusun ini sedar bahawa penyusunan tugasan ini tidak akan selesai
tanpa ada bantuan dan bimbingan daripada pelbagai pihak. Oleh itu, kami mahu
mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada semua pihak yang telah
membantu dalam penyusunan tugasan ini terutamanya penyelia kami, Ustaz, keluarga dan
sahabat handai.
Kami menyedari bahwa masih banyak kekurangan yang mendasar pada tugasan
ini. Oleh kerana itu kami mengundang pembaca untuk memberikan saran serta kritik yang
dapat membangun kami. Kritik konstruktif dari pembaca sangat kami harapkan untuk
penyempurnaan tugasan selanjutnya. Akhir kata semoga tugas ini dapat memberikan
manfaat bagi kita sekalian.
Singapura, 2014
Penulis - penulis
Dian, Amalina, Hasanah, Azilah, Nursyazana, Sulianah

PENDAHULUAN
Tugasan ini berjudul Sejarah dan Perkembangan Hadith pada zaman Tabiun. Untuk
menghindari daripada kesalahfahaman maka kami ingin memberi penjelasan terhadap beberapa
istilah yang terkandung dalam judul tugasan ini.

Ada istilah-istilah yang perlu ditegaskan

berikut:
i)

DEFINASI HADITH, KHABAR, SUNNAH DAN ATSAR


As-Sunnah ()

1.

Sunnah dari segi makna bahasa bermakna perjalanan. Namun, dari segi istilah terdapat
beberapa perbezaan pendapat di kalangan ulama, diantaranya adalah sebagai berikut:
a.

Menurut ulama ahli hadis, sunnah adalah sesuatu yang berasal dari Nabi

Muhammad s.a.w berhubung dengan perjalanannya, sifat-sifatnya, beritanya,


perbualan, perbuatan, perkataan dan diam setujunya (taqrir) dan segala tingkah lakunya
sama ada berhubung dengan syarak atau tidak. (Abdullah, 1988)
b.

Menurut ulama usul fiqh, sunnah adalah segala tingkah laku Nabi Muhammad

s.a.w yang patut dijadikan sebagai dalil hukum syara sebagai dasar hukum Islam. Jika
perbuatan tersebut tidak boleh dijadikan dasar hukum, maka ianya tidak boleh
dikatakan sunnah. (Abdullah, 1988)
c.

Menurut ulama Fikih, sunnah adalah sesuatu yang tidak termasuk di dalam hukum

wajib dan fardhu. Ia adalah sifat syara yang menuntut pekerjaan tetapi ianya tidak
wajib untuk dilaksanakan. Bagi sesiapa yang mengerjakan, mereka akan diberikan
pahala namun bagi yang menigggalkan, mereka tidak akan disiksa. (Abdullah, 1988)
2.

Al-Atsar ()

Al-Atsar adalah sesuatu yang berasal dari para sahabat dan tabiin. Ia tidak mempunyai
hubungan langsung mahupun secara tidak langsung dengan Nabi Muhammad s.a.w. AlAtsar adalah berdasarkan kepada perbuatan, percakapan dan sifat dari para sahabat dan
para tabiin. (Abdullah, 1988)

Al-Khabar ( )

3.

Al-Khabar bermakna berita, pemberitahuan, laporan, peristiwa, kejadian atau keadaan. Ia


adalah segala sesuatu berita yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para
sahabat serta para tabiin. Ia adalah berita yang lebih kepada umum. (Abdullah, 1988)
Al-Hadith ()

4.

Al-Hadith adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang
berkaitan dengan perkataan, baik perintah mahupun larangan. Segala sesuatu yang
berkaitan dengan perbuatan Rasulullah s.a.w, taqrir segala yang ditetapkan oleh rasul.
Ianya adalah perbuatan di mana kejadian yang dialami oleh sahabat ketika bersama
Rasulullah s.a.w dan diketahui oleh beliau, lalu beliau mendiamkannya atau
mengisyaratkan sesuatu yang menunjukkan persetujuan atau tidak melarangnya. Sesuatu
yang berkaitan dengan sifat-sifat rasul, seperti sifat dan akhlak rasul dalam kehidupan
seharian antaranya bersifat rendah hati tidak kira kepada orang-orang yang lebih tua,
kanak-kanak dan juga terhadap orang yang beliau tidak kenali akan ilmunya terhadap
perilakunya. (Abdullah, 1988)
a.

Contoh hadith qauliy (perkataan)


Segala amalan itu adalah dengan niat dan bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang

diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada
Allah dan RasulNya. Sesiapa berhijrah untuk dunia atau mengahwini perempuan, maka
hijrahnya adalah kepada barang yang dia berhijrah kepadaNya.(HR Al-Bukhari).
(Abdullah, 1988)
b.

Contoh hadith filiy (perbuatan)

Anas Bin Malik berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak keluar dari rumahnya
pada Hari Raya Fitrah sehingga baginda makan buah tamar.(HR Al-Bukhari)
(Abdullah, 1988)

c.

Contoh hadith taqririy (ketetapan)

Dari Amamah Bin Sahl bin Hunaif Al-Ansari bahawa Abdullah Bin Abbas
menceritakan kepadanya bahawa beliau bersama Rasulullah s.a.w masuk ke rumah
Maumunah isteri Rasulullah s.a.w iaitu emak saudara Khalid dan juga emak saudara
Abdullah Bin Abbas, maka Khalid mendapati seekor dhab yang telah dipanggang di sisi
Maimunah yang diberikan oleh saudaranya Hufaidah Binti Al-Harith dari daerah Najd.
Maka Maimunah pun menghidangkan dhab itu kepada Rasulullah s.a.w. Kebiasaannya
Rasulullah

s.a.w itu

apabila

diberi kepadanya

sesuatu

makanan, baginda

memperkatakan berhubung dengannya dan menamakannya. Apabila Rasulullah s.a.w


menghulurkan tangannya kepada dhab itu, maka berkata salah seorang perempuan
yang hadir di situ: Beritahulah oleh kamu akan Rasulullah s.a.w apa yang kamu
hidangkan kepadanya. Maka perempuan-perempuan itu pun menceritakan bahawa apa
yang ada di hadapan Rasulullah s.a.w itu ialah dhab. Setelah Rasulullah s.a.w
mendengar keterangan mereka, maka baginda pun mengangkat tangannya dari
mencapai makanan tersebut. Khalid yang ada bersama pada masa itu lalu berkata:
Adakah haram wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidaktetapi ia tidak terdapat
di bumi kaumku. Oleh itu aku tidak berselera untuk memakannya. Khalid berkata: Aku
pun mengambil dhab tersebut lalu makan dan Rasulullah s.a.w melihat kepadaku tanpa
menegahnya. (Abdullah, 1988)
d.

Sifat Rasulullah s.a.w dari segi akhlak

Dari Abdulullah Bin Amr katanya: Tidaklah Nabi Muhammad s.a.w itu seorang yang
suka bercakap keji dan tidak juga baginda bersifat keji pada asal kejadiannya. Dan
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setengah daripada orang yang paling baik
daripada kalangan kamu ialah orang yang baik akhlaknya. (Abdullah, 1988)

ii)

PERBEZAAN ANTARA HADITH, SUNNAH, KHABAR DAN ATSAR


1. Al-Hadith ()
a. Sandarannya adalah Nabi s.a.w.
b. Aspek dan spesifikasinya meliputi perkataan, perbuatan dan persetujuan
c. Sifatnya khusus sekalipun cuma satu kali
2. As-Sunnah ()
a. Sandarannya adalah Nabi s.a.w.
b. Aspek dan spesifikasinya meliputi perbuatan
c. Sifatnya menjadi tradisi (Segala sesuatu diberikan pahala dan tidak disiksa bila
ditinggalkan)
3. Al-Khabar ( )
a. Sandarannya adalah Nabi s.a.w, para sahabat dan tabiin
b. Aspek dan spesifikasinya meliputi perkataan dan perbuatan
c. Sifatnya umum
4. Al-Atsar ()
a. Sandarannya para sahabat dan tabiin
b. Aspek dan spesifikasinya meliputi perbuatan, persetujuan dan sifat
c. Sifatnya umum

KESIMPULAN DEFINASI HADITH, SUNNAH, KHABAR DAN ATSAR


Kebanyakan ahli hadith menganggap bahawa hadith, sunnah, khabar dan atsar mempunyai erti
yang sama iaitu apa-apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perkataan,
perbuatan, diam setuju (taqrir), sifat atau sirah tidak kira sebelum atau sesudah menjadi Rasul.
Namun, perbezaan di antara mereka adalah sandarannya kepada Nabi Muhammad s.a.w atau
para sahabat atau tabiin dan sifat pada setiap darinya mempunyai pengkhususan yang tertentu
sama ada ia bersifat kepada individu atau umum.
iii)

DEFINASI TABIIN

At-tabiin ( ) merupakan jamak dari kata at-tabi() . Menurut bahasa, ( ) bererti


pengikut dan ia adalah isim fail dari tabia ( )yang bererti mengikut. Sedangkan at-tabiin
menurut istilah: Adalah seorang muslim yang bertemu dengan seorang sahabat dan mati dalam
beragama Islam. (Abdul Haris, 2013)
Setiap muslim yang bertemu dengan sahabat, berguru dan belajar kepada sahabat, tetapi tidak
bertemu dengan Rasulullah diberi gelaran sebagai tabiin. Gelaran seseorang tabiin bermula
setelah kewafatan Nabi pada tahun 632 M. Ia juga adalah permulaan pemerintahan Khulafa alRasyidin. Tabiin terakhir yang bertemu dengan Abu Ath-Thufail Amir bin Watshilah Al-Laitsi
di Mekkah adalah Khalaf bin Khalifah. (Alit Nur Hidayat, 2011) Maka muslim yang digelar
sebagai tabiin bermula sejak pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan.

iv)

TOKOH-TOKOH TABIUN YANG BANYAK MERIWAYATKAN HADITH


Dari Makkah

A. Nama Tokoh

Mujahid bin Jubir

Ata bin Abu Rabah

B. Tahun kelahiran &


wafat / Zaman
pemerintahan

19H-102H 83 tahun.
Dari zaman pemerintahan khalifah
Umar bin al-Khattab

33H-115H 82 tahun.
Dari zaman pemerintahan khalifah
Uthman bin Affan

Pakar bidang hadith, fiqh & tafsir

Pakar bidang hadith & fiqh


Seorang yang thiqah
Banyak menghafal hadith
Ahli dalam soal-soal hukum

C. Kemahiran /
pesonaliti

1.
2.
D. Meriwayatkan hadith
3.
4.

E. Orang Islam yang


meriwayatkan hadith
darinya

1.
2.
3.
4.

Aisyah binti Abu Bakar


Abu Hurairah
Abdullah bin Umar
Abdullah bin Abbas

1.
2.
3.
4.
5.

Abu Bakar al-Siddiq


Abu Hurairah
Abdullah bin Abbas
Abu Said al Khudrat
Umm Salamah

Hakam bin Utbah w. 114H


Amr bin Dinar w. 126H
Sulaiman bin mahran w. 148H
Abdullah bin Aun w. 151H

1. Abd al- Malik Abd al- Aziz ibn


Jurij w. 150H
2. Muhammad bin Ishak w. 151H
3. Abd al-Rahman bin Amr al-Auzai
w. 157H
4. Abu Hanifah w. 150H
5. Jarir bin Hazim w. 150H

Dari Madinah
A. Nama Tokoh

Said bin Musayyab

Muhammad bin Muslim Ibn Urwah bin Az-Zubair bin


Syiyab al-Zuhri
Al-Awwam

B. Tahun
kelahiran &
wafat / Zaman
pemerintahan

15H-94H 75 tahun.
Dari zaman pemerintahan
khalifah Umar bin alKhattab

50H-124H 66 tahun.
Dari zaman pemerintahan
khalifah Muawiyah bin
Sufyan

12H- 93H 81 tahun.


Dari zaman
pemerintahan khalifah
Abu Bakar As-Siddiq

C. Kemahiran /
pesonaliti

Mengetahui hukumhukum yang dipraktikkan


Rasullullah & sahabat
Tergolong dalam 7 orang
tokoh fiqh di madinah &
juga ahli hadith
Seorang yang thiqah &
warak

Tokoh & alim dalam hadith


Seorang yang thiqah
Banyak menuliskan hadith
dari Rasul & sahabat
Kekuatan dalam hafalan
hadith & Al-Quran
Tokoh tabiin yang termuka
di Madinah

Tokoh hadith & fiqh


Seorang yang thiqah
Banyak menghafal
hadith
Banyak meriwayatkan
hadith
Orang pertama
mengumpul biografi
Rasullullah

D. Meriwayatkan
hadith

E. Orang Islam
yang
meriwayatkan
hadith darinya

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Uthman bin Affan


Ali bin Abi thalib
Zaid bin Thabit
Sad bin Abi waqas
Abdullah bin Abbas
Aisyah binti Abu
Bakar
7. Muhammad bin
Salmah

1.
2.
3.
4.
5.

Anas bin Malik


Abdullah bin Umar
Jabir bin Abdullah
Sahl bin Sad
Abu Tufail Amir bin
Wathilah
6. Said bin Musayyab
7. Ata bin Abu Rabah

1. Az-Zubair bin AlAwwam


2. Zaid bin Thabit
3. Aisyah binti Abu
Bakar
4. Abu Hurairah
5. Hakim bin Hizam
6. Abdullah bin Abbas
7. Muhammad bin
Salmah

1. Saleh bin Kisan w.


1. Muhammad bin
140H
Muslim Ibn Syiyab al2. Aqil bin Khalid bin Aqil 1. Muhammad bin
Zuhri w. 124H
w. 144H
Muslim Ibn Syiyab
2. Amr bin Dinar w.
3. Yunus bin Yazid w.
al-Zuhri w. 124H
126H
152H
2. Abu Salamah bin
3. Ata bin Abu Rabah w.
4. Abu Hudhail
Abd al-Rahman w.
114H
Muhammad bin al94H
4. Qatadah Daamah alWalid w. 149H
Sadusi w. 117H
5. Malik bin Anas w. 179H
(Abdullah, 1988)
10

SEJARAH PENULISAN HADITH


Larangan Menulis Hadith
Salah satu riwayat yang terkenal mengenai penghalangan menulis hadith ialah:
Dari sahabat Hammam, dari Zaid bin Aslam, dari Atha bin Yasar, dari Abu Said al Khudhri,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kalian tulis (riwayat) dariku, dan barang
siapa menulis dariku selain al-Quran maka hendaklah menghapusnya, dan berbicaralah kalian
(sesuatu) dariku dan tidak ada larangan sedikitpun. Dan barang siapa berbohong atasku maka
sungguh akan kekal tempatnya dineraka (HR Muslim) (Mashuri, 2011)
Abu Said al-Khudriy meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menulis (hadis)
dariku. Barangsiapa menulis selain al-Quran dariku, maka hapuslah. Diriwayatkan dari Abu
Hurairah bahwa ia berkata: Rasulullah SAW keluar dan kami menulis hadis-hadis, maka
beliau bersabda: apa yang kalian tulis ini?, kami menjawab: hadis-hadis yang kami
dengarkan darimu. Beliau bertanya: tulisan selain Kitabullah? Apa kalian tahu? Tidaklah
tersesat umat-umat terdahulu kecuali karena mereka menulis kitab-kitab lain bersamaan dengan
kitab Allah (HR Muslim) (Mashuri, 2011)
Oleh kerana itu, para sahabat digalakkan untuk menghafal hadith langsung dari baginda. Ia
berkemungkinan jika Rasul mengizinkan penulisan hadith pada ketika itu, kaum muslimin akan
lalai untuk mempelajari Al-Quran, catitan Al-Quran dan Hadith akan bercampur aduk dan akan
lebih menguatamakan Sunnah daripada Al-Quran. Bangsa Arab terkenal dengan mempunyai
kekuatan daya ingatan yang luarbiasa untuk menghafal. Seperti tokoh terkenal: Abu Hurairah r.a
menghafal hadith sebanyak 5,374 buah tanpa catitan. Isteri Nabi SAW, Aisyah r.a juga
menghafal sebanyak 2,210 hadith dan banyak lagi tokoh tokoh yang telah menghafal hadith
hadith dengan jumlah begitu banyak pada zaman itu. (Saif, 1999)

11

Akan tetapi akan suatu masa dahulu, Rasulullah bersabda: Tulislah apa yang kau dengar dariku,
demi Tuhan yang jiwaku berada di tangannya. Tidak keluar dari mulutku, selain kebenaran.
(H.R. Muslim).
Hanya beberapa sahabat yang dipercaya diberi keizinan untuk menulisnya kerana kuat
penghafalan dan mempunyai bakat menulis. Sahabat yang dimaksudkan ialah :"Abdullah bin
Amr bin Ash, Abu Hurairah, Ali bin Abi Thalib, dll. (Abdul Haris, 2013)" Setelah mendapat
izin dari Rasulullah SAW. untuk menuliskan Sunnahnya, berikut adalah beberapa kitab yang
populer pada saat itu: Ash-Shahifah Ash-Shadiqah oleh Abdullah Ibn Amr ibn Al-Ash, Kitabkitab oleh Ibn Abbas ,Shahifah milik Jabir Ibn Abdullah Al-Anshariy dan Ash-Shahifah oleh
Hamman Ibn Munabbih . (Abdul Haris, 2013)
Permulaan Pengumpulan Hadith
Pengumpulan hadith bermula apabila para khalifah mendapati bahawasanya telah terdapat ramai
para sahabat yang telah meninggal dunia ketika berperangan ataupun berhijrah ke negara Islam
yang lain. Oleh kerana itu, para sahabat hanya dapat menyebarkan hadith tertentu

yang

dihafalkan terhadap golongan masyarakat di daerah yang tertentu. Maka untuk mengelakkan
ketimbulan hadith palsu dan dhoif secara berlebihan tersebar luas, para khalifah merasa ia adalah
penting bagi mengumpul hadith-hadith Rasulullah agar terpelihara dan tidak hilang dek zaman.
Cara Periwayatan Hadith(Musyafahah)
Periwayatan hadis pada masa ini ialah dengan cara musyafahah." (Abdul Haris, 2013) Para
tabiin menerima riwayat hadis dari sahabat sezaman. "Misalkan az-Zuhriy, seorang tabiin,
hadis yang diriwayatkan ada yang berasal dari sahabat Nabi SAW seperti Anas bin Malik,
Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdullah; ada yang dari tabiin seperti Said bin Musayyab,
Urwah bin Zubair, Atha bin Abi Rabbah; ada yang dari atba at-tabiin seperti Malik bin
Anas. . (Abdul Haris, 2013)
Cara musyafahah ini masih melibatkan daya ingatan dan hafalan dalam periwayatan hadis.
(Abdul Haris, 2013) Oleh kerana itu, para tabiin terpaksa "menempuh jarak yang jauh untuk
mendapatkan hadis demi memeriksa qualiti hadis yang diriwayat oleh para sahabat. Para tabi;in
12

khuatiri jika hadith itu akan dicemari kerana sikap yang tidak amanah oleh periwayat itu jika
berlaku pergaduhan antara sesama muslimin seperti penyokong Ali dan Muawiyah, Pada ketika
itu, terdapat juga "periwayat hadis yang masyhur iaitu: Said bin Musayyab, Ibnu Syihab azZuhri, Atha bin Abi Rabbah, al-Amasy, al-Hasan al-Basri, Muhammad bin Sirin, dan Umar
bin Abdul Aziz. (Abdul Haris, 2013)
Sebab Pengumpulan Hadith
Al-Quran telah dimushafkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan oleh kerana itu, tidak ada
halangan bagi kaum muslimin bagi membukukan hadith Rasulullah supaya kesahihan hadith
terjaga.
Pertama Yang Membukukan Hadith
Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengambil inisiatif untuk membukukan hadith-hadith Rasulullah
SAW supaya dapat menjaga kesahihan hadith-hadith baginda.
Perkembangan Hadith Bermula
Dengan perintah diatas, ilmu hadith berkembang dengan giatnya. Diamana para ulama dan
pakar-pakar hadith membuat penelitian dan kajian. Mereka adalah tokoh-tokoh ahli hadith yang
sangat terkenal hingga abad ini seperti Imam Bukhari. Dia telah menghasilkan beberapa buah
dan berjaya mengumpulkan 600,000 hadith (7,275 hadith sahih dan 4,000 hadith yang berulang)
dalam masa enam belas tahun. Ini kerana beliau sering mengembara ke banyak daerah sematamata untuk mendapatkan hadith yang sahih. (Saif, 1999)
Terdapat juga para ahli hadith yang turut berjasa kepada dunia Islam ialah Muslim, Abu Daud,
Tirmizi, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad dan Imam Malik r.a. Ilmu hadith dapat berkembang dengan
pesat oleh kerana usaha Umar bin Abdul Aziz dalam pembukuan hadith. Usaha ini amat
bermanfaat and memberi kesan yang mendalam dari satu generasi ke generasi yang akan datang.
Pembukuan hadith belum lagi menyeluruh kerana Khalifah Umar bin Abdul Aziz wafat
"sebelum Abu Bakar bin Hazm mengirimkan hasil pembukuan hadits kepadanya. Kemudian

13

upaya pembukuan hadits dilanjutkan oleh Imam Muhammad bin Syihab Az-Zuhri.. (Abdul
Haris, 2013)
Ulama- ulama selepas Az-Zuhri telah menyusun hadith hadith tersebut secara sistematis dengan
menggunakan metode berdasarkan sanad dan bab. Buku-buku yang ditulis pada masa itu dan
kini sudah dicetak antara lain: Al-Muwatha karya Imam Malik bin Anas, Al-Mushannaf karya
Abdurrazaq bin Hammam Ash-Shanani, As-Sunan karya Said bin Mansur dan Al-Mushannaf
karya Abu Bakar bin Abu Syaibah. (Abdul Haris, 2013)
Bentuk-bentuk Petikan Hadith oleh Muhadditsin
1. Perkataan demi perkataan
Hadith-hadith yang diriwayatkan dari pelbagai lapisan ulama Hadith dengan matan yang sama
cuma ditambah nama perawi seterusnya.





" :


"


( :)
Telah diceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf berkata, telah bercerita kepada kami
Malik dari Abu Az Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Jika salah seorang dari kalian berwudhu hendaklah dengan
memasukkan air ke dalam hidung, barangsiapa beristinja' dengan batu hendaklah dengan
bilangan ganjil. Dan jika salah seorang dari kamu bangun dari tidurnya, hendaklah
membasuh kedua telapak tangannya sebelum memasukkannya dalam bejana air wudhunya,
sebab salah seorang dari kamu tidak tahu ke mana tangannya bermalam." (Riwayat
Bukhori: Kitab Wudhu)
Dari petikan ini, diketahui bahawa perawi seterusnya setelah Imam Malik adalah Abdullah ibn
Yusuf dan kita dapat lihat bahawa tiada rujukan dibuat kepada kitab Muwattho(abad kedua
14

Hijrah) walaupun ia turut dilaporkan Imam Malik(1) perkataan demi perkataan. Ia disimpulkan
bahawa periwayatan perkataan demi perkataan ini tidaklah berlandaskan daya ingatan sematamata tetapi berpandukan kitab-kitab yang dikumpulkan pada abad pertama Hijrah. Namun, kitabkitab terdahulu ini lenyap kerana telah diserap ke dalam karya-karya para penulis yang lahir
selepas itu. (Azami,1988)
2. Perkataan demi perkataan, ditambah bahan luar
Matan yang disalin perkataan demi perkataan ketika mempelajarinya namun ada tambahan teks
oleh para pelajar bagi tujuan menjelaskan perkara-perkara yang samar atau sekadar menyatakan
pendapat sendiri tanpa merosakkan naskhah tersebut. Contohnya:


"
.



. "

"



. . "



.

.

.

( : ) .

Qatada telah meriwayatkan hadith seperti ini dengan riwayat yang berbeza dalam
sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Jarir yang telah disahkan oleh Sulaiman, ucapan
Qatada seterusnya: Apabila Al-Quran dibacakan (dalam solat) kamu hendaklah
diam, dan ucapan seterusnya ini tidak ditemui dalam hadith yang diriwayatkan oleh
mana-mana orang kecuali yang diriwayatkan oleh Abu Kamil yang telah
mendengarnya dari Abu Awana, Bahawasanya Allah telah menganugerahkan melalui
lidah Rasulullah akan ini: Allah mendengar akan hambaNya yang memujiNya. Abu
Ishaq(anak murid Imam Muslim) berkata, Abu Bakar telah membincangkan (dengan

15

kritikal) hadith ini. Imam Muslim berkata, Siapakah yang boleh kamu jumpai
sebagai periwayat yang lebih shahih daripada Sulaiman?. Abu Bakar menjawab,
Bagaimana dengan hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah tentang apabila Quran
dibacakan(dalam solat) hendaklah diam?. Dia(Abu Bakar) berkata lagi, Jadi
mengapa tuan tidak memasukkan hadith ini dalam susunan tuan?. Imam Muslim
berkata, Aku tidak memasukkan kesemua hadith-hadith yang kuanggap shahih
kedalamnya. Aku hanya memasukkan hadith-hadith yang telah dipersetujui oleh para
)Muhaddithin sebagai shahih. (Riwayat Muslim: Kitab Solat
3. Memetik sebahagian dengan tepat dan meninggalkan sebahagian yang lain
Kaedah ini banyak didapati dalam kitab-kitab hadith abad ketiga seperti Shohih Bukhari dimana
sesebuah hadith itu boleh dipetik beberapa kali dalam bab-bab yang berlainan. Contohnya:






"

" .



.
"





"
" . " " .





" ) . : (

16

Telah diceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Zaid bin
Aslam dari 'Atha bin Yasar dari 'Abdullah bin 'Abbas ia berkata, "Telah terjadi gerhana
matahari pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam kemudian melaksanakan solat, beliau berdiri dengan sangat lama
sekadar bacaan surah Al-Baqarah. Lalu beliau rukuk dengan rukuk yang panjang, lalu
mengangkat (kepala) berdiri dengan lama namun tidak sepanjang yang pertama.
Kemudian rukuk kembali dengan panjang namun tidak sepanjang rukuk yang pertama.
Kemudian sujud. Kemudian beliau kembali berdiri dengan lama namun tidak
sepanjang yang pertama, lalu rukuk dengan rukuk yang panjang namun tidak sepanjang
rukuk yang pertama, lalu mengangkat (kepala) berdiri dengan lama namun tidak
sepanjang yang pertama. Kemudian beliau rukuk kembali dengan panjang namun tidak
sepanjang rukuk yang pertama. Kemudian sujud. Kemudian beliau berlalu pergi
sementara

matahari

sudah

nampak

kembali.

Beliau

kemudian

bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah,
dan kedua-duanya tidak akan mengalami gerhana disebabkan karena mati atau
hidupnya seseorang. Jika kalian melihatnya maka banyaklah mengingat Allah." Para
sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat tuan merasakan sesuatu pada posisi
tuan dan kami melihat seakan tuan menahan perasaan takut?" Beliau menjawab:
"Sungguh aku melihat syurga, dan didalamnya aku memperoleh setandan anggur.
Seandainya aku mengambilnya tentu kalian akan memakannya sehingga urusan dunia
akan terabaikan. Kemudian aku melihat neraka, dan aku belum pernah melihat suatu
pemandangan yang lebih mengerikan berbanding hari ini, dan aku melihat kebanyakan
penghuninya adalah kaum wanita." Para sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu wahai
Rasulullah?" Beliau menjawab: "Karena mereka sering kufur (mengingkari)."
Ditanyakan kepada beliau, "Apakah mereka mengingkari Allah?" Beliau menjawab:
"Mereka mengingkari pemberian suami, mengingkari kebaikan. Seandainya kamu
berbuat baik terhadap salah seorang dari mereka sepanjang waktu, lalu dia melihat satu
saja keburukan darimu maka dia akan berkata, 'Aku belum pernah melihat kebaikan
darimu sedikitpun'." (Riwayat Bukhori: Kitab Gerhana)

17

Hadith tersebut telah dipetik dengan penuh dalam Bab Gerhana Matahari dan dipetik
sebahagiannya sahaja di dalam Bab Solat(2), Bab Iman(3) dan beberapa tempat lain.
4.Mengubah perkataan/frasa asal tanpa menukar makna yang terkandung
Kaedah petikan ini juga dikenali dengan istilah Riwayat bil Mana dan hanya diterima-pakai
sebilangan ulama dahulu pada peringkat permulaan hadith dikumpul dengan syarat: Perawi
mahir dalam Bahasa Arab dan tahu kesan sepenuhnya dari penggunaan sesebuah perkataan itu
lalu menyampaikannya dengan maksud yang sama walaupun perkataan-perkataan yang
terkandung telah diubah. Ini berlaku disebabkan kelemahan daya ingatan sesetengah murid.
Setelah kitab-kitab hadith mula disusun, kaedah ini dilarang dan para Muhadditsin pada abad
pertama Hijrah memperkenalkan peraturan dalam pemetikan hadith dengan darjat ketepatan yang
begitu tinggi sehingga tidak memungkinkan untuk sesebuah hadith itu dipetik secara lisan
ataupun dari mana-mana kitab tanpa mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa. Istilah-istilah
seperti hadatsanaa atau akhbaranaa yang terdapat di dalam beberapa isnad tertentu merupakan
bentuk-bentuk sijil kebenaran yang diperolehi oleh para perawi dari pihak berkuasa dan dengan
ini mereka menjelaskan bagaimana mereka mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut dan mereka
berhak untuk menyampaikannya. (Azami,1988)

18

BIBLIOGRAFI TABIUN DAN KONTRIBUSI


TERHADAP ILMU HADITH
i)

RUFAI BIN MIHRAN, ABU AL-ALIYAH

Rufai bin Mihraan atau dikenali sebagai Abu al-Aliyah ialah seorang huffaz (penghafal AlQuran) dan muhadditsin (ahli hadis). Beliau juga antara para tabiin yang paling arif dalam
Kitabullah dan Al-Hadith. Selain itu beliau mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap isi
kandungan dan rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran. (Dr. Abdurrahman Raat Basya,
2009)
Rufai bin Mihraan dilahirkan di Persia. Rufai adalah antara lelaki yang paling beruntung kerana
ketika kaum muslimin masuk ke negeri Persia untuk mengeluarkan penduduknya dari kegelapan
menuju cahaya, dia diambil oleh kaum muslimin dan diasuh dengan penuh kasih sayang dan
diterapkan kebaikan di dalamnya. (Dr. Abdurrahman Raat Basya, 2009)
Beliau dan orang parsi telah memperhatikan keluhuran Islam, lalu membandingkan dengan apa
yang mereka telah menganuti dahulu(penyembah berhala). Akhirnya mereka masuk ke dalam
agama Allah. Kemudian mereka mula mempelajari Kitabullah, mereka juga sangat gemari akan
hadis-hadis Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Rufai bercerita tentang apa yang beliau
alami:
Aku dan beberapa orang dari kaumku menjadi tawanan mujahidin, kemudian kami
menjadi sekelompok kaum muslimin di Basrah. Tidak berapa lama kemudian akhirnya
kami beriman kepada Allah dan tertarik untuk menghafal Kitabullah. Di antara kami ada
yang menebus dirinya kepada majikannya dan ada yang tetap berkhidmat kepada
majikannya. Saya adalah salah satu di antara mereka. Pada mulanya kami
mengkhatamkan Al-Quran setiap malam sekali, namun hal itu sangat memberatkan kami.
Lalu kami sepakati untuk mengkhatamkan dua malam sekali, namun itu masih terasa
berat bagi untuk kami. Kemudian kami sepakat mengkhatamkan Al-Quran tiga hari

19

sekali, namun masih berat juga kami rasakan karena harus banyak bekerja siang harinya
dan begadang di malam harinya. (Dr. Abdurrahman Raat Basya, 2009)
Kemudian kami menemui sebagian sahabat Nabi SAW dan mengeluhkan keadaan kami
yang harus begadang semalam untuk tilawah Kitabullah. Mereka berkata, Khatamkan
setiap Jumat sekali. Maka kami pun mengerjakan apa yang mereka sarankan. Kami
membaca Al-Quran pada sebagian malam dan bisa tidur sebagian malam dan setelah itu
kami tidak merasakan keberatan. (Dr. Abdurrahman Raat Basya, 2009)

SEORANG MUSLIM YANG MULIA


Rufai bin Mihraan dimiliki oleh seorang majikan wanita dari Bani Tamim. Suatu hari Jumaat,
Rufai berwudhu kemudian meminta izin kepada majikannya untuk pergi. Majikannya berkata,
Hendak kemanakah kamu wahai Rufai? Rufai menjawab, Saya hendak ke masjid.
Majikannya bertanya, Masjid manakah yang kamu maksud? Jawabnya, Masjid Jami
Majikannya berkata, Kalau begitu marilah berangkat bersamaku. Maka keduanya berangkat ke
masjid lalu masuk masjid seperti yang lain. Namun Rufai belum memahami apa tujuan
majikannya. (Dr. Abdurrahman Raat Basya, 2009)
Ketika kaum muslimin telah berkumpul, majikan Rufai angkat bicara, Saksikanlah wahai kaum
muslimin, sesungguhnya aku telah memerdekakan budakku ini (Rufai) karena mengharap pahala
Allah, memohon ampunan dan ridha-Nya. Dan bahwasanya tidak layak seseorang menempuh
suatu jalan melainkan jalan yang baik. Lalu dia menoleh kepada Rufai dan berdoa kepada
Allah:
Ya Allah aku menjadikan ia sebagai tabungan di sisi-Mu di hari di mana tiada manfaatnya
harta dan anak-anak. (Dr. Abdurrahman Raat Basya, 2009)

20

AKRAB DENGAN HADITH-HADITH RASULULLAH


Sejak hari itu Rufai sering ke Madinah al-Munawarah. Beliau beruntung kerana dapat bertemu
dengan amirul mukminin (Umar bin Khattab), belajar Al-Quran kepadanya dan shalat di
belakangnya. Rufai begitu akrab dengan hadis-hadis Rasulullah sehingga beliau berusaha
mendengarkan riwayat hadis dari para tabiin yang beliau temui di Basrah. Akan tetapi muncul
keinginan kuat dalam jiwanya untuk lebih dari itu. Maka seringkali beliau meluangkan waktu
untuk pergi ke Madinah untuk mendengar hadis langsung dari para sahabat Rasulullah SAW,
sehingga tiada pembatas antara dirinya dengan Nabi SAW melainkan satu orang atau dua orang
saja. (Dr. Abdurrahman Raat Basya, 2009)
Beliau meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Masud, Ubai bin Kaab, Abu Ayyub al-Anshari,
Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas dan para sahabat yang lain. Jika dikatakan kepada beliau ada
seseorang yang berilmu, maka beliau sanggup menjelajahi dunia untuk berjumpa dengan
seseorang itu. Jika beliau telah sampai, beliau shalat di belakang orang yang dituju. Jika beliau
mendapatkan shalat tidak sungguh-sungguh dan tidak konsisten dengan sunah, tidak
memperhatikan hak-hak shalat, maka beliau berpaling sambil bergumam, Sesungguhnya orang
yang meremehkan shalat tentulah untuk urusan yang selainnya lebih meremehkan. (Dr.
Abdurrahman Raat Basya, 2009)

ii)

UMAR IBN ABDUL AZIZ

Name sebenar khalifah Umar ialah Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam bin Abu alAsh bin Umayyah bin Abdu Syams bin Abdu Manaf. Dilahirkan pada tahun 61 Hijrah di
Madinah dan wafat pada umurnya empat puluh tahun, 101 Hijrah. Ayahnya, Abdul Aziz bin
Marwan bin al-Hakam dan digelar sebagai salah satu gabenor terbaik Bani Umayyah. Manakala
ibunya adalah "Ummu Ashim bin al-Khattab, cucu Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab.
(As-Shallabi, 2012) Setelah peninggalan ayahnya, beliau diasuh oleh pakciknya, Amirul
Mukminin Abdul Malik bin Marwan. Beliau dinikahi kepada anak pakciknya, Fatimah binti
Abdul Malik Maka tidak hairanlah jika beliau disebut para ulama sebagai khulafaur rasyidin ke5, karena kesamaan manhaj kepemimpinan beliau dengan empat khalifah pertama penerus
21

Rasulullah saw. Keperibaan Umar bin Abdul Aziz mirip sekali dengan Khalifah Umar bin
Khattab. Beliau tergolong daripada "salah satu imam-imam mujtahid. (As-Shallabi, 2012)
Umar bin Abdul Aziz adalah khalifah yang sangat wara, zuhud, bersih, pendermawaan dan
peduli pada umatnya. Kemudian, ayahnya telah mengutuskan

Shalih bin Kasian sebagai

pendidik untuk Umar bin Abdul Aziz. Maka beliau belajar bersungguh-sungguh meniru cara
Rasulullah s.a.w sehingga didalam sebuah riwayat mengatakan beliau telah "bertasbih dalam
rukuk dan sujud sebanyak sepuluh kali. (As-Shallabi, 2012)
Selain itu, Umar bin Abdul Aziz digelar sebagai al-Asyajj Bani Umayyah kerana peristiwa yang
dialami olehnya pada waktu kecil. Iaitu terdapat kesan luka dialami olehnya ketika seekor kuda
menendangnya di bahagian wajah. Umar bin al-Khattab pernah berkata: Sesungguhnya dari
anakku ada seorang lelaki yang diwajahnya ada bekas luka yang akan memenuhi bumi dengan
keadilan. (As-Shallabi, 2012)
Walaupun beliau hanya memerintah dalam masa yang singkat iaitu selama dua setengah tahun,
dia telah banyak berjasa kepada tamadun Islam. Sebagai khalifah, beliau telah mempromosikan
gaya hidup yang sederhana dengan menampilkan dirinya dan keluarganya sebagai tauladan.
Beliau juga menyuruh isterinya menyerahkan barang kemas mewah pemberian ayahnya ke
baitulmal. (Fadzil, 2008)
Ketika beliau wafat, hanya sedikit harta ditinggalkan untuk keluarganya. Umar bin Abdul Aziz
menuntut ilmu sejak beliau masih kecil dan sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama
dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fikih dan juga ulama-ulama. Beliau telah
menghafaz al-Quran sejak masih kecil. Beliautelah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka
spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan
sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Metode pemerintahannya hanya merujukkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Maka dengan
metode ini, beliau boleh mendidik masyarakat dengan ilmu agama dan mengatur hal pemerintah
(duniawi) dengan agama. Antara ulama yang diutus olehnya untuk menyebarkan ilmu agama
dikota atau didesa seperti Yazid bin Abu Malik ad-Dimasyqi dan Harits bin Yamjid al-Asyri.
(Fadzil, 2008)

22

PEMBUKUAN HADITH PADA ZAMAN TABIUN


Idea untuk membukukan hadis secara rasmi di negara Islam telah dipepolari oleh ayah Umar bin
Abdul Aziz iaitu Abdul Aziz bin Marwan ketika beliau menjadi gabenor diwilayah Mesir. Akan
tetapi idea ini dilaksaknakan oleh Umar bin Abdul Aziz sendiri. Dibawah kepimpimnan dan
bimbingannya, para pegawai yang khas dan seluruh wilayah yang dipimpinnya diturut
terlibatkan dalam pembukukan dan menuliskan segala ilmu yang diketahui oleh mereka.
Diantara salah satu arahannya yang diberi olehnya iaitu, Wahai sekalian manusia, ikatlah ilmu
kamu dengan cara disyukuri, dan ikat pula ilmu kamu itu dengan cara dituliskan. (As-Shallabi,
2012)
Umar akan memberi hadiah kepada sesiapa yang tekun dan pandai berbahasa Arab akan tetapi
bagi mereka yang kurang fasih akan tetap diberi ganjaran yang kurang sedikit. Hal ini
menunjukkan bahawa Amirul Mukminin Umar amat menitikberat sangat mengenai ilmu dan
tidak mahu ia lesap dihanyut masa. Selain itu, dia juga telah memerintah para ulama untuk
mengumpulkan hadis Nabi kerana dikhuatiri pada suata masa nanti ia akan tercampur aduk
dengan ilmu yang lain. Umar terfikir juga bahawasanya para penghafal hadis tidak
berkemungkinan dapat menyampaikan seluruh hadis yang dihafal oleh mereka kepada anak
muridnya ataupun tidak mengingati hadis yang mana yang belum disampaikan. (As-Shallabi,
2012)
Antara langkah yang diambil olehnya ialah dengan menulis surat kepada imam besar dan ulama
seperti Khalifah Madinah Abu Bakar bin Hazm. Surat ini menerangakan hasrat Umar dalam
pemeliharaan Sunnah yang disebutkan dalam sahih al-Bukhari:
Dari Abdul Aziz kepada Abu Bakar bin Hazm: Carilah apa-apa yang berasal dari hadis Nabi,
lalu tulislah, kerana aku khuatir dengan banyakknya ilmu yang dipelajari dan banyaknya ulama
yang wafat, akan menyembunyikan hadis Nabi. (As-Shallabi, 2012)
Tujuan penulisan Umar ialah supaya Ilmu hadis ini tidak akan lenyap, malah diharuskan
disebarkan kepada seluruh masyarakat supaya mereka tidak akan berada didalam keadaan
kejahilan. Khalifah Umar telah memilih orang yang tepat bagi membukukan hadis. Ia kerana

23

ibnu Hazm adalah antara para ulama yang termasyhur kerana memiliki keperibadaan yang sangat
tinggi dan amat bertanggungjawab. Menurut Imam Malik, "Ibnu Hazm adalah orang yang paling
jujur dan banyak meriwayatkan hadis. (As-Shallabi, 2012)
Orang pilhan Umar yang lain ditugaskan untuk memeriksa dan mengumpulkan hadis-hadis
daripada perawi yang tertentu sperti Amrah binti Abdul Rahman(dipercayai oleh Ibnu Hazm). Ia
kerana beliau adalah anak murid Aisyah. Menurut Ibnu al-Madini, Amrah banyak meriwayatkan
hadis yang tidak didapati oleh orang lain. (As-Shallabi, 2012)
Sebuah riwayat dari Abu az-Zanad Abdullah bin Dzakwan al-Quraysi menyebutkan bahawa
Umar bin Abdul Aziz mengumpulkan beberapa ulama dan melaporkan hadis-hadis yang ketahui
oleh mereka akan tetapi jika diantara hadis-haids itu diragui, maka ia tidak perlu dituliskan(AsShallabi, 2012)
Untuk menjaga kesahihan hadis, beliau telah mengambil langkah yang bijak untuk membukukan
hadis-hadis Nabi supaya tidak bercampur aduk dengan hadis dhoif. Sokongan daripada penguasa
tertinggi adalah amat penting kerana dia ada kuasa untuk memelihara ilmu Islam daripada
terhapus atau ditukar.

i)

KESAN PEMBUKUAN HADITH

Para ulama ketika dahulu hanya menulis riwayat bagi koleksi tersendiri. Maka diatas
kebijaksanaan Umar, dia telah membukukan hadis dengan secara rasmi. Dengan kerjasama yang
diberi oleh para ulama dan ilmuwan, Umar dapat membukukan hadis-hadis tersebut. Disebabkan
itu, beliau dapat menggandakan buku hadis yang dirangkumkan oleh Imam az-Zuhri dan
menyebarkan kepada seluruh wilayah negara Islam pada waktu itu.

Peranan yang dimainkan oleh para tabiin amatlah besar kerana mereka telah memelihara
kesahihan hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Sanad dan matan sesebuah hadith itu
diteliti dan dipeperiksa secara mendalam.Selain itu mereka juga menyebarkan fatwa melalui
fatwa atau keputusan mengenai hukum (jika ada perselisihan faham diantara mereka). Ulama

24

terkemuka seperti Ibrahim dan as-Syabi selalu diminta untuk mengeluarkan fatwa setelah Ali
dan Ibnu Masd. (As-Shallabi, 2012)

ii)

KITAB-KITAB HADITH PERINGKAT AWAL: APA YANG TELAH TERJADI


KEPADA KITAB-KITAB TERSEBUT?

Pada zaman sebelum Islam, beberapa buah puisi arab dan kata-kata orang bijaksana telah
dicatitkan. Akan tetapi, sejarah persuratan bahasa Arab bermula dengan Al-Quran yang maha
suci, kitab yang pertama dalam bahasa Arab. Terdapat ratusan malah ribuan kitab-kitab hadith
berada dalam peredaran dalam masyarakat pada abad pertama dan kedua hijrah. Hanya
sebilangan kecil daripada penulisan hadith ini yang masih wujud.
Kitab-kitab atau risalah-risalah yang wujud dalam kurun pertama, malah diawal kurun kedua
hijrah boleh dikategorikan ke dalam dua bahagian:i)

Kitab-kitab yang hanya mengandungi hadith-hadith Rasulullah s.a.w. sahaja yang hanya
berupa pengumpulan, tanpa apa jua jenis penyusunan terhadap bahan-bahan tersebut.

ii)

Risalah-risalah yang mengandungi hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang bercampur aduk


dengan fatwa khalifah-khalifah Ar-Rasyidiin dan lain-lain sahabat serta para tabien.
Bahan-bahan ini juga tidak diatur dengan aturan yang sistematik dan hanya membentuk
kumpulan-kumpulan bahan bertulis sahaja. (Azami, 1988)

Sejak pertengahan abad pertama hijrah, kitab-kitab berasingan yang berkaitan dengan kegiatan
kehidupan muncul seperti risalah yang ditulis oleh sahabat yang terkemuka dan juga juru tulis
Rasulullah s.a.w. yang bernama Zaid b. Thabit (meninggal dunia pada 45H) mengenai Faraid
(pembahagian harta pusaka). Kemudian munculnya kitab-kitab mengenai perkara hukum,
misalnya mengenai nikah dan cerai, pampasan kecederaan dan sebagainya. Oleh itu pada
peringkat awal, apabila kaedah penyusunan yang teratur bermula, kitab-kitab mengandungi
hadith-hadith Rasulullah s.a.w. becampur-aduk dengan fatwa penguasa Islam dan ulama-ulama.
Maka, pada peringkat ini sesebuah kitab itu adalah berkenaan satu perkara sahaja. (Azami, 1998)

25

Pada abad yang kedua, corak penulisan berubah dan kitab-kitab yang mengandungi hampir
semua masalah hukum telah muncul. Kitab tulisan Imam Malik yang bernama Al-Muwatta
tergolong dalam kumpulan ini. Ia telah diatur mengikut bab-bab mengenai hukum yang meliputi
seluruh ruang hidup manusia daripada ibadat, zakat, haji, nikah, cerai, hinggalah kepada
pertanian dan perniagaan. Ia merupakan susunan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. serta pendapatpendapat para sahabat dan para tabien. (Azami, 1998)
Terdapat beribu-ribu kitab hadith yang diedarkan dalam masyarakat pada abad kedua hijrah tidak
disusun mengikut urutan bab. Kitab-kitab tersebut telah diatur mengikut bab-bab yang
mengandungi campuran hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan juga kata-kata serta fatwa yang
dikeluarkan oleh para sahabat dan para tabien. Bagaimanapun pada hujung abad kedua hijrah
aliran persuratan hadith mula bertukar dan kitab-kitab yang mengandungi hadith-hadith
Rasulullah s.a.w. yang diatur secara sistematik mula muncul. Kemudian disekitar abad ketiga
dan keempat hijrah, kitab-kitab yang dihasilkan kebanyakannya mengandungi hanya hadithhadith Rasulullah s.a.w. Ada juga kitab-kitab yang muncul pada zaman ini yang diatur mengikut
kaedah yang digunakan oleh penulis-penulis pada kurun kedua hijrah, misalnya kitab yang
dipanggil Musannaf karya Abdur Razzaq dan juga Musannaf karya Inb Abu Shaiba (meninggal
235H) atau Al-Awsat karya Ibn al-Mundir (meninggal 319H). (Azami, 1998)
Bagaimanapun sebilangan besar karya-karya Muhaddithin

mengandungi hadith-hadith

Rasulullah s.a.w. sahaja. Kitab-kitab ini disusun dengan bentuk yang berlainan dan dipanggil
Musnad, Jami, Sahih, Sunan, Mustakhraj atau Mujam. Disamping penulisan hadith sematamata, terdapat beratus-ratus buah kitab yang disusun mengenai perkara-perkara yang berkaitan
dengan hadith Rasulullah s.a.w. (Azami, 1998)
Tidak dapat kita sangkal bahawa hampir semua kitab peringkat awal telah hilang begitu sahaja
ataupun telah diserapkan ke dalam persuratan hadith dalam bentuk ensiklopedia dan dengan itu
tidak meninggalkan sifat-sifat tersendiri kitab berkenaan. Tetapi jika kita memahami gaya
persuratan pada zaman tersebut dengan betul, kita masih boleh mendapatkannya ataupun
menghasilkan semula banyak kitab-kitab peringkat awal ini. Memanglah, kita tidak boleh yakin
dengan sepenuhnya mengenai bentuk kitab berkenaan, tetapi kita boleh mendapatkan dengan

26

yakin bahan-bahan asal yang merupakan milik mereka yang diterima pendapatnya di zaman awal
dahulu. (Azami,1988)

27

PENUTUP
KESIMPULAN
Para tabin telah beruasaha dengan gigih untuk menjaga kesahihan hadith Rasulullah s.a.w
dengan cara pembukuan melalui pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Penyebaran
periwayatan hadith pada masa itu disebarkan dengan lebih luas dan banyak dibandingkan dengan
periwayatan pada periode Khulafa al-Rasyidin. Terdapat banyak dikalangan Tabiin telah
melibatkan diri secara aktif bagi meriwayatkan hadith.

Pergolakan politik dalaman diantara umat Islam yang terawal berlaku didalam kejadian Fitnatu
al-Kubra. Ia dimana Khalifah Utsman bin Affan RA dibunuh dan pembunuhnya tidak tertangkap.
Kemudian terjadilah berpecah belah kepada beberapa sekte diantara umat Islam iaitu segolongan
yang berpuak kepada Saidina Ali bin Abi Thalib ataupun Muawiyah bin Abu Sufyan. Setiap
sekte mengakui merekalah adalah yang paling benar dan menetang muslim yang tidak
sependapat dengan mereka. Demi untuk mempertahakan sekte mereka, ada diantara mereka yang
mereka hadith palsu bagi memperkuatkan status sekte mereka.

Maka untuk mempertahankan kesahihan hadith Rasulullah s.a.w, Khalifah Umar bin Abdul Aziz
telah berusaha dengan gigihnya untuk membukukan hadith-hadith sahih. Pembukuan hadith ini
tidak mungkin akan terlaksana tampa bantuan daripada ulama-ulama yang termasyur seperti bnu
Syihab al-Zuhri dan Abu Bakar bin Hazm. Hal ini dilakukan karena dikhuatiri pada suatu hari
nanti, hadith-hadith yang sahih akan lesap dan umat Islam akan mengamalkan hadith yang
madhu atau pun dhoif tanpa disedari.

28

DAFTAR PUSTAKA
Abdullah, M. N. (1989). Ikhtisar Sejarah Perkembanhan dan Kaedah Penyusunan Hadith. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Albani, M. N. (2008). Mukhtashar Shahih Muslim. Jakarta: Pustaka As-Sunnah.
al-Bukhari, I. M. (n.d.). Sunnah.com. Retrieved September 20, 2014, from Sunnah.com:
http://sunnah.com/bukhari
Alit Nur Hidayat, N. H. (2011, May 19). Scribd. Retrieved September 5, 2014, from Scribd:
http://www.scribd.com/doc/80114984/Konsepsi-Sahabat-Dan-Tabi-in-Kajian-HadisMursal-PDF
Al-Kastani, M. Y. (2012). Abu Abdullah Maliki Bin Anas Maliki. Kuala Lumpur: Seribu Dinar.
As-Shallabi, D. A. (2012). Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz Kepimpinan dan
Kewibawaannya. Kuala Lumpur: Al Shafa.
Azami, M. M. (1988). Pengajian Hadith. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Fadzli, D. D. (2008, December 29). Scribd . Retrieved September 14, 2014, from Scribd:
http://www.scribd.com/doc/174614355/umar-bin-abdul-aziz
Mahsuri. (2011). Scribd. Retrieved September 4, 2014, from Scribd:
http://www.scribd.com/doc/182593261/Kodifikasi-Hadith-Nabi2
Sobari, H. (2013). Penghantar Ilmu Hadits. Bogor: Inayah Corner.
(1) Al-Muwattho, kitab kedua, hadith no. 34 & 38.
(2) Shahih Al-Bukhori no. 431
(3) Shahih Al-Bukhori no. 29

29

Anda mungkin juga menyukai