Anda di halaman 1dari 2

“Anak umpama biji benih,

Lontar ke laut menjadi pulau,


Lontar ke udara menjadi kejora,
Lontar ke darat menggunung sasa.”

Sebahagian gurindam di atas menunjukkan peri pentingnya watak remaja bagi sesebuah
negara. remaja merupakan tulang belakang sesebuah negara yang bakal menjadi umaak pada masa
depan persis kata melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Presiden Parti Indonesia
pernah mengatakan bahawa “berikan saya seratus remaja nescaya akan menggoncang dunia”. Pada
era pascamerdeka ini, negara kita telah mencapai tahap berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara moden yang lain. Namun begitu, remaja kini perlu disemaikan semangat patriotisme
yang mendalam untuk mengekalkan pembangunan negara. Janganlah dilupakan pesanan ahli filsuf
Tao yang mengatakan bahawa jika kita ingin hidup setahun, tanamlah gandum, jika kita ingin hidup
sepuluh tahun, tanamlah pokok, jika kita ingin hidup selam-lamanya, tanamlah jiwa remaja.

Kepentingan semangat patriotism disemaikan dalam diri remaja ialah meningkatkan mutu
negara. Remaja yang cinta akan tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau terjerumus
dalam kegiatan negatif seperti merokok, menghisap dadah, merogol, merompak dan sebagainya.
Sebaliknya, mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat menunjukkan potensi
kecemerlangan diri demi negara tercinta. Mereka akan menguruskan masa mereka dengan
melakukan perkara yang berfaedah seperti mengikut aktiviti kokrikulum. Tamsilnya, Nicole Ann
David merupakan pemain skuasy antarabangsa yang telah melambungkan nama Malaysia di persada
dunia.

Di samping itu, semangat patriotism amat penting untuk menjamin perpaduan kaum dan
keharmonian negara. Remaja yang mempunyai semangat patriotism akan saling bekerjasama dan
bertoleransi antara satu sama lain. Sepertimana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara majmuk
yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. “Jiran sepakat membawa berkat”. Secara eksplisit,
dengan semangat patriotism yang mendalam, keharmonian negara akan terjamin. Bak kata pepatah,
bersatu teguh, bercerai roboh.

Oleh itu, pelbagai langkah proaktif dan drastik perlu diimplementasikan. Hadis Rasulullah
SAW pernah mengatakan bahawa, “anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Mujabi”. Ibu bapa boleh mendidik agama kepada
anak-anak. Hal ini kerana akhlak yang mulia secara langsungnya menunjukkan semangat patriotisme
yang kental. Mereka akan mencintai diri sendiri dengan tidak mewujudkan persengketaan antara
kaum. Albert Einstein mengatakan bahawa “agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama
adalah lumpuh”. Aristotle juga pernah mengatakan bahawa “adab dan sopan lebih penting daripada
makan dan minum”. Dalam pada itu, ibu bapa harus menyemai semangat patriotism dan akhlak yang
mulia dalam kalangan remaja.

Bertitik tolak daripada itu, kerancakan penduduk jagat raya telah menunjukkan betapa
pentingnya kerajaan merupakan jantung negara. Oleh hal yang demikian, remaja diumpamakan
umur setahun jagung, darah setampuk pinang, mereka mudah tergelincir daripada landasan
keimanan. Oleh itu, kerajaan harus mengadakan kempen, ceramah dan aktiviti berlandaskan
semangat patriotism kepada remaja dan bukan mengganggapnya sebagai hangat-hangat tahi ayam
sahaja. Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali dengan PLKN telah
membuktikan bahawa program ini berjaya meningkatkan semngat patriotisme dalam jiwa remaja.
Melalui program sepanjang tiga bulan tersebut, remaja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat
belajar bertoleransi dan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara satu sama lain.

Sehubungan itu, mantan bekas Perdana Menteri Tan Sri Dato Mahathir pernah mengatakan
bahawa sekolah merupakan kilang memproses modal insane yang berkualiti untuk menghadapi
cabaran pada abad modenisasi ini. Oleh itu, pihak sekolah harus mengambil pelbagai langkah
pragmatic untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Sasterawan pernah
mengatakan bahawa mencapai cita-cita yang mulia itu mulia. Justeru, pihak sekolah boleh
mengadakan pertandingan melukis poster, menulis karangan, pertandingan berdebat dan
pertandingan syarahan sempena Hari Kemerdekaan. Hal ini secara implisitnya menggalakkan remaja
mencari maklumat tentang hari bersejarah ini. Ini juga akan meningkatkan semangat patriotism
dalam kalangan remaja.

Sebagai intiha, untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020, rakyat dan semua pihak berkuasa
harus berganding bahu untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Tiada ubat
yang tiada penawarnya, langkah-langkah yang dinyatakan di atas pasti akan melahirkan remaja yang
mempunyai semangat patriotisme yang mendalam. Ahmad Shauqi Bey pernah mengatakan bahawa
sesungguhnya bangsa akan kekal kukuh selagi akhlaknya masih utuh, jika akhlaknya sudah runtuh
maka mereka pun akan lenyap. Jadi, akhlak yang utuh juga dapat mewujudkan semangat patriotisme
yang kukuh.