Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pada tahun ini saya memasuki tadika. Di tadika itu terdapat papan gelungsur
dan buaian. Pada waktu makan, kami akan dikumpul di dalam sebuah bilik untuk
makan bersama. Cikgu-cikgu di situ semuanya baik-baik. Di tadika itu juga,
saya dan rakan-rakan diajar bagaimana untuk mengambil wuduk. Saya telah
dihantar oleh ibu bapa saya ke dua tadika. Di tadika yang lagi satu, guru-
gurunya semua garang-garang. Saya pernah tertumpahkan salah satu botol
rakan saya. Pada masa itu, saya masih seorang kanak-kanak dan fikiran saya
belum matang. Saya pun lari keluar dari tadika dan pergi ke halaman tadika
yang di situ terdapat papan gelungsur. Tiba-tiba salah seorang guru tadika
tersebut memanggil saya. Dia memarahi saya kerana menumpahkan air rakan
saya. Saya berbohong kepadanya dengan mengatakan bukan saya yang
menumpahkannya. Guru tersebut menengking saya dan memukul saya serta
menasihati saya supaya jangan berbohong. Salah seorang rakan saya
memberitahu guru tersebut bahawa dia ternampak saya berada berhampiran
dengan tempat menyimpan botol air sebentar tadi. Saya pun menangis dan
akhirnya mengaku bahawa saya yang menumpahkannya. Sejak dari peristiwa
itu, saya tidak berani berbohong lagi.
7 tahun
8 tahun
Sentiasa mengingati Allah S.W.T.
Mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Doa + Usaha + Tawakkal.
Mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupan.
Istiqamah dalam setiap pekerjaan.
Menghormati ibu bapa.
Menghormati guru.
Mengulangkaji subjek yang berbeza pada setiap hari.
Tidur awal pada setiap malam.