Anda di halaman 1dari 5

Mask

Watak dan perwatakan


Mak Midah berumur sekitar 40-an. Baik hati tetapi mudah percaya dengan
kata-kata orang.
Sof berumur 15 tahun. Mudah berprasangka.
Raihana guru muda dari Bandar. Berumur sekitar 25 tahun.
Babak 1
Latar : Suasana petang di sebuah kampung. Kelihatan rumah-rumah
penduduk yang serba sederhana di kawasan tersebut. Kamera dialihkan
kepada suasana di dalam sebuah rumah di kampung tersebut.

(Kelihatan seorang wanita separuh abad (Mak Midah) sedang melipat kain di
ruang tamu rumahnya)
Mak Midah : (merungut) Mana pula Sof ni. Aku suruh beli kicap, bukan buat
kicap.
(Seorang budak perempuan (Sofi) masuk dari pintu utama dengan sebuah
bakul plastic di tangannya)
Mak Midah : Hah, panjang umur kau Sof. Apahal lama engkau lama sangat
kat kedai tu?
Sof : Sorry lah Mak, Sof jumpa member tadi. Kita orang boraklah sekejap.
Mak Midah : Sari apa? Aku tak suruh kau beli sarilah.
Sof : Alaa.. Spoil lah mak ni, orang cakap sorrylah, bukan sari.
Mak Midah : Dah, dah. Jangan banyak cakap. Tolong hantar lauk yang mak
masak tu kat cikgu Raihana.
Sof
: Cikgu Raihana? Cikgu dari bandar tu ke Mak? Ish, nak ke dia
makan masakan orang kampung ni mak?
Mak Midah : Hish, banyak soal pula budak ni. Hantar jelah, kita ni sebagai
jiran mesti saling tolong-menolong, buat baik antara sesama. Jangan asyik
nak berprasangka je.

Sof

: Yelah mak, nanti Sof hantarkan.

Babak 2
Latar tempat : Rumah Raihana
(Sofi mengetuk pintu rumah Raihana beberapa kali. Tidak lama kemudian
Raihana mmbuka pintu tersebut)
Sof : Arrgh..! err.. (terkejut dan hairan melihat Raihana yang memakai
mask)
Raihana : (memandang Sofi tanpa
mengatakan sesuatu tetapi tidak jadi)

reaksi,

kelihatannya

dia

mahu

Sof : Se..selamat petang cikgu. Sof nak hantar lauk ni. Mak suruh.
(menyerahkan bekas makanan kepada Raihana)
Raihana : (masih seperti tadi) Hmmm.
Sof : Sof balik dululah..
(Sofi berlari meninggalkan rumah Raihana. Raihana masih tercegat di pintu
rumahnya)

Babak 3 (i)
Latar tempat : Rumah Mak Midah
Sof : Sof tak tipu mak, cikgu Raihana memang marah bila sof ketuk pintu
rumahnya. Dia tak
senyum sedikit pun. Bercakap pun tidak.. Naik takut Sof dibuatnya.
Entah apa lah yang
diletaknya ke muka tu, dah macam pelakon opera cina je Sof tengok.
Putih semacam. Ee.
Mak Midah: (mengerutkan dahinya) betul ke apa yang kau cakapkan ni Sof?
Sof : Betullah mak, Raihana budak Bandar tu memang sombong. Mesti dia
terpaksa datang mengajar kat kampung kita ni kan mak.

Mak Midah : Macam susah nak percaya pula cikgu Raihana tu sombong.
Sof : Tulah mak, judging book by its cover.. muka lawa tak semestinya hati
pun baik.
Mak Midah : Engkau ni tak habis-habis dengan bahasa orang putih tu. Mak
manalah faham semua tu.
Sof : Sebab tak pandai lah kita mesti belajar. Ayuh,sahut wawasan
2020..sekarang dah 2015, tinggal 5 tahun lagi tau mak.
Mak Midah : hish, budak ni
(tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk. Sofi mengekori Mak Midah yang
menuju ke arah pintu rumah.)
Mak Midah : ( membuka pintu rumah ) eh.. cikgu Raihana .. jemputlah
masuk.
Raihana : Tak apelah Mak Cik. Saya datang ni nak minta maaf kat Sof je.
(Sofi hanya membisu di sebelah ibunya)
Raihana : Cikgu minta maaf ya Sof, cikgu bukannya tak nak senyum.. cikgu
nak ucapkan terima kasih tadi. Tapi, cikgu tak boleh cakap masa tu sebab
cikgu pakai mask.
Sof : Kenapa pula tak boleh cakap atau senyum? Apa bendanya mask tu
cikgu? Topeng putih kat muka cikgu tu ke?
Raihana : Haah.. mask tu produk kecantikan yang berfungsi untuk
menaikkan seri muka kita ni. Tapi kita tak boleh gerakkan bahagian wajah
ketika memakainya. Kalau tak, muka kita berkedut nanti.
Sof : Oo.. begitu ya. Maaflah cikgu. Sof tak tahu. Sof ingatkan cikgu tak sudi
nak bergaul dengan orang kampung macam kita orang ni.
Raihana : ish. Tak lah. Cikgu suka dengan orang-orang kampung disini. Baik
dan ikhlas semuanya.
Mak Midah : Hah, dengar tu Sof, cikgu Raihana ni cantik di luar baik di dalam
tau. Mak bukannya sekadar judging book by its cover je macam yang kau
cakap tu.
Sof : Aik.. dah pandai speaking orang putih pula mak ni.. Amazing and
wonderful!

( Mereka bertiga ketawa serentak kemudiannya saling bersalaman)

Babak 3 (ii)
Latar tempat : Rumah Raihana
(Raihana membuka pintu rumahnya yang diketuk bertalu-talu)
Raihana : Eh, Mak Midah.. jemputlah masuk.
Mak Midah : (Mendengus perlahan) tak payah! Tak hingin pun aku nak masuk
rumah orang sombong macam kau ni.
Raihana : (agak terperanjat) Apa maksud Mak Midah ni?
Mak Midah : Sudah, tak payah nak berlakon. Eh, aku taulah kau ni sombong.
Eh, Raihana, aku suruh Sof hantar lauk tu sebab dah adat kami di kampung
ni untuk berbaik sesama jiran. Kalau iya pun kau tak suka, sekurangkurangnya beritahulah Sof. Ni, kau layan dia macam tunggul kayu. Dasar
budak Bandar!
(Raihana tiba-tiba tergelak kecil. Mak Midah mengerutkan dahinya melihat
gelagat guru muda itu)
Raihana : Mak cik, saya minta maaf. Tapi saya rasa Sof dan Mak Cik dah
salah faham ni.
Mak Midah : Salah faham apanya. Kau dahlah tak senyum, bercakap pun
tidak kat Sof tadi kan?
Raihana : ya, betul Mak Cik, tapi saya bukannya sengaja..
Mak Midah : Maksud kamu?
Raihana : Begini mak cik, saya tengah pakai mask tadi waktu Sof datang.
Saya boleh gerakkan bahagian wajah saya. Sebab tulah saya tidak senyum
atau bercakap dengan Sof tadi.
Mak Midah : Saya tak fahamlah..
Raihana : (menarik nafas pendek) Mak cik, mask atau topeng tu produk
kecantikan yang berfungsi untuk menaikkan seri muka. Kalau saya gerakkan
wajah atau kulit wajah sewaktu memakainya, muka saya akan berkedut mak
cik.

Mak Midah : Ooo.. begitu.. Maaflah cikgu. Nampaknya Sof dan mak cik dah
salah faham.
Raihana : Tak pe mak cik.. saya tak ambil hati.
Mak Midah : Tapi kenapa kamu pakai benda tu semua? Kan lebih baik kamu
guna je cara
tradisional.. makan ulam-ulam ke.. minum jamu..
Raihana : haha.. ni trend semasa lah mak cik.
(Mak Midah hanya menggeleng sambil tersenyum. Mereka kemudiannya
tertawa bersama)

Anda mungkin juga menyukai