Anda di halaman 1dari 12

SEJARAH

KONSEP
Institusi beraja di Vietnam menerima pengaruh dari Sistem
Pemerintahan Negara China yang dipengaruhi falsafah Conucius
serta ajaran agama Buddha.

Pemerintah mesti mempunyai pendidikan Confucius serta ajaran


agama Buddha yang baik.

Maharaja dianggap sebagai Thein-Tu atau Son of Heaven atau


anak Tuhan yang dikatakan mendapat mandat dari syurga untuk
memerintah Negara.
Kesejahteraan rakyat dan Negara dikatakan bergantung
sepenuhnya terhadap kebijaksanaan dan kewibawaan Maharaja
yang memerintah.

Raja akan kehilangan mandate dari Syurga jika berlaku


penyelewengan kuasa.

Jika Maharaja mengabaikan tanggungjawab terhadap


rakyat, maka akan memberi kesan kepada Negara
dan dipercayai akan berlaku malapetaka seperti
bencana alam,pemberontakan, kebuluran, wabak
penyakit dan sebagainya.

Konsep ini diterap dalam institusi kemaharajaan di


Vietnam.

Hal ini berlaku kerana Vietnam berada di bawah


pertuanan Negara China.

Pemerintah Vietnam mengakui kedaulatan Negara


China melalui pembayaran ufti tahunan secara tetap.

Setiap Maharaja akan ditabalkan oleh wakil


daripada Maharaja China sebelum baginda
dianggap sebagai Maharaja yang sah.

Ia bermula pada 1788 apabila keluarga


Tayson menaiki takhta pemerintahan
dengan gelaran Maharaja Quang Trung.

Manakala pada tahun 1804,Maharaja Gia


Long dari keluarga Nguyen mendapat
pengiktirafan daripada Maharaja China

PERANAN RAJA DI VIETNAM

Ketua Pemerintah
Ketua Hakim
Penguasa Ekonomi
Ketua Agama
Sebagai Pelindung, lambang perpaduan
dan keamanan

Ketua Pemerintah

Pemerintah berkuasa mutlak dalam pemerintahan


dan urusan kerajaan berpusat di Hue.

Maharaja berperanan sebagai ketua Negara dan


ketua pentadbir.

Maharaja mempunyai kedudukan yang tertinggi dan


berkuasa penuh dalam politik,ekonomi dan sosial.

Maharaja berkuasa melantik golongan pembesar


dan pegawai kerajaan bagi membantu mentadbir
Negara dengan baik dan berkesan.

Hal ini membolehkan maharaja melantik pegawai dalam


kalangan kerabat diraja untuk menjalankan tugas rasmi
kerajaan.

Contohnya, Maharaja Gia Long telah melantik golongan


pembesar dalam kalangan golongan intelektual yang lulus
cemerlang dalam peperiksaan Awam China berdasarakan
ajaran Confucius.

Golongan ini dikenali sebagai golaongan Mandarin atau


Quan.

Maharaja Gia Long terpaksa mengenepikan kuasa dan


hak istimewa golongan bangsawan sebagai golongan
pembesar dengan membayar satu gaji tetap.

Ketua Hakim

Pemerintah Vietnam juga bertindak sebagai penjamin dan


penegak keadilan.

Maraja merupakan sumber kepada undang-undang dan


mempunyai kuasa tertinggi.

Maharaja merupakan ketua hakim yang bertanggungjawab


menggubal undan-undang dan menjatuhkan hukuman
kepada pesalah.

Maharaja tidak boleh didakwa walaupun mempunyai


kesalahan.

Undang-undang dibentuk untuk menyelesaikan kes-kes


jenayah, kes awam dan kes tanah.

Golongan agama merupakan penasihat kepada


Maharaja dalam menggubal undang-undang.

Sekiranya rakyat tidak bersetuju dengan undangundang yang digubal, rakyat akan dianggap sebagai
penderhaka.

Oleh itu Maharaja berhak menjatuhkan hukuman


termasuklah membabitkan hukuman bunuh.

Jadi jelas bahawa undang-undang tersebut


sebenarnya untuk mengukuhkan kedudukan
Maharaja dalam pentadbiran.

Penguasa Ekonomi

Maharaja Vietnam menguasai segala hasil ekonomi


Negara contohnya hasil cukai, perkhidmatan, hasil
pertanian dan aktiviti perdagangan.

Pegawai akan dilantik untuk melaksanakan tugas bagi


pihak Maharaja seperti mengutip cukai,duti import serta
seksprt barangan tempatan.

Maharaja menjalinkan hubungan yang baik dengan


kawasan pedalaman yang membekalkan sumber
barangan supaya bekalan sentiasa mencukupi.

Kemajuan ekonomi bergantung kepada coak pentadbiran


Maharaja kerana baginda menentukan hala tuju dan
dasar ekonomi Negara.

Ketua Agama

Dalam bidang keagamaan Mahara Vietnam mempunyai


pengaruh yang sangat besar iaitu baginda merupakan
ketua agama yang bertindak sebagai ketua rumah
berhala kerana Maharaja dianggap sebagai suci dan
sangat hampir dengan Tuhan.

Maharaja juga mendapat mandat dari syurga untuk


menjalankan pemerintahan kerana baginda merupakan
Anak Syurga yang mendapat pengiktirafan dari Tuhan
untuk memerintah.

Maharaja bertanggungjawab secara langsung dalam


segala bidang dan upacara keagamaan yang
dikendalikan oleh golongan pendeta.

Sebagai Pelindung &


Lambang Perpaduan dan
Keamanan

Maharaja juga bertindak sebagai pelindung dan


tonggak perpaduan untuk menyatukan seluruh rakyat
serta bertanggungjawab mengekalkan keamanan
Negara.

Maharaja bertanggungjawab melindungi rakyatnya


daripada perbuatan penganiayaan, ancaman luar
dan faktor alam.

Hal ini berkait dengan konsep mandat dari syurga.

Maharaja mempunyai kebolehan dalam menentukan


ketenteraman dan kesejahteraan hidup seluruh
rakyat.

Anda mungkin juga menyukai