Anda di halaman 1dari 15

Apakah feudalisme?

Huraikan
hierarki sosial dengan merujuk
kepada sesebuah masyarakat
feudal.
FEUDALISME
Feudalisme, satu istilah yang pertama kali digunakan pada
awal kurun ke-17, merujuk kepada sistem politik di Eropah
pada Zaman Pertengahan yang mengandungi satu set
tanggungjawab undang-undang dan ketenteraan yang saling
memerlukan di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau
petani (vassals) dan tanah (fiefs). Dengan kata lain, dalam
sistem ini petani bekerja dan menjadi tentera untuk seorang
bangsawan sebagai balasan mereka boleh mengusahakan
tanah bangsawan. Walaupun diambil daripada perkataan
Latin (feodum), istilah feudalisme dan sistemnya bukan satu
sistem politik formal pada zaman itu.
STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT MELAYU
SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

1. Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada


dua golongan iaitu pemerintah dan golongan
diperintah.

2. Golongan pemerintah terdiri daripada


raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar,
pentadbir serta ulama istana.

3. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan


hamba.
GOLONGAN MEMERINTAH
1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar
a. Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.
b. Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan
pemerintahan dan pentadbiran negeri.
c. Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para
pembesar.
d. Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan
memajukan negeri.
e. Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
f. Melaksanakan kuasa kerajaan pusat
g. Menjalinkan hubungan luar.
h. Mempunyai keistimewaan tertentu
i. Mempunyai cerita mitos /kukuhkan kedudukannya
2) Keluarga dan kerabat diraja
a. Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan
kerabat diraja.
b. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang
memerintah.
c. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
d. Jawatan raja muda diberi kepada putera
sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera/anak gahara
e. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar
daerah atau pemerintah jajahan takluk
f. Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi
tidak melebihi keistimewaan raja.
g. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.
3) Golongan Bangsawan dan pembesar

a) Golongan bangsawan
-Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum
kerabat
-Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah
dan pentadbir.
-Membantu sultan dalam pentadbiran dan
pemerintahan.
-Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah
tertentu.
b) Pembesar daerah
-Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan
dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.
-Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan
taat setia kepada pemerintah.
-Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.
-Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan
dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.
-Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan
pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.
-Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di
daerah mereka.
-Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem
kerah dan serah.
c) Golongan ulama dan pendeta

i) Golongan ulama
§ Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan
dalam bidang agama.
§ Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam
susun lapis masyarakat Melayu tradisional.
§ Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

ii) Golongan pendeta


§ Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan,
kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.
§ Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di
istana.
§ Merupakan penulis dan perawi diraja.
GOLONGAN DIPERINTAH
Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang
bebas/merdeka.
a) Rakyat biasa
§ Petani, nelayan, dagang dan tukang.
§ Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dalam
pentadbiran.
§ Mengamalkan tradisi gotong-royong.
§ Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan
peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta
petani dan tukang mahir.
§ Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian,
perikanan, perlombongan dan perdagangan.
b) Rakyat asing
§ Penduduk bukan Melayu yang datang ke
Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan
tinggal sementara sahaja.
§ Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial
seperti tentera upahan kerajaan.
§ Menjalankan kegiatan ekonomi seperti
pelombong dan peniaga runcit.
§ Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan
tradisi kebudayaan tempatan.
c) Golongan hamba
§ Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti
masyarakat seperti gotong-royong.
§ Menyumbang tenaga untuk menambah
harta tuannya.
§ Melambangkan ketinggian taraf sosial
pemiliknya.
§ Terdapat tiga jenis hamba:
HAMBA RAJA

o Merupakan hamba yang tertinggi daripada


hamba lain.
o Terdiri daripada bekas tawanan
perang/banduaan.
HAMBA BERHUTANG

• Menjadi hamba dalam tempoh yang


ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan
hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat
biasa
HAMBA BIASA

• Menjadi hamba seumur hidup.

• Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi,


hamba dengan dan biduanda.
KESIMPULAN
• § Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu
tradisional adalah untuk membezakan kedudukan
golongan pemerintah dan golongan yang diperintah
untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.
§ Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab
masing-masing.
§ Namun begitu, susun lapis ini mengalami
perubahan selepas kedatangan campur tangan
British.

Anda mungkin juga menyukai