Anda di halaman 1dari 2

Objektif

- Untuk membantu mahasiswa sekarang sebagai penganut agama buddha lebih


mengekploitasi dengan ajaran buddha supaya menjadi bantuan pada masa hadapan.
- Memberi bantuan kepada golongan masayrakat yang memerlukan perhatian orang ramai
selaras dengan pengajaran agama
- Membentuk suatu entiti hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat setempat
-Membentuk mahasiswa yang membudayakan program kesukarelawanan sekaligus
menabur bakti kepada komuniti pilihan
-Medekatkan pemimpin anatara mahasiswa dengan masyarakat melalui aktiviti
kemasyarakatan yang dianjurkan
-Membentuk "sof-skills" yang akan menjana mahasiswa dari segi kemahiran komunikasi
dan "interpersonal" apabila berhadapan dengan masyarakat luar kelak
Latar Belakang
Persatuan Mahasiswa Buddha (PMB) ditubuhkan untuk tujuan bagi memupuk dan
memberi pengajaran agama Buddha kepada ahli-ahli persatuan. Dengan ini, Program
Khidmat Masyarakat tersebut akan dianjurkan untuk memberikan peluang kepada ahliahli persatuan untuk menyumbang kepada golongan masyarakat yang memerlukan
dengan usaha diri sendiri sebagai seorang mahasiswa selaras dengan pengajaran agama.
Dengan ini, aktiviti gotong-royong akan dijalankan untuk mendirikan kawasan yang
bersih dan kondusif bagi para penduduk tempatan.
Sementara itu, program ini diharapakan dapat membolehkan mahasiswa berhadap dengan
masyarakat yang sebenar dan ini akan menjadi sebagai suatu persediaan untuk
menghadapi isu-isu masyarakat yang sedang berlaku di sekeliling. Aktiviti-aktiviti lain
yang dijalankan juga bertujuan membentuk "soft-skills" mahasiswa seperti semangat
kerjasama dan kepimpinan yang amat berguna masa mahasiswa memulakan perkerjaan
mereka pada masa hadapan.
Dengan menganjurkan program tersebut adalah menjadi harapan agar para mahasiswa
dan mahasiswi akan memperoleh manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan
pengajaran agama dapat disemaikan bagi membina kekuatan dan kesihatan mental supya
mahasiswa dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dan mencapaikan integrasi
masyarakat. Selain daripada itu, penganut agama buddha sekarang jurang mendapat
pengajaran yang berkaitan dengan agama buddha terutamanya remaja masa kini. Melalui
aktivit yang dijalankan masa khidmat masyarakat, mahasiswa dan mahasiswi dapat
menekatkan diri sendiri dengan ajaran buddha yang akan menjadi paduan kehidupan agar

generasi yang berkualiti dapat disemaikan.


Gotong-royong
Aktiviti gotong royong akan dijalankan pada hari pertama. Para mahasiswa dan
mahasiswi akan diberi tanggungjawab untuk membersihkan kawasan persekitaran
Kampung Tambahan. Mahasisawa dan mahasiswi akan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan untuk menjalankan tugasan masing-masing. Tugasan-tugasan yang ditetapkan
adalah mengutip sampah-sarap di sekeliling kawasan kampung. Ada juga kumpulan yang
akan menjalankan tugasan membersihkan longkang yang berpotensi menjadi kawasan
pembiakan nyamuk aedes. Tugasan-tugasan yang ditetapkan bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan antara ahli-ahli malah membentuk suatu entiti hubungan antara
mahasiswa dengan masyarakat setempat. Dengan ini, kawasan tempatan yang bersih dan
kondusif dapat diwujubkan.
Perindahan Persekitaran Selokah
Pada hari kedua, para mahasiswa akan menjalan aktivit di dalam kawasan sekolah. Di
sini, mahasiswa dan mahsiswi akan diberi tugasan mengecat dinding sekolah yang telah
pudar. Selain itu, ahli-ahli juga akan menyerta diri dalam aktiviti yang agak menarik iaitu
pelukisan mural. Dinding sekolah tersebut kebanyakan telah dilukis dengan mural yang
cantik dan menarik oleh para murid dan cikgu sekolah. Namun begitu, masih terdapat
dinding yang belum dilukis dengan gambaran oleh sebab kekurangan kaki tangan
sekolah. Dengan ini, para mahasiswa dan mahasiswi akan memberi tolongan kepada
pihak sekolah untuk meyelesaikan lukisan tersebut.
Aktiviti berinteraksi dengan murid-murid tempatan
Penutup
Kejayaan program ini semestinya akan memberi banyak manfaat kepada para ahli
Persatuan Mahasiswa Buddhist (PMB) selain daripada mengeratkan lagi mengeratkan
hubungan antara satu dengan lain serta meningatkan pengetahuan agama Buddha.
Sehubungan itu jawatankuasa pelaksana program ini amat berharap agar program ini
dapat diberikan kerjasama dan perhatian yang sepenuhnya daripada semua pihak
terutamanya pihak pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEMA) Unibersiti Teknologi Malaysia
Kuala Lumpur Campus. Semoga program yang dilaksanakan ini akan memberi keasan
yang positif kepada para ahli persatuan dalam usaha menambah pengalaman dan
meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kepimpinan.

Anda mungkin juga menyukai