Anda di halaman 1dari 1

Lawak @ Jenaka

Ehwan dan 100 Ekor Ayam


Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu
dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.
Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya
memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk
menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang
bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...
Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad
lelaki kaya tadi)."
Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50
ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi
malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa
langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka
datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...
Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"
Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan
ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha..."

Anda mungkin juga menyukai