Anda di halaman 1dari 17

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

1.Tajuk
1.1 Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Badminton Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia Negeri Pahang bawah 12 tahun yang akan bermain
secara kalah mati.
2. Pendahuluan
2.1

Pertandingan ini bertujuan melahirkan bakat baru yang terpendam dalam

kalangan para pelajar kategori bawah 12 tahun di Negeri Pahang. Pertandingan ini akan
disertai oleh para pelajar dari semua Daerah di Negeri Pahang. Di samping itu, pertandingan
ini juga bertujuan melahirkan atlet sukan badminton yang dapat memenuhi kriteria sebagai
pemain badminton yang berkualiti di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, para pelajar
yang mengikuti pertandingan ini dapat memperoleh ilmu pengetahuan dari segi teknik
bermain, syarat dan peraturan serta lain-lain. Melalui pertandingan ini juga, secara tidak
langsung dapat memupuk minat serta semangat kesukanan yang tinggi dalam sukan
badminton. Oleh itu, dengan adanya pertandingan ini, sukan badminton dapat
diperkembangkan sekaligus dapat mencungkil bakat-bakat baru yang boleh meningkatkan
Sukan badminton dalam kalangan pelajar-pelajar di Negeri Pahang.
3. Objektif
3.1 Menyediakan peluang dan ruang kepada para pelajar bawah 12 tahun di
Negeri Pahang agar dapat mempamerkan bakat dan bertanding ke peringkat
lebih tinggi.
3.2 Mencungkil bakat baru dalam sukan badminton yang boleh dijadikan
pelapis kepada pemain sedia ada.
3.3 Meningkatkan kemahiran bermain badminton antara pelajar-pelajar.
3.5 Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar.
3.6 Mewujudkan semangat kesukanan dalam diri pelajar.
3.7Memupuk semangat kerjasama antara Pengelola dan peserta dalam menjalankan
sesuatu program.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

4. Matlamat
4.1 Supaya dapat menilai potensi dan prestasi atlet dalam permainan badminton
untuk dibawa ke pertandingan peringkat yang lebih tinggi.
4.2 Menekankan kesederhanaan permainan badminton yang berkualiti.
5. Ahli jawatankuasa induk
Penaung

:Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

Pengerusi Pengarah

:Pegawai Pelajaran Daerah Rompin

Penyelaras Kokurikulum

:Encik Ahmad Fahmi B. Ramli

Penyelaras permainan

:Encik Yuzaini Afnan B. Abas

Ketua program

:Encik Razali B. Zakaria

Penolong program

:i. Puan Azlina Bt. Ramlan


ii. Cik Marlini Bt Othman

7. Ahli Jawatankusa pelaksana


Pengerusi program

: Mohd Azman B. Safari

Timbalan pengerusi projek

: Muhammad Firdaus B. Mahmood

Setiausaha

: Pn. Nur Salina Bt. Adrus

Peralatan dan keselamatan

: Encik Ahmad Kamal B. Muhaimin

Makanan dan minuman

: Cik Shamsiah Bt Shahrizal

* AJK lain disertakan dalam lampiran 1

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

8. Tentatif
Hari pertama kejohanan 28 Mei 2014 ( Rabu )
0800 1200

Pusingan peringkat kumpulan/individu

1300 1700

Pusingan peringkat kumpulan/individu

Hari kedua pertandingan 29 Mei 2014 ( Khamis )


0800 1100

Pusingan separuh akhir

1300 1400

Perlawanan tempat ketiga

1400 1500

Perlawanan akhir

1500 1530

Penutup

* Jadual kejohanan disertakan dalam lampiran 2

9.Pengelola
9.1 SK Bukit Ridan,Rompin.
10. Tempat Kejohanan
10.1 Dewan Tertutup Sek. Men. Keb. Muadzam Shah.
11. Tempat Penginapan
11.1 Asrama Sek. Men. Keb. Muadzam Shah.
12. Bilangan gelanggang : empat buah.

13. Maklumat Kejohanan.


13.1 Tarikh Penggundian : 20 Mei 2014

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

13.2 Tarikh Kejohanan

: 28-29 Mei 2014

28 Mei 2014 : Bawah 12 tahun


29 Mei 2014 : Separuh akhir dan akhir.
13.3 Masa Kejohanan : 9.00 pg- 6.00 petang.

14. . Kategori dan Acara


14.1 Kategori dan acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:
14.1.1 Bawah 12 Tahun Individu Lelaki
14.1.2 Bawah 12 Tahun Individu Perempuan
14.1.3 Bawah 12 Tahun Beregu Lelaki
14.1.4 Bawah 12 Tahun Beregu Perempuan
15. Penyertaan
15.1 Setiap Daerah diminta untuk menghantar penyertaan seramai 15 orang
peserta yang melibatkan:
15.1.1 Pengurus (1 orang)
15.1.2 Jurulatih (2 orang)
15.1.3 Bawah 12 Tahun Individu Lelaki (2 orang)
15.1.4 Bawah1 2 Tahun Individu Perempuan (2 orang)
15.1.5 Bawah 12 Tahun Beregu Lelaki (4 orang)
15.1.6 Bawah 12 Tahun Beregu Perempuan (4 orang)
JUMLAH : 15 orang

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

16. Syarat-Syarat Am Penyertaan


Para peserta yang dicadang menyertai kejohanan ini hendaklah memenuhi
syarat-syarat berikut:
16.1 Lelaki atau perempuan tidak melebihi umur 12 tahun pada 31
Disember 2014;
16.2 Tidak pernah mewakili negeri di mana-mana kejohanan badminton
dalam dan luar Negara.

17. Undian dan Ranking


17.1 Undian akan dikelolakan oleh pengadil Kejohanan yang dilantik.
17.2 Semua Pengurus Pasukan boleh menghantar wakil untuk menyaksikan undian,
atas perbelanjaan sendiri.
17.3 Pemain bagi setiap Daerah hanya akan diasingkan untuk ranking pertama dan
kedua sahaja berdasarkan kekuatan (ranking) daerah masing-masing.
18. Penarikan dan penukaran.
18.1. Penarikan dan penukaran pemain hendaklah dibuat 1 minggu sebelum
daripada tarikh undian dibuat.
18.2. Penukaran / gantian pemain selepas undian hanya dibenarkan berdasarkan
syarat berikut:
18.2.1. Pengurus pasukan hendaklah memaklumkan penarikan penyertaan
Selewat-lewatnya semasa mesyuarat pengurus pasukan, dan surat

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

sokongan perubatan sahaja yang akan diterima untuk penukaran/gantian


pemain.

19. Peraturan-peraturan Am Pertandingan :

Perlawanan dijalankan mengikut undang undang BWF.


Jika pemain gagal memasuki gelanggang 5 minit selepas namanya diumumkan ,

kemenangan percuma akan diberi kepada pihak lawannya yang telah melaporkan diri.
Jadual perlawanan tertakluk kepada pindaan dan pemain adalah bertanggunjawab

mendapatkan maklumat mengenai jadual terkini.


Setiap BANTAHAN , mesti disertakan wang tunai sebanyak RM50.00 bersama surat
bantahan dan bukti kepada pihak penganjur dan akan dipulangkan jika bantahan berjaya.

Jika tidak Berjaya, wang bantahan tidak akan dipulangkan .


Keputusan pengadil mengenai point of fact adalah muktamad, pemain boleh merayu
kepada pengadil kehormat mengenai undang undang. Keputusan Pengadil Kehormat

adalah muktamad.
Pihak penganjur tidak bertanggunjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan harta

benda sebelum, semasa dan selepas kejohanan.


Jawatankuasa pertandingan ini berhak mengambil/ membuat sebarang perubahan dan
keputusan jika timbul sebarang masalah dalam kejohanan ini dan keputusan yang diambil
adalah MUKTAMAT.

19.1 Peraturan tambahan


Selain dari peraturan umum di atas,jawatankuasa penganjur adalah berhak meminda atau
mengadakan peraturan-peraturan tambahan,selaras dengan matlamat penganjuran.

20. Format Pertandingan.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

20.1 Sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati.


20.2 Undian pertandingan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola bersamasama pemain pengurus pada tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan jadual
pertandingan
21.Cadangan jadual pelaksanaan bagi kejohanan ini adalah seperti di
LAMPIRAN 2
21. Pendaftaran Pemain dan Pegawai.
21. 1

peserta hendaklah dibuat dua minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan

disket/borang penyertaan rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa pengelola.Contohnya


mengandungi maklumat seperti nama, tarikh lahir, no. S/beranak.
21.2

Butir-butir tentang peserta hendaklah lengkap dan disahkan oleh Guru Besar.

21.3

Pengelola Kejohanan Setiap pasukan boleh mendaftarkan 2 orang pemain

perseorangan (lelaki dan Perempuan) dan 2 beregu (Lelaki dan Perempuan).


21.4

Setiap pemain hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam

peraturan Am MSSM.

21.5 Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing(contoh: peserta


10 tahun tidak boleh bertanding dalam kategori umur 12 tahun dan sebaliknya)
PENGESAHAN PESERTA-PESERTA
Penganjur akan member mandate kepada jawatankuasa pertandingan 10 hari sebelum
kejohanan untuk membuat undian dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan
kepada semua pengurus pasukan sekolah.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan
selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut.Segala pertukaran boleh dilakukan delam
mesyuarat tersebut.
TAKLIMAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN
Semasa taklimat ini,hanya penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan.
PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN
Jika didapati salah seorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat pengurus-pengurus
pasukan,tidak mengambil bahagian dalam sssuatu acaranya,KECUALI jika dapat
mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan,atlet
berkenaan tudak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas
namanya.
Peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam
pusingan awal,tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan
Kejohanan,adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang
didaftarkan atas namanya.
Peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan
kejohanan,hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan
atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan
Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

MELAPOR DIRI PESERTA


Semua peserta melaporkan diri sekuarng0kurangnya 15 minit sebelum waktu acara
berkenanan dijadualakjan berlangsungSelepas itu mereka diiringi ketempat pertandingan
oleh Penyelia Peserta.
Peserta peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai teknik dalam arena
pertandingan.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan permainan masingmasing yang lengkap.

PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN


Peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan
diiringi oleh Penyelia Peserta.
HAL-HAL LAIN
Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai.Individu
yang tidak berkenaan DILARANG masuk ketempat-tempat khas tersebut.
Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil
bahagian,TIDAK SESIAPA DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN
KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan,kematian,kecacatan
anggota,kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan berlaku:
a) Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke tempat pertandingan.
b) Semasa kejohann dijalankan
c) Di dalam dan di luar kawasan pertandingan.
http://kertas-kerja-sekolah.blogspot.com/2010/03/kertas-kerja-sekolah-contohkertas.html

* Borang pendaftaran seperti di lampiran 3

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

22. Anggaran perbelanjaan.


A) MAKANAN DAN MINUMAN
Makanan AJK
RM 5.00 x 2 hari x 19 orang

RM 190.00

Air mineral
RM 10.00 x 2 hari x 2 kotak

RM 22.00

Jamuan penutupan majlis


RM 3.00 x 70 orang

RM 210.00

RM 422.00
B) HADIAH
Perasmi program

RM 50.00 x 1

RM 50.00

Johan

RM 80.00 x 1

RM 80.00

Naib johan

RM 60.00 x 1

RM 60.00

Ketiga dan keempat

RM 40.00 x 2

RM 80.00

Saguhati

RM 20.00 x 2

RM 40.00
RM 280.00

C) Bulu tangkis

RM 40.00 x 14 tabung

RM 560.00

D) Pengadil

RM 3.00 x 50 perlawanan

RM 150.00

RM 710.00

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN

RM 1442.00

23. Penutup
Sebagai kesimpulan, diharapkan dengan penganjuran pertandingan ini akan dapat
membentuk jati diri para pemain. Pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat
memajukan sukan badminton. Semoga dengan menyertai kejohanan ini dapat memberi
kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim
yang telah sedia terjalin.
Sekian, terima kasih.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Disediakan oleh,

Disemak oleh:

.........

(Pn. Nur Salina binti Adrus)

(En. Ahmad Fahmi b. Ramli)

Setiausaha,

Penyelaras Kokurikulum,

Kejohanan Badminton

Kejohanan Badminton

MSSM Negeri Pahang.

MSSM Negeri Pahang.


Disahkan oleh:
.
(En. Hashim b. Yusuf)

Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.

Lampiran1
AHLI JAWATANKUASAPELAKSANA
Biro Urusetia

AJK Hadiah/ Cenderamata

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Pn. Arni Farzilah bt. Ahmad


Pn. Noraini bt. Amirul
AJK Publisiti

Pn. Fadilah bt. Ahmad Lutfi


Pn. Hjh. Roslah bt. Mustafa
Pn. Sakinah bt. Adnan

En. Mohd Muhaimin b. Zainuddin


AJK Gelanggang

Pengacara Majlis

Cik Aiyah bt. Mahazhir

Pn. Siti Nurbaya bt. Raza

Cik Azmahan bt. Hamzah


Pn. Faizatul akma bt. Hussin
En. Amirul Hakimi b. Abdullah
Pn.Nurul Jannah bt. Samad
En. Aflan b. Hashim
Pn. Aini Nabihah bt. Mustafa
En. Lokman Hakim b. Embung
En. Fatah Al-Rasyid b. Muhammad
En. Hafnan b. Daud
Pn. Azura bt. Kassim
AJK Jamuan
Cik Asiah bt Hasbullah
Pn. Erlina bt. Zakaria
AJK Penginapan
En. Ammar b. Hisham

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Pn. Kalsum bt. Awang Kasim

Lampiran 2
JADUAL PELAKSANAAN
KUMPULAN A
PASUKAN 1
PASUKAN 2
PASUKAN 3

KUMPULAN B
PASUKAN 4
PASUKAN 5
PASUKAN 6

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Peringkat kumpulan dan individu


Pasukan 1 lawan Pasukan 2
Pasukan 4 lawan Pasukan 5
Pasukan 2 lawan Pasukan 3
Pasukan 5 lawan Pasukan 6
Pasukan 3 lawan Pasukan 1
Pasukan 6 lawan Pasukan 4
Peringkat separuh akhir 1
Juara kumpulan A lawan Naib juara kumpulan B
Peringkat separuh akhir 2
Juara kumpulan B lawan Naib juara kumpulan A
Tempat ketiga
Perlawanan akhir
Pemenang separuh akhir 1 lawan Pemenang separuh akhir 2

Lampiran 3
Borang Pendaftaran Peserta Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang 2014.
Pasukan
Kategori umur
Guru Pengiring
Pengadil

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Kategori Perseorangan Lelaki.


Bil

Nama Pemain

No.S/B@ I/C

No.Daftar Sekolah

No.S/B@ I/C

No.Daftar Sekolah

No.S/B@ I/C

No.Daftar Sekolah

No.S/B@ I/C

No.Daftar Sekolah

Kategori Perseorangan Perempuan.


Bil

Nama Pemain

Kategori Beregu Lelaki


Bil

Nama Pemain

Kategori Beregu Perempuan.


Bil

Nama Pemain

Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

T/T:.

Tarikh:

( Cop rasmi Guru Besar/ Pen. Kanan)

Laporan selepas Kejohanan.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Kejohanan Badminton MSSM eringkat Negeri Pahang bawah
12 tahun ini Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak terutama Jabatan Pelajaran
Negeri Pahang, Pejabat Daerah seluruh Negeri Pahang, Ajk Pengelola, pengurus pasukan, jurulatih-jurulati h serta
pelajar kerana memberikan kerjasama yang erat dalam menjayakan Kejohanan ini. Sesungguhnya, Kejohanan

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Badminton ini Berjaya mencungkil bakat-bakat baru dari setiap Daerah di Negeri Pahang. Para pemain juga
bermain dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah kita cuba perbaiki segala kelemahan di masa akan datang.
Semoga Pada tahun hadapan, kita akan dapat meneruskan pertandingan ini lagi kerana ia dapat meningkatkan
mutu permainan para pemain semua.

Disediakan oleh:
.

Disahkan oleh:
..

(Pn. Nur Salina bt Adrus)

(En. Hashim b. Yusuf)

Setiausaha,

Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.

Kejohanan Badminton
MSSM Negeri Pahang bawah 12 tahun.

Laporan bergambar.

Kertas kerja Kejohanan Badminton MSSM Negeri Pahang bawah 12 Tahun

Anda mungkin juga menyukai