Anda di halaman 1dari 12

Ilmu Pendidikan Islam

Skrip
Diajukan Kepada Al-Zuhri
Al-Zuhri, Singapura
UIKA, Bogor, Indonesia

Disusun oleh :
Nursyazana Abd Aziz
Dian Hazwani Binte Saihen
Noor Azilah Binte Noor Mohamed

Di Bawah Bimbingan:
Drs. O.S Priyatna, M.Ag

Kepentingan Memahami Keperluan Pelajar Dalam


Pendidikan Islam
Abstrak: Pendidik merupakan seorang pembimbing yang mendidik pelajar dari usia
kecil hingga ke dewasa selain ibu bapa. Secara tidak sedar, para pendidik akan
memberi kesan yang mendalam ke dalam kehidupan seorang pelajar dari segi
rohaniah dan jasmani. Maka, seseorang pelajar itu akan terdorong untuk belajar jika
mendapat pendidik yang mahu mengenal keperluan pelajar dalam pendidikan atau
sebaliknya. Apakah kesannya jika para pendidik mengenal kepentingan keperluaan
pelajar atau sebaliknya?

Pendahuluan
Pelajar adalah seorang individu yang sedang berada didalam proses dalam
mengembangkan ilmu dari segi fitrahnya, perkembangan IQ, EQ dan sebagainya.
Oleh itu, mereka memerlukan bimbingan yang konsisten supaya mereka boleh
mengembangkan ilmu dan kemahiran ke arah optimal. Seseorang individu itu
digelarkan sebagai pelajar apabila dia menghadiri kelas ilmuwan atau dalam proses
mempelajari sesuatu dengan bimbingan seseorang. Bahkan umur seorang pelajar itu
tidak dikenali batas walaupun umurnya sudah mencecahi usia senja. Maka, makalah
ini akan membahasakan mengenai adakah ia penting bagi pendidik untuk mengenali
keperluan pelajar-pelajarnya baik pelajar yang muda ataupun yang sudah mencecahi
usia senja dari pandangan Islam.
Definisi Pelajar
Secara terminologi pelajar adalah seseorang individu yang mengalami perubahan, dari
segi perkembangan jasmani dan rohaniyah. Bahkan, mereka lebih memerlukan
bimbingan dan arahan untuk membentuk keperibadian termasyur. Selain itu juga,
pelajar dikatakan sebagai seseorang individu yang sedang mengalami fasa
perkembangan dari segi fisik dan mental mahupun fikiran. Manusia diibaratkan
sebagai pelajar sepanjang hayat kerana kehidupnya selalu berada dalam
perkembangan. Apabila seseorang pelajar itu berkembangan dalam segi ilmuan,

jasminah dan rohaniah, ilmu itu juga akan membentukkan kedewasaan IQ dan EQ
diatas bantuan dan bimbingan yang diberikan oleh pendidik.
Selain itu, di dalam aktiviti pendidikan, pelajar diibaratkan sebagai objek utama iaitu
komponen masukan dalam sistem pendidikan, yang diproses dalam proses
pendidikan, sehingga menjadi manusia yang berkualitas sesuai dengan tujuan
pendidikan.
Definisi Pelajar dalam Pendidikan Islam
Definasi pelajar didalam Islam terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama
ialah golongan pelajar dewasa dan golongan kedua ialah pelajar khas berusia kanakkanak. Secara etimologi, pelajar berarti orang yang menghendaki. Sedangkan secara
terminologi, pelajar adalah pencari ilmu di bawah bimbingan dan arahan seorang
pembimbing. Menurut Syed Muhammad Naqib Al-Attas, pendidikan adalah suatu
proses penamaan sesuatu ke dalam diri manusia mengacu kepada metode dan sistem
penamaan secara bertahap, dan kepada manusia penerima proses dan kandungan
pendidikan tersebut. (Hanna) Penyebutan pelajar ini juga dipakai untuk menyebut
pelajar pada sekolah tingkat dasar dan menengah, sementara untuk peringkat sekolah
tinggi digelar sebagai mahasiswa.
Sebagai pendidik, dia telah diamanahkan untuk mengasuh, membimbing dan
megembangkan ilmu pelajar. Pelajar adalaha amanah dan tanggungjawab bagi
seorang pendidik. Jika dari kecil dididik untuk menjadi seorang yang soleh dan
soleha, In shaa Allah, pelajar itu akan berkebiasaan untuk membuat perbuatan yang
baik dan menjauhi perbuatan jahat. Allah s.w.t bersabda, : Kamu (wahai umat
Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia
(kerana) kamu menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada melakukan
kemungkaran, serta kamu pula beriman kepada Allah. (Ali Imran 3:110) Dengan ilmu
pengetahuan yang dicurahkan oleh pendidik kepada pelajar, kedua-duannya akan
memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat kelak. Ia kerana pendidik telah berhasil
membentuk akhlak dan kecerdasan pelajar itu dengan secara optimal dimana dia
boleh berdikari dan melanjut pelajaran ke peringkat seterusnya. Selain itu, pendidik
yang bakal mengajar pelajar itu akan berasa senang akan peribadi dan ketekunannya

untuk mendalami ilmu pengetahuan. Jika situasi sebaliknya, maka seseorang inidividu
itu diibaratkan seperti seekor binatang yang tidak berotak yang akan menjadikan
sebagai seorang yang celaka dan binasa. Oleh kerana itu, Islam amat menitikberatkan
pendidikan. Ia kerana tanpa pendidikan, seseorang itu tidak mungkin boleh membuat
perbuatan baik dan meraih pahala supaya memasuki ke syurga. Jika dia melalukan
sebaliknya, dia akan terjerumus ke neraka.
Pendidikan Agama
Surah An-Nahl:78, yang bermaksud Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut
ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu
pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. Manusia secara fitrah
memerlukan bimbangan kerana dikhuawtiri terpesong dari jalan yang benar. Maka
sejak bayi dilahirkan di dunia, dia diibaratkan sebagai sekeping kertas yang suci dan
pengaruh dunia pula diibaratkan sebagai dakwah yang akan mencorak lukisan di atas
kertas itu akan kelihatan cantik ataupun buruk. Selain itu, menurut Drs.Ahmad D
Marimba: Pendidikan Islam adalah bimbingan jasmani, rohani berdasarkan hokumhukum agama Islam menuju kepada terbentuknya kepridbadian utama menurut
ukuran-ukuran Islam. Ia bermaksud, jika seseorang itu bertauhid, dia akan memiliki
nilai-nilai islami.(Yusrin, 2006) Islam hanyalah agama yang mencakupi seluruh aspek
kehidupan yang diperlukan oleh hamba Allah. Kehidupan akan dijamin berada
didalam keadaan kedamaian dan kesejahteraan jika hidup berlandaskan syiar Islam.
Segala sumber pendidikan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Hal ini sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW., yang berbunyi: Tidaklah anak
yang dilahirkan itu kecuali telah membaa fitrah (kecenderungan untuk percaya kepada
Allah), maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak tersebut beragama
Yahudi, Nasrani, Majusi ( HR. Muslim) Maka pengaruh dari keluarga dan
persekitaran akan memainkan peranan penting dalam mencorak keperibadiaan dan
tauhid seseorang individu itu. Secara fitrah, seorang anak itu dilahirkan sebagai
muslim akan tetapi agamanya akan bertukar bergantung kepada pengasuh ataupun
pendidiknya pada kelak nanti. Asas-asas pendidikan harus diterapkan sejak didalam
kandungan supaya tidak akan mengalami kesulitan dalam memdalami ilmu apabila

mencapai usia seterusnya. Oleh kerana itu, pendidikan yang akan disampaikan kepada
pelajar itu haruslah mengikuti perkembangannya supaya dia boleh menerapkan ilmu
yang telah diajari.

Keperluan - Keperluan
Aktiviti-aktiviti disekolah selalunya direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
pelajar mengikuti peringkat umur masing-masing. Oleh demikian, pendidik harus
lebih peka terhadap kemampuan tingkatan keperluan pelajarnya supaya dia boleh
memenuhi keperluan mereka melalui berbagai aktivitas bermanfaat. Selain itu, setelah
pendidik telah kenal pasti apakah keperluan pelajar, dia akan mendapati bahawa ilmu
yang ingin disamapaikan lebih senang diterima oleh pelajar tersebut.

Keperluan Pelajar (usia kanak-kanak hingga anak remaja)


Berikut adalah pelbagai keperluan-keperluan pelajar yang perlu mendapat perhatian
dari pendidik, di antaranya (Armiah, 2014) :
1. Keperluan jasmaniah - Sesuai dengan teori keperluan menurut Maslow, ia
merupakan kebutuhan dasar setiap manusia yang tidak dipengaruhi oleh lingkungan
dan pendidikan. Keperluan-keperluan jasmaniah pelajar yang perlu mendapat
perhatian dari guru diantaranya ialah: makan, minum, istirahat, kesihatan jasmani,
serta terhindar dari berbagai ancaman. Bahkan, fisik seorang pelajar selalu mengalami
pertumbuhan yang cukup pesat. Proses pertumbuhan fisik ini terbagi menjadi tiga
tahapan:
Usia 0-7 tahun: mengalami masa kanak-kanak
Usia: 7-14 tahun: mengalami peralihan masa sekolah yang disokong oleh
pendidikan formal.
Usia 14-21 tahun: mengalami masa pubertas yang akan membawa kepada
kedewasaan
Seorang pendidik perlu memperhatikan perubahan dan perkembangan seorang pelajar
pada masa perkembangan kerana mereka akan mengalami masa yang penuh dengan

pengalaman (terutama pada masa pubertas) yang akan membentuk keperibadian


secara langsung. Apabila keperluan jasmaniah ini tidak diabaikan, ia akan
mempengaruhi pembentukan peribadi dan perkembangn psikososial pelajar, juga akan
sangat berpengaruh terhadap proses belajar mengajar di sekolah.
2. Keperluan akan rasa aman - Rasa aman merupakan suatu keperluan yang sangat
penting bagi kehidupan pelajar, terutama rasa aman di dalam kelas dan sekolah.
Seperti diterangkan di dalam Surah Al Hujurat Ayat 13, Hai manusia, Sesungguhnya
Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan
menjadikankamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenalmengenal. Jika pelajar dapat berinteraksi dan diterima oleh masyarakat, seperti
diterima teman-teman, pendidik dan sebagainya pelajar akan rasa aman. Jika ia adalah
disebaliknya, pelajar akan kehilangan rasa aman serta menjejaskan hubungan
interpersonalnya dengan orang-orang di sekelilingnya, merasa marah dan benci
terhadap orang yang membuatnya tidak rasa aman. Selain itu juga, ia kan
mempengaruhi motivasi belajar pelajar di sekolah.
3. Keperluan akan kasih sayang - Semua manusia memerlukan kasih saying
termasuklah para pelajar. Pelajar yang mendapatkan kasih sayang akan senang dan
bahagia berada di dalam kelas, serta memiliki motivasi untuk menyertai dalam
kegiatan belajar mengajar. Jika ia berlaku disebaliknya, pelajar akan merasa rendah
diri, sedih, gelisah, bahkan mungkin akan mengalami kesulitan belajar dan akan
melemahkan motivasi belajar mereka.
4. Keperluan akan penghargaan dan disayangi Pelajar ingin dikenali,dihargai
dan disayangi oleh para pendidik, keluarga dan masyarakat. Apabila pelajar dihargai
dan disayangi, dia akan merasa bangga, gembira dan mempunyai sikap positif
terhadap dirinya dan orang lain. Jika ia adalah sebaliknya, pelajar akan merasa muram
dan bersifat negatif terhadap atas sesuatu yang dikerjakannya dan lingkungannya.
Kesan dihargai dan disayangi akan mempengaruhi pembentukan mental dan prestasi
seseorang pelajar dan ia akan memberi motivasi kepada pelajar untuk berusaha
dengan bersunguh-sungguh jika dibandingkan dengan sikap sebaliknya. Maka ia akan
menghambat proses pertumbuhan dan perkembangan sikap mental. Di dalam Islam,
kasih sayang yang paling indah adalah kasih sayang dari Allah.

5. Keperluan akan rasa berdikari dan merasai kejayaan Seorang pelajar ingin
menjadi seseorang yang berdikari dan boleh mencapai kejayaan supaya dilihat sebagai
seseorang yang dihormati dan disanjungi di dalam sebuah lingkungan masyarakat.
Jika keperluan ini tercapai, dia akan akan mampu mendapatkan rasa kepercayaan diri
dan berdikar dan hal ini yang akan membawa langkah untuk mendapatkan prestasi.
Tujuan utama berdikari ialah untuk menghindari sifat bergantung kepada orang serta
menghilangkan rasa tidak puas akan kepercayaan dari orang tua atau pendidik karena
ketika seorang pelajar terlalu dikongkong, ia akan menghambat daya kreativitas dan
kepercayaan diri untuk berkembang. Selain itu, pelajar akan rasa senang jika dia
mencapai kejayaan atas perbuatannya. Maka, pendidik harus mendorong pelajarnya
untuk mencapai prestasi yang tinggi serta memberikan penghargaan baik secara
verbal mahupun melalui ungkapan non-verbal. Walaupun ada kalanya, pelajar
mungkin gagal, pendidik perlu memberi penghargaan atas segala kemahuan,
semangat, dan keberaniannya dalam melakukan suatu aktiviti. Guru harus sentiasa
bersikap positif terhadap pelajar supaya dia boleh mencuba lagi dan tidak putus asa
atas kegagalan yang lalu.
6. Kebutuhan akan agama Secara fitrah, manusia memerlukan agama di dalam
kehidupan. Keperluan pelajar khususnya yang akan memasuki ke alam remaja
melebihkan akal fikiran daripada agama dan nilai-nilai moral. Oleh sebab itu, sangat
penting dilaksanakan penanaman nilai-nilai moral dan agama serta nilai-nilai sosial
dan akhlak kepada manusia khususnya bagi remaja sejak usia dini. Ia kerana pada saat
ini, remaja dalam perkembangannya akan menemui banyak hal yang dilarang oleh
ajaran agama yang dianutnya. .

Keperluan Pelajar Dewasa


Terdapat pelbagai golongan usia pelajar yang mengikuti kelas bagi menimba ilmu.
Salah satu golongan pelajar yang akan diperbahasakan juga ialah pelajar dewasa.
Pendidik harus memahami keperluan mereka supaya dia mudah untuk menyampaikan
pendidikan berkualiti. Salah satu pendekatan untuk mencapai ini adalah melalui

penggunaan penilaian pelajar dilakukan di Universiti Singapura. Jika pendidik gagal


untuk memahami keperluan mereka, dia telah dikatakan gagal untuk mendidik mereka
dengan cara optikmal. Diantaranya ialah pelajar dewasa ingin menyertai pembelajaran
yang menarik dan aktif. Mereka mahu pelajaran mereka untuk menjadi menarik,
praktikal dan terpakai. Selain itu, pelajar dewasa menghargai penyampaian yang jelas
dan berkualitas supaya dapat memahami pelajaran itu dalam masa yang singkat. Jika
tugasan diberikan kepada mereka, pelajar mahu pendidik memberi maklum balas
baik secara lisan ataupun tulisan supaya mereka boleh meningkatkan prestasi mereka
dengan lebih lanjut. Pelajar dewasa juga ingin pendidik memberi arahan yang jelas
berkaitan dengan kursus seperti keperluan penilaian, rubric, membimbing pelajar
dalam mengendalikan soalan peperiksaan dan sebagainya. Selanjutnya, mereka
meminta juga pendidik muat naik materi kuliah sekurang-kurangnya tiga hari
sebelum kelas dan meringkaskan apa akan dibincangkan dalam aktiviti perbincangan
supaya terdapat penutupan yang menyediakan kuliah dicatatkan, jika boleh
menyediakan sumber tambahan seperti rujukan, pautan video dan kajian kes untuk
belajar sendiri biarkan bahan-bahan boleh didapati di seluruh tempoh kursus ini
Pelajar kebiasaannya diandaikan hanya berminat untuk mencapai gred yang baik akan
tetapi mereka juga berminat mendapatkan maklum balas yang membina. Berikut
adalah cadangan mereka tentang apa yang merangkumi maklum balas yang membina:
maklum balas yang berkaitan jelas, dan khusus dalam maklum balas memastikan
maklum balas yang tepat pada masanya memberikan maklum balas terperinci
meringkaskan komen untuk memberi gambaran keseluruhan tentang apa yang harus
diperbaiki. Pelajar dewasa juga ingin pendidik merasa empati terhadap cabaran yang
dihadapi oleh mereka seperti masalah lingkuan dalaman (mengenai IQ dan
sebagainya) dan luaran (sibuk dengan pekerjaan, masalah rumah tangga dan
sebagainya). Pendidik yang memahami, memotivasi, menggalakkan cabaran dan
membina hubungan yang baik dengan pelajar akan disegani. (Sockalingam, 2012)

Karakteristik Pelajar
Setiap pelajar memiliki keperibadian yang berbeza. Maka pendidik harus memahami
karakteristik pelajar supaya pembelajaran boleh mencapai hasil yang optimal:
1. Individu yang memiliki potensi fisik dan psikis yang berbeza.
2. Individu yang sentiasa mengalami perubahan dalam dirinya.
3. Individu memerlukan pembimbing.
4. Individu yang berdikari dalam perkembangannya sehigga ke arah
kematangan.
Karakteristik pelajar dibentuk oleh dua faktor yaitu:
1. Faktor semulajadi: karakteristik yang diwariskan dari kedua orang tua
individu seperti fisik, kepintaran dan sebagainya..
2. Faktor lingkungan: factor seperti spiritual, mental, psikis, dan ada kala
juga fisik dan kepintaran.
Terdapat tiga bahagian bagi factor lingkuan iaitu:
a) Lingkungan Keluarga
Motivasi dari keluarga supaya menjadi seorang yang berjaya dalam
kehidupan atau ingin merubah nasib keluarga yang melarat, motivasi sebagai
seorang ayah kepada anak.
b) Lingkungan Sekolah
Keinginan untuk menjadi seorang ketua, seorang juara sukan ataupun
motivasi daripada pendidik atau kawan.
c) Lingkungan Masyarakat.
Motivasi dari jiran yang berjaya ataupun dorongan untuk meraihkan
kehidupan yang lebih baik kerena keluarganya selalu diremehkan masyarakat

Kesemua factor-faktor ini yang akan menentukan keunikkan keperluan dan


kepelbagaian karateristik seorang pelajar miliki. Oleh kerana itu, pendidik harus peka
kepada keperluan setiap pelajarnya.
Secara dasarnya, perkembangan psikis pelajar selalu meningkat akan tetapi pendidik
harus mendorong dan membantun mengembangkan potensinya dengan lebih optimal.
Selain itu, pendidik boleh juga menyuruh pelajar yang pintar untuk menolong pelajar
yang lemah supaya dia lebih fahami pelajaran yang sukar itu.
Kesimpulan karakteristik pelajar adalah seperti berikut:
1) Pelajar adalah individu yang unik dari segi perbezaan keperluaan dan karateristik
masing-masing. Pendidik harus mengajar mengikut kemampuan masing-masing
2) Pelajar memiliki keperluan yang harus dipenuhi secara maksimal mungkin.
Menurut Maslow, terdapat beberapa hierarki keperluan, yaitu: keperluan tahap dasar
yang meliputi kebutuhan fisik, rasa aman dan terjamin, cinta dan ikut memiliki sosial,
dan harga diri. Keperluan meta iaitu meliputi apa saja yang terkandung dalam
aktualisasi diri, seperti keadilan, kebaikan, keindahan, keteraturan, kesatuan, dan lain
sebagainya. Sebagai muslim, kepuasan perlaksanaan melakukan ibadah lebih
menyenangkan daripada memenuhi keperluan lima hierarki kerana mengharapkan
keredhaan dari Alalh s.w.t
3) Pelajar merupakan subjek dan objek sekaligus dalam pendidikan secara aktif,
kreatif, serta produktif. Setiap pelajar memiliki daya kreatifitas dan kemampuan
tersendiri. Maka pendidik tidak boleh memandang anak sebagai objek pasif yang
bisanya hanya menerima dan mendengarkan saja.
4) Didalam pendidikan, pelajaran harus dicorakkan mengikut kemampuan kohort
pelajar tersebut. Kadar kemampuan pelajar sangat ditentukan oleh usia dan priode
perkembangannya, karena usia menentukan tingkat pengetahuan, intelektual, emosi,
bakat, minat pelajar, baik dilihat dari dimensi biologis, psikologis, maupun dedaktis.

SIMPULAN
Sebelum memenuhi keperluan para pelajar, pendidik harus mengenal lebih mendalam
mengenai karakteristik pelajar diantaranya: pelajar adalah seseorang individu yang
berlainan daripada orang dewasa bahkan metode belajar mengajar tidak boleh
disamakan dengan orang dewasa.
Kemudian, setiap pelajar memiliki keunikkan keperluan dan dihariskan memenuhi
keperluan itu semaksimal. Pelajar merupakan subjek dan objek pendidikan dimana
mereka harus mengikuti fasa-fasa perkembangan tertentu supaya boleh berkembang
dengan secara optimal.
Secara kesimpulannya, pelajar harus dibimbing oleh pendidik supaya dia boleh
menuju kedewasaan dengan berlandaskan syiar Islamiyah. Pendidik harus memahami
keperluan pelajar supaya boleh mengembangkan ilmu pengetahuannya dengan
optimal dan tidak berfikiran buruk terhadap seorang pelajar itu jika dia kurang cerdas
dan sebagainya. Jika pendidik lebih mengenali faktor yang menyebabkan kemuduran
seorang pelajar dalam minimba ilmu seperti faktor bawaan dan faktor lingkungan, dia
akan menghasilkan lebih ramai pelajar yang berakhlak dan berilmu pengetahuan.

Works Cited
Armiah, E. J. (2014). Scribd. Retrieved March 29, 2015, from
https://www.scribd.com/doc/258789760/Menilai-Kebutuhan-Peserta-Didik
Hanna, R. (n.d.). Retrieved March 18, 2015, from
http://sulut.kemenag.go.id/file/file/BimasIslam/xmoh1367246107.pdf
Hattle, J. (2003, Octocber). Retrieved March 21, 2015, from
http://www.decd.sa.gov.au/limestonecoast/files/pages/new
%20page/PLC/teachers_make_a_difference.pdf
N, D. A. (2012). Scribd. Retrieved March 19, 2015, from
https://www.scribd.com/doc/196339443/PERKEMBANGAN-PESERTADIDIK
Riza, S. (2008). USM. Retrieved March 28, 2015, from
http://eprints.usm.my/9979/1/KONSEP_PENDIDIKAN_ISLAM.pdf
Sockalingam, N. (2012, August 6). Faculty Focus. Retrieved March 20, 2015, from
http://www.facultyfocus.com/articles/teaching-and-learning/understandingadult-learners-needs/
Wordpress. (n.d.). Retrieved March 29, 2015, from
https://misbakhudinmunir.wordpress.com/2010/07/14/peserta-didik-dalampendidikan-islam/
Yusrin. (2006). Scribd. Retrieved March 29, 2015, from
https://www.scribd.com/doc/96487114/PENGARUH-PENDIDIKANAGAMA-ISLAM-TERHADAP-PEMBENTUKAN-AKHLAK-SISWA-DISMP-YPI-CEMPAKA-PUTIH-BINTARO

Anda mungkin juga menyukai