Anda di halaman 1dari 3

Resipi Kek Nenas yg Senang dan Sedap :)

Thursday, May 14, 2009 0:52


Posted in category Ilmu Rumahtangga, Terkini
1 Comment
Dah lama saya tak buat post resipi masakan di sini. Memandangkan, resipi kek coklat
lembap yang telah saya terbitkan beberapa bulan lepas mendapat sambutan di luar
jangkaan(sehingga maintain berada dalam 10 ranking teratas di enjin carian Google), maka
saya tergerak hati untuk berkongsi dengan anda satu lagi resipi mudah yang baru saya cuba
semalam.
Kek kali ini dibuat atas permintaan si kecil ku, Nabilah, yang bersungguh-sungguh mengajak
mama nya membuat kek bersama-sama. Jadi, seperti biasa, saya gunakan peluang ini sebagai
salah satu aktiviti homeschooling kami.
Jadi, inilah kek yang telah kami buat..*Tadaaa!*

Kek Nenas Nabilah


Bahan-bahannya:

50 g butter
1 cawan gula

3 biji telur (gred C)

1 penutup esen vanilla

1 1/2 cawan tepung

1 penutup baking powder

1 tin nenas (400g) yg siap dipotong seperti bentuk cincin

1 bekas ceri merah

Cara-caranya:
1. Pukul butter dan gula sampai sebati
2. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi
3. Masukkan esen vanilla
4. Kemudian masukkan tepung dan baking powder
5. Selepas sebati, masukkan 2 sudu besar air nenas (yg didapati drpd tin nenas)
6. Siap daa adunan kek.
7. Griskan loyang dengan butter / minyak masak
8. Kemudian, susunkan kepingan nenas-nenas tadi dan letakkan ceri di bahagian tengah
setiap kepingan nenas.
9. Dah siap susun..
10. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan ratakan
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 175 c selama 30 minit.
Selepas kek benar-benar masak, sejukkan. Kemudian telangkupkan kek, supaya nenas-nenas
yang kita susun tadi akan berada di bahagian atas kek.
Tips dan petua:

Loyang 15 cm sudah memadai untuk membakar adunan ini. Akan tetapi, jika anda
ingin menggunakan loyang 20 cm, bolehlah diganda 2 adunan ini supaya kek menjadi
lebih tebal.
Untuk menyedapkan lagi kek ini, bolehlah dimakan bersama-sama ais krim vanilla
(nyum-nyum!..deliciouso!)

Resepi Ayam Salad Ala Thai


Bahan A:
300 gram mayonis
100 gram sos Thai
1 batang cili padi
3 keping daun limau
1 sudu besar jus lemon
Bahan B:
200 gram isi paha ayam

2 gram garam
5 gram Ajinomoto
2 gram lada putih
1 gram minyak bijan
2 gram serbuk kari
Bahan C:
Tepung jagung
Cara memasak:
# Kisar cili padi sehingga hancur dan daun limau dihiris halus. Kemudian campurkan semua bahan A.
# Campurkan semua bahan B dan gaulkan dengan tepung jagung. Setelah siap digaul, gorengkan ayam
selama tiga hingga lima minit.
# Setelah siap digoreng, ayam dipotong kecil. Tuangkan bahan A ke atas ayam berkenaan. Kemudian
hidangkan untuk dimakan.