Anda di halaman 1dari 2

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) atau dikenali sebagai BSMM

telah banyak memberikan sumbangan dan bantuan di mana sahaja tanpa mengira
aspek bangsa, keturunan, ideologi, warna kulit dan sebagainya. Sememangnya BSMM
adalah sebuah badan kerajaan yang diperbadankan melalui Akta 1962. Oleh itu BSMM
bukanlah sebuah badan (NGO) dalam pengertian masa kini. Seberapa boleh, BSMM
akan memberi bekerjasama dengan pihak kerajaan.
Sewaktu berlakunya bencana banjir besar yang sering melanda di Malaysia
sudah tentu khidmat BSSM amat diperlukan oleh masyarakat. Pihak BSMM mempunyai
bot dan enjin bagi membantu mangsa banjir. BSMM juga ada pegawai-pegawai yang
sanggup memberi khidmat sukarela bagi menyelamatkan mereka dari mati lemas.
BSMM sanggup menguruskan pusat pemindahan. Dalam konteks ini, soal memasak
dan penyediaan tempat tinggal sementara juga menjadi salah satu tugas dan
sumbangan BSMM juga memberikan peluang kepada mereka untuk membantu
golongan yang memerlukan di pusat-pusat pemindahan selain petugas tetap Jabatan
Kesihatan. Dalam hal ini juga tentulah bantuan dari pihak kerajaan dan swasta amat
diperlukan.
Sumbangan yang diberikan oleh orang ramai juga disalurkan semula kepada
mangsa banjir. Oleh itu, BSMM amat penting dalam bertindak menjadi sebagai
penyelaras pengagihan bantuan banjir. Kerjasama dari pihak kerajaan juga sangat
diperlukan. Kerajaan mengalakan usaha orang awam agar sedia membantu mangsa
bencana banjir besar mahupun bencana alam. Menjadi tugas ahli Palang Merah atau
Bulan Sabit Merah BSMM dalam membantu menenangkan jiwa-jiwa yang kehilangan
rumah dan harta benda malah nyawa turut melayang. Ketika bencana alam sebegini,
ada yang mengambil kesempatan untuk diri sendiri. Adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab BSMM memastikan bantuan yang diberikan sampai kepada mangsa
dan sasaran yang ingin dicapai.
Sebagai contoh, peristiwa bencana banjir besar yang berlaku di Pontian pada 6
Febuari 2011, Seramai 2000 ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Johor terlibat
dengan kerja-kerja membantu mangsa banjir di seluruh negeri selama seminggu.
Menurut petugas-petugas BSMM merupakan ahli-ahli yang mahir dengan tugasan

tersebut kerana kerap terlibat dalam misi bantuan dalam beberapa kejadian banjir
sebelum ini seperti banjir besar pada 2007 lalu, mereka menjelaskan "Tumpuan kami
kini diberikan kepada daerah-daerah yang masih mempunyai ramai mangsa di pusatpusat pemindahan seperti di Ledang, Muar, Batu Pahat dan Segamat," katanya selepas
majlis penyampaian bungkusan kepada pesakit dan jamuan Tahun Baru Cina di
Hospital Pontian di sini hari ini. ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah atau BSSM juga
boleh digerakkan dan dikerah bagi membantu membersihkan rumah-rumah mangsa
banjir, surau, balai raya, sekolah dan sebagainya supaya dapat meringankan beban
ditanggung oleh mangsa banjir dan penduduk setempat. Ini jelas sekali menunjukkan
persatuan bulan sabit merah juga memainkan peranan penting dalam pertolongan
cemas, mengurus dan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan
bantuan.
Secara ringkasnya, sebagai makhluk ciptaan Tuhan, kita semua haruslah saling
bantu-membantu sesama sendiri tanpa mengira bangsa, keturunan, ideologi, warna
kulit dan sebagainya. Kita juga tidak boleh dibezakan atas kedudukan batasan geografi
dan tidak juga menanam sikap mendiskriminasi dalam bantu-membantu mangsa. Kata
orang tua-tua, disebalik malapetaka ada hikmatnya, iaitu seluruh masyarakat di bumi
bertuah

ini

mahupun

pada

peringkat

dunia

sedang

memperlihatkan perikemanusiaan dengan menghulurkan bantuan kepada negara dan


negeri yang ditimpa musibah dan bencana yang tidak di ingini. Amat wajarnya kita
membudayakan sikap tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira bangsa,
agama dan negeri.

Anda mungkin juga menyukai