Anda di halaman 1dari 6

HEMAH TINGGI

Hemah Tinggi didefinisikan sebagai budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah

lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam

hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.Antara ciri-ciri yang diperlihatkan dalam nilai

ini adalah seperti budi pekerti dan tutur kata yang mulia, bersopan-santun dan lemah

-lembut.Budi pekerti pula bermaksud perangai yang baik, berbudi bahasa, pertuturan yang

lemah lembut selaras dengan norma masyarakat dalam sesebuah tamadun.Menurut Ghazali

Darusalam dalam bukunya Kursus Tamadun Islam dan Pendidikan Moral (2001) pula hemah

tinggi amat diperlukan dan patut diamalkan oleh setiap individu dalam hubungannya dengan

anggota-anggota lain dalam masyarakat.Beliau juga telah menyatakan bahawa nilai hemah

tinggi ini boleh diklasifikasikan kepada tiga cabang utama.Cabang yang pertama dan yang

harus diperhatian adalah kesopanan.Kesopanan boleh ditonjolkan melalui bersopan-santun

dalam kelakuan,berbudi pekerti yang tinggi, tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak

sombong dalam pergaulan dengan orang lain.Cabang yang kedua adalah mengakui

kesalahan diri dimana sikap bersedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri dapat

diperlihatkan.Seseorang akan insaf,terus terang dan mengakui kesalahan apabila dia

mengamalkan nilai hemah tinggi.Cabang yang ketiga pula dikaitan dengan ramah mesra

dimana individu tersebut akan bergaul mesra dan tidak mengasingkan dirinya.Mereka boleh

mudah diajak berunding, berbincang dan berbicara,mesra dan memberi senyuman serta

penyabar dan tidak emosional.

Nilai hemah tinggi ini telahpun diterapkan dalam tamadun Islam dan Asia sejak

kemunculan tamadun-tamadun tersebut.Dalam tamadun Islam,nilai hemah tinggi telahpun

diberi perhatian yang penting. Penghayatan nilai ini boleh dilihat apabila terbentuknya

hubungan dagang dan diplomatik antara negara Islam dengan negara-negara Kristian di
Eropah.Dalam merealisasikan matlamat tamadun,Islam mengajar manusia supaya sentiasa

menjalin dan menjaga hubungan baik dengan Allah SWT,hubungan sesama manusia dan

hubungan dengan seisi alam.Hubungan manusia dengan sesama manusia boleh dicapai

dengan cara berbudi pekerti,tutur kata yang mulia dan bersopan santun.Menurut Islam,semua

manusia adalah ciptaan Allah daripada satu keturunan iaitu Adam dan Hawa.Menurut al-

Quran pula,Allah menciptakan manusia berpuak-puak dan berbangsa-bangsa dengan tujuan

mereka akan saling mengenali dan membantu serta memiliki hubungan yang baik. Sebagai

buktinya, kewajipan sebagai khalifah di muka bumi, khihfih secara tidak langsung menekankan

kepada penyatuan persaudaraan umat Islam berasaskan kepada keimanan kepada yang Esa.

Prinsip ini telah melahirkan persamaan manusia tanpa mengira bangsa,wama kulit atau

bahasa. Prinsip ini telah menanamkan nilai-nilai rabbani dalam diri individu dalam hidup

bermasyarakat dan membina hubungan yang baik seperti bermuafakat dan bekerjasama dan

berbudi pekerti untuk kemajuan dan kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Ini jelas dalam

Swab a-Anbiyaa’ (21):72 yang bermaksud:

“Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang

satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah

kamu akan Daku.”

Seterusnya,dalam tamadun Cina pula nilai ini dicerminkan menerusi kesopanan

masyarakat Cina seperti yang terdapat dalam ajaran agama Buddha. Buddha ialah pelindung

tertinggi (sarana) dan ajarannya (dhanna) ke arah pembebasan daripada kehidupkan

semula.Matlamat jalan Buddha mengikut Lapan Jalan Kemuliaan (The Noble Eightfold Path)

serupa dengan jalan saksit iaitu jalan kesopanan dan kebijaksanaan. Fokus matlamat kedua-

dua jalan Buddha dan saksit melangkaui aturan kehidupan manusia,tidak domestik dan mesti
diterapkan dan disemai dalam jiwa setiap individu.Ini menjadikan Buddhisme sebagai satu

jalan untuk menanamkan kebaikan dan kesopanan dalam kehidupan dan satu mekanisme

ketenangan dan kebebasan daripada kehidupan semula.Selain itu,terdapat juga 4 aliran

pemikiran utama berdasarkan ahli falsafah pada masa itu.Konfusianisme juga salah satu

daripadanya dimana pengajaran utamanya menekankan pengamalan nilai dan sifat moral

yang mulia. Terdapat beberapa idea atau konsep utama dalam pemikiran

Konfusianisme.Tunjang kepada falsafah Konfusius ialah Ren. Reiz menerapkan nilai antara

manusia secara langsung dan hubungan sesama manusia. Daripada konsep utama ini, wujud

konsep-konsep yang lain seperti Li, Yi, Xim dan Zi.Beliau telah mengatakan bahawa manusia

berpotensi dan harus mencapai 4 jenis sifat yang baik dimana kesopanan dan kesusilaan iaitu

(Li) dan kewajaran dikenali (Yi).

Konfusius dalam bukunya Book of Ritual (7: 1.2) menekankan bahawa:

Yi are used as the norms to regulate relationship between ruler

and subject, to ensure affection between father and son, har-

mony between brothers, andconcord between busbandand w;fe;to

set up institutions, organize farms and harnlcts, honor the brave

and the wise, and bring merit to the individul. Hence schemes

andplottings come about and men take up arms.”

Peryataan di atas menunjukkan bahawa Yi merupakan satu norma yang digunakan

untuk memastikan hubungan baik di antara pemerintah dan rakyat dan juga keharmonian

hubungan kekeluargaan. Selain itu, Yi juga berperanan dalam menyediakan suatu bentuk

institusi yang menggalakkan orang ramai agar bekerjasama dan menghargai sumbangan

mereka yang berani dan bijak dalam masyarakat.Maka,boleh dikatakan masyarakat dalam
tamadun cina berhemah tinggi melalui bersopan santun dan beramah mesra dalam

menjalinkan hubungan sesama masyarakat.

Di Malaysia pula,masyarakat kita masih lagi mengamalkan nilai hemah tinggi ini dalam

aktiviti harian mereka.Penganut Islam masih lagi bersopan santun dalam kelakuan,pertuturan

dan dari segi cara pemakaian.Kelakuan mereka termasuklah ketika memberi salam kepada

yang tua dan mencondongkan badan serta menghulurkan tangan ke bawah menuju tanah

sebagai petanda untuk meminta izin bagi melintasi orang lain.Dari segi pemakaian

pula,masyarakat melayu masih lagi ayu dengan baju tradisional berserta tudung mereka. Ini

kerana,Islam mempunyai nilai yang tidak berubah dan tidak boleh diubah untuk selama-

lamanya.Perjalanannya dikawal dan dipandu oleh unsur-unsur rohaniah yang bersumberkan

wahyu Ilahi.

Masyarakat Cina di Malaysia pula masih lagi mengekalkan budaya makan bersama

ketika keraian dan upacara minum teh yang dilangsungkan selepas majlis perkahwinan

mereka..Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin di samping bertujuan untuk

mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi

teh yang disediakan kepada saudara mara.Cara pertuturan yang sopan dan berbudi pekerti

mereka juga masih dikekalkan apabila kita dapat melihat masyarakat Cina yang hidup

bercampuran dengan warga lain dan kedudukan mereka dalam bidang perniagaan dan

perdagangan di Malaysia pada hari ini.

Kerajaan juga menyedari kepentingan hemah tinggi dalam kalangan masyarakatnya.

Maka,kerajaan telahpun mengenalkan pelbagai slogan seperti “Senyumlah Selalu”,”Budi

Bahasa Budaya Kita”,”Berbudi Pekerti” ,pengenalan konsep Satu Malaysia dan mengadakan

pelbagai kempen,menggalakan aktiviti gotong royong serta penubuhan kelab-kelab rekreasi

seperti Kelab Rakan Muda,Kelab Belia dan lain-lain lagi.


Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum,nilai hemah tinggi ini harus diterapkan

dalam diri setiap warga Malaysia.Ini akan memastikan hubungan yang baik antara kaum

terpelihara dan kemakmuran serta keamanan negara terjamin.

GAMBAR-GAMBAR YANG MENONJOLKAN PENGAMALAN NILAI HEMAH TINGGI

DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

I . Penghayatan slogan Budi Bahasa Budaya Kita dan Senyum Selalu.

ii. Kelab Rakan Muda dan Kelab Belia di Malaysia

iii. Pelancaran Konsep Satu Malaysia


iv. Aktiviti gotong- royong

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sempena Kempen Kebersihan Gotong-


royong besar- besaran seluruh Terengganu pada 29 Julai mulai jam 8 pagi hingga 12
tengahari, bakal dicatat di dalam Malaysian Books Of Record.

v. Tradisi minum teh oleh masyarakat Cina